Resepi Spagetti Buttermilk


Pinjam gambar spagetti
yang anakku IMAN masak, mantop!


Ini yang daku masak🫢


🌧🌧🌧

Dua tiga hari ni cuaca mendung dan kadang kala hujan. Cuaca macam ni selalu mengundang rasa lapar walaupun dah makan nasi masa tengahari. Jadi jom tengok² apa yang ada kat dapur yang boleh kita main masak²🫢😂


Okay, kita buat Spagetti Buttermilk. Cucu² ku terutama Aisyah dan Fateh suka ni kalau ada spagetti ni. Terkenang cucu²ku yang dikasihi, moga kesemua mereka sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Taala...aamiinn


Alhamdulillah kena dengan tekakku menu yang agak² western ini🫢😁

Letak la kat blog mudah nak tengok². Kadang masakan simple je pon tapi sebab bukan selalu buat, jadi ada masanya terlupa nak buboh apa dan nak buat macamana next...

So meh la kita letak resepi sini....


SPAGETTI BUTTERMILK

Bahan²:

Spagetti setengah plastik (direbus hingga empok)

Bawang holland/ bawang India sebiji(potong dadu)

Bawang putih 2 ulas(cincang kasar)

Sedikit butter/minyak zaitun untuk menumis

7 ekor udang

Susu cair dalam tin @ boleh je pakai susu fresh milk 1½ cawan

Sedikit air rebusan ayam(rebus sedikit kropeh ayam untuk dapatkan air rebusan ayam)

Daun kari 3 tangkai

Cili api 3 biji(dihiris kasar)

Garam, gula, serbuk lada hitam

Untuk dijadikan lauk berasingan:


1. Isi ayam (dipotong dadu kemudian diperap seketika dengan garam dan sedikit serbuk kari ayam)

Tepung beras + air + garam + kunyit + secubit kapur, bancuh mesra untuk buat salut ayam jadi ayam celup tepung.

*nota: nak kaler cantik dan menyerlah macam ayam celup tepung yang anak saya buat, boleh pakai tepung pedas bestari. Kalau cara saya, kaler takat macam ni jer😅


2. Tauhu dihiris, digaram kunyit lalu digoreng

3. Brocolli (direbus sekejap)

...........................................

Cara membuatnya:

Ketepikan spagetti yang dah siap direbus.

Tumis bawang holland dan bawang puteh. Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam. Masukkan udang. Dah masak udang, masukkan pula susu cair/freshmilk diikuti dengan air rebusan ayam, garam dan gula. Bancuh sedikit tepung beras dengan air, tambahkan ke dalam kuah buttermilk tersebut. Masak hingga kuah agak pekat, tabur hirisan cili api kemudian tutup api.


Salut ayam yang diperap dengan bancuhan tepung beras. Goreng dengan api yang sederhana sampai ayam masak dan kelihatan rangup.


Hiaskan ayam celup tepung, tauhu goreng dan brocolli bersama Spagetti Buttermilk semasa menghidang. Alhamdulillah boleh tahan best❗️ Kalau order di kedai menu ini, harga kemain pastu pulak macam sikit je terhidang dalam pinggan. Ini kita buat sendiri, hah boleh buboh lauk lebih½ sikit😁😁


Sekian wassalam.

Catatan Suami


My dear sayangku. 

Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan, tidak terhitung lagi. Sedikit sebanyak Allah bagi ujian untuk mendidik agar sabar. Teruskan syukur dan istiqamah dalam amal soleh.

Baki usia semakin berkurang. Mohon Allah berkati usia ini untuk kita penuhi dengan segala yang bermanfaat untuk ummat. 

Peluang untuk hadir ke rumah Allah dan duduk dalam majlis² ilmu, taman² Syurga, jangan dilepaskan. Segala sesuatu itu kita hubungkan dengan Allah. Semua yang berlaku merupakan percaturan Allah yang terbaek untuk hamba Nya.

Ujian dan rintangan adalah yang mampu kita tempuhi. Allah tahu setakat mana kelebihan dan kekurangan kita.

Cuba kembangkan ilmu yang kita dapat agar bisa memberi manfaat juga kepada orang lain. Teruskan posting² yang bermanfaat dalam medsos sebagai salah satu cara.

Jadikan amalan sedeqah, zikrullah, selawat, sebagai rutin harian. Usah kedekut berbuat baik. Semua akan ditinggalkan kecuali amalan kita yang akan dihisab nanti.

Love, papa

12/11/2024

10:15am.


Trip ke Kuching Sarawak




Alhamdulillah tak sangka sampai juga ke Sarawak. Tak pernah terfikir pun sebelum ini nak datang Sarawak. Tapi dengan izin Allah alhamdulillah, tiba² je hari tu lepas bincang² dengan en suami selepas balik dari KK Sabah, terus decide nak ke Kuching Sarawak pula.

Kiranya book tiket flight terlebih dahulu kemudian selepas tu godek² booking.com cari tempat nak duduk mana..ehe he.. 

Dua bulan setelah dah settle book semua, maka bertandang lah kami ke bumi Kenyalang ini Alhamdulillah.

Berbeza dengan kembara ke KK(sila klik di SINI) tempohari, bermusafir ke Kuching ini agak luarbiasa meriahnya. Hahaha... Nak tau kisahnya? Jom saya cerita😁🤗

.............................

Kami tiba di Kuching kira² jam 9 pagi. Duduk minum kopi sebentar di Sarawak Kopitiam di airport sebelum panggil Grab untuk ke hotel Impiana by Roxy. Ke hotel pagi² hanya untuk letak beg. Waktu check-in nya jam 2 petang, jadi nya kena gunakan masa dengan sebaik²nya pagi itu.  Dari hotel kami ambil Grab ke India Street dan jalan² sekitar Waterfront. Singgah masuk melawat Masjid Terapung.. Allahu! Sangat indah view masjid di tepi sungai.  Bila waktu dah masuk tengahari, kami pun ke Plaza Merdeka berhampiran Waterfront untuk jalan cari² makan pula..🤗




Kembali ke hotel untuk check-in, lantas solat dan rehat seketika sebelum petang hari pertama itu kak Kiah dan Kak Jijah datang pick up kami di hotel. Kak Kiah dan kak Jijah rakan sebilik saya semasa tunaikan umrah Januari23. Subhanallah gembira sangat dapat berjumpa semula lepas terpisah balik umrah hari tu. 



Kak Kiah dan kak Jijah datang bawa kami keluar makan² di Moms Laksa.  Agak best bila diperkenalkan dengan menu popular di sini iaitu Laksa Sarawak. WOW! Amazing..sedap..kena dengan tekakku dan en suami🤭😍 Tqsm kak Kiah belanja makan dan tqsm kak Jijah yang tukang bawak kami ke sana ke mari..hi hi.. Lepas makan dan cerita², kak jijah bawak pusing² bandar Kuching. Wahh! Boleh tahan Kuching ni,  bandarnya besar, bersih dan cantik.  Tengok sini, tengok sana...semua tempat nampak kucing(replika/patung kucing) Hahaha.... Kak jijah dan kak kiah sempat cerita2 sikit tentang tempat2 yang kami lalu tu tu..macam tour guide pulak...hi hi.. Tq Tq.  Akhirnya tiba masa nak berpisah, kami mintak kak Jijah just drop kami kat Aeon Mall. Okay bye my frenzs, moga ada rezeki dapat jumpa lagi kita suburkan ukhwah.. InshaaAllah..Aaminn


Masa sedang duduk² di Aeon hilangkan penat berjalan, tiba² Mai pulak wasap ajak keluar. Mai juga sama seperti kak kiah dan kak jijah, merupakan rakan sebilik saya tika di Mekah. Suaminya en Man pula rakan sebilik en suami saya ketika menjadi Tetamu Allah time itu.





Makanya keluar lagi lah kami bila Mai dan en Man bawak ronda² Kuching nite session..hi hi.. Round kedua pusing bandar Kuching malam itu🤭 Singgah ambik snapshot di area Waterfront. Kemudian redah masuk kampung² Melayu sehingga sampai ke Kg Boyan di mana terletaknya lokasi kedai² origin kek Lapis. Alhamdulillah kedai Mira Kek Lapis masih dibuka time tu, walhal dah agak lewat malam waktu kami sampai. Alhamdulillah tqsm Mai & en Man, moga Allah balas kalian dengan kebaikan..aamiinn



**info:

Kampung Boyan terletak di seberang sungai. Ia adalah kampung tradisional yang menarik para pengunjung untuk dapatkan kek lapis Sarawak dan juga ikan Terubok Masin dengan harga berpatutan. Boleh menyeberang ke sana dengan perahu/bot atau boleh je terus ke sana dengan lintas jambatan yang merentangi sungai dan satu cara lagi tentunya dengan naik kereta/grab terus ke sana.


Hari kedua di Kuching

Pagi² kami turun makan buffet sarapan di level 3 hotel. Alhamdulillah boleh tahan sedap. Menu pelbagai juga lah, ada nasi goreng, kentang, sosej, roti bakar, crossaint, buah-buahan dll. 



Selepas breakfast, ada janji nak jumpa kak May pula, my dearest akak ipar yang dah kira² 20 tahun tak jumpa. Kak May datang bersama anak saudara saya Zaiwin kira² jam 10.30pagi. Gembira sangat dapat jumpa kak May. Bak kata en suami saya, pertemuan kali ini umpama jejak kasih yang sungguh syahdu dan bermakna🥹🥹

Alhamdulillah kak May kelihatannya masih sehat dan ceria sebagaimana yang saya jumpa terakhir kali tika arwah abang sulong saya(suami kak May) masih ada😔 


Zaiwin bawa kami pergi makan di King Laksa. Allah! Makan lagi, baru je breakfast🤗.

...hahahaa

Makan Laksa sarawak untuk kali kedua.  Agak best♡. KakMay dan Zaiwin pon makan laksa. En suami pula nak cuba Mee Kolok🤭, sementara Yani(juga anak saudara) yang datang kemudian makan nasi goreng. 






Selepas makan, Zaiwin bawa pergi kenal rumah kakMay/arwah abg Kassim di Samariang. Sebelum itu, lajak sikit dari rumah tunjuk kawasan tanah perkuburan arwah abg Kassim😭 Sangat luas dan lapang Tanah Perkuburan Samariang. Sejuk mata memandang tengok kawasan tanah kubur tempat arwah abangku disemadikan.. al-Fatihah.




Spent time sebentar dengan kakMay tengok² tanaman. Arwah abg Kassim dulu banyak tanam pokok buah. Solat jamak qasar dulu di rumah kakMay sebelum beransur. Yani hadiahkan Pes Laksa Sarawak untuk dibawa pulang. Tqsm Yani💜💜


Pastu dah nak kena bye kakMay🥹😭. Moga ada rezeki berjumpa kakMay lagi InshaaAllah♡♡♡ 


Dari rumah kakMay, Zaiwin drop kami ke kedai souvenier berhadapan Waterfront. OK bye Win..Jazakallah my anak saudara♡


Jalan² tengok barang² souvenier di sepanjang jalan utama kemudian  ambil grab pergi ke Muzium Borneo. Besar  dan gah muziumnya, nak masuk tu kena tiket rm20 setiap seorang. Khabarnya ia muzium terbaru di Kuching.







Sambung pula pergi ke Viva Mall yang kabarnya mall terbaru di sana. Jalan² cari makan santai² di situ baru balik hotel.



Hari ketiga di Kuching

Makan sarapan di level 3 hotel. Kali ini menu bertukar. Ada tambah omlet dan bubur nasi. Alhamdulillah boleh tahan best👍👍


Lepas breakfast, kami ambil grab pergi ke Muzium Islam kemudian ke satu lagi muzium iaitu Muzium Semulajadi Sarawak. Ohh..memang suka melawat muzium eh🤭😂😂







Lalu kami ke Kubah Ria pula mencari ikan terubuk masin. Dapat beli 5 ekor ikan masin yang saiz besar untuk dibawa pulang alhamdulillah. Tokey ikan terubuk masin siap pesan suruh buang garam kemudian basuh bersih² ikan bila balik rumah. Kalau terus di frozenkan ikan tersebut dikhuatiri ikan akan jadi tersangat masin bila lama diperap dalam freezer.  Selepas dibasuh bersih, elok dipotong siap² sebelum masuk dalam bekas/tupperware untuk dibekukan. Bila keluarkan beberapa keping untuk digoreng, rendam sekejap untuk kurangkan masinnya. Gitew....




Okay sambung kisah selepas settle pasal ikan terubuk masin di Kubah Ria, kami pun balik hotel untuk check-out.  Selesai semua, tumpang tinggalkan beg kat lobby hotel sebelum call grab, sambung berjalan lagi untuk hari terakhir kami di Kuching🤗

Mula² sekali singgah di Mom Laksa, pekena buat kali ke 3 Laksa Sarawak. Aduhhh tak boleh move on, masih teringat keenakan menu popular Sarawak ini.




Dari Moms Laksa,  kami ambil grab  ke kedai Kek Lapis Warisan untuk tambah beli sedikit lagi kek lapis. Agak happening berada di sana ketika itu kerana time tu ramai ahli rombongan lain turut berada di situ datang nak beli kek lapis.



Grab yang sama menunggu kami di kedai kek lapis kemudiannya membawa kami ke Masjid Bandaraya Sarawak yang tersergam indah. Allahu, sangat membuat hati berdebar² menyaksikan suasana persekitaran masjid yang dilatari kawasan tanah perkuburan..."Assalamualaikum ya ahli kubur.."


Selesai solat jamak Zohor Asar, kami berjalan kaki menyusur laluan tepi masjid menuju area Waterfront. Duduk² rehat di hadapan Masjid Terapung(Masjid India) sambil makan kueh apam balik sebelum ke Aeon Mall untuk kesekian kalinya.


Sampailah masanya nak tinggalkan Kuching, alhamdulillah rakan en suami tuan Busrah yang bertemujanji dengan en suami di Aeon kemudiannya offer menghantar kami ke airport malam itu. Singgah ambil beg dulu kat hotel lantas terus ke airportTerimakasih, Jazakallah.


Sungguh, percutian 3hari 2malam kami di Kuching terasa begitu bermakna, buat hati begitu teruja dan menyuntik rasa terharu. Schedule agak pack dan hari terisi sepenuhnya. Ramai yang entertain kami. Terasa diri sangat  dirai'kan semasa berada di sana alhamdulillah. Jazakumullahu khoiron💌


🌺🌺🌺

Guna servis Grab semasa di Kuching: total rm112#

rm11 - airport to hotel

rm6 - hotel to india street

Jalan kaki ke plaza merdeka dari water front

rm6 - Dari plaza merdeka balik hotel

.........................

rm5 - kedai souvenier to borneo culture

rm14 - borneo culture to vivamall

rm8 - vivamall to hotel

..........................

rm6 - hotel to muzium islam

rm6 - muzium islam to muzium semulajadi

rm6 - ke Kubah Ria - pasar satok bloc C cari ikan masin

rm10 - to hotel for check out

..........................

rm8 - hotel ke Moms Laksa

rm9 - ke kg kek warisan

rm6 - ke masjid bandaraya sarawak

Jalan kaki ke waterfront; masjid india(masjid terapung)

rm11 - masjid india ke Aeon Mall

🌺🌺🌺

Terubuk masin wajib beli😆

Kek Lapis Sarawak super sedap


ALHAMDULILLAH.


Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12