Bismillahirrahmanirrahim.
Jika melihat hari² Ramadhan yang berlalu, tentunya kita dapat rasa masih banyak sifat malas, berlengah², bertangguh² dalam beribadah. Bila bermuhasabah akan nampak hakikat itu.
Tujuan muhasabah, untuk tambah baik, untuk koreksi. Kesan muhasabah, kena perbaiki. Ada lagi baki ni, kena perbaiki. Penutupnya biar baik. Soleh macamana sekalipun, kita pun tak tau kesudahannya macamana.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda: maksudnya;
"...... Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.”
[Riwayat Muslim (2643)]
Yang penting di sini, penutup Ramadhan...bagaimana kita.. Ramai yang duk teruja nak bergembira sambut raya. Kata ustad, orang yang layak bergembira nak sambut raya sebenarnya adalah antaranya; orang yang berjaya sungguh² kekang hawa nafsu di bulan Ramadan.
Ibaratnya orang yang berniaga.
Firman Allah dalam surah
Al-Muţaffifīn:1 - Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Itu bagi orang meniaga, yang menipu dalam timbangan.
Kalau orang yang kurangkan timbangan dalam urusan jual beli pun, amaran Allah akan mendapat celaka, apatah lagi bagi yang mengurangkan timbangan dalam amalannya, dalam ibadahnya di mana kesempurnaan dalam ibadah dia tak ambik berat..
Allahu....🤔
Jadi pesan ustad, kita cuba-lah buat yang paling untung, buat yang paling sempurna di Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari ini.
Kata ustad, dua perkara antaranya yang kita perlu buat untuk tampung kekurangan itu:
1. Zakat fitrah
2. Istighfar~ istighfar akan jadi penampung segala kekurangan.
InshaaAllah.
Moga Ramadhan kita ramadhan yang terbaik..aamiin
Analoginya selagi tak tiup wisel berakhirnya Ramadhan, mari kita berjuang habis habisan, buat yang paling baik yang mampu kita buat.
Wallahu a'lam.