Tasbih Kifarah - Doa Pembersih Majlis

Setiapkali selesai majlis ilmu kami tak lupa diperingatkan untuk sama-sama membaca Tasbih Kifarah serta Surah al-Asr.

Doa Kaffarah (pembersih) majlis -
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.

Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.
(Setiap kali Rasulullah SAW duduk di suatu tempat, apabila selesai membaca Al-Quran dan selesai melakukan solat, Baginda mengakhirinya dengan membaca kalimah (Doa') ini.)
Ref:Abu Dawud, Ibn Majah, At-Tirmizi and An-Nasa'i, Ahmad 6/77

Sesudah itu kita sambung dengan bacaan Surah al-Asr.



**update info:
Alhamdulillah, mendapat pencerahan dari seorang ustaz dalam group telegram yang ahli2 group terdiri dari ramai ilmuwan; Ungkapan Tasbih Kifarah yang sering di-ulang sebut oleh mc atau pengerusi majlis di akhir majlis2 ilmu ialah sepatutnya Tasbih Kaffarah. Kifarah memberi maksud denda, kata ustaz. Syukran ustaz.
Terimakasih buat pembaca blog cik azrina yang menggerakkan saya untuk bertanya pada ustaz.
جَزَاكَ اللَّهُ خَيْراً~

Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...