Tiga jenis manusia yang dicintai Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam kuliah maghrib malam tadi ustad sebut perihal......

Tiga jenis manusia yang dicintai Allah

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman ”Aku cinta tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya. Aku cinta orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang pemurah, Aku cinta orang miskin yang rendah hati, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati, Aku cinta orang tua yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta orang muda yang bertaubat.”

Subhanallah. Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang Allah cinta...amiinn

Roti Inti Kaya Yang Super Sedap

Alhamdulillah...meroti lagi. Kira dah jadi makanan asasi lah kiranya roti sejak ada bread maker Empress Cosway ni. Roti canai pun dah berkilo2 buat..ya lah dah BM tolong uli kan... Alhamdulillah stok roti canai kira sentiasa ada je dalam freezer. Breakfast la selalu nya laris roti canai..hi hi..

Okay berbalik pada Roti Inti Kaya, ni saya tukar guna resepi roti asas yang lain. Google cari di internet..alhamdulillah syukron jazilan buat yang empunya resepi..moga Allah membalas dengan kebaikan..amiinn

RESEPI ROTI INTI KAYA
Bahan untuk doh roti:

500 gram tepung high protein
100g gula
2  1/2 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam
2 biji telor saizA
40 g butter(sejuk dari peti ais)
250ml fresh milk(sejuk dari peti ais)

Cara membuat guna BM:
Masukkan kesemua bahan dalam BM bermula dengan susu, butter dan telor, kemudian diikuti dengan tepung, gula, yis dan garam.

Tekan SELECT no.8. Biarkan BM menguli doh. Bila BM dah berhenti tekan sekali lagi START untuk uli sekali lagi.



RESEPI DAN CARA BUAT PES/ INTI KAYA

3 biji telur gred A
300ml santan pekat
200 g gula
2 helai daun pandan

Untuk buat karamel
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :

Masak gula dan air hingga gula jadi perang keemasan. Kacau jangan bagi hangit. Bila dah perang cantik dengan hati2 tuangkan sedikit air panas. Kacau serata dan sejukkan.

Dalam bekas lain, campurkan telur dan gula. Kacau2 hingga gula hancur. Kemudian masukkan santan dan karamel. Kacau rata kemudian tapis..Tuang kesemuanya beserta daun pandan ke dalam periuk, masak dengan api sederhana. Masak hingga jadi pes kaya yang pekat. Untuk buboh dalam bun sebagai inti, pes kaya kena pekat sikit berbanding dengan kaya yang untuk disapu pada roti bakar.

Memang super sedap lagi mengenyangkan, Roti inti Kaya.

Wassalam.

Solat Sunat Wudhuk

Alhamdulilah...

Dalam kuliah maghrib malam tadi dapat pengisian ilmu dari Ustad Salahuddin Nasir, seorang ilmuwan ternama yang penyampaian ilmu beliau lebih2 lagi dalam bab Sirah Nabi SAW selalu terkesan di hati...alhamdulillah.

Semalam yang membuat saya terkenang2 sampai hari ini ialah tentang kisah sahabat Bilal bin Rabah r.a yang ustad cerita. Kisah tersebut sering di-ulang dengar dari para ustad namun bila mendengar penceritaan dari ustad Salahuddin Nasir telah memberi suatu sentap dalam hati. Aduhai susahnya untuk saya isiqamah buat. Mohon pada Allah agar diberi kekuatan...amiinn.. sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini melainkan dengan pertolongan Allah.

Teringat salah seorang ustad dalam kuliah maghrib baru2 ini ada menyebut..."...ibadah wajib dan sunat itu kedua-duanya merupakan perintah Allah...maka kita buat lah... Bukan hanya yang wajib, tapi Allah sebut yang sunat...jadi kita sebagai hambaAllah harus cuba semampunya buat untuk bekal kita menuju akhirat. Kita tak berapa takut pada mati tapi yang paling kita takut ialah kehidupan selepas mati..."
Allahu..

Jadi mari kita cuba istiqamah buat mana2 ibadah sunat...kita pegang ia biar jadi istiqamah..contoh kata ustad Salahuddin Nasir, kita istiqamah berselawat 100x sehari. Jangan tinggal, biar jadi rutin.

Dan dari kisah Bilal bin Rabah r.a sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal:

"Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di hadapanku di dalam syurga." Bilal menjawab: Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku - yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu'." (Muttafaq 'alaih)



..... kita sematkan di hati dan tanam azam untuk ikut sama melakukannya... Azam untuk sentiasa berada di dalam wudhuk yakni kekal dalam wudhuk dan bilamana setiapkali selepas mengambil wudhuk kita Solat Sunat Wudhuk 2 rakaat sebagaimana Bilal bin Rabah r.a. InshaaAllah amiinn....


Solat Sunat Rawatib

Alhamdulillah kita kini dah berada di tahun baru 1439H. Syukur Alhamdulillah.

Apa azam tahun baru? En suami bertanya pada kami2 dalam group WA family. Termenung sejenak.....

Terkenang banyak yang masih separuh jalan azam dan keinginan tahun2 sudah. Moga kali ini dapat lebih istiqamah dalam amalan...amiinn

Sempena tahun baru 1439H, jom kita bangkit buat yang terbaik selagi masih ada peluang. Jom istiqamah buat solat sunat. Pesan ustad dalam kuliah maghrib beberapa malam lepas... "solat sunat jangan tinggal...."
Banyak solat sunat ni... antaranya; Solat Sunat Rawatib.

Solat sunat Rawatib yang kita kerjakan sejurus sebelum dan selepas solat fardhu Insya-Allah dapat menampung kekurangan yang tentu saja ada dalam solat fardhu kita.

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang istiqamah bersolat 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga. (12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh. (HR Nasa’i)

Jom azam untuk istiqamah dirikannya.
InshaaAllah...

Cara Buat Roti Sosej

Alhamdulillah agak rajin buat roti sekarang ni.... Sebabnya ada yang tukang uli nya. Bila dah macam tu, alhamdulillah makin menjadi-jadi lah semangat meroti.🌸🌸

Senang sekarang bila teringat nak makan roti, masuk2 je bahan dalam bread maker Empress(Cosway), lepas tu tekan nombor 8, terus dia buat kerja menguli doh roti. Alhamdulillah....

Kali ni nak cerita pasal roti sosej. Resepinya mudah dan bahan2 pun senang cari..

Cara buat Roti Sosej

Bahan2 yang perlu ada untuk buat roti, ada 7 benda kesemuanya:


100ml susu(fresh milk)
2 sudu besar minyak mazola
1 biji telor


250g tepung high protein
50g gula halus
1/2  sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering(mauripan)

~~~~~~~~~~~~~
Bahan lain:
Sosej daging/ayam Ramly
Cheese Cheddar
Mayonis
Sos tomato

(1)Cara uli guna Bread Maker
Masukkan susu sejuk dari peti ais, minyqk mazola dan telor ke dalam BM, di ikuti tepung high protein, garam, gula dan yis. Gula dan yis di satu sudut yang sama manakala garam di sudut yang bertentangan di atas tepung. Okeh, masukkan acuan roti di tempatnya di dalam BM seterusnya ditutup penutup atas BM. Mula 'select' nombor 8 untuk proses uli doh kemudian tekan 'Start'. Biarkan BM uli selama 14minit. Bila dah BM berhenti, tekan balik 'start' untuk proses menguli sekali lagi

(2)Cara uli tangan manual:
Satukan yis dan susu suam, biar sampai berbuih. Bila dah berbuih, baru campurkan lain-lain bahan. Uli selama 10 minit. Lepas dah selesai uli biarkan sekejap sambil2 kita nak sapu margerin pada loyang/bekas nak bakar roti.

Okay, dah boleh timbang doh roti seberat 30g setiap satu.


Timbang dulu semua. Dah selesai baru bentukkan roti sosej. Mula2 leperkan doh roti kemudian letakkan sosej di tengah2nya.


Tutup sosej. Hiris roti sampai putus sosej (jangan sampai putus roti). Seterusnya pintal seperti dalam gambar.

Susun dalam loyang, jangan rapat sangat..biar ada ruang roti tu nak kembang.

Sesudah itu, biarkan je roti tu kembang sendiri sampai naik dua kali ganda.

Bila roti dah kembang, mula panaskan oven 180'C. Sapu atas roti dengan fresh milk kemudian parut cheddar cheese di atasnya. Tambah letak mayonis dan sos tomato di atasnya.

Bakar selama 13 - 15minit..bergantung pada oven masing2. Mungkin ada yang kena bakar sampai 20minit.

Jom meroti, roti sosej homemade...sedap dan mengenyangkan alhamdulillah.

** Cara nak buat Roti Manis ~ Sweet Bun kat SINI

Akok Kemboja aka Kueh Bombai Resepi Ori

Assalamualaikum.

Kembali cerita dari dapur. Alhamdulillah nak kisahkan pasal Akok Kemboja ataupun ada juga yang panggil Kueh Bombai. Kueh ni ada iras2 rasa macam kueh bakar gitu tapi kejadiannya lagi lembut. Bagi yang suka kueh Akok Kelantan, inshaaAllah tentu suka dengan Akok Kemboja ni.

Resepi ni ori saya dapat dari makcik yang pernah jaga anak2 saya. Makcik ni memang pandai buat kueh. Semua masakannya yang sempat saya rasa semuanya sedap belaka. Alhamdulillah sangat baik hati orangnya, datang ajar sendiri buat kueh ni step by step kat rumah saya satu masa dulu(22 tahun yang lalu). Jazakillah hu khoiron... Semoga Allah memberi balasan yang baik...aamiin.. Alhamdulillah makcik dan saya masih keep in touch hingga kini.

RESEPI AKOK KEMBOJA @ KUEH BOMBAI

Bahan2nya:
telor 1 mangkuk
tepong 1/2 mangkok
gula 1 mangkok
santan pekat 1 mangkok
daun pandan di mesin *dapatkan pati pandan agak-agak  1/2 mangkok*
1/2 sudu kecil garam
bijan sebagai hiasan atas akok *jika suka*

**guna mangkuk/cawan yg sama untuk sukatan.

**Resepi asal saya guna saiz mangkuk arcopal. Alhamdulillah dapat ngam-ngam  6 biji kueh bombai dari sukatan di atas. Telor kalau gred A pakai 9 biji, kalau gred B pakai 10 biji.**

**Boleh tambah masuk esen vanilla jika suka. Resepi asal tak masuk vanilla.


Cara membuatnya:
Campurkan telor dan gula, kacau2 hingga hilang butiran gula baru dimasukkan tepong, santan, air daun pandan serta garam ke dalam mangkuk adunan dan kacau sebati. Tapis. Sementara itu  siap2 panaskan oven pada suhu 180
'C  beserta acuan akok kemboja yang dilenserkan minyak masak (gunakan daun pandan untuk melenser).
Tuang adunan biar hampir penuh acuan.

Bakarlah sehingga masak lebihkurang 35 - 40 minit atau sehingga bahagian atas kueh bertukar warna perang gelap.
Kueh sedang mengembang dalam oven
....baru keluar oven

Alhamdulillah dah siap.... Ulangi proses hingga adunan habis.

Sekian, wassalam.


Ambil Peluang Beramal Soleh

Bismilahirrahmanirrahim.
🌼Sedutan dari kuliah maghrib malam tadi....

"Ambil peluang semasa Allah masih bagi peluang. Ambil peluang untuk berjemaah di masjid, ambil peluang duduk dalam majlis ilmu, ambil peluang ngaji quran, ambil peluang untuk solat tahajjud, ambil peluang untuk bersedekah, ambil peluang untuk buat baik...sebab sampai satu masa kita dah takde peluang tu. Contoh bila kita dah tua tak de dah peluang tu,  bila kita dah masuk kubur dah takde peluang tu... Bila tua contohnya  ada beberapa nikmat yang Allah tarik balik contoh: Allah tarik nikmat dapat mengunyah guna gigi sebab gigi dah takde.. Jadi dah tak dapat makan daging yang perlukan gigi untuk mengunyah..ada duit tapi tak boleh beli daging, kaya tapi tak dapat makan makanan sedap sebab ada penyakit. Makanya bila tua, nak solat berdiri dah tak dapat sebab sakit kaki dan sakit lutut..jadi kena solat duduk atas kerusi, bila dah tua mata dah tak nampak jelas, kena dibantu dengan spek mata untuk baca quran... Bila dah tua atau sakit dah tak boleh ke majlis ilmu...dll. Dan bila kita dah mati, sambung ustaz, kita dah terlepas peluang nak solat tahajud dan solat2 sunat lain hinggakan kita selepas mati sangat menginginkan jika dapat keluar balik ke dunia hanya untuk dirikan solat sunat 2rakaat... Dan kata ustad, kita akan menyesal..menyesal bila dah tua, menyesal bila dah masuk dalam kubur, menyesal waktu di padang mashyar dan waktu yang paling kita akan menyesal ialah waktu di dalam neraka. Kata ustad, menyesalnya kita waktu tu...menyesalnya bila ingat waktu di dunia dulu aku selalu sedekah singgit je,  mengapa la aku tak sedekah 10inggit............................................."

Wallahu a'lam.🌼

Pulut Lepa Orang Kelantan

Assalamualaikum.

Okay kali ni kita tengok pulut lepa pulak. Pulut lepa ni sebenarnya paberet nombor satu kita..he he
Sangat sedap...memang tak dapat dinafikan....pulut nya memang dah sedia sedap, combine pulak dengan sambal daging pastu dipanggang pulak pulut tu...aduhai😘

Pulut Lepa Kelantan lain dia punya rasa dengan Pulut Panggang. Pulut Panggang ni kalau tak silap inti nya inti sambal kelapa. Sedangkan Pulut Lepa versi Kelantan biasanya berinti samada sambal daging atau sambal ikan, setahu saya la...

Meh kita tengok resepi dan cara membuatnya:

Resepi Pulut Lepa Kelantan

Bahan2nya:
1/2 kilo beras pulut
1   1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam

Inti: sambal daging atau sambal ikan

Cara membuatnya:
Rendam beras pulut semalaman(4 - 5 jam pon dah ok)
Kukus pulut selama 1/2 jam. Sementara itu masakkan santan yang dicampur garam. Bila mendidih, tutup api.

Bila pulut dah masak, keluarkan dan alihkan ke dalam besen. Taburkan gula di atas pulut yang panas, lalu dituangkan santan yang baru mendidih. Arung biar serata.

Daun pisang dilayur dan dipotong empat segi tepat.
Leper2kan pulut di atas daun pisang...
.....kemudian letakkan inti sambal daging/ikan di tengahnya. Pulut kena balut inti tu...
....dan dipadat2kan sebelum digulung dengan daun pisang tersebut.
Kemaskan kedua2 hujung gulungan dengan lidi/stepler.

Bakar atas bara api /dapur gas hingga garing pulut lepa. Lenserkan sedikit minyak masak atas tudung periuk dengan daun pandan sebelum disusun pulut lepa.
Masa membakar pulut lepa, satu dapur berbau harum👍👍
Terbalik2 kan pulut biar dipanggang serata.

Alhamdulillah...pulut lepa sedap lagi mengenyangkan.


Pulut Bakar Kelantan Resepi Warisan

Assalamualaikum.

Nak kisahkan tentang Pulut Bakar kali ni..ehe he

Saya pada satu hari tu, pagi2 lagi teringat nak makan Pulut Bakar. Bila sebut pulut bakar, ada kenangan indah time zaman sekolah dulu. Saya suka sangat makan pulut bakar yang arwah tok kawan saya buat. Ingat lagi, tersangat lah sedap. Zaman dah berlalu. Itu yang sekarang bila sesekali balik Kelantan tu tak lupa beli pulut bakar masa naik atas Pasar Siti Khadijah tempat kueh mueh.

Okay, berbalik pada cerita saya yang mula2 tadi, saya pun dengan penuh harapnya menghantar WA pada kawan saya tu untuk bertanya resepi. Alhamdulillah kawan saya siap sketch gambar nak tunjuk bagaimana rupabentuk acuan untuk buat pulut bakar tu... Subhanallah...tq my fren.

Ini lah acuan hasil DIY saya....hehe..pakai tin tuna. Bahagian tangkai dia tu cik suami tolong selesaikan👍

RESEPI PULUT BAKAR KELANTAN

1/2 kg beras pulut
1   1/2 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
13 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan

Cara membuatnya:
Beras pulut direndam semalaman(4 - 5 jam pon ok)
Panaskan air dalam periuk kukusan. Lapik kukusan berlubang dengan daun pandan. Ratakan pulut di atasnya dan kukus selama 1/2 jam.  Masakkan santan dan garam, kacau2kan jangan sampai pecah minyak. Bila mendidih tutup api. Keluarkan pulut dan tabur gula dan bunga cengkih atas pulut yang panas tu kemudian tuangkan santan bergaram yang baru mendidih tu, arung biar rata.  Biarkan sebentar sebelum mula membungkus dalam daun pisang.

Daun pisang yang dilayur dipotong segiempat. Biar lebar dan panjang daun pisang tu, buang yang keras atasnya saja.

Ambil sehelai, letakkan sesenduk pulut di atasnya.
Tekan2 biar jadi bulat kemudian dibungkus macam nak bungkus nasi lemak masukkan bahagian yang tengahnya ke dalam acuan, tekan2 pulut perlahan2 lalu mula membakar atas bara api atau atas dapur gas. Biarkan lebihan kedua2 hujung daun pisang tegak ke atas. Bila dah agak2 garing, keluarkan dari acuan dan terbalikkkan pulut. Bungkus balik macam nak bungkus nasi lemak dan letak balik tengahnya dalan acuan. Tekan2 kedua2 lebihan daun pisang biar menutupi pulut dalam bentuk bulat. Bakar balik hingga garing sebelah lagi. Keluarkan dan buat pulut bakar seterusnya hingga habis pulut 1/2 kg tu. Sambung membakar pulut bakar yang dah siap sampai garing atas tudung periuk/periuk ajaib. Sapu sedikit minyak masak semasa membakar.

Alhamdulillah selesai...sangat sedap pulut bakar ni...resepi dan cara membuatnya warisan orang dulu2..Alhamdulillah syukron buat rakan sekolah saya, Nor yang berkongsi info berharga arwah tok beliau. Arwah tok memang specialized buat pulut bakar, kukus pulut 6 gantang setiap hari. Jazakillah hu khoiron.




Kek Marble Lagi

Alhamdulillah buat lagi kek marble yang terlajak sedap ni..he heh

Resepi kek marble yang ni kira agak perfect la bagi saya.. Alhamdulillah. Kalau dulu saya selalu tukar2 resepi bila buat kek marble, sekarang tidak lagi. Asal buat kek marble je, mesti buat pakai resepi yang satu ni, memang best..rasa kek sedap, lembut dan wangi. Bila masuk hari kedua, rasa kek makin sedap.

Jom kita tengok resepinya kat sini....


Assalamualaikum.

Roti Manis Sweet Bun Cicah Gulai

Assalamualaikum.

Pagi ni meroti lagi... Agak kerap la buat roti lepas dah ada Bread Maker ni. Hari ni buat roti manis aka Sweet Bun yang tak jemu2 makan. Memang sedap, lembut dan wangi bau roti. Makan cicah gulai ayam rempah dari Kelantan. Ermm..memang makan tak hengat...he he...

Jom kita buat roti sendiri kat rumah. Lebih selamat InshaaAllah. Selamat dari segi apa tu... Maksudnya selamat dari bahan2 chemical yang berlebihan...contoh kalau buat roti sendiri ni kita boleh avoid dari letak bahan improver dan softener untuk melagi-lembutkan roti. Pastu kita boleh elak dari bahan pengawet yang memang boleh memberi mudharat dalam jangka panjang..nauzubillah... (info tentang bahan2 chemical tu, seorang cikgu masak sekolah menengah yang brief saya, tq)
Roti tanpa bread improver dan bread softener ni pun dah tersangat lembut dah so kalau tak tambah dia pun dah okay rasanya..alhamdulillah.

Okay bagi yang nak uli roti sendiri, sebenarnya takde masalah pun. Buat sikit dulu, hanya guna 250g tepung, inshaaAllah tak penat pun uli. 250g tu suku kilo. Kira tak pakai banyak tenaga pun. Dari suku kilo tu kita inshaaAllah akan dapat 15biji roti jika ditimbang 30g setiap satu masa bentukkan doh roti. Ni saya sertakan dua2 cara uli; uli dengan BM dan uli sendiri roti cara manual.

Resepi Roti Manis ~ Sweet Bun

Bahan2 yang perlu ada, ada 7 benda semuanya:

100ml susu(fresh milk)

1 biji telor
2 sudu besar minyak mazola

250g tepung high protein
50g gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering(mauripan)

Cara:
(1)Cara uli guna Bread Maker
Masukkan susu sejuk dari peti ais, minyak mazola dan telor ke dalam BM, di ikuti tepung high protein, garam, gula dan yis. Gula dan yis di satu sudut yang sama manakala garam di sudut yang bertentangan di atas tepung. Okeh, masukkan acuan roti di tempatnya di dalam BM seterusnya ditutup penutup atas BM. Mula 'select' nombor 8 untuk proses uli doh kemudian tekan 'Start'. Biarkan BM uli selama 14minit. Bila dah BM berhenti, tekan balik 'start' untuk proses menguli sekali lagi

(2)Cara uli tangan manual:
Satukan yis dan susu suam, biar sampai berbuih. Bila dah berbuih, baru campurkan lain-lain bahan. Uli selama 10 minit. Lepas dah selesai uli biarkan sekejap sambil2 kita nak sapu margerin pada loyang/bekas nak bakar roti.

Okay, dah boleh timbang doh roti seberat 30g setiap satu.
Timbang dulu semua.
Dah selesai baru bentukkan roti biar bulat. Susun dalam loyang, jangan rapat sangat..biar ada ruang roti tu nak kembang.
Sesudah itu, biarkan je roti tu kembang sendiri sampai naik dua kali ganda.
Bila roti dah kembang, mula panaskan oven 180'C. Sapu atas roti dengan fresh milk kemudian parut cheddar cheese di atasnya. Pastu tabur gula sikit atas dia.


Bakar selama 13 - 15minit..bergantung pada oven masing2. Mungkin ada yang kena bakar sampai 20minit.
Bila roti dah masak, keluarkan dari oven dan sapukan atasnya dengan margerin.
Sangat sedap dimakan begitu saja. Nak sedap lagi makan cicah dengan gulai ayam..yum yum yum😀👍👍

Alhamdulillah.
Alhamdulillah done
**cara buat Roti Sosej kat SINI

Dunia Akan Berakhir


Sedutan majlis ilmu...

Kehidupan kita di atas mukabumi ini akhir sekali kita akan mati. Hari ini kita muda, satu hari nanti kita akan menjadi tua. Tubuh kita akan menjadi lemah...
Itu lah takdir yang Allah jadikan. Jika Allah lebihkan usia, apa yang mampu kita harap ialah semoga hidup kita terpenuhi dengan amal2 soleh...amiin

Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 78 yang bermaksud:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh....... {4:78}


Surah al -Hadid ayat 20 yang bermaksud:

.......Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. {57:20}

Ustad ingatkan....yang kita duk cari sangat dunia ni, ia hanyalah permainan/tipudaya...orang yang bangga dengan ilmunya...yang bangga dengan pangkatnya...yang bangga dengan kedudukannya...tiada apa sebenarnya, semua akhirnya akan mati..

Bila kita kembali kepada Allah apa saja yang kita ada ini kita tinggalkan. Yang menanti hanyalah samada azab atau redho dan keampunan Allah sahaja.

Kita semua akan dibangkitkan di padang mashyar. Semua akan dibangkitkan. Tiada yang tertinggal. Jin dan manusia semua akan berada di padang mashyar. Semua akan dihisab dan dihitung amalannya di akhirat nanti oleh Allah.

Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 47, yang bermaksud:
Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka. {18:47}

Dan dalam surah al-Waqiah 49 dan 50 ,yang bermaksud:


Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, {56:49}


“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum. {56:50}


~~~~~~~~
Maka, kata ustad..... kerja kita sekarang ialah perlu buat persiapan untuk berhadapan dengan kiamat.

Surah arRahman ayat 35, yang bermaksud:
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); {55:35}

"Nak lari ke mana tuan2..kita semua tak mampu nak lari...", kata ustad.

Maka kita tidak dapat tidak mesti terima apa jua syariat yg Allah tugaskan kepada kita semasa masih ada di dunia. Itu saja caranya. Itu saja jalan untuk kita raih redho Allah di hari Akhirat.

Semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah-Nya...amiinn








Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...