Juadah Raya ~ Satay Ayam dan Satay Daging


Alhamdulillah... Salam eidul fitri.

Untuk juadah hari raya pertama, kami buat Satay. Satay antara menu faveret bila tiba hari raya. Pastu pulak yang jadi lebih bersemangat nak buat satay untuk raya pertama tu sebab dah ada tempat pemanggang yang sangat cekap..hehe.. Ia nya ialah periuk ajaib serbaguna ๐Ÿ’

Periuk ni hadiah dari anaknda. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka2. Tenkiu anakku Nur Farihin. Rasmikan periuk ni hari tu buat ayam percik. Alhamdulillah berhasil dengan jayanya๐Ÿ˜€

Okeh, berbalik pada satay, lepas perap sate selama 3jam, dah boleh terus bakar satay dalam periuk ajaib ni. So selamat tinggal cara bakar satay guna arang..he.he..

RESEPI SATAY DAGING DAN AYAM

Bahan2nya:

1 kg daging/isi ayam
3 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 bawang merah besar
3 ulas bawang puteh
1 sudu kecil umbu Jintan manis
**jintan puteh (gandakan 2x dari jintan manis)
**ketumbar  (gandakan 2x dari jintan puteh) **
Garam 1 sudu kecil
Gula 1  1/2 cawan gula

Cara membuatnya:

Bahan bertanda ** disangai (goreng tanpa minyak) terlebih dulu sebelum dimesin kering

Blend bahan2 lainnya.potong daging/ayam secara kiub kecil
perapkan bersama bahan2 blend 1 dan 2
Perisakan garam dan banyakkan sukatan gula. Semasa membakar satay, renjiskan minyak yang diambil dari kuah satay.

Resepi kuah Satay @kuah nasi impit boleh jengok kat blog masak2 saya fzmenu ~  
tekan link




Cara Membuat Sira Labu

Alhamdulillah semalam dapat berbuka dengan Sira Labu. Sangat sedap. Dah lama tak berkesempatan buat Sira Labu nih. Dalam sibuk2 di dapur, dengan bantuan anaknda tercapai hasrat nak makan Sira Labu. Tak kupas kulit pon..kiranya betul2 ikut cara asli orang dulu2, tak kupas kulit labu bila menyira.

Jom tengok macamana caranya nak buat Sira Labu ni.

Bahan2:
Labu kuning sebiji
Sedikit kapur makan
Gula 2 cawan
Nise 1 keping
Daun pandan 3 helai
Beberapa kuntum bunga cengkih

Cara:


  1. Labu di potong sederhana tebal dari atas ke bawah mengikut ruas.
  2. Setelah selesai rendam labu dalam air kapur.. biarkan selama 2 - 3jam.
  3. Basuh bersih2 labu, toskan
  4. Masak 2 cawan gula + air + 3 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*(pewarna kuning dah habis jadi kali ini saya ganti dengan manisan sekeping untuk ceriakan kaler)
  5. Masak biar agak likat dan berbuih2(snowy)sebelum dimasukkan labu.
  6. Susun labu dalam periuk, taburkan sedikit lagi gula. 
  7. Tutup periuk, masak hingga labu empuk dan air gula bersinar. Cucuk labu dengan lidi untuk pastikan labu dah empuk atau belum.
  8. Jika dah empuk, tutup api.

Alhamdulillah. Selamat menyira.

Resepi Kueh Sagu Merah Kegemaran Ibu

Assalam.
Bila sebut kueh sagu sering teringat ia kueh kegemaran ibu.... Dulu2 mak selalu buat kueh ni. Asal buat je mesti warna merah. Berbeza bila buat agar2 mak sesekali tukar2 kaler, kadang merah kadang hijau namun untuk kueh sagu ni, emak hanya titik pewarna merah...

Resepi Kueh Sagu

Bahan2:
  • biji sagu saiz kecil 1  1/2 cawan
  • gula 1  1/4 cawan
  • air 4  1/2 cawan
  • daun pandan 3 helai disimpul
  • beberapa titik pewarna merah/pink
  • beberapa titik perisa Rose
  • Kelapa parut puteh bergaram untuk salutan
Cara buatnya:
  1. Panaskan air..... bila menggelegak masukkan sagu yang telah disiram air sekali lalu dalam penapis santan.
  2. Masakkan sehingga agak likat dan kurang bilangan biji2 sagu yang masih berwarna puteh.
  3. Masukkan daun pandan + gula..... kacau lagi biar sampai likat dan bersinar.
  4. Masukkan pewarna dan perisa Rose
  5. Buang daun pandan (nak tau kueh sagu dah masak elok, bila tarik daun pandan ia senang keluar takde melekat2 sangat)
  6. Tuangkan ke dalam loyang yang dibilas terlebih dahulu *perlu dibilas supaya kueh senang dikeluarkan dari loyang, tidak begitu melekat*
  7. Tunggu sejuk dulu baru sambung sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan kueh dah agak pejal, boleh la dipotong2 dan disalutkan dengan kelapa puteh yang siap digaul sedikit garam.
Sangat sedap kueh sagu ni...makan sejuk2 keluar dari peti ais...pasti sentiasa rasa nak ulang buat...

Cara Mudah Buat Kueh Lopes

Alhamdulillah semalam akhirnya dapat menikmati kueh Lopes yang dah lama tak buat. Last buat hari tu masa saya berpuasa di rantau orang 2 tahun lepas.

Teringat time tu teringin sangat nak makan lopes. Jadi semasa keluar beli barang dapur di Asian Store nampak beras pulut, hah apa lagi terus beli beras pulut, kelapa kering dan gula melaka. Dah tersenyum2 dalam hati berkata..."hah jadi dah lah kueh lopes kali ni"... :)

Idea nya time tu nak buat kueh lopes masak pakai mikrowave je. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Setelah berhasil dengan percubaan kali pertama itu, makanya agak kerap lah saya buat kueh Lopes lepas tu. Dapat kasi2 jiran mat salleh lagi. Dia orang sangat suka hati dan teruja dengan kueh kita..siap mintak resepi lagi..he he

Okeh..meh saya kongsi cara nak membuatnya.

Bahan:

  • 2cawan beras pulut
  • Air daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau(jika suka)
  • Kelapa parut puteh + sedikit garam
  • Daun pisang sebagai alas susun kueh Lopes dalam pinggan


Cara:
Beras pulut direndam sekejap sebelum ditanak seperti biasa. Tanak pulut dengan air daun pandan. Paras air kurang sedikit dari paras air nak masak nasi. Okay bila air dah makin kering, kacau2kan biar serata. Kiranya pulut belum masak sepenuhnya, ada bahagian yang masih mentah. Its okay, don't worry be happy. Alihkan pulut ke dalam bekas lain, tekan2 pulut lalu terus sambung masak dalam mikrowave. Tekan cook 5minit.

Alhamdulillah dah selamat jadi kueh Lopes.

Keluarkan dari mikrowave dan tutupkan bekas tadi. Ketepikan. Tunggu sejuk dan pejal sikit baru dipotong2 salut dengan kelapa puteh bergaram. (Macam saya di sana dulu tu saya lembapkan kelapa kering dengan air panas lalu gaulkan dengan sedikit garam dan kemudian panaskan sekejap dalam mikrowave).

Okay langkah seterusnya. Sediakan air manisan untuk dimakan dengan kueh Lopes.

Bahan untuk air manisan:
Nise kampong 2 karet besar/ 1 ketul gula melaka
2 sudu besar gula
Secawan Air
Dua helai daun pandan.

Cara:
Masakkan hingga terhasil air manisan yang cair2 likat.

Alhamdulillah. Selamat buat kueh Lopes versi mikrowave..:-D


Cara Membuat Tepung Pelita


Alhamdulillah semalam beriftar dengan Tepung Pelita. Nikmatnya dapat makan tepung pelita, kueh warisan yang sangat saya suka sejak dulu2 lagi.

Nak kongsi cara membuat Tepung Pelita, langkah demi langkah. Dah pernah dulu post pasal tepung pelita dalam matahati. Entri dulu, Tepung Pelita Yang Asli ada di sini. Sangat mudah sebenarnya nak buat tepung pelita cumanya kalau nak lagi singkat masa, elok buat bekas/sampan tepung pelita sehari sebelum hari nak memasaknya. Lagi cepat siap.

Okeh, jom kita tengok macamana cara nak membuatnya. Resepi ini saya guna dari sejak mula2 belajar buat sendiri tepung pelita.

RESEPI TEPUNG PELITA 
(inshaaAllah boleh dapat 37 - 40 biji tepung pelita bergantung pada saiz sampan tepung pelita) 

Daun pisang dilayur atas api dapur gas kemudian potong empat segi tepat lebihkurang 4 x 7 inci. 
Lapiskan tiga helai untuk setiap satu sampan untuk elakkan kebocoran. Lipat di kedua2 hujung dan stepler. Buat sehingga habis. Kalau tak cukup daun pisang boleh lah guna bekas plastik yang buat dadih tu, lapik bekas dengan keratan daun pisang agar tak hilang aromanya.

Bahagian bawah, lapisan hijau:
  • tepung beras secawan
  • air daun pandan 4 cawan(mesin 7 helai daun pandan dengan secawan air, setelah itu tambahkan air untuk cukupkan 4 cawan)
  • Tambahkan sedikit pewarna hijau (jika suka) 

Cara: Panaskan air dalam kukusan. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan sebentar campuran hijau. Hanya hingga sampai naik wap, tutup api.  

Susun sampan daun pisang dalam kukusan berlubang. Isikan satu sudu kecil gula(umbu/menggunung) ke dalam setiap sampan. Jika sampan besar, lebihkan gula. 

Kemudian baru dituangkan campuran lapisan hijau tadi sebanyak 1/3 penuh.


Kukus selama 15minit. 

Setelah masak, tuangkan pula campuran bahan untuk bahagian atasnya. 

Bahagian atas, lapisan santan:
  • tepung beras setengah cawan
  • santan 2   1/2 cawan
  • garam setengah sudu kecil

Panaskan sebentar bancuhan santan, air dan tepung beras. Masak hanya sampai naik wap, tutup api. Kacau biar serata. Lapisan santan harus terasa masinnya. Tuang ke atas lapisan hijau.

Kukus balik selama lebihkurang 10minit.

Alhamdulillah selesai.  Tepung Pelita enak dimakan selepas disejukkan beberapa jam dalam peti ais. 


Tempahan Kueh Raya

Alhamdulillah..
Setelah 3 tahun bercuti buat kueh raya, tahun ini kerja2 'membaking' bermula kembali.

Teringat dua tahun lalu, kami berpuasa dan beraya di negara orang. Hampir 6 bulan saya bermusafir mengikut en suami bekerja di lua sana. Alhamdulillah banyak pengalaman sepanjang permusafiran..alhamdulillah, Allah dah aturkan yang terbaik buat kita. Kekadang sesuatu itu berlaku di luar jangkaan. Subhanallah, syukur ya Allah atas segala nikmat.

Semasa berpuasa dan beraya di negara orang, teringat menyambut Ramadhan dan beraya di negara sendiri. Bila berada di negara sendiri teringat suasana Iftar dan raya di negara orang. Begitulah kita ni manusia..
..

Namun setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup kita terkandung hikmah. Perbanyakkan syukur inshaaAllah Allah tambahi nikmat.. (sesi menggamit kenangan)๐ŸŒธ๐ŸŒธ

Okeh berbalik pada tempahan kueh raya, saya ambik oder untuk tiga jenis biskut raya sahaja...





Kueh Untuk Iftar

Alhamdulillah...Hari ini Allah rezekikan kita semua berada di hari ke 11 Ramadhan. Semoga Ramadhan kita kali ini terpenuhi dengan amal-amal soleh InshaaAllah..amiinn

Setiap hari di samping berbuka puasa dengan kurma pastinya ada kueh2 faveret  yang menjadi hidangan semasa iftar.

Ini antara kueh2 yang sempat diterjah buat dengan anaknda untuk kami bersama2 ahli kariah ber-iftar di masjid alhamdulillah.



Resepi kueh Bengkang boleh klik di SINI


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...