Sambut Raya di Kelantan

Alhamdulillah raya Idul Fitri setakat ini masih setia kami sambut di Kelantan. Namun dek peritnya 14jam menghadap jem raya tahun lepas, makanya kami tiga beranak; encik suami, saya dan anak yang bongsu melangkah naik flight kali ini ke Kota Bharu, terbang balik beraya.

Fenomena cuaca panas di KL innalillah lebihkurang sama ikut di-alami di Kelantan. Allahu... malam kami sampai di Kota Bharu, singgah solat terawih di Masjid Muhammadi. Jemaah yang solat di sebelah saya bersungut rasa tak selesa, solat tak kena angin kipas, "panah do'oh loni.saya gi ddepea lah, cari tempat hat kena kipas sikit", katanya dalam loghat Kelate sebelum beredar ke saf depan. Benar...bahang panas yang melanda seluruh negara memang takleh bawak bincang..berpeluh-peluh walaupun ada aircond, ada kipas dalam ruangan.. Astaghfirullahal adzim🥺

Okeh, berbalik kisah raya, dapat balik beraya di Kelantan seisi keluarga alhamdulillah. Anak² yang dah bekeluarga gerak balik dengan kereta pada hari raya pertama, malamnya. Kami gunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk ziarah rumah saudara-mara yang jemput open house, mana yang sempat. Alhamdulillah suburkan ukhwah serta bermaaf-maafan di Idul Fitri. Kiranya agak meriah tiapkali rombongan kami sampai ke mana², sebabnya disertai  cucu² yang seramai 5 orang.

Kena tunggu hariraya kedua baru boleh ke rumah abang dan kakak saya. Rumah abang dan kakak tu kena ikhtiarkan jugak pergi sempat tak sempat..😂😁 En suami pun tau, itu mesti..hahahaha.. Dan satu rumah yang sentiasa ada dalam list saya untuk ziarah setiapkali raya ialah rumah seorang sahabat susah senang bersama di zaman kolej....🤍🤍

Alhamdulillah, pergi rumah sahabatku tahun ini sudah lah makan jamuan raya, dibekalkan lagi dengan nasi dan lauk masa nak balik (yang kami semua boleh buat tambah² makan time dinner). Dan yang agak terharunya, sahabat saya tu rupa²nya dah siap² tempahkan kueh ie buah tanjung, jala mas dan kueh puteh telor untuk saya bawak balik KL..Allahu...tq tq my fren😘Jazakillahu khoiron.

Budimu dikenang. Moga menjadi asbab kebaikan...aamiinn




Solat Jenazah



Alhamdulillah malam tadi berkesempatan mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustad Azhar Idrus melalui saluran youtube. Ustad sampaikan kuliah tersebut di Masjid Hadhari,  Kg Tok Randok Ajil , Hulu Terengganu.

Ada sedikit catatan untuk perkongsian.  Moga sama² dapat mengambil manfaat dari kuliah ustad inshaaAllah.

..................

Syurga itu untuk orang yang taat agama.

Keturunan bangsawan sekali pun kalau derhaka pada Allah , masuk neraka.

Orang yang masuk kubur tanpa amal ibarat terjun ke laut tanpa perahu.

🤔🥺😢


Empat perkara penting jika berlaku kematian:

(1) Menyebarkan berita seseorang meninggal dunia, hukumnya harus.

Cumanya niat kalau khabar kat orang biarlah tujuan kita khabar untuk beritahu kematian agar ramai yang doakan jenazah dan ramai yang datang solatkan jenazah. bukan kita khabarkan kematian untuk banggakan diri atau tujuan lain.


(2) kalau mati, wajib solat jenazah(sembahyang mayat kata orang tenganu). 

Hukum sembahyang mayat bagi semua lelaki dewasa, wajib sembahyang. Kalau ada yang tertinggal tak sempat sembahyang, maka tidak mengapa dah tak wajib sembahyang sebab orang lain dah sembahyangkan. Itu fardhu kifayah. Banyak mana pahala? Perangai manusia ini suka pada upah. Jadi Allah cerita pasal upah iaitu pahala; bahawasanya orang yang solat jenazah dapat 1 qirat - yakni sebesar gunung uhud. Dan yang menghantarkan jenazah ke kubur dapat  1 qirat. Subhanallah.


(3)Meramaikan orang solat jenazah. Kalau boleh, biar cukup seribu, kalau tak dapat 100, kalau tak dapat cukupkan 50, kalu tak dapat juga cuba cukupkan 10 orang. Sebab kita tak tahu doa siapa yang makbul untuk jenazah. Yang afdal jadi imam solat jenazah anak lelaki/abang/adik/ayah si mati. Jadi Imam masjid tak boleh pandai² datang rumah orang terus ke depan nak imamkan solat jenazah, melainkan dijemput/diminta untuk mengimamkan solat. Untuk jenazah lelaki boleh doa 'Allahummarhamhu warhamhu' manakala untuk jenazah wanita 'Allahummarhamha warhamha'. Kalu nak doa yang lebih panjang pon boleh, maka ianya lebih baik. Tapi sesudah solat jenazah, jika ada yang nak doakan jenazah, hendaklah tidak mengambil masa yang lama sehingga boleh melambatkan urusan menghantar jenazah ke kubur. Sunat di percepatkan urusan pengebumian jenazah.


(4)Solat jenazah ada 4 takbir. Masa takbir pertama niat dalam hati aku solat jenazah ini 4 kali takbir kerana Allah Taala. Selepas takbir  baca fatihah. Angkat tangan takbir kedua. Selepas takbir kedua baca selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang pendek memadai, Allahummasolli ala Muhammad. Selawat yang panjang pun boleh. Kemudian angkat tangan takbir ketiga. Selepas takbir ketiga baca doa untuk jenazah. Kemudian angkat tangan takbir ke empat. Selepas takbir ke empat, bagi salam. Selesai. 

Wallahu'alam.


Catatan Majlis Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kita dah masuk hari ke 24 Ramadhan. Banyak² kita doa...Ya Allah berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini dan pertemukanlah kami dengan lailatul qadar...aaminn


Allahu!  Bukak² blog hari ni,  terpandang pageview matahati... ALHAMDULILLAH... rupanya dah capai 6juta pageview.  Time tengok tadi jumlah 6,001,085. Dengan jumlah posting sebanyak 630 kesemuanya, saya merasa syukur sangat dengan kehadiran pembaca purata 1600 - 2000 setiap hari. Followers tak ramai mana pun, tapi alhamdulillah pembaca dapat masuk ke blog atas asbab carian di google. Tqsm all..moga tulisan di dalamnya terkandung manafaat dan mengundang keberkatan Allah Taala.. InshaaAllah..aamiin

Mengambil berkat keberadaan kita di hari 10 terakhir Ramadhan ini, marilah kita sama² mempertingkatkan amal soleh moga² kita Allah pertemukan dengan malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.. InshaaAllah


Surah al-Qadr

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلْنَٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ(١) وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ(٢) لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ(٣) تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ(٤) سَلَٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ(٥)

Firman Allah yg bermaksud:

1. Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al Quran) pada malam al Qadr.

2. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadr (kemuliaan) itu?

3. Malam al-Qadr (kemuliaan) itu lebih baik daripada seribu bulan.

4. Turun malaikat-malaikat dan roh (malaikat Jibril) padanya (malam al-Qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Sejahteralah ia (malam itu) sehinggalah terbit fajar (subuh).

..................................


Bersempena pageview 6juta orang hari ini, saya nak masukkan ke dalam blog apa yang sempat saya jot-down semasa majlis ilmu sedang berlangsung. Alhamdulillah Allah masih rezekikan dapat mendengar peringatan berharga dari para ilmuan yang menyampaikan terutamanya dari kuliah maghrib yang saya dan en suami cuba usahakan agar jarang tertinggal. Alhamdulillah moga² Allah beri kesihatan yang berpanjangan dan kelapangan waktu agar kaki dapat sentiasa terdorong melangkah ke masjid mendengar majlis ilmu...aamiin. 


  • Orang yang istiqamah baca surah al-Mulk, dia tak akan tinggal baca sebab dia yakin tiap² kali baca, dia akan terlepas dari siksa kubur. Ini dinamakan taqwa. Orang yang ada taqwa ialah orang yang buat ibadah kerana dia yakin dengan Allah, kerana dia takut pada Allah. (Post pasal Surah al-Mulk ada di SINI)


  • Seseorang yang bila buat ibadah, dia rasa seronok, tak bosan dan tak berat hati buat; maka bersyukur sangat² lah sebab tak semua orang dapat nikmat itu. Ramai yang solat tapi dengan perasaan berat hati, sambil lewa, nak cepat siap dsb. Jadi bersyukurlah jika kita ada 3 perasaan itu. Alhamdulillah.


  • Sesiapa yang Allah nak bagi kemuliaan, Allah sangkutkan hatinya merasa cenderung beramal soleh.


  • Jangan terlalu sayangkan dunia sehingga merasa sangat kedekut untuk sedekah, takut habis duit kita tu.. Sedangkan hakikatnya harta yang sibuk dikumpul itu semuanya akan ditinggal.


  • Barang yang nak dibawa biar lebih. Barang yang nak ditinggal, sedikitkan. #Duduk depan tv berapa jam? ..berbanding baca quran berapa m/s...  Tidur berapa jam ..berbanding zikir pada Allah berapa banyak.. Mari kita muhasabah diri🤔🥺😭


  • Ilmu tidak dapat dicapai melainkan dengan susah payah.


  • Dekatkan diri dengan masjid kerana di masjid banyak turun rahmat Allah.


  • Surah Qadr ayat 3... "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan." Rasulullah SAW pun berusaha untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya di malam 10 terakhir ramadhan berbanding malam² yang lain.


  • Ibadah yang dilakukan Rasuluĺah SAW pada 10 terakhir Ramadhan antaranya; ~#Bertahajjud#Qiam Ramadhan dengan penuh keimanan#Membaca alquran#bersedekah ke masjid, anak² yatim, asnaf, saudara mara

Wallahu'alam.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...