Tiada Dukacita

Sedutan dari majlis ilmu..

Kita yang ada permulaan pasti ada kesudahan. Moga2 kesudahan kita penyudah nya baik. Moga mati kita mati dalam husnul khotimah..amiinn.

Semua kita berhajat pada Allah Taala. Diri kita ini tak cukup hanya dengan satu anggota saja. Diri tak cukup dengan penglihatan saja, dengan pendengaran saja, dengan lidah saja. Sebab semua anggota yang Allah jadikan ini kena bantu membantu untuk menyempurnakan antara satu sama lain.

Semua makhluk berhajat pada Allah kerana Allah Maha Esa. Allah yang menjadikan setiap sesuatu. Semua berlaku dengan kehendak Allah. Manusia bergantung harap pada Allah SWT.
Bergantung pada manusia, manusia akan mati. Bergantung pada harta, harta akan musnah. Kita hidup hanya bergantung pada Allah.

Iman akan dibalas Syurga. Buat persiapan untuk menghindar diri dari neraka Allah. Kena tanam sifat taqwa dalam diri untuk menghindar diri dari neraka. Taqwa itu takut pada Allah SWT. Kata ustad, takut kepada Allah itu tak sama dengan takut pada harimau. Takut pada harimau kita boleh lari cari arah lain. Namun takut pada Allah, kita tak boleh lari ke mana.

Anak2 jika kita didik dengan peraturan Allah, kita tak akan dukacita. Mati itu pasti, tak boleh nak lari. Orang yang sentiasa buat persiapan, tak akan rasa dukacita.

Kita yakin semua terbit daripada Allah. Semua harta benda dan nikmat yang ada ini akan musnah. Waspada, yang baik akan dibalas baik, yang buruk akan buruk balasannya. Rasa hebat, semua akan binasa. Kekayaan, darjat, kuasa, bijak, pandai..semua dari Allah. Diri akan berbahagia jika letak semua nikmat itu, letak atas dasar kasih pada Allah.

Cinta pada wanita..wanita tak akan cantik selama2. Cinta pada harta..harta tak akan kekal abadi.

Maka guna apa saja yang Allah beri pada kita untuk jalan Allah Taala, baru  lah kita akan rasa bahagia, tak akan dukacita.

Wallahu a'lam.

Cekodok Bawang Cheese

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ُُ
Alhamdulillah pagi ni dapat ilham nak buat cekodok bawang yang taruk cheese dalam dia. Ya Allah maveles sangat..alhamdulillah syukur dengan nikmat makanan yang Allah kurniakan.

Nak buat nya senang je. Okeh jom kita tengok bahan2 dia ~

Tepung gandum 2 cawan
Bawang besar 1 labu
Cili api 3 biji
Cheese slice  5 keping
Bijian jagung rebus/jagung dalam tin
Air secukupnya
Garam
Telor 1biji

Caranya:
Tumbuk cili api dan 1/4 dari bawang besar.
Potong dadu bawang besar selebihnya
Camporkan kesemua bahan kecuali cheese. Adunan biar pekat. Cheese di potong kecil @ bahagikan pada 9 - 12 bahagian setiap sekeping. Goreng cekodok dengan letakkan cheese ditengah2 adunan.😀
Sangat sedap...alhamdulillah😍




Khasiat air Barli

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Alhamdulillah...dah agak lama tak blogging... walau pun tak menulis tapi kadang tu saya jengah2 jugak le Matahati.

Hari ni rasa nak cerita pasal air barli. Air barli ni sememangnya saya sangat suka minum sejak dulu. Kiranya sejak dari bangku sekolah. Arwah emak dulu rajin rebus barli...😢 😢alhamdulillah.

Sampai lah sekarang, saya pun jadi ikut suka rebus barli. Lagi pula murah barli ni, satu plastik kecil tu baru 60sen. Jadi saya sekali beli terus beli setengah dozen..☺

Okeh, meh kita perhatikan khasiat yg terkandung dalam air barli ni.. saya kopipes je ni dari website lain, syukron jazakillah hu khoiron...

Jom rajin2 kita minum air barli... semoga dengan izin Allah kesihatan kita akan jadi bertambah baik dengan asbab ikhtiar kita merawat badan dengan minum air barli inshaaAllah.

Khasiat Air Barli
✅Mengurangkan panas badan dan ketidakselesaan.
✅Membantu melawaskan masalah kencing.
✅Meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang.
✅Merendahkan kolesterol.
✅Meredakan sakit perut dan sembelit.
✅Mencegah serangan penyakit kanser.
✅Mengurangkan risiko kencing manis.
✅Merawat dan mengurangkan luka ringan.
✅Dipercayai boleh mengurangkan berat badan
✅Membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
Cara buat air barli @ rebus barli
#barli satu plastik kecil 60sen
#saya masak pakai rice cooker paling kecil brand panasonic

🔗Basuh barli bersih2 macam basuh beras.
🔗Masukkan air paras setengah periuk
🔗Masak sampai barli empuk
🔗Tambahkan air. Masukkan dua helai daun pandan(simpulkan) jika suka. Macam saya kadang buboh kadang tak. Biar sampai kembali mendidih.
🔗Masukkan gula ikut suka nak manis ke kurang manis. Macam saya buat tak manis sangat..boh gula sikit je.
🔗Dah selesai alhamdulillah. Tunggu suam sikit baru minum.😊



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...