Atas-atas pagar - Elak jadi agen fitnah


Salam Jumaat...

Terbuku rasa hati tiapkali baca dan dengar tajuk2 berita yang agak sensasi sekarang ini. Tak kiralah dekat tv pun ya, paper apa tah lagi, dekat blog pun sama.. semua sama naik pakat tulis. Itu baru tengok tajuk, isinya belum baca lagi tu...

Nak kongsi apa yang saya dengar dari tazkirah seorang ustaz yang memberi peringatan. ...Hakikatnya hidup kita ini ibarat berada di pentas sandiwara. Dunia penuh dengan tipu-daya. Yang kekal hanyalah kampung akhirat yang infiniti. Kita semua berasal dari keturunan Adam dan Hawa yang tempat duduk asal nya adalah di Syurga. Tak hendakkah kita semua pulang ke Syurga? Ustaz kata ada yang menjawab, " Ohh saya tau hukum sikit2 je ustaz... tau agama tapi takde la pandai sangat... atas-atas pagar je..."

"Atas-atas pagar? Nak terus berenti tau setakat tu saja ke? Tak nak terus usaha cari? Mesti bertekad untuk teruskan usaha mencari ilmu supaya kita mampu menjadi insan yang faham agama. Semasa masih kat dunia ni boleh la kita kata kita nak takat 'atas-atas pagar' je... Nanti di akhirat vocab tu dah tak boleh pakai... takde istilah atas-atas pagar di sana. Yang ada hanya dua pilihan samada nak Syurga atau nak Neraka... Takleh nak duduk tengah2, takde atas-atas pagar.. yang ada hanya dua tempat tu je...", jawab ustaz panjang lebar.

Oleh itu, marilah kita tanya diri sendiri... nak ke mana kita selepas ini? Kalau inginkan Syurga, eloklah berhenti tumpang sekaki membuat dosa dengan memperhebatkan lagi sesuatu berita yang kita tak tau akan kebenarannya. Ustaz pesan, jangan kita terlibat menjadi agen fitnah. Mungkin kita tak sedar kita dah jadi agen fitnah tapi hakikatnya dengan cara kita forward-forward kan berita yang tak baik, yang aib dan yang tak pasti benar tidaknya itu.. kita dah pun termasuk dalam senarai nama-nama agen. Semua hanya akan mengundang dosa yang tidak lain akan mengheret kita ke lembah Neraka... Nauzubillah.. Ya Allah jauhkan lah kami dari seksa api neraka... ameenn

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat r.hum berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda SAW bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan? Baginda SAW menjawab: Jika apa yang dikatakan benar, maka itu adalah mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah). (HR Muslim)

Wallahu a'lam.




Istighfar


"Tiapkali saya bukak pintu pagi2, ada je sampah berlonggok depan umah saya..."

Dengan nada kesal, seorang surirumah yang tinggal di salah satu rumah pangsa di ibu kota mengadu secara peribadi masalahnya pada ustazah yang datang mengajar di surau. Rasa sedih dan marah bercampur2 dalam hati. Tak sangka pulak dapat jiran yang macam tu. Ada ke patut, lepas sapu depan rumah dia, longgokkan sampah dekat pintu rumah orang. Rasa-rasa takde pulak dia pernah sakitkan hati jirannya tu. Tiap kali bertembung samada di lift atau di kedai-runcit bawah, dia tetap menyapa bagi salam sambil siap senyum lagi. Walau jirannya itu nampak tak berapa nak senyum, dia tetap berprasangka baik.. tetap menyapa bila jumpa lagi lepas-lepas tu.

Nasihat ustazah....
Bagi setiap kesusahan dan kesedihan itu, InsyaAllah akan beroleh ketenangan dengan jalan memperbanyakkan Istighfar. Hidup kita tak sunyi dari masalah... kadang masa kita ok, orang lain pula tak ok. Orang yang dekat dengan kita *contoh suami/isteri dan anak2* sekali pun kadang beri masalah pada kita apalagi orang lain yang ramai2 di sekeliling kita seperti sedara mara, kawan2, boss di pejabat dan tak ketinggalan jiran tetangga. Itu semua lumrah kehidupan. InsyaAllah sedih yang melanda akan reda bergantung pada apa tindakan kita dalam cuba mencari jalan bagaimana nak atasinya.

Bila hati sedang bermasalah... banyakkanlah berIstighfar....
Melalui Istighfar, InsyaAllah:
  • Allah ganti hati yang susah dengan gembira
  • akan dibukakan jalan keluar untuk atasi masalah itu
  • Allah boleh beri rezeki dari sumber yang kita tak sangka pun
Bila sering berIstighfar, hati kita akan jadi sihat.. terhindar dari datang perasaan yang tak baik, berprasangka buruk, hasad dengki, iri hati dsb. Ustazah pesan.. untuk dapat jaga hati biar selalu bersih, kenalah kita sentiasa jaga mulut. Elok sebut yang baik2 saja... elakkan dari mengata, mengumpat dan mengeji orang lain.

Allah pandang pada hati kita. Walau kita sering baca Quran, sering berada di saf paling depan dalam solat berjamaah, sering hadir di majlis ilmu, sering kiam di waktu malam namum Allah tahu segala isi hati kita. Jangan masa ayah mertua kita ada kat rumah, kita kuatkan suara mengaji quran untuk tunjuk kita mengaji. Jangan masa kita melakukan kiamulail, ada perasaan dalam hati kita.. "Ohh nampak cam rumah aku je yang terang ni, rumah orang lain sume gelap je.. takde sorang pun bangun rupanya... aku je... " Kalau sampai itu terjadi, maknanya dah timbul riak dalam hati kita terhadap amalan yang sedang kita buat. Dikhuatiri sesaje je amal kita bila ada riak....

Hati terbahagi kepada 3 keadaan... iaitu hati yang sihat, yang sakit dan yang mati. Untuk dapatkan hati yang sihat sentiasalah:
  1. ...banyak mengingati Allah dengan selalu mengamalkan zikir. Amalkan zikrullah, tak kira masa kita tengah sibuk masak ke, tengah bawak kereta.. maksudnya bukan terhad hanya selepas tiapkali selesai solat.
  2. ...ingat Allah tak kira walau dalam susah maupun senang, melalui doa. Jangan waktu susah je kita merintih2 mohon pada Allah... misalkata bila ada masalah, anak yang sedang remaja tak brape dengar kata.. ikut kawan2 sampai tak balik rumah. Masa tu lah kita yang dah bertahun2 tak buat solat malam, terus buat tahajjud mohon pertolongan Allah bagi nak lembutkan hati anak. Tapi di saat kita senang, time anak2 ok, time duit takde hal.. maka masa tu kita macam dah agak jauh dari nak selalu ingat Allah. Zikir hanya bila teringat, solat malam dah tinggal, doa pun masa lepas solat je angkat tangan.. itu pun express rakyat... kira macam ambik syarat je..
  3. ...baca quran. Mengaji dapat menyucikan hati. Sebelum tidur, bacalah sekurang-kurangnya Qulhuwallah 3x yang disebut dapat menyamai pahala khatam al-Quran (refer hadis)
  4. .. pastikan yang rezeki kita halal. Sumber dan perlaksanaan mestilah halal. Apa2 yang dapat mestilah dikongsi kerana setiap rezeki itu ada haknya sendiri. Kalau tak dapat sumbang banyak, sumbanglah sedikit supaya sedekah kita dapat menyucikan hati..InsyaAllah.
  5. ...bersyukur. Bila kita syukur, InsyaAllah Allah akan tambahkan lagi nikmat... bukan setakat harta-benda malah rezeki yang berupa ketenangan fikiran, kelapangan hati, kebahagiaan rumah-tangga, jiran-tetangga yang baik dsb...
Wallahu'alam.

Mencari Keberkatan


Kisah 1
Afiq: "Abah, tolong beli A4 paper ya on the way balik ofis tu, kat umah dah abih la... afiq nak kena print yang cikgu suruh ni, nak dalam lima enam helai..."

Hamdan: "Ok"

Hamdan terus bangun menuju ke tempat mesin fotostat.... ambik kertas A4 agak2 dalam 'ketebalan setengah inci' gitu. Kassim yang menyedari perbuatan Hamdan, tak tunggu dah,..terus ambik peluang sound,

"Ai, tak berkat la bro ambik ofis punya"


Hamdan: "Alaaa, aku bukan ambik banyak pun, setakat tiga empat elai camni pun nak bising, tu orang lain lagi la... aku tengok ambik sampai 1 rim, boleh pulak!"

Kassim hanya mampu tersengih, dalam hati berkata.."ikut suka hati ko la labuuu, sendiri mau ingat le.."



Kisah 2:

Milah: "Shima, cuba ko tengok... orang sebelah ada umah tak?"

Shima: "Ngapa mak?"

Milah: "Ko tengok je la, kalu diaorang takde, ko cepat2 pegi kerat daun pandan dalam dua tiga elai. Mak nak masak bubur kacang ni. Alahh ko hulur je tangan ikut celah pagar tu cam biasa.... tarik dua tiga elai, kerat! .... Takpe, bukan ambik banyak pun, nanti kalu ada lebih bubur ni, kita ulur kat depa, tu pun kalo depa balik cepat..."



Kisah 3:
Afiq: "Alaa abah.... seliper Afiq ilang le, dah baru lagi siper tu...", rungut afiq masa ke dua-dua beranak ini sedang mencari seliper lepas keluar dari masjid.

Hamdan: "Ish, sapa la punya kerja tu.. nak kena bantai aper... takpe lah ko cari je lah memana siper yang muat ngan ko.. pakai je..."


Surah Al-Adiyat

Nak kongsi sedikit pengisian ilmu berhubung dengan Surah Al-Adiyat. Surah Al-'Adiyat terdiri atas 11 ayat dan tergolong surah Makkiyah. Nama Al 'Aadiyat diambil dari kata Al 'Aadiyaat yang artinya berlari kencang yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Maksud ayat: 1] Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, [2] Serta mencetuskan api dari telapak kakinya, [3] Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, [4] Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, [5] Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh; [6] Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. [7] Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; [8] Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). [9] (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? [10] Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? [11] Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu. _________________________ 

Dijelaskan oleh ustad dalam Kuliah Maghrib tadi... 

....  Allah bersumpah dengan perkataan 'Kuda' dari ayat 1 sehinga ayat yang ke 5 dalam surah ini. Kuda yang tercunggap-cungap... Ibarat kehidupan manusia yang dalam hidup sehari-hari sering tercungap-cungap dalam mengejar duniawi. Keadaan manusia ini Allah samakan dengan kuda yang berlari kencang hingga cetuskan percikan api. Manusia diumpamakan hidup berkerja tanpa kenal penat dan lelah hingga sampai tahap boleh membinasakan tubuh badan sendiri. Kalau kuda hasilkan percikan api semasa berlari, manusia pula ibaratnya tinggalkan kesan di atas jalan dari kesan tayar bilamana kereta di-brek mengejut selepas memecut 140km/jam. 

Dari surah ini, Allah nak ingatkan kita bahawa... ramai manusia yang kufur dengan nikmat yang Allah beri. Bermula dari nikmat Islam, nikmat iman, nikmat kesihatan, keluarga, harta benda dan macam2 nikmat lagi yang tak mampu kita tanggung. Berlebih2 nikmat itu sampai ada antara kita yang membazir, campak begitu saja dan kadang-kala tidak begitu menghiraukan sangat tentang nikmat itu. Anggap hanya satu kebiasaan bila mata dapat kembali melihat sinar pagi selepas dimatikan dalam tidur di malam hari. Tak timbul di kepala bahawa udara yang disedut dalam tarikan nafas itu adalah hasil dari kurnia Allah buat kita seisi alam. 

Dalam bab ibadah pula, seringkali rasa liat untuk bersegera bangun buat... tapi kalau dalam bab mencari harta dunia nescaya manusia akan berlumba-lumba walaupun dalam keadaan diri yang tak berapa sihat. Ustaz mengajak kita semua agar bermuhasabah diri.... apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang syukur dengan nikmat Allah atau kita termasuk dalam golongan yang kufur dengan nikmat Allah Taala. Adakah kita selalu bersegera untuk sahut seruan Azan.. terus berhenti buat apa jua pekerjaan di saat2 azan berkumandang. Adakah kita menjawab azan? Adakah kita terus bangun bersiap2 untuk tunaikan solat berjemaah di surau/masjid (satu tuntutan buat kaum lelaki)? Atau sebaliknya... kita tak rasa ianya satu keperluan untuk bersegera melakukannya? Jika tak bersegera maknanya kita rasa meeting dengan boss di ofis lagi penting, meeting dengan client lagi penting sebab semua itu mendatangkan RM buat kita. Sebaliknya meeting dengan Allah, tak de nak cepat2 sebab tak nampak ganjarannya sekarang... tak rasa Allah sedang perhati... belum nampak akan azab api neraka... tu pasal... 

Harta-benda dunia boleh membuat fikiran kita terluput dari mengingati Allah. Keinginan terhadap mencari harta dan wang ringgit, cinta yang amat sangat sehingga lebih jadikan ia satu prioriti dalam urusan harian... berbanding kecintaan untuk bersegera dalam menunaikan perintah Allah SWT. Kecintaan ini seringkali membuat manusia begitu asyik dan terleka sehingga lupa akan dosa serta pahala.

Oleh itu melalui surah ini, Allah nak gambarkan betapa manusia ini bersifat seakan-akan kuda yang sangat tamak. Maka insafilah diri kita agar tidak tersasar mencari harta dunia sebegitu rupa sehingga melalaikan perintah Allah. Jauhi diri kita dari terlalu cinta dunia. Apa yang ada dalam hati samada zahir, batin dan yang menjadi rahsia, semua akan dibongkar di hadapan Allah kelak. Allah akan memberi pembalasan atas setiap sesuatu. Sama2 insafi diri... Wallahu'alam.


Ilmu Mengingatkan Diri


"Malulah pada pokok..."

Teringat-ingat apa yang ustaz kata tu.

Kata ustaz lagi...
...Satu-satu pokok itu tertentu jenisnya. Contoh: Pokok kelapa. Kalau dah namanya pokok kelapa, daunnya pun tentulah daun kelapa, buah yang keluar pun buah kelapa, rasa buahnya pula rasa buah kelapa... daunnya tak akan jadi daun mempelam, buahnya takkan jadi buah rambutan dan rasa dia pun tak akan rasa macam buah durian... sebab memang sifatnya tertentu sebagai Pokok Kelapa.

Mari kita contohi sifat pokok. Kita mengaku Islam. Tapi masalahnya, dalam sesetengah ibadah je kita ikut Islam. Dalam solat kita ikut Islam, bila datang Ramadhan kita ikut Islam, turut sama berpuasa... orang pegi haji kita pegi haji, orang pegi umrah kita pun nak pegi... kira macam ikut trend pulak. Dalam soal ibadah kita seboleh-bolehnya tak nak ketinggalan, nak cuba ikut orang ramai2 yang 'ikut Islam'.

Tapi malangnya dari segi berpakaian contohnya, kita jadi macam berat hati nak ikut Islam. Kita rasa rugi kalau tak tunjuk rambut kita, fesyen berpakaian kita pada orang2 di sekeliling kita. Hati kita macam dah hard core, liat untuk terima nasihat. Kita refuse untuk terima teguran. Bila ada kengkawan forward -kan email yang cerita pasal Islam, kita tumpang sekaki tolong forward-kan sama pada kengkawan yang lain. Bila tiba email yang tegaskan pasal kewajipan menutup aurat kitapun ikut forward-kan... tapi kita yang tak tutup aurat dengan sempurna tak rasa ada getaran apa pun dalam hati bila baca sepintas lalu email tersebut... takde rasa apa2...

Malulah kita pada 'pokok' sebab ternyata kita tak ambik cara hidup Islam secara menyeluruh. Kita macam ambik separuh-separuh. Yang suka kita ambik, yang tak suka kita tolak dan buat tak tahu. Bila begitu keadaannya maka jadi tak sempurnalah kedudukan kita yang mengaku diri seorang Islam sebab yang pasti kita masih mengekalkan dosa.

Mesti ingat bahawa kita ini adalah seorang hamba. Hamba kepada Allah SWT. Bila kita sedar hakikat itu, sepatutnya akan timbul rasa takut dalam diri kita pada Allah. Bila kita kenal Allah, maka kita jadi 'maarifat' Allah... rasa takut pada Allah... rasa takut yang akan mendorong kita untuk pulun beramal dan cuba seboleh mungkin untuk elak dari langgar perintah Allah. Ustaz ibaratkan contoh macam kita takut pada harimau. Kita kenal harimau... lalu bila kenal sifat harimau timbul rasa takut pada harimau. Rasa gerun sangat jika terserempak dengan harimau. Tengok kesan tapak kakinya saja dah rasa kecut perut. Itu ibaratnya...

Berbalik pada diri seorang hamba, selagi bertitle seorang hamba maka sepatutnya semua jadi terhad-lah dalam hidup ini. Makan kena terhad, tak boleh berlebih-lebihan.. ada yang boleh ada yang tak boleh.. Cakap kena terhad, kena berhati-hati takut tersilap cakap/terlebih cakap buruk padahnya. Pakai pun kena terhad, tak boleh ikut suka hati nak pakai apa. Kena pakai yang sebagaimana diperintahkan. Yang halal kita ikut, yang haram kita tinggal.

Rahmat Allah luas buat kita. Sebesar mana pun dosa kita, masih ada ruang untuk kita bertaubat. Setinggi mana pun dosa kita, tinggi lagi rahmat Allah yang memberi banyak ruang untuk kita memohon ampun. Rahmat dan keampuan Allah tiada hadnya. Baru saja kita berniat untuk bangun solat malam contohnya, dah siap2 dapat satu kebajikan hasil dari niat tersebut... tu belum lagi betul2 bangun tu.. Esoknya kita cuba lagi bangun, jangan terus asyik dengan niat saja. Kena usaha realisasikan niat melalui perlaksanaan amal.

Rahmat Allah tiada hadnya. Jika terlintas di hati kita nak buat yang tak elok, niat itu belum dicatat sebagai satu kejahatan. Jika terlaksana niat itu baru ada catatan satu keburukan atas dosa yang kita lakukan. Namun kuatkan hati agar sentiasa ditetapkan iman, biar terhindar diri dari ada lintasan untuk lakukan yang tidak baik. Jadilah orang yang berilmu kerana ilmu dapat mengingatkan diri... nak buat kejahatan, tak jadi...

Wallahu'alam.

Tersurat



Di suatu petang yang damai... selepas Asar... saya terus ke dapur tanak pulut dalam 2 cawan. Tanak pakai rice-cooker je. Keluarkan siap2 satu bungkus santan beku dari freezer. Pastu tinggal, terus ajak en suami kluar pegi cari durian. Plan-nya nak buat pulut durian la konon untuk menu minum petang...

Sampai2 kat gerai durian, ish,,kosong.. tak niaga ke hari tu?
Tak putus asa, terus round cari satu pekan, mintak2 ada yang tersesat sorang dua jual durian. Ya Allah, memang sah satu pun takde... takkan dah abih musim kot. Baru kemarin nampak ada tiga empat tuan... ngapa eh tiba2 time nak beli ni takde pulak orang jual... lebai malang ke aper...

Dah habih round, keputusannya memang takde.... kau pandang aku, aku pandang kau... cepat2 pulas stering, patah balik rumah. Nak kena cepat sebab ada temujanji kat masjid for Kuliah Maghrib.. masa dah suntuk... lagi setengah jam, azan Maghrib akan berkumandang.

Balik rumah... switch-off rice-cooker, masukkan balik santan dalam peti *hajat tak kesampaian nak makan pulut durian*... sudahnya goreng fish nugget + bakar roti gardenia + boh mayonis dan cili sos... dahhhh..... itu rezeki yang tersurat untuk minum petang kami sekeluarga hari tu... alhamdulillah

Takpe... yakin, setiap yang tersurat itu ada hikmahnya...


Buku Yang Istimewa


Naik semangat lepas dengar pesanan ustaz pada anak2 tahfiz....

Beruntung anak2 yang duk hafal Quran sekarang ni.... Kecik2 lagi dah mula hafal Quran. Insya-Allah akan mudah jalannya. Dalam umur yang baru baligh ni *setengah-setengahnya belum baligh*, eloklah berazam biar jadi baik bermula hari ini. Biar hati baik, mulut baik, hidung baik, mata baik, telinga baik, tangan baik, kaki baik... biar seluruh anggota baik. Kalau dah semua baik, besok2 tau kan dapat duduk kat mana? Takde tempat lain bagi orang2 yang baik melainkan hanya di Syurga Allah. Hanya itu tempat tinggal orang-orang yang baik. Jadi berbuat baik lah bermula hari ini. Jauhkan diri dari buat benda tak elok. Jaga tutur-kata. Jaga pandangan mata. Yang penting jaga hati biar selalu bersih. Semua perbuatan akan dicatat, tak akan tertinggal satu pun. Di akhirat nanti kita akan diberikan satu buku yang istimewa. Di dalamnya terkumpul semua amal perbuatan kita dari sekecil-kecil perkara. Ada perbuatan yang kita dah tak ingat pun kita ada buat... contoh yang kita jegil2 mata kat cikgu masa cikgu keluar kelas pun ada, time kita buat muka masa emak marah pun ada dan macam2 lagi. Takde satu pun tinggal...
Jadi, berbuat baik lah bermula hari ini... jadi baik hingga ke akhir hayat... amenn


Datang Mengaji


Dari kuliah Subuh hari ini....

"Maarifatkan semua ibadah sebagai perintah Allah", kata ustaz.

Datang ke Kuliah Subuh pagi ini contohnya niat untuk mengaji/menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah perintah Allah. Jadi datang ke majlis ilmu sebagai memenuhi perintah Allah. Bila ikut perintah Allah Insya-Allah akan beroleh pahala. Perjelaskan dalam hati, pergi mengaji bukan pergi saja-saja, bukan hanya untuk isi masa lapang. Sebaliknya sahkan niat di hati bahawa pergi mengaji adalah kerana ikut perintah Allah, untuk tambahkan ilmu dalam diri semata-mata kerana Allah.

Dalam usaha nak belajar ini ada banyak halangannya. Ada musuh yang menghalang samada musuh dunia, nafsu, syaitan dan makhluk. Jadi perlu lawan kesemua musuh ini.
Musuh dunia lawan-lah dengan sifat zuhud terhadap dunia. Kalau hati begitu kasih pada dunia, bangun pagi2 hanya terfikir untuk meniaga... rasa lagi baik bukak gerai jual nasi lemak, dapat duit.

Musuh nafsu pula.. ikutkan hati nak tidur je, nak extra-kan lagi masa rehat tu, padahal dah tidur 8 jam dah pada malam harinya. Nak lawan musuh nafsu, latihlah berlapar, amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis misalnya. Bila makan pula, jangan makan masa tengah kenyang. Tunggu masa betul2 lapar baru makan. Makan di waktu yang betul2 lapar, Insya-Allah makanan yang dimakan akan terasa begitu sedap.

Musuh Syaitan pula mesti di- istihar perang. Memang tak boleh dibuat kawan kerana langsung tak bawa kebaikan malah bawa keburukan buat diri kita. Hendaklah sentiasa mohon perlindungan Allah agar jauh dari gangguan Syaitan. Nak masuk masjid, kereta, rumah, pasar baca doa mohon perlindungan kerana syaitan ada di mana-mana. Iblis di pekan atau di pasar namanya Iblis Zariton. Iblis ini kerjanya menggoda, tu sebab niat asal nak beli ayam seekor je kat pasar tapi tengok2 hampir 2 jam duduk di pasar. Selalulah baca doa... La ila haillallah huwahdahu la syarikalah, la hul mul ku wa lahul ham du yuhi wayumi tuwahuwa ala kullisyaiin qadir..." , untuk hindarkan diri dari musuh ini.

لا إله إلاَّ الله وحده لاَ شريك له، له الملك وله الحمدُ وهو على كلِّ شئٍ قديرٌ

Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya


Musuh dari kalangan makhluk
juga merupakan penghalang dalam proses menuntut ilmu. Contoh: Ada di antara hamba Allah yang marahkan ustaz yang beri kuliah pagi2. Bising katanya, kacau dia nak tidur. Ada juga yang marah bila tok bilal pasangkan cd orang ngaji 15 minit awal sebelum azan Subuh. Niat tok bilal bila pasang cd orang ngaji dapatlah membangunkan penduduk di sekitar masjid untuk bangun kemudian bersiap-sedia tunggu Solat Subuh. Tapi ternyata ada yang tak suka.

Ustaz kata kalau ada yang bersikap macam ni, elok pindah cari tempat tinggal lain. Sebab jika dia terus tinggal di sekitar masjid, dia tak akan nampak sebarang kebajikan.. yang nampak hanya keburukan dan merasa ada gangguan pada dirinya. Orang yang sebegini termasuk dalam golongan orang yang buta hati sebab walau tinggal di tepi masjid tapi ilmu tak sampai, tak terbuka hati untuk dapat melihat kebaikan. Sama juga halnya dengan orang yang datang ke majlis ilmu tapi tiap kali hadir malangnya asyik tertidur.. Insya-Allah beroleh pahala dengan kehadiran di majlis ilmu tetapi tidak dapat ambil manafaat dan pengisian dari majlis tersebut.

Kita kena lawan musuh makhluk kerana jika kita dah sedia lemah, dapat pula kawan yang lemah... jiran pun lemah... maka jadi semakin lemah lah kita.... lawan di sini maksudnya bukan bergaduh tetapi sahkan niat dalam hati bahawa kita tidak akan terpengaruh terhadap halangan ini.

Ustaz peringatkan sama supaya kita tidak membiarkan diri kita tidak hadir di majlis ilmu lebih dari 3 hari kerana ia mampu membuat hati kita mati. Jika tidak dapat hadir di masjid/surau atau takde ustaz yang datang menyampaikan, maka cuba lah cari alternatif lain yang sekarang ini sumbernya semua berada di hujung jari....
Wallahu'alam.


Kukuhkan Ukhwah sesama kita


Semasa ON-kan radio untuk semak samada dah azan ke belum untuk waktu Zohor, saya over-heard satu tazkirah oleh seorang ustaz. Rancangan dah half-way ke udara, jadi tak pasti ustaz mana yang sedang menyampaikan ilmu.

Masa tu ustaz tengah citer satu kisah di zaman pemerintahan Saidina Umar. Di kisahkan tentera Islam sedang mengepung satu puak musyrik. Kepongan bukan takat mengepong biasa je tapi kepongan yang menyekat banyak keperluan pihak musuh misalkata kalau kita hari ini contoh sekat bekalan air, bekalan makanan, sekat internet, WIFI dan sebagainya.

Kalau biasanya selepas dikepong selama 2 minggu, tentera musuh dah menyerah kalah, tapi kali ini tidak sebagaimana yang diduga. Selepas kepongan berjalan selama hampir sebulan pun, tentera musuh bagai tidak ada apa2 pressure, biasa2 je keadaan mereka... takde tunjuk tanda2 nak serah diri.

Jadi Umar mengambil langkah pergi ke kem tentera Islam untuk menyiasat keadaan sebenar. Lalu setelah 3 hari 3 malam berada di sana, beliau pun pulang lah semula ke Madinah.. Sesampai beliau di Madinah, diutusnya sepucuk surat buat tentera Islam.

Dari pemerhatian beliau, ada 3 sebab mengapa ini berlaku:
  1. ramai antara mereka tidak amalkan bersugi - sedangkan bersugi itu menjadi sunnah yang amat dituntut. Hingga dikatakan isteri Nabi SAW iaitu Aisyah r.a telah menyatakan bahawa perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setiapkali pulang ke rumah ialah bersugi. Dan di saat2 detik terakhir wafatnya Rasulallah SAW pun, baginda masih tak lupa untuk bersugi... Subhanallah... Di sini menunjukkan betapa pentingnya bersugi/menggosok gigi/menjaga kebersihan gigi.
  2. saf semasa solat berjamaah, bengkang-bengkok - nampak sangat tentera Islam kurang prihatin dalam menjaga keperluan untuk meluruskan saf dalam solat
  3. saf renggang-renggang, tak rapat - nampak sangat tiada permuafakatan di antara sesama jemaah. Kerja secara berkumpulan amat dituntut untuk keberhasilan dalam perlaksanaan sesuatu tugas.. Berbeza hasil kerja jika dilakukan seorang diri berbanding kerja secara berkumpulan. Makanya mesti mulakan semangat berpasukan ini dalam solat berjamaah yang mampu memupuk ukhwah yang kukuh antara sesama saudara Islam. Bila bersatu hati Insya-Allah semangat pun jadi kuat.

***sekadar pengkongsian untuk sama2 kita renungkan hikmah dari kisah ini... Wallahu'alam

Uzur


Masa tengah goreng ayam untuk makan tengahari semalam, tiba2 dapat fon-kol dari jiran yang rumahnya selang sebaris dengan rumah kami. Sal, dalam nada yang agak cemas bertanya,

"Kak Nur, kalu nak surutkan bengkak, nak taruk apa ek?"

"Kenapa Sal, sapa yang bengkak?"

"Mak tadi jatuh kak Nur, kena kat kepala.. jadi besar jugak la bengkaknya.. yang risau tu darah cam taknak berenti pulak..."

Saya on the spot terfikir pasal daun lidah buaya... "Ok, Sal terai boh aloe vera, InsyaAllah boleh berenti kot darah tu..."

"Err.. takde tanam le pulak aloe vera.. caner hah kak Nur, nak stop darah tu kena demah ngan air panas ke air sejuk?", kedengaran suara Sal yang bunyinya semakin cemas.

"Ais, kalu tak silap akak... Ok Sal, nanti akak pegi, jap ya.."

Saya terus ke rumah Sal untuk tengok keadaan ibu mertuanya. Ya Allah, memang bengkak besar, darah pun masih mengalir keluar dan tempat bengkak dah jadi biru kehitaman.

"..ishhh...kena bawak ke hospital ni Sal", cadang saya bila tengok saiz bengkak tu boleh tahan besar, pastu risau takut jadi darah beku.

"Ok, nanti tunggu ayah diaorang balik, skarang dah kat jalan dah..."

Semasa Sal ke bilik air, saya terus sambung menekapkan tuala ke tempat bengkak makcik tu. Dalam tengah menahan sakit, tiba2 beliau bersuara dalam nada berbisik... "Ya Allah tetapkanlah iman hamba, sembuhkanlah sakit hamba..."
Diulang-ulangnya doa itu beberapa kali.

Saya yang mendengar terus menjawab "amenn, amenn..." Rasa nak menitis air mata bila mendengar beliau berdoa. Seorang insan yang dah begitu berusia, uzur lagi namun jelas memiliki wajah yang nampak begitu bercahaya sekali. Walau dalam usia emas, wajah beliau nampak begitu bersih sekali... Dari apa yang saya tahu, beliau semasa sihatnya selalu istiqamah dalam melakukan solat tahajjud setiap malam, bersolat dhuha setiap pagi dan konsisten berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Itu menjadi amalannya selama bertahun-tahun sehinggalah tiba saatnya beliau ditimpa keuzuran beberapa tahun kebelakangan ini.

Melihat hikmah ini, timbul keazaman dalam diri untuk lebihkan usaha buat apa yang patut semasa badan masih sihat... "Ya Allah, bantulah hamba, berilah kekuatan...ameenn"


Histeria


Anak wat balik cerita....

"Mama, tadi kat sekolah ada 8 orang kena histeria... Masa tu pulak time rehat, sume terlopong tengok. Sorang,, sorang kena. Start dari pukul 10 sampai le dekat pukul 12 baru senyap. Berjangkit-jangkit, memekik-mekik sume.... Bizi lah sume ustaz dengan ustazah duk menolong. Cikgu disiplin pun sume turun, sibuk duk bagi arahan suh budak2 lain yang duk nengok ni masuk kelas masing-masing.

Kesian Ma.... sorang makcik tu ikut duk lari2 tolong kejar anak dia. Cikgu kol gitau. Jadi berkejar-kejaran le sume tadi. Anak dia dah tercabut tudung entah ke mana2 dah masa berlari-lari tu. Lepas pekik kuat2 terus pengsan lepas tu. Time orang nak angkat ramai2, menjerit balik... sume terkejut.

... Rasa cam tengok drama pulak tadi Ma... "


Ohh kesiannya anak-anak tu sume. Kira awal2 belum musim pereksa dah kena gangguan. Selalu histeria ni menyerang musim exam. Nasihat buat semua anak-anak tak kira di mana saja anda berada... Ingat:
  • Mesti jaga solat.. solat jangan tinggal. Jika kita dekat dengan Allah Insya-Allah Allah akan dekat lah dengan kita.
  • Selalulah baca 'Auzubillah hi minasyaitonirrajim' untuk mengelak dari gangguan syaitan yang suka masuk ke dalam diri orang yang agak2 lemah semangat.
  • Mulakan setiap sesuatu dengan membaca 'Bismillahirrahmanirrahim'. Maknanya apa jua yang kita nak buat kita awali dengan menyebut nama Allah. Insya-Allah Allah akan sentiasa bersama kita, lindungi kita dari bahaya.
  • Kurangkan mendengar lagu2 hiburan yang melalaikan... lagu2 hiburan seringkali buat kita lalai dari mengingati Allah. Jadi benda2 asing akan rasa mudah nak menyinggah masuk... Nauzubillah.
  • Selalu jaga kebersihan diri.

Moga semua anak2 dipermudahkan laluan menuju kejayaan. Jangan kita aim untuk sekadar jadi orang yang pandai tapi usahalah untuk jadi orang yang cemerlang dengan konsistennya kita untuk sentiasa dekat dengan Allah. Insya-Allah Allah akan bantu dan kita semua akan terhindar dari gangguan mana2 orang yang berniat tidak baik, gangguan hantu, iblis dan syaitan...ameen.


Jom Pi MIHAS 2011


Alhamdulillah hari ini dapat mulakan hari dengan berpagi2 lagi. Teringat kata2 seorang ilmuwan, "Fresh kan-lah hari kita dengan bangun pagi2, solat subuh berjemaah kemudian dengarlah Kuliah Subuh... InsyaAllah hari yang bakal dilalui sepanjang hari itu akan terisi sepenuhnya dengan perkara-perkara yang baik sahaja...hidup pun InsyaAllah akan barokah..."

Alhamdulillah dapat sedikit pengisian ilmu di masjid melalui Kuliah Subuh selepas solat. Ditegaskan tentang kepentingan untuk selalu mengucap syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat yang di kurniakan-Nya. Dunia dan seluruh isinya adalah milik Allah. Kita sebagai hamba Allah adalah milik mutlak Allah. Jadi awal-awal pagi apabila bangkit dari tidur, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Hamba yang sentiasa bersyukur adalah hamba yang paling ditakuti oleh syaitan durjana. Kena pelihara hati untuk sentiasa tetap bersyukur. Anggota yang paling besar dalam diri kita ialah hati. Allah tak pandang rupa paras kita. Yang Allah pandang adalah jiwa kita iaitu hati yang menumbuhkan sifat taqwa dalam diri. Pagari hati kita agar dapat terlindung dari gangguan makhluk samada manusia, iblis dan syaitan.

Kalimah 'La ila haillallah' dapat memagari hati kerana dalam hati kita tiada yang lain selain Allah. Yang terucap dari lidah kita mesti bukan sekadar ucapan tapi kena faham makna, maksud dan tuntutan terhadap kalimah itu. Bila mengucapkannya... akan menolak kebesaran, keagungan, kekayaan yang selain dari Allah SWT. Harta-benda sebagaimana banyaknya, pangkat sebagaimana besarnya..semua akan ditinggalkan, yang akan kekal abadi hanyalah amal kita.
Moga kita termasuk dalam hamba Allah yang taat akan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...ameeen

___________________

Bila dah selesai sesi subuh, pakat2 kita isi slot solat Dhuha dan kemudian ambil sedikit lagi masa untuk mengaji al-Quran. Ustaz tadi pesan, jangan kerana asyiknya kita dengan rutin baca paper hari2 sampai kita terlupa atau tak sempat pun nak mengaji. Bila dengar azan, jangan kita terus duk mengelap kereta kerana kereta itu adalah milik kita sedangkan kita ini milik Allah. Jangan kita jadi hamba pada kereta (iaitu harta) tapi mesti terus berhenti lap kereta untuk bersegera pegi menyahut seruan Azan.. kerana apa?? Tidak lain kerana kita ini adalah milik Allah... maka mesti buktikan yang kita ini adalah hamba kepada Allah bukan hamba kepada harta... wallahu'alam.


____________________

..btw... Jom pegi MIHAS hari ni..
..dapat beli barang2 makan yang dijamin HALAL InsyaAllah... mencari yang halal itu fardu bagi kita seluruh umat Islam.

MIHAS 2011 Pemeran Halal Terbesar di Dunia


9 April 2011
Open to trade and public
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)


(Foto: drstevia.blogspot.com) tq

Santan Mahal, Tuan pun Mahal


Nak dijadikan cerita...

Udah penat ke hulu ke hilir berpusing2 dalam pasar, beli ikan sudah, sotong sudah, ayam sudah, sayur pun sudah... maka bergerak lah pula ke arah gerai yang jual santan. Tempat yang biasa beli, tutup la pulak... jadi dengan berat hati terpaksa lah jugak pegi ke gerai santan yang tak berape seronok nak pegi. Bukan sesaja nak mengingat keburukan orang, tapi tak dapat nak ngelak hati tu dari 'sensitip bangat' tiap-kali melangkah ke sana.

Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, ku atur langkah menuju ke lot gerai tersebut. Harap2 kali ni OK.. harap2 takde apa yang boleh buat berdesing telinga lagi kali ni... ha ha ha

Senyum sebenarnya dah siap di-ukir dari jauh lagi.. hati cuba di neutral kan, kosong:kosong...
Sampai2 depan tuan gerai:

Saya: "Assalamualaikum.. "

Tuan gerai: "Waalaikumussalam..",jawab tuan gerai tanpa mengangkat kepala memandang saya. Sabor je lah...

Saya: "Err.. santan yang ni brape... ?"

Tuan gerai: "...Tu ada tulis kat depan tu!"

#!?x%@$*


...Komfem... kena terima hakikat tuan gerai memang tak brape mesra alam. Customer is always rite, apa...
Apa la salah nya jawab rega santan tu berapa.. tak rugi apa pun kan... yang saya pulak pegi tanya tu... bukan nak ngada2 atau saja2 nak tackle hatinya tapi sebab betul2 tak pasti rega santan saiz yang sederhana tu berapa sekarang. Maklum saja, santan sekarang dah naik rega... ada setengah tempat jual RM3.50 saiz tu, ada juga yang jual RM3.20... Yang jual RM3 pun ada.
Sebab satu lagi, saya tak nampak la pulak ada harga santan yang dipamerkan. Mungkin agaknya sebab duk sibuk stand-by dari awal untuk berdepan dengan tuan gerai, tu sebab jadi tak perasan ada tanda-harga yang tulis pada kertas kecik di penjuru meja..

.. tapi rasa2nya tak salah kot kalau kita sebagai customer bertanya... kan kan kan
Kalau terus jawab harga yang saya tanya rasanya lebih singkat jawapannya berbanding apa yang beliau jawab hari tu...


Beras 5kg


Disampaikan cerita...

Di satu kawasan perumahan, tinggal lah para jemaah masjid yang terdiri dari berbagai latar-belakang pekerjaan. Dek kerja yang berbeza maka rumah kediaman pun berbezalah. Ada yang tinggal di rumah teres setingkat, ada yang teres dua tingkat, ada yang duduk rumah flat dan tak kurang yang menghuni rumah bungalow. Semua ikut kemampuan masing-masing lah kiranya.

Walau berbeza gaya hidup, nanum ikatan ukhwah di kalangan penduduk agak kuat. Kemesraan terserlah tiap-kali bertembung di masjid semasa solat berjamaah terutamanya Maghrib dan Isyak. Perbezaan status tidak menggugat hubungan silaturrahim sesama insan...alhamdulillah.

Di antara ramai-ramai jemaah, ada seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Ahmad di kalangan rakan2nya. Ahmad bekerja sebagai seorang drebar di sebuah syarikat Jepun. Ramai yang tahu, Ahmad memang seorang yang baik-hati dan ringan tulang, selalu bersedia untuk membantu jika ada apa2 permasalahan dalam penyelenggaraan masjid. Dia mempunyai anak seramai 5 orang, tinggal pula di rumah flat yang terletak tak jauh dari masjid. Dia tidak mempunyai kereta, jadi hanya menggunakan motor kapchai nya saja untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Pada satu hari, Ahmad dan isteri bercadang untuk balik kampung. Untuk memuatkan anak2nya yang seramai 5 orang itu, dia telah menyewa van rakannya yang meniaga air tebu di pasar malam. Van lama Nissan c20 je, bukan Van Nissan Vannete yang baru sikit tu. Sementelah rakannya itu jual air tebu maka takde lah seat kat belakang van. Seat semua dah lama dicabut keluar. Jadi untuk keselesaan anak2nya, Ahmad pun letaklah tilam yang ada di rumah mereka untuk dijadikan pelapik duduk. Dapatlah anak-anaknya duduk dan baring2 di sepanjang perjalanan mereka balik ke Muar, Johor.

Semasa berhenti untuk mengisi minyak di stesen berhampiran, Ahmad tiba-tiba terserempak dengan Hj Anas, salah-seorang rakan masjidnya. Lalu apalagi, bertegur-sapa lah mereka.

Hj Anas: Assalamualaikum. ramai2 ni, nak ke mana Mad?

Ahmad: Waalaikummussalam... Oh cadang nak balik kampung la Haji...

Dari tingkap van yang terbuka luas, maka terpandanglah oleh Hj Anas akan anak2 Ahmad yang sedang duduk bersila ramai2 di belakang van itu. Secara tak sengaja, Hj Anas ternampak pula 6 - 7 kampit beras yang dalam saiz pek 5kg.

Hj Anas: Hai Mad, banyak beras... jual ke?
(Niat Hj Anas, kalau Ahmad meniaga beras, boleh la dia tolong2.. beli dalam sekampit)

Ahmad: Err... taklah.. takde jual pun Haji... saja nak wat balik kampung, mana tau kot kat tengah jalan nanti jumpa sapa2 yang susah, boleh la hulur...

Terkedu Hj Anas selepas mendengar jawapan Ahmad. Rasa semacam ada satu tumbukan pula pada wajahnya sendiri. Kenapalah dia tak pernah pun teringat nak buat sebagaimana yang Ahmad buat. Ahmad yang bergaji kecil boleh teransang untuk membuat kebajikan seperti itu, sedangkan dia yang bergaji beribu ribu lemon tak pernah pulak terfikir ke arah itu. Dan satu lagi hal yang pasti, dia rasa macam banyak la pulak jumlahnya kalau nak bersedekah sebanyak itu.. congak2 kalau beras yang Taj Murah saja pun dah dalam RM15 sekampit untuk 5kg (... tu belum lagi beli yang Taj Mahal), kalau 7 kampit dah berapa... ohh

Termenung Hj Anas sambil tangan perlahan-lahan memusing stering keluar dari kawasan stesen...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...