Jom Terawih


Ahlan Ramadhan....

Alhamdulillah, esok bermula 1 Ramadhan, kita semua akan kembali menunaikan ibadah puasa sepanjang 30 hari bulan Ramadhan. Dek teruja untuk raikan 'suasana ibadah' di bulan Ramadhan, en suami telah membelikan saya sehelai jubah baru. Terimakasih.... :) Alhamdulillah boleh la buat pakai untuk Solat Terawih nanti... :)

Jom kita ramai2 ke surau atau ke masjid malam ini. Kita imarahkan rumah Allah dengan solat terawih di samping mendengar tazkirah di majlis ilmu. Moga dengan kedatangan bulan Ramadhan kali ini mampu melembutkan mana-mana bahagian hati kita yang masih keras, mana-mana bahagian jiwa kita yang masih kacau dan mana-mana bahagian hati nurani yang masih beku. Sama-sama mohon pada Allah agar segala yang tak elok dapat di-elokkan, apa-apa yang tak berapa baik dapat diperbaiki... Tampil berbeza kita dari tahun-tahun sudah InsyaAllah.
.. Harap amal diterima Allah... Mengharap rahmat dan keampunan Allah serta beroleh pembebasan dari azab api neraka ... aminn

Jom terawih kita malam ni!
Dinner awal ya....

***********

Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkan untuk beribadah pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]


Takrif Solat Terawih:

Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.


Berlatih Untuk Takut


Bismillahirrahmanirrahim.
...berkongsi sedutan pengisian ilmu dari masjid:


Semoga kita semua beroleh kejayaan dalam hal mentaati Allah dan mengasihi Rasululllah SAW.

Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah yang memberi nikmat. Bersyukur dengan nikmat mata yang dapat melihat, telinga yang dapat mendengar, akal yang dapat berfikir, hati yang dapat membezakan yang mana baik yang mana beri mudharat.

Bersyukur dengan nikmat Islam, Iman, Ilmu dan Amal, sihat tubuh badan, rezeki dan nikmat umur yang masih bertahan. Moga2 nikmat yang dikecap beroleh redha Allah, beroleh kasih Allah. Harap dalam hati moga-moga Allah terima ibadah kita. Biar takut dalam hati kalau-kalau Allah tak terima. Pelihara perkara yang boleh buat takut Allah murka. Mesti pelihara sungguh-sungguh.

Takut akan Allah. Ada taqwa bererti pelihara diri dari derhaka pada Allah. Nak kena tarbiah hati biar ada takut akan Allah. Belajar tauhid biar hati sentiasa nampak Allah. Hasil dari takwa ialah bersih hati. Siapa-siapa ada pada jiwanya taubat, lahirlah amal zahir dan amal batin. Maka beramal dia, menyebabkan Allah redha dan menyebabkan Allah kasih.

Jelas, orang yang bertakwa pada Allah InsyaAllah baginya beroleh rahmat Allah. Orang yang bertakwa bila beramal perkara yang diketahui InsyaAllah Allah akan tambah pengetahuan baginya tentang perkara yang tidak diketahui. Sentiasalah amalkan zikir, "ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.." Disarankan baca sebelum buka kitab sebanyak 11x, sebaik-baiknya baca tiap-tiap malam 100x.

Bila tidur, sertakanlah dengan ibadah. Tidur yang tak disertakan dengan ibadah ialah tidur yang tak baca Bismillah. Ia hanyalah tidur yang lara. Amalkanlah mengambil keberkatan dari kalimah Bismillahirrahmanirrahim.

Disebut bahawa, yang takut pada Allah di kalangan orang yang tinggi takwanya adalah orang-orang yang alim. Maka menjadi syarat mengenal Allah itu adalah 'ALIM' iaitu 'berilmu'. Maka siapkanlah diri kita dengan ilmu. Guru yang mengajar itu adalah ulamak iaitu orang yang beramal dengan ilmunya. Para ulamak walau ada tentangan, makin kuat beramal, makin kuat mentauhidkan Allah. Biarpun dunia tak suka tapi mereka mulia di sisi Allah.

Orang yang banyak tahu maka akan banyak kenal seterusnya banyak timbul takut. Contoh dalam dunia hari ini, ramai orang takut hantu. Hinggakan orang buat cerita pun semua cerita hantu. Nak tunjuk takutnya orang pada hantu bila dah tahu dan kenal apa itu hantu.

Berlatihlah kita untuk takut pada Allah. Jangan bila orang nak kutip hutang, hati kita jadi berdebar dup dap dup dap... takut. Tapi dengan Allah, hati tak berdebar dan tak bimbang bila tak dapat mengaji, hati tak rasa dup dap dup dap bila tak sempat luangkan masa baca quran.

Mengaji adalah perintah Allah, tutup aurat adalah perintah Allah. Jaga keluarga kita, jangan sampai ada di kalangan keluarga yang masih belum selesai bab tutup aurat. Jangan serik, jangan putus asa bila kita tegur, ada yang nanti akan menjawab... "..Mak dah makan garam dulu dari engkau.." atau "Abang nak tegur saya, kenapa? ..Yang masuk neraka-nya saya bukan abang.."

Kesimpulannya, banyak kenal maka banyaklah takut-nya.... sedikit kenal maka sedikitlah takut-nya. Oleh itu, belajarlah... kenal diri 'hamba bodoh' sedangkan Allah Maha Tahu... "hamba lemah' sedangkan Allah kuat. Kenal 'alam' InsyaAllah akan kenal sifat yang 'empunya alam'.

Berlatihlah takut pada Allah. Jauhi perkara-perkara yang boleh sebabkan hati mati pada Allah, hati tak hidup... sebaliknya terhadap dunia, hati hidup.


Tanda hati mati:
  1. Banyak tidur - suka sangat tidur sampaikan masa mengaji pun nak tidur, masa solat pun asyik menguap mengantuk. **Sebut pasal tidur ini teringat saya cerita seorang kawan di jalanan.."budak2 sekarang ni suka tido kan, cam anak saya tu time tido dah bertukar... malam tido lambat, duk berinternet sampai kul brape pastu tido sampai ke petang esoknya, dah dekat Asar baru nak bangun...tu pun lepas puas kejut.. "
  2. Banyak dosa - macam-macam dosa... dosa anggota(pancaindera), dosa hati jangan cakaplah contoh riak, hati ujub, sam'ah dsb. Dosa perkataan dan perbuatan terus berlangsung. Dosa tak mengaji pun ikut tak tertanggung.. contoh walau rumah kat sebelah masjid tapi tak rasa nak datang mengaji... sayangnya.. Sepatutnya biar timbul kasih pada ibadah.. biar hati sedih bila contoh tak dapat buat Dhuha semalam... timbul kesal dengan mengeluh.."ya Allah, ruginya aku..."
  3. Makan Syubahah - makanan tak jelas halal, tak jelas haram. Contoh, dek nak kan ayam murah, beli yang siap bungkus cantik di pasaraya sebab harga jauh lebih murah dari yang kat pasar. Hasilnya, hajat nak bangun untuk solat malam tak kesampaian. Tak tersedar, tak terjaga untuk solat malam. Itu contoh hikmahnya bila makan makanan yang tak jelas halal haram.
  4. Makan makanan haram - yang dah tentu haram... nauzubillah
  5. Bercerai dengan ulamak- maksudnya jangan jauh dari ulamak.. Sayugia diingatkan, selagi masih ada ulamak, InsyaAllah berkat... Bila dah tak ada ulamak nanti, wallahu'alam.
Bagi hati yang hidup, bila dengar azan contohnya.. hati akan resah lalu segera bangun pergi solat. Jangan biarkan kita sampai tahap, hati tak risau bila dengar azan.. tak rasa apa-apa... tak takut akan Allah...

Takut itu adalah sifat yang terpuji, sifat kemuliaan. Bila ada sifat ini InsyaAllah hebat macamana sekalipun tetap hati tu merendah diri, tidak tinggi diri... akui sifat sebagai seorang hamba. Orang yang takut akan Allah (takwa), InsyaAllah akan dipimpin oleh Allah. Bila takwa, Allah beri keselamatan, Allah pelihara.


Wallahu'alam.

Kepergian di bulan Syaaban


Pagi2 lagi anak saya dah sampai balik rumah. Shif malam sepatutnya habis pukul 9 pagi tapi jam 7 dah kedengaran bunyi motor abang long di depan rumah. "Eh ngapa cepat pulak pagi ni?", tertanya-tanya saya dalam hati.

"Ibu Meera meninggal Ma...", jelas bang long tanpa sempat saya tanya.

"Innalillahi wainna ilai hirajiunnn.. Ohh, kesian nya Meera.. ngapa bang long, sakit apa? "

"..jatuh dalam bilik air, Ma...
Meera masa tengah keje semalam dapat kol dari kakak dia, gitau... pastu terus masuk ICU... Petang-nya Meera nangis2 kol ofis kata emaknya dah meninggal... semua kat ofis sedih...
Tu yang bang long ngan abang Man. Izhan dan kawan sorang lagi nak pegi melawat pagi ni dekat Sungkai... kebumi InsyaAllah kul 10... nanti pakat2 top-up duit minyak ngan tol rm10 sorang..."


Terkedu dengar berita kematian pagi-pagi. Timbul rasa belas dekat Meera yang baru dua tiga hari lepas tempah kek dari saya. Meera yang merupakan anak bongsu dalam keluarga saing tinggal dengan kakak dan abangnya yang masing2 bekerja di sekitar sini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah yang meninggal di bulan Syaaban bulan yang penuh keberkatan ini, moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... aminnn.. Moga Meera sekeluarga tabah menghadapi kehilangan ibu tersayang di saat beberapa hari lagi akan menyambut Ramadhan. Bersabarlah....
Al-Fatihah.

Keceriaan Kelas


Lucu pula bila teringat dialog dengan anakku dua tiga hari lepas...

Anakku: Mama, ada tak ape ape yang dah tak nak kat umah kita ni?

Saya:: Ooo... kira barang recycle la ya?

Anakku: Ha'ah.. untuk projek 'keceriaan kelas' la, Ma...

Saya yang tak brape fokus sangat dengar jawapan yang last tu, terus jawab balik, "Okay, nanti mama cari baju2 yang dah tak pakai ek!"

Anakku: "Err baju?... emp, takdenya kitaorang nak gantung bundle dekat kelas tu, Ma..."


***************

Ha...ha..
Kesimpulannya.... nak kena dengar betul2 dan faham sebelum jawab.. :)


Kemanisan Iman


"Semoga tuan-tuan dikurniakan Allah kesihatan yang baik
dan senantiasa berada dalam kemanisan iman."


Tertarik hati dengan kata2 mukaddimah sepucuk surat yang diterima baru-baru ini. Sukanya kalau dapat selalu didoakan dengan doa ini. Hati berbunga, mulut terus mengucapkan... aminn, aminn, aminn ya rabbal a'lamin...

Dalam kuliah Maghrib malam tadi, perkataan kemanisan iman kembali diulang2 sebut oleh ustaz semasa sampaikan tazkirah.


Kata ustaz:

"Jangan sampai Allah tarik balik kemanisan iman dalam kita beribadah..."

... maka bersyukurlah dengan nikmat ibadah yang Allah kurniakan... ucapkan, terimakasih ya Allah... Nyatakan kesyukuran kerana jika tiada nikmat ibadah dalam diri kita maka tiadalah terasa manisnya iman...
contoh:
  • ... jika nikmat ibadah tiada dalam diri, solat di hujung-hujung waktu pun rasa takpe sebab tak rasa manis dalam bersolat.. tak timbul kemanisan iman... tak timbul takwa, tak rasa takut, tak rasa Allah tengah perhati.
  • ... masa ambil wudhuk pun, kira 'express rakyat'.... baru je nampak basuh tangan, tau-tau dah selesai. Tak ambik pot sangat untuk sempurnakan wudhuk dengan sebaik-baiknya.
  • ....kalau tak hadir ke majlis ilmu sebulan pun tak kisah, sebab hati tak timbul kasih pada majlis ilmu, tak rasa cinta ilmu.
Bila ada kemanisan dalam beribadah, kita dengan sendirinya mampu membataskan diri dari terlibat dengan perkara-perkata yang menjurus kepada maksiat. Bila ada kawan ajak pergi berkaroake, kita menolak untuk pergi kerana kuatnya hubungan kita dengan Allah. Hati kita menolak untuk perkara maksiat. Kita jadi takut neraka. Dek rasa takut kita cuba lari dari perkara yang boleh membawa kita ke neraka. Kita lari dari perkara yang dimurka Allah.

... contoh: sedutan dialog antara 2 orang sahabat...
Man: Gu, ngapa ko tak datang, kan kita janji jumpa kul 10 kat depan club?
Ajis: Lorr... keta buat hal la bro..

Bila tiada kemanisan iman, maka kereta rosak yang jadi penyebab Ajis tak sampai ke tempat yang dituju. Maknanya kalau kereta Ajis OK, Ajis pasti sampai. Itu ibaratnya. Walhal sepatutnya teramatlah afdal untuk Ajis menjawab soalan Man dengan jawapan ini...

"Bro, tadi aku tak pergi sebab aku takut pada Allah... "

Wallahu'alam.


Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, Tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api. 
(HR Bukhari)


Kacau LEMPOK





Hari ini rasa berganda sakit di bahu dek kacau lempok. Sakit yang peringkat awal bermula sejak malam tadi lagi, dek duk bertungkus lumus 'cekoh' durian... he he

Lempok Durian sememangnya best, memang tersangatlah sedap dan bermutu.... dengan syarat ia di-kacau sampai 'seghing' orang Kelantan kata. Seghing bagi lempok maksudnya lempok jadi agak kering hingga dah tak melekat pada kuali dan takde lagi rasa melekit2 di jari.

Bila masak seghing, InsyaAllah lempok akan tahan lama walau pun tak disimpan dalam petiais. Manisnya kena cukup dan mesti dibubuh sedikit garam sebagai 'ambik syarat' orang kata. Bila dah masak elok tu, biarkan betul-betul sejuk baru mula di-pek samada masuk dalam plastik atau tupperware.

Awas ya... kalau tak betul2 sejuk, dikhuatiri tak lama mana lempok nanti akan jadi berkulat... wat rugi je... dah le nak membuatnya menagih kekuatan mental dan fiikal yang bukan sikit... ha ha..

Sekian cerita dari dapur... :)


Kisah Hanzalah


Tiapkali dengar lagu Hanzalah yang dialunkan oleh kumpulan nasyid Rabbani berkumandang, sering membuat saya luangkan masa beberapa ketika menghayati bait2 senikata lagu nasyid tersebut.

Terus terkenang cerita Hanzalah yang pernah dibaca dari beberapa sumber. Mari kita ulang baca dan dengar sorotan kisahnya sebagai motivasi buat kita dalam merenungkan semangat dan perjuangan para sahabat di zaman Rasulullah SAW. Betapa sesungguhnya semangat juang mereka terserlah begitu hebat dalam usaha menentang musuh Islam...

************




Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah
Abu Hanzalah bin Ar Rabie ra. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah SAW untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahawa tentera Islam telah mendapat tantangan yang hebat dan saat itu berada dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga ramai dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat. Seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat di antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun.

Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai seorang syuhada menjadikan dia sebagai penghuni syurga tanpa hisab.

..Subhanallah…

Ubah Sistem





Bismillahirrahmanirrahim.


Pandangan Allah meliputi segala-galanya. Semut yang hidup dalam batu hitam, duduk pula dalam lautan yang dalam.. Allah tahu.. Allah yang menghidupkan, Allah yang menjaga kebajikannya.

Allah Maha Kaya, tak berhajat langsung kepada makhluk. Sebaliknya kita sebagai hambaAllah yang begitu berhajat pada Allah. Maka perbanyaklah menyebut "Lailahaillallah". Tiada Tuhan melainkan ALLAH, tiada keagungan melainkan Allah, tiada kebesaran melainkan Allah. Sambil kita bertahlil, kita hayati maksudnya sepenuh hati. InsyaAllah akan tenang hati, akan beri kelapangan pada jiwa.


Jadilah kita sebagai hambaAllah yang tahu bersyukur. Jangan biarkan diri kita jadi hamba kepada harta, lembu kambing, kereta dsb. Jangan masa orang bergegas ke surau lepas dengar azan, kita masih sibuk mengelap kereta. Harta itu Allah yang bagi melalui rahmat-Nya. Harus bersyukur bukan berbangga... tak besar mana harta kalau nak bandingkan dengan tuntutan beribadah kepada Allah.

Ucaplah "Lailahaillallah", agar hati dapat dijaga dengan keyakinan dan taqwa. Bila ada taqwa, cari makanan pun hanya yang halal, yang baik. Makan sekadar menghilangkan lapar bukan sampai terlalu kenyang. Makan untuk tujuan dapat keluar bekerja. Usaha bekerja sampai boleh keluarkan zakat. Zakat yang menjadi kewajipan bagi kita umat Islam. Amat besar pahalanya bila keluarkan zakat.


Ubahlah sistem dalam hidup. Jangan asyik baca paper sedangkan quran kita tak baca. Rajin2 baca quran, kemudian baca terjemahannya. Ilmu kena tawan dalam hidup... semak tentang azab Neraka, nikmat-nya Syurga. Didik hati agar suka pada kebaikan, gemar membaca kisah para Sahabat ra. Belajar sejarah mereka iaitu orang-orang yang telah mendapat keredhaan Allah. Jangan kita lebih kenal Hang Tuah berbanding Abu Hurairah ra, lebih tau sejarah artis berbanding sejarah Fatimah Az-Zahraa puteri Rasulallah SAW. Motivate anak2 kita mengenal Allah... apa jua yang dipelajari biar menjurus kepada mengenal ALLAH...

Bersihkan hati, buat pagar elok2 dalam diri untuk nak dapat taqwa melalui solat, puasa, zikir dan lain2 ibadah kita kepada Allah. Mulakan sekarang, jangan terlambat. Wallahu'alam.


Allah Is Watching


Allah Ta'ala berfirman; yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang-orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata."" (al-Ahzab 58)



“..sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa telah mereka kerjakan” (Fushshilat : 20).



“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari; Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy . Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya . Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan
(Al Hadid 4)



JUST REMEMBER, ALLAH IS WATCHING US!
ALLAH HU AKHBAR

Pesanan Elektronik


Pagi-pagi lagi dapat cc e-mail dari en husband buat anak-anak.

Bang Long – pls update your resume accordingly. Put your latest photo.

· Be proud of what you do by recording them as its come along – keep your resume updated.

· Have a purpose of life and vision – see yourself 3 yrs form now, what you want to be.

· Get a good degree by prepared early, have good planning and daily schedule, work smart, be discipline, and pray to Allah.


Kak ngah and adik – applicable to you as well. Create a good resume & follow the attached sample. Be visionary and aim high.


Respect TIME – when it is gone, you will never get it back. Every ‘moment’ is unique & no duplication or repetition.


And remember in whatever you do – ALLAH is watching !!


Bila pesan secara berdepan, kadang depa ni nampak cam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Semua angguk dan kata ok tapi tengok2 tiada sebarang tindakan susulan dibuat lepas tu. Akhirnya semua benda buat last minute. Bila dah buat last minute tau sajalah, mesti ada saja yang tertinggal di sana-sini.

Teringat saya apa yang pernah didengar dalam satu kuliah ilmu... dalam mendidik anak-anak, jangan kita bersikap acuh tak acuh contoh dalam bab memesan/memberi pesanan. Kalau ada orang gaji, cuba elakkan sampaikan pesanan kita melalui orang gaji. Pesanan kita bila dah ditukar pada 'cakap pindah' akan lain jadinya. Lebih-lebih lagi bila tukang penyampainya orang dari tanah seberang.

Teringat apa yang pernah dikeluhkan oleh seorang rakan sekerja satu ketika dulu... 'anak i kan u, cakapnya dah bunyi cam pelat indon dah.. ish risaunya.....'

Ya lah, nak buat camana, sepanjang hari kakak indon yang layan mandi-kan, makan, pakai dsb... tu yang kalau anak kecik memang mudah sangat nak jadi terikut-ikut gaya cakap orang yang melayan/mengasuhnya.

Berbalik bab pesan-memesan pada anak-anak, disarankan oleh tuan motivater agar elok kita menggunakan semua sumber yang ada untuk sampaikan sendiri mesej kita. Sekarang zaman iT dan teknologi, banyak mesin ada di sekitar anak-anak. Jangan kita nak tunggu betul-betul ada masa terluang baru nak bersemuka, tanya-tanya dan citer-citer dengan anak-anak. Dalam kesibukan urusan masing-masing, peluang untuk dapat duduk berkumpul anak-beranak agak tipis dan terbatas. Jadi dont take for granted... proses mendidik anak perlu berterusan, tanpa henti... gunakan semua sumber yang ada untuk terus-menerus membimbing, membaik-pulih, memotivasi dan mentarbiah anak-anak.

Moga-moga mudah dan selamat perjalanan hidup mereka...
...moga sentiasa dalam pengawasan Allah Taala...aminn

Harap


Terkedu bila dengar ustaz kata:

"Sembahyang tu sembahyang tapi aurat bukak lagi..
Sembahyang... sembahyang... tapi ngumpat tu ngumpat juga...
Sembahyang... sembahyang... tapi bila bercakap dengan suami, suara masih tinggi juga..."


Tambah ustaz:

Jangan kita tergolong dalam mukmin yang derhaka. Mukmin yang derhaka maknanya mukmin yang masih mengekalkan dosa. Itu tanda hati kita belum bersih. Itu tanda solat kita masih tak kusyuk.

Itu sebab ada yang sembahyang tapi masih jahil, ada yang sembahyang tapi sembahyangnya dalam keadaan malas. Ada yang sembahyang tapi sembahyangnya seminggu sekali, ada yang sembahyang tapi sembahyang bila time sempat.. kalu tak sempat, tak sembahyang. Ada yang sembahyang tapi tak sedar sah atau tidak sembahyang yang sedang dilakukannya...

Maka, berusahalah kita menjadi orang yang berilmu... moga-moga ilmu dapat suluh diri. Ilmu dapat menyemak di mana keberadaan kita sekarang ini. Sifat orang beriman selalu berharap. Contoh, berharap untuk pandai... bagaimana caranya? Nak pandai kena lah usaha untuk belajar. Bila belajar yang bodoh jadi alim(berilmu). Belajar wajib belajar tapi tak wajib jadi pandai. Bila tak begitu pandai, maka kita pun berharap lagi... usaha lagi. Suatu sifat yang istiqamah, terus berharap, tak putus harap, tak putus asa. Jangan bila kita tak pandai, terus berhenti berharap.. contoh dengan berkara, "...malas lah nak belajar lagi, belajar pun tak pandai-pandai jugak.." Itu dah macam putus harap.

Jika kita harap baik, InsyaAllah baiklah kesudahannya. Jika kita harap rahmat, InsyaAllah kesudahannya rahmat. Biar harap mati dalam beriman. Tak semua orang bila nak mati boleh sebut Allah. Saat nak mati... mata dibuta, telinga dipekakkan, dah tak kenal orang, mulut kelu... sebab waktu itu Allah dah nampakkan macam-macam, Semua bergantung pada amalan masing-masing. Ahli ibadah ada kemuliaan saat dan ketika hendak meninggal dunia.

Oleh itu, jangan bertangguh untuk taubat. Bimbang nanti takut tak sempat nak taubat. Kita takut dalam tengah berlaku derhaka, tengah buat dosa... ditakdirkan Allah sampai ajal kita... nauzubillah.

Harap itu adalah cita-cita, bergantung hati pada apa yang di-idam. Bergantung hati terhadap perkara yang digemari. Contoh... kita harap akan redha Allah, harap Syurga Allah. Bila harap kena disertakan pula dengan usaha. Bukan sekadar berharap kosong. Contoh... nak hasil padi tapi takdepulak tanam padi. Jadi takde usaha, maka tak sampai ke mana 'harap' tu. Contoh 2... cita-cita nak dapat anak, tapi kawin-nya tidak. Dengan berkahwin InsyaAllah baru mendapat anak. Walau bagaimanapun semua terletak pada rahmat Allah,.. ada yang dah berkahwin bertahun-tahun tapi belum ada rezeki untuk menimang cahayamata.

Kesimpulannya, hati seorang mukmin mesti sentiasa bersandar pada Allah. Dari sifat harap harus timbul usaha. Usaha pula kena cukup. Ada yang usaha tapi usaha tak sungguh-sungguh, tak cukup. Maka tak tercapai-lah harap.

Usaha mesti disusuli dengan doa. Mintak hanya pada Allah. Dekat dengan Allah agar Allah dengar apa yang kita mintak. Jangan kita miskin dalam ibadah, jangan kita miskin dalam amal-soleh. Jangan kita jadi hamba dunia yang sibuk berniaga sampai tak ingat solat. Bila duduk dalam majlis ilmu, jangan baru sejam belajar, mata duk asyik mengerling tengok jam. Didik hati biar cintakan ilmu... biar makin belajar, makin terasa kemanisan-nya.

Jom hijrah dari sikap lalai kepada yang tak lalai. Usaha hijrah... usaha mencari rahmat Allah. Moga-moga ilmu dapat suluh diri... aminn


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...