Bila tiba malam dan hari Jumaat, jom kita baca Surah al-Kahfi

jom hafal 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah al-Kahfi, di SINI

....dan banyak2 kita berselawat ke atas Nabi SAW

....dan banyak2 kita berselawat ke atas Nabi SAW

Pegaga - Rawatan herba penyakit Kencing Manis

Sejak dulu lagi, ramai orang telah menggunakan tumbuhan herba untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Ahli perubatan yang termasyhur di dunia iaitu Ibnu Sina telah cuba mengkaji pelbagai tumbuhan yang boleh dijadikan penawar penyakit. Terapi herba untuk rawatan penyakit kencing manis atau Diabetis Mellitus boleh disediakan dengan ramuan herba yang berkhasiat daripada pelbagai jenis tumbuhan ubatan termasuklah Pegaga dan Akar Sebiak(ada yang menggelarkannya sebagai Ulam Sambung Nyawa).  
Fungsi tumbuhan2 herba ini ialah:
  • dapat mengawal diri dari gangguan penyakit(tindakan pencegahan terhadap penyakit)
  • boleh mengubati penyakit
  • boleh menghilangkan lapar
  • dapat menyihatkan tubuh dan penerusan hayat(dengan izin Allah)
  • harganya murah
  • mudah didapati
Pegaga 
Pegaga mempunyai rasa yang manis dan menyejukkan.  Ia sesuai dijadikan makanan otak kerana dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan(stress). Ia dapat meningkatkan tindakbalas, di samping menambahkan kekuatan fizikal dan mental.  

Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.  Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di Barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan daya ingatan.  Kajian terbaru menunjukkan pegaga menampakkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur pembuluh darah dan kapilari serta berupaya mengubati diabetes.  Ia telah menunjukkan kesan yang memberansangkan apabila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Seluruh bahagian pokok pegaga sesuai dijadikan ramuan dalam penyediaan ubat herba.  Pegaga boleh dijadikan ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang mampu menambahkan selera.  Selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak atau dijadikan kerabu.

>>>>>>>>>>>>
sambungan Akar Sebiak atau Ulam Sambung Nyawa


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...