Alhamdulillah Masih Ada Usia

Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini genap bertambah setahun lagi usia. Alhamdulillah Allah masih beri umur. Baki usia diri ini tiada siapa yang tahu kecuali Dia. Moga usia yang tersisa diberkati Allah hendaknya..moga mampu tergolong di kalangan orang2 yang ditakdirkan berbahagia..amiinn ya Allah

Hadis riwayat Imran bin Hushain ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya. (Shahih Muslim No.4789)

Kueh Rengas Kueh Kasturi versi Kelantan

AsSalam.

Tentu ramai yang suka kueh Rengas aka kueh Kasturi ni kan. Alhamdulillah saya kan sejak dulu2 lagi suka makan kueh ni. Sangat senang dan mudah nak membuatnya. Dan yang utamanya, sangat kenyang kalau dapat makan kueh ni samada waktu sarapan pagi ataupon time minum petang...hehe..

Kueh ni kueh tempatan yang boleh tahan popular jugak la kat Kelantan. Tak jemu makan kueh ni walau sering di ulang buat. Diberi nama versi Kelantan sebabnya resepi ni original dari sejak saya dibangku sekolah. Tepung salutannya asal2 yang saya tau pakai tepung beras je. Tapi adakala saya boh juga tepong gandum sikit. Dan inti kacangnya pula asli kacang hijau tak masuk tepung. Tapi maaf la, takde sukatan tepat.

Meh tengok cara nak buatnya yang mudah;

RESEPI KUEH RENGAS/ KUEH KASTURI versi Kelantan

1)untuk intinya:
1 cawan kacang hijau direbus hingga empok pastu campurkan nise dan gula secukup rasa dan juga secubit dua garam ambik rasa serta dua sudu besar kelapa parut kering. Kacau sampai kering air dan inti jadi kental. Ketepikan. (Inti ni pon dah sedap sangat dah kalu nak makan macam tu je dengan kelapa parut puteh bergaram). Bila dah sejuk, bulat2kan inti sebesar bola pingpong, kemudian leper2kan sikit.
Okeh lepas tu dah boleh sediakan adunan tepung untuk menyalutnya.

2) menyediakan batter( salutan tepung)
Bancuh tepung beras, secubit kapor makan, garam dan kunyit..biar jadi cair2 likat gitu hingga boleh menyalut kueh.

3)panaskan setengah kuali minyak. Celop kueh dalam batter, goreng cam kita goreng pisang.

Kueh rengas/kasturi ni sangat sesuai dibuat untuk dibawa bekal time kita nak jalan ke mana2. En suami alhamdulillah senyum suka hati kalau tiba2 tengok ada kueh ni terhidang kat meja.

Mohon Allah pelihara dari kejahatan nafsu

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah yang mentadbir, mengatur dan menentu alam ini di atas kehendakNya. Moga2 kita semua beroleh taqwa. Banyakkanlah bersyukur kepada Allah. Allah Taala sentiasa memberi nikmat kepada kita. Siapalah kita kalau nak banding dengan orang-orang terdahulu yang kuat beribadat kepada Allah. Mereka adalah ahli ibadah. Walaupun kita bukan ahli namun berusaha lah kita untuk memperbanyak melakukan ketaatan kepada Allah.

Pelihara hati, perkataan dan perbuatan kita agar jauh dari murka Allah. Sihat kita, sakit kita, senang kita, susah kita, kaya kita, miskin kita, lapang kita, sibuk kita, walau apa jua keadaan kita, di mana jua kita berada, bila2 jua ~ perbanyakkanlah menyebut akan Allah.

Banyakkan belajar, banyakkan menuntut ilmu.  Lebih banyak kita mengetahui, InshaaAllah akan lebih banyak jalan. Lebih banyak jalan, maka lalu lah ikut mana-mana pun. Banyak lagi jahil kita. Kalau rasa cukup ilmu yang ada, hah itu silap. Orang alim(berilmu) akan di-uji, akan rasa dia hebat, akan timbul rasa dia sempurna. Sebab itu perlu belajar tasawuf. Ilmu tasawuf itu ilmu batin. Hakikat ilmu tasawuf ialah mengosongkan hati. Tiada perkara lain hanya Allah. Hakikat ilmu ialah takut pada Allah. Bila takutkan Allah makin bertambah iman.

Kalau bertambah ilmu, tapi tak bertambah takut pada Allah maka ketahuilah akan jauh dari Allah. Sebaliknya kalau bertambah ilmu lagi dapat menambah takut pada Allah, lagi bertambah amal soleh maka ketahuilah akan lagi dekat dengan Allah Taala...aamiin..

Tanda taubat diterima Allah ialah bilamana buat ibadah timbul rasa manis dalam hati. Contoh hari ini astaghfirullah terlepas Subuh, apa rasa? Ada tak rasa dalam hati? Ada tak kita rasa resah, gelisah, dukacita, kecewa, pedih hati... sebab terlepas ibadah. Atau pun adakah bila terlepas ibadah subuh itu, takde rasa apa pun, tak rasa bersalah... nauzzubillah..

Tanda-tanda hidup hati, tanda ibadah diterima ialah rasa manis dalam ibadah. Kalau mengaji, ada perubahan dalam diri.. maka berhasil lah ilmu.
Orang yang hidup hatinya kalau boleh, nak sembunyikan kebaikan, tak nak zahirkan ibadah, tak nak orang tahu. Orang yang nak tonjolkan amalan akan sibuk nak orang tahu apa amalan kebaikan dia. Contoh: Sengaja nak tunjuk bilik tempat dia beribadah. Nak zahirkan ibadah dia.

Nafsu sentiasa mendesak untuk zahirkan kebaikan. Pesan ustaz, tak payah lah kita bagitau orang apa yang kita dah buat baik. Tak payah nak cerita yang kita dah derma pada mangsa banjir. Tak usah lah cerita kita dah pergi tolong mangsa banjir. Nafsu memang nak zahirkan kebaikan. Dari orang tak tahu, nak orang tahu. Itu Sum'ah. Memadalah Allah yang tahu kebaikan kita.

Yang patut dibimbang ialah takut ibadah kita Allah tak terima. Yang perlu dibimbang, takut iman dan taqwa tergugat. Itu perkara yang dibimbangi para alim ulamak. Begitu juga dengan para wali Allah.. Wali-wali Allah kedatangannya tak disedari, kehilangannya tak dicari. Pasti ada di kalangan kita yang mendapat maqam wali-wali Allah, namun kita tak tahu siapa, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Bila bertambah ilmu maka bertambah taqwa. Ilmu tasawuf terkandung taqwa, sabar dan tauhid. Bila ada ilmu tasawuf, InshaaAllah sejahtera segala amal, terpelihara lidah. Orang berilmu itu perhiasan. Indah percakapannya. Sebaliknya, jika orang alim diam, itu kehinaan. Orang alim mesti pertahankan yang tak boleh tetap tak boleh. Yang haram mesti kata haram. Ulamak akhirat tetap berkata yang haq.
Ingatlah.. jika beroleh susah di sana, maka dah tiada ruang lagi.  Jika susah di sini, boleh lagi mengadu pada makhluk. Tapi bila susah di sana, nak jumpa siapa? Susah sana, susah... Maka awas, berkatalah yang haq.

Bukti kita kasih pada Nabi SAW ialah selawat. Tanda umat yang cinta Muhammad SAW ialah selawat. Maka cubalah selawat 1000x sehari, jika tak mampu selawat lah 300x sehari. Istiqamah.
Didik lah hati, tarbiyah hati, moga beroleh hati yang bersih InshaaAllah...aamiinn. Masing2 didik, bersihkan hati.

Dengan ilmu tasawuf ini, dapat hindar perkara yang boleh membatalkan pahala ibadat. Apa perkara yang boleh batalkan ibadat? Contoh: Apabila seseorang itu solat, timbul riak. Riak itu ialah buat sesuatu tapi dalam hatinya mengharap puji makhluk. Contoh2: Timbul ujub dalam diri. Ujub itu ialah merasa hairan dengan dirinya. Hairan apa? Hairan atas kebaikannya, hairan atas kehebatannya, hairan atas apa yang Allah anugerahkan padanya.

Ustad pesan, siapa2 yang rasa ada timbul riak, ujub, takabbur serta sum'ah dalam dirinya, maka cepat2lah berdoa dengan doa ini:
"Allahumma inni Astaghfiruka A'uzubika Minsyarin nafsi... La hawla wala quwata illa billah."

Mohon Allah pelihara dari kejahatan nafsu. Pada masa itu InshaaAllah nafsu akan tunduk. Nafsu ni, tiap2 malam kita sentiasa ikut dia..nak tido, tido, tido... Sampaikan time ngaji pun tido.
Maka lawan lah nafsu. Mujahadah lawan nafsu.

Wallahu a'lam.

Berdamping Dengan Para Murabbi


Ilmu tasawuf ilmu yg penting. Method amali yang ada dalam ilmu tasawuf ialah Syukbah iaitu duduk sekali, berkawan@berdamping dengan para murabbi, guru yamg murabbi.

Memadai dengan membaca buku2 tasawuf kalau ianya mampu menyampaikan kita kepada Allah Taala. Namun, jika perjalanan kita tidak menyampaikan kita pada Allah Taala hanya melalui membaca buku2 serta kitab, maka perlu untuk kita duduk sekali dengan para murabbi.

Syukbah memberi kesan yang mendalam dalam sahsiah hidup seseorang. Tabiat semulajadi yg Allah letak dalam diri manusia, perlu pada masyarakat. Dia tak boleh hidup seorang diri. A memerlukan pada B, B memerlukan A.

Orang yang berkawan dengan orang yang baik akan membawa akhlak yang baik. Orang yang berkawan dengan orang yang tak baik nescaya akhlaknya akan runtuh. Manusia itu mengambil akhlak dari orang di sekelilingnya.

Jika kamu berada dalam suatu kaum, berkawan lah dengan orang yang baik akhlaknya.

Persaudaraan yang dibina dimukabumi ini jika bukan atas dasar kasih dan cinta kerana Allah, maka di akhirat kelak mereka akan saling bergaduh. Mereka akan saling menyalahkan, saling tuduh menuduh di antara satu sama lain.

Maka perlu berkawan atau berada dalam lingkungan orang2 yang baik. Orang2 yang baik akan membuat kita mampu terjangkit menjadi baik. Orang2 yang baik dan soleh akan membawa kita menuju Allah Taala.

Seorang guru yg murabbi ialah orang yang bila kita pandang wajah mereka, segera dapat mengingatkan kita pada Allah Taala. Orang yang murabbi atau seorang guru yang mursyhid mengambil cahaya nabi SAW iaitu cahaya kebenaran. Sesiapa yang mengambil pengajaran daripada mereka ibaratnya telah mengambil pengajaran dari Nabi SAW yang menjadi penyuluh jalan kehidupan.

Perkuatkan azam untuk bertemu dengan orang yang macam ini. Biar ada azam nak bertemu, ada azam nak dididik serta nak terima ilmu daripada mereka...aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...