Amal Ibadah Pembela Kita



Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita yang merugikan
Qur’an dan sunnah jadikan panduan
Agar esok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar
Disana tiada taulan yang membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegaralah membuat kebajikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yang ada akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan untuk kesana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
taatillah Dia minta ampun pada-Nya
Wajib bila-bila masa boleh tiba
Jangan sampai kita tidak bersedia
Biar susah sedikit kerana tuhan
Untuk menghindar kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar
Nun disana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Di dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal

Selamat Hari Lahir


Alhamdulillah,hari ini di-rai'kan dengan acara makan2 oleh en suami dan anak2 di restoran Nando's. Terkejut rasanya ketika sedang menunggu makanan yang dipesan, tiba2 salah seorang pekerja restoran dengan senyuman manis datang membawa sepotong kek choc. Indulgence yang lazat, dihias  sebatang lilin. Dalam masa yang sama, kedengaran suara pekerja restoren ramai2 pakat nyanyikan lagu 
"hepi befday to you......" 
Ya Allah terkejut, teruja dengan "surprise" tadi. Satu kejutan yang tak disangka-sangka sempena hari lahir.
Tqvm en suami n anak2ku..
Terimakasih juga buat para pekerja restoren Nando's yang begitu sporting ikut merai'kan suasana...✔

Alhamdulillah dapat hadiah jam tangan baru... Sangat cantik!! Tenkiuu...  ♥♥♥

Ya Allah, berkati lah sisa usia yang ada ini. Isikanlah umurku yang tersisa ini dengan amal soleh... ya Allah kabulkanlah.. Aamiin..
Aaminn ya robbal 'alaminn...

Alhamdulillah.

~~~~~~~~~~~~~~

Bacaan ketika kagum terhadap sesuatu

Mystic view of masjid sultan haji ahmad shah, uia

'Wahhh...cantiknya!'
'Waaa...very nice view!'
'Ohh..so nice..'

Bila kita kagum tengok apa2, bila teruja tengok pemandangan indah... jom ucap 'Subhanallah.'
~~~~~~~~~

Bacaan ketika kagum terhadap sesuatu
- سُبْحَانَاللَّهِ
Subhaanallaah.
Maha Suci Allah.
Ref:Al-Bukhari, Muslim 4/1857.
~~~~~~~~~
Sekuntum bunga di laluan gazebo
mahallah sumayyah, uia 
Indah pemandangan di awal pagi
Swanhill, oz
sunrise di swanhill victoria, oz
kincir angin di swanhill, oz
Kehebatan ciptaan Allah. Sungguh indah. Apa yang di capture oleh camera yang canggih tidak bisa sama dengan apa yang dilihat melalui anugerah mata yang Allah bagi ini. Maka pandanglah segalanya dengan matahati. Renung dan fikir. Lihat dan di sana nampak Penciptanya.

Kg nelayan telok pelandok, pd
Telok Pelandok, n9
Jambatan kayu menuju pulau
Telok Pelandok, n9

**Alhamdulillah, posting kali ini terhasil dengan kerjasama en suami..♡♡♡

Mulakan Dengan Yang Kanan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, semalam ustaz dalam kuliah maghrib telah mengingatkan agar kita semua usahalah untuk sentiasa ikut sunnah dalam menjalani kehidupan seharian. Beramal dengan cara hidup Nabi Muhammad SAW, moga2 InshaaAllah hidup kita diredhai Allah Taala.

Istiqamah Ikut Sunnah di SINI

Kita ikut sunnah Rasulullah SAW; contoh dalam soal makan minum misalnya, hendaklah kita makan guna tangan kanan dan minum air pegang gelas dengan tangan kanan. Adab-adab makan ada tulis di SINI.

Memakai pakaian dan memakai seliper hendaklah dimulakan dengan yang kanan. Begitu juga bila melangkah masuk ke masjid langkahlah dengan kaki kanan, keluar dari tandas guna kaki kanan dsb.

Dulu ada tulis tentang itu dalam posting Doa Keluar Dari Rumah.. di SINI

Pakai jam pun kata ustaz elok lah kita pakai kat tangan kanan. Orang2 yang kidal maksudnya yang dah terbiasa menulis dengan tangan kiri, ustaz syorkan agar cuba2lah berlatih untuk mampu menulis guna tangan kanan. "Hendak seribu daya", kata ustaz. Jadi kalau kita tak hendak tentulah akan ada banyak dalihnya. Perlu banyak latihan InshaaAllah akan berjaya.

Wallahu a'lam.
~~~~~~~~~~~~~~~~

Petikan dari Kitab Riyadhus Shalihin.

Sunnahnya Mendahulukan Anggota Yang Kanan Dalam Segala Sesuatu Yang Termasuk Dalam Bab Memuliakan (Yakni Kerana Mulianya Anggota Kanan Itu) Misalnya Ketika Berwudhu', Mandi, Tayammum, Mengenakan Pakaian,  Terompah, Sepatu, Celana, Masuk Masjid, Bersiwak (Bersugi), Bercelak, Memotong Kuku, Mencukur Kumis, Mencabut Rambut Ketiak, Mencukur Kepala, Bersalam Dari Shalat, Makan, Minum, Berjabatan Tangan, Menjabat Hajar Aswad, Keluar Dari Jamban, Mengambil, Memberi Dan lain-lain Yang Semakna Dengan Itu, Juga Disunnahkan Mendahulukan Anggota Yang Kiri Dalam Hal-hal Yang Sebaliknya Di Atas Seperti Berhingus, Berludah Di Sebelah Kiri, Masuk jamban, Keluar Dari Masjid, Melepaskan Sepatu, Terompah, Celana, Pakaian Serta Bercebok Dan Mengerjakan Apa-apa  Yang Dianggap Kotor Dan  Yang Serupa Dengan Itu

Allah Ta'ala berfirman:

"Maka barangsiapa yang diberi catatan amalnya - lalu diterima - dengan tangan kanannya, maka orang itu berkata:"Nah, cuba bacalah olehmu semua akan catatan amalku ini," sampai habisnya beberapa ayat.
(al-Haqqah: 19)

Allah Ta'ala juga berfirman:

"Adapun orang-orang golongan kanan. Apakah orang-orang golongan kanan itu? Dan orang-orang golongan kiri. Apakah orang-orang golongan kiri itu?"
(al-Waqi'ah: 8-9)

718. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu gemar sekali mendahulukan anggota kanannya dalam segala hal yang dilakukan olehnya, baik dalam bersucinya, menyisir rambutnya serta mengenakan terumpahnya."
(Muttafaq 'alaih)

719. Dari Aisyah radhiallahu 'anha juga, katanya: "Tangan Rasulullah s.a.w. yang kanan itu beliau gunakan untuk bersuci dan makan, sedang tangan beliau s.a.w. yang kiri itu untuk sesuatu yang dilakukan dalam jamban - seperti bercebok (membasuh air kecil dan air besar), mengambil batu dan menghilangkan kotoran - serta apa-apa yang merupakan kotoran - seperti berludah, beringus dan sebagainya."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan lain-lainnya dengan isnad shahih.

720. Dari Ummu 'Athiyyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda kepada kaum wanita dalam memandikan puterinya yakni Zainab - atau Ummu Kultsum di waktu wafatnya - radhiallahu 'anha: "Dahulukanlah olehmu semua anggota-anggotanya yang bahagian kanan serta tempat-tempat berwudhu' daripada tubuhnya itu."
(Muttafaq 'alaih)

721. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang dari engkau semua mengenakan terompah, maka hendaklah mendahulukan yang kanan dan apabila melepaskannya, maka dahulukanlah yang kiri. Hendaklah yang kanan itu yang pertama di antara kedua kaki yang dikenakan terompah dan yang terakhir ketika dilepaskan."
(Muttafaq 'alaih)

722. Dari Hafshah radhiallahu 'anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. menggunakan anggota kanannya untuk makan, minum dan mengenakan pakaiannya serta menggunakan anggota kirinya untuk yang selain di atas itu."
(Riwayat Abu Dawud dan lain-lain)

723. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila engkau semua mengenakan pakaian atau berwudhu', maka dahulukanlah anggota-anggota kananmu."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dengan isnad yang shahih.

~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Cupcake Mudah

Bismillahirrahmanirrahim.



RESEPI CUPCAKE MUDAH
Bahan2:
1/2 cawan butter
3/4 cawan susu pekat
1 biji telur A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar air 
Kacang badam dan choc chip untuk tabur atas cupcake

Cara membuatnya:

Panaskan oven serta loyang muffin 180°C. Putar butter dan susu pekat kemudian masukkan telur. Putar lagi sebelum dimasukkn lain2 bahan. Susun cup kertas dalam loyang muffin. Sudukan adunan 1/2 - 3/4 cup kertas. Tabur bahan hiasan. Bakar selama 15 minit.

*saya tak pakai cup kertas..kat rumah dah kehabisan cup kertas, jadi saya hanya lapikkan kertas yang digunting bulat sebagai alas di dasar loyang cupcake.. :)

Selamat ber'cupcake.' Amat mudah dan cepat nak membuatnya.... sekejap je ambik masa buat, kita dah boleh makan cupcake... Alhamdulillah :)

Wassalam.

Amalan Yang Wajib Dilaksanakan Oleh Orang Yang Beriman


Bismillahirrahmanirrahim.

Pengisian ilmu...

Surah at-Taubah ayat 112:
yang bermaksud:
[112] (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Ustaz menghuraikan ada 8 amalan yang wajib dilaksanakan oleh manusia yang beriman. 
Hendaklah kita buktikan dengan berusaha melaksanakannya:

1) Orang yang beriman kepada Allah, mereka sentiasa bertaubat pada Allah. Kalau benar kita seorang beriman sebabnya kita sedar hakikat kita banyak melakukan dosa. Nabi SAW yang maksum beristighfar 70 @ 100 kali sehari, apa lagi kita manusia biasa ini. Padahal Nabi SAW merupakan semulia-mulia makhluk, dah pasti masuk syurga. Tapi Nabi tetap beristighfar 70 - 100 kali sehari. Nabi nak ajar kita supaya kita yang ada alpa ini, yang ada masa dan ketika melakukan dosa, kena lebih banyak lagi beristighfar.

Dari Aghar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali. (HR Muslim)

Ustaz merujuk dalam kitab penawar bagi Hati ada disebut bahawa, taubat kepada Allah itu merupakan sesuatu yang wajib. Kalau orang berdosa tangguh taubat, maka ia menambah satu lagi dosa iaitu menangguhkan taubat.

2) Orang beriman pada Allah Taala, mereka ini ahli ibadah atau abid.
Iaitu orang yang kuat melaksanakan ibadah kepada Allah Taala. Ibadah yang wajib semestinya dipelihara oleh orang beriman. Malah mereka menambahkan lagi dengan ibadah sunat. Nabi SAW banyak melakukan ibadah yang sunat. Nabi SAW bangun bermunajat kepada Allah di tengah malam hingga bengkak2 kaki baginda SAW. Padahal, Nabi SAW dah konfem masuk syurga. Bila ditanya oleh Aisyah ra. maka Nabi SAW menjawab,"Apa salahnya aku menjadi hamba Allah yang bersyukur." Subhanallah.

Ibadah yang wajib kena pelihara sungguh-sungguh. Dalam pada itu kita tambah yang sunat. Yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang sedikit tapi istiqamah.  Kita berterusan dan kekalkan ibadah sunat tersebut.
Dalam laksanakan ibadah, ada satu penyakit. Ia lawan kepada sifat istiqamah. Istiqamah, kita kekal buat. Sebaliknya bila tak istiqamah,
ia jadi ibadah yang tak bertahan lama. Apakah sebab? Ulamak kata, sebab kita ini tergopoh-gapah nak laksanakan banyak ibadah sunat. Akhirnya dek terlalu banyak, bila ia terhenti, dia akan terus terhenti. Ibarat orang yang berlari laju, bila jatuh tak boleh bangun lagi. Maka kekalkanlah yang sedikit tapi istiqamah. Jangan buat amalan yang banyak namun tak konsisten. Buat sekejap dah berhenti.

3) Orang yang beriman pada Allah, mereka sentiasa memuji Allah kerana
mereka ini hambaAllah yang bersyukur kepada Allah. Kerana kenikmatan
yang Allah kurnia merupakan nikmat yang tak pernah putus. Kata Allah,
kalau kita nak kira, memang tak dapat kira. Oleh itu sentiasalah kita bersyukur pada Allah, hendaklah sentiasa memuji Allah. 

Abdullah bin Mas'ud ra dilaporkan pernah berkata; Orang yang bertaqwa mestilah melaksanakan 3 perkara: iaitu: 
1) mesti ingat Allah 
2) mereka sentiasa taat pada Allah 
3) mereka sentiasa bersyukur pada Allah. Bersyukur bukan saja amalan orang beriman tapi juga merupakan sifat orang bertaqwa.

4) Orang yang beriman kepada Allah Taala, mereka mengembara untuk mendapatkan ilmu serta menyebarkan ilmu.

5) Orang beriman patuh dengan perintah Allah. Mereka langsung tak langgar perintah Allah.

6) Orang beriman, mereka sujud pada Allah, mereka tak mensyirikkan Allah. Apa saja bentuk kesyirikan, mereka tinggalkan.

Sentiasalah kita mohon perlindungan Allah dari dosa syirik dengan amalkan
membaca doa:
Ertinya:
Ya Allah, kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui

(ada dalam doa al-mathurat)

7) Orang beriman kepada Allah, mereka laksanakan amal makruf dan nahi
mungkar. 

Ustaz menceritakan antara sebab kejayaan sahabat Nabi SAW, mereka laksanakan janji setia dengan Nabi SAW iaitu ada 5 perkara yang dilaksanakan oleh sahabat ra yang menyebabkan Islam menang:

  • dengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya samada ketika rajin mahupun ketika malas.
  • infakkan harta untuk Islam samada ketika susah atau senang.
  • laksana amal makruf dan nahi mungkar
  • istiqamah berjuang untuk agama Allah walaupun dicela
  • "hendaklah membantu Aku", dan pertahankan aku sepertimana kamu mempertahankan diri kamu, anak dan isteri kamu..", kata Nabi SAW.

"Jika buat 5 perkara ini, InsyaAllah syurgalah kamu." Inilah janji Nabi SAW bersama para sahabat ra ketika di Madinah.

Kata ustaz lagi mengikut satu riwayat, disebut ada 4 akibat jika tinggalkan amal makruf dan nahi mungkar:
a) doa kita tak dikabulkan Allah
b) kita mohon ampun, Allah tak terima
c) akan dilaknat oleh Allah sebagaimana Allah laknat pendita-pendita
d) bala Allah akan diturunkan contoh: kehinaan, penindasan dsb

8) Orang yang beriman pada Allah Taala, mereka memelihara akan hukum2 Allah. Mereka berusaha menegakkan hukum Islam. Bukan hanya laksanakan ibadah tertentu semata-mata, tahu sekadar berzikir semata-mata, bukan hanya nak tegakkan ekonomi dalam negara semata-mata.


Wallahu a'lam.

Doa untuk mereka yang berbuat kebaikan kepadamu

Bismillahirrahmanirrahim

Doa untuk mereka yang berbuat kebaikan kepadamu
 - جَزَاكَ اللَّهُ خَيْراً
Jazaakallaahu khayran.
Semoga Allah memberi balasan yang baik untukmu.
Ref:At-Tirmizi (Hadith no. 2035).
~~~~~~~~~~~~

Dari Usamah bin Zaid ra, katanya: "Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang diberi sesuatu kebaikan - seperti pemberian dan Iain-Iain - oleh orang lain, lalu ia mengucapkan kepada orang yang melakukannya itu: "Jazakallahu khairan - Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepadamu, maka benar-benar ia telah mempersangatkan pujiannya itu"

Diriwayatkan oleh imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan shahih.

Wallahu a'lam.
Alhamdulillah dapat cenderahati dari Turki



Hadiah Tanda Ingatan Persahabatan

Salam Maal Hijrah. Bersama kita melangkah ke tahun baru 1436H dengan seribu semangat.. moga meningkat TAQWA... InsyaAllah

Alhamdulillah semalam dapat kiriman hadiah dari seorang sahabat yang dah lama tak jumpa. Van Pos Laju agak lama la sikit berhenti depan rumah dek terpaksa menunggu saya capai tudung bagai. Maaf eh dik lambat sikit, cepat2 mintak maaf kat pemuda van Pos Laju tu.

Alhamdulillah hepi sangat rasa sebab kawan saya tu rupa2nya kasi hadiah beg manik yang sangat cantik. Sebenarnya memang dah lama berhajat untuk cari beg yang saiz macam tu, yang boleh muat banyak banyak benda termasuk lah handfon. Jadi semalam sangat teruja bila Allah datangkan rezeki di hari Jumaat.. Alhamdulillah.

Terima kasih sahabat...  semoga Allah membalas budimu dengan kebaikan...aamin. Semoga persahabatan antara kita berpanjangan dalam redha Allah...aamiin..


Bersihkan Gelas Sebelum Tuang Minuman

Bismillahirrahmanirrahim.
...sedutan pengisian ilmu..

Jika sering sebut nama orang-orang soleh, InsyaAllah turun rahmat Allah. Apatah lagi jika yang sering kita sebut itu ialah nama junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Ulamak kata, untuk kita sampai kepada Nabi SAW, antaranya dengan jalan dakwah. Mengajar(taklim) adalah dakwah yang paling bermanafaat.

Apa-apa yang berkaitan dengan ilmu, ia adalah mulia. Orang alim itu
sangat mulia di sisi Allah. Orang yang menuntut ilmu, dari ilmu itu
mulia maka orang itu menjadi mulia. Martabat penuntut ilmu sangat mulia maka jagalah martabat itu. Malaikat melebarkan sayapnya bagi penuntut ilmu. Sesiapa yang mudahkan jalan menuntut ilmu, Allah mudahkan jalan baginya menuju Syurga.  Oleh itu, taklim adalah pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah Taala.

Ilmu yang benar adalah ilmu yang bermanafaat dengan jalan mengajar dan belajar. Sesungguhnya ilmu didapati dengan jalan belajar. Tidak
diambil ilmu itu melainkan dari alim ulamak. Maka apa saja yang
berkaitan dengan ilmu, menjadi mulia. Majlis ilmu itu adalah mulia. Ia sama dengan kebun-kebun syurga. Majlis zikir, majlis ilmu sama tarafnya dengan kebun-kebun syurga. Ilmu yang tahqik akan membawa manusia ke jalan yang benar.

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah
keindahannya. Para sahabat bertanya apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis zikrullah. (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Amr r.a berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah!
Apakah ganjaran majlis zikrullah. Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah syurga. (HR Musnad Ahmad,
Tabrani, Majma Uz Zawaid)

Maka beruntunglah orang yang belajar, orang yang mengajar dan orang yang duduk dalam majlis ilmu. Majlis cinta rasul umpamanya ialah majlis yang membawa kepada sesuatu yang cukup berharga bila yang di-ingati itu, insan yang cukup mulia. Hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan menyebut sifat-sifat Nabi SAW agar dapat membersihkan hati.
Tempat yang hendak dirawat ialah hati. Beri kemantapan pada hati kita lebih-lebih lagi sekarang hati manusia banyak yang goyang, yang dikhuatiri akan bersarang penyakit hati.

Riwayat menceritakan tentang seorang yang tak ada hasad dalam hatinya telah bertanya, "Ayah, ada ke orang yang hasad dalam dunia ini? Subhanallah, betapa bersih hatinya sehingga dia percaya semua orang berhati bersih..
Sebaliknya bagi orang yang ada penyakit dalam hatinya, dia mahu orang lain pun ada penyakit macam dia. Pertanyaannya akan jadi berlawanan.."Ada ke orang yang tiada hasad dalam dunia ini?"

Maka, tanya diri kita, sejauh mana hati kita bersih?
Bersihkan dulu jiwa, baru dimasukkan ilmu yang didalamnya hikmah. Begitulah orang yang belajar. Orang yang mendapat ilmu tanpa hormat gurunya; contoh, maka dikhuatiri ilmu yang didapati tidak bersih serta tiada barokah. Ibarat nak tuang air ke dalam bekas minuman, kena pastikan dulu bekas itu bersih agar air yang dituang ke dalamnya tidak menjadi kotor dek bekasnya yang berselut. Bekas atau gelas tersebut sama seperti hati kena bersih terlebih dahulu.

Jelas, perkara utama yang perlu di-beri perhatian ialah penyucian
jiwa. Zikir kepada Allah itu adalah penyucian jiwa. Zikir tak
terbatas. Dengan sering berzikir kepada Allah, akan berikan keimanan yang meningkat, ketenangan terhadap iman, kebersihan pada jiwa.. Aamiin..

Wallahu a'lam.

Resepi Muffin Pisang Yang Sedap


Alhamdulillah, kalau hari tu ada kongsi resepi muffin pisang(di SINI), hari ni nak tunjuk muffin yang buat tadi guna resepi biasa yang saya selalu buat sebelum2 ini. Semak2 resepi lebih kurang je sebenarnya. Beza sikit je tapi alhamdulillah dapat hasil yang berbeza. Muffin yang buat hasil resepi google hari tu pun boleh tahan cumanya en suami lebih sukakan muffin yang buat hari ini. Alhamdulillah sangat sedap. Dalam usaha nak menghabiskan Pisang Awak yang setandan tu, makanya agak tak boleh berhenti la buat2 kueh pakai pisang tu.

RESEPI MUFFIN PISANG YANG SEDAP

7 biji pisang Awak
1/2 cawan gula caster@ kalu nak guna gula perang 3/4 cawan
1 biji telor saiz A
1/3 minyak jagung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan tepong gandum

Cara membuatnya:
Panaskan oven beserta loyang muffin 180°C. Lecekkan pisang lalu dicamporkan dengan kesemua bahan. Putar selama beberapa minit. Susun cup kertas dalam loyang muffin, cedukkan adunan sehingga 3/4 penuh cup kertas. Bakarlah selama 15 - 20 minit. Alhamdulillah dah siap pun muffin.. :)

**Kalau ada kacang walnut atau kacang badam boleh la hias atas muffin sebelum mula membakar.
**Kalau pisang emas, saya guna sesikat.
**Tak payah taruk vanilla sebab bau pisang dah cukup wangi.

Wassalam.



Doa Ketika Hujan dan Resepi Muffin Pisang



Alhamdulillah...pagi2 lagi hujan. Nak selit doa ketika hujan. Jangan biarkan hujan berlalu tanpa kita hiasi nikmat Allah itu dengan doa.

-------------------------
Doa ketika hujan turun
 - اللّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
Allaahumma sayyiban naafi'an
Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan manfaat.
(Ref:Al-Bukhari)
-----------------------
Sebelum en suami melangkah ke tempat kerja, hidangkan muffin pisang yang buat petang semalam. Boleh tahan sedap muffin tu. Kali ini buat muffin yang betul2 muffin, bukan cupcake pisang. Jadi kejadiannya padat dan agak kenyal2 gitu, tu yang sangat sesuai untuk buat breakfast nih. Boleh kenyang lepas makan 2 bijik InshaaAllah... :)

Buat muffin kali ni pakai Pisang Awak(pisang Kelat Lega)

RESEPI MUFFIN PISANG

7 biji pisang Awak
1/2 cawan gula caster@ kalu nak guna gula perang 3/4 cawan
1 biji telor saiz A
1/3 butter/margerin yang dicairkan
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepong gandum

Cara membuatnya:
Panaskan oven beserta loyang muffin 180°C. Lecekkan pisang lalu dicamporkan dengan kesemua bahan. Putar selama beberapa minit. Susun cup kertas dalam loyang muffin, cedukkan adunan sehingga 3/4 penuh cup kertas. Bakarlah selama 15 - 20 minit. Alhamdulillah dah siap pun muffin.

**Kalau ada kacang walnut atau kacang badam boleh la hias atas muffin sebelum mula membakar.

Wassalam.

Mencari Guru Yang Mursyid

Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah dalam Surah al-Zukhruf ayat 67:
yang bermaksud:
[67]Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). 

Teman-teman atau persaudaraan yang dibina atas dunia akan menjadi musuh antara satu sama lain kecuali orang yang membina ukhwah atas dasar cinta pada Allah Taala. Orang yang membina persahabatan atas dasar hawa nafsu hatta suami dan isteri atau anak dan ayah sekalipun boleh terjadi anak bermusuh pada ayahnya disebabkan kecuaian ayahnya dalam mendidik semasa di dunia. Walaupun di dunia mereka duduk bersama tetapi selagi mana perhubungan atau persahabatan itu dibina bukan atas dasar Allah Taala, maka akan bergaduhlah nanti di Padang Masyhar.  

Bila topik yang menghimpunkan manusia di dunia adalah hawa nafsu, maka bila habisnya usia dunia, maka mereka akan bertelingkah antara satu dengan lain kecuali atas dasar cinta kerana Allah. Maka diharapkan moga-moga cinta kita biarlah akan sampai hingga ke syurga. Jadi ianya tidaklah binasa.  

Maka kata ustaz, orang yang keluar dari rumahnya untuk mencari guru yang mursyid, walaupun tak kenal akan guru itu, tapi rasa serasi dengannya di mana tujuan belajar dan mengajar bukan nak pada kedudukan dan pangkat sebaliknya hendakkan hati kita di-didik oleh guru yang mursyid itu.  Kita mendampingi para guru yang mursyid yang bersedia mentarbiah dan mendidik diri kita agar dapat mengenal Allah.

Dalam Surah al-Fatihah kita sebut dan minta agar di-dudukkan bersama orang-orang yang soleh.  Di ingatkan agar semasa kita bangun mendirikan solat, saat kita menutup doa Iftitah, jangan sampai hati kita masih memikirkan perkara lain.  Ketika solat, pelbagai topik akan datang selepas kita angkat takbirratul ihram. Yang pentingnya kita menolak segala topik yang datang dan teruskan solat. Jangan layan semua topik yang datang. Jangan ada perbincangan topik dalam solat. Contoh topik yang datang ketika sedang solat: "Lepas solat ni nak singgah beli susu anak.. kedai bukak lagi ke tidak ni..Abis lah kalau kedai tutup, isteri tadi kata susu tinggal sikit saja lagi.." dan sebagainya.

Di saat kita berdiri itu, kita meminta pada Allah dalam Surah al-Fatihah... Ihdinanassirotol mustaqim... Tunjukkan kami jalan yang lurus.  Siro tol ladzi na an am ta alaihim.. Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat ke atas mereka... Dikatakan 4 golongan  orang-orang yang diberi nikmat itu iaitu para Nabi, para siddiqin, golongan syuhadah dan orang-orang yang soleh. Jalan solehin inilah yang boleh membawa kita ke jalan yang benar. 

Dampingi orang-orang yang wusul baru akan dapat wusul dengan Allah Taala. Siapa orang yang soleh kalau bukan para murabbi? Mereka orang yang mewarisi ilmu dari para Nabi dan para tabi'in. Dituntut untuk kita mencari guru yang murabbi, yang boleh kita duduk dengan beliau, mengambil ilmu dari beliau serta  mengambil akhlak beliau. Dikatakan bahawa belum sempurna iman kalau tidak bersama dengan orang-orang yang soleh ini. 

Kalau kita nak jadi soleh, sahabat kita itu mestilah soleh. Contoh: Kenapa orang boleh duduk sekali? Sebabnya kerana ada titik pertemuan. Ada perkara yang menghimpun mereka contoh di dalam urusan perniagaan dsb. Kita boleh duduk sekali sebab dalam hati ada perkara yang sama.  Begitulah kita dengan guru yang murabbi, sebab niat dia dan kita, untuk menuju kepada perkara yang sama.  Matlamat dia dan kita adalah untuk wusul kepada Allah Taala. Seorang guru yang mursyid itu ada yang ke sana ke mari tanpa penat.  Dia ada kekuatan untuk memikul satu amanah. Dikatakan upaya seorang murid untuk wusul kepada Allah ialah melalui tuntunan dan bimbingan seorang guru yang mursyid. 

Firman Allah dalam Surah al-Furqan ayat 59
[59]Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

Kata ustaz...
Kalau tak kenal Allah, maka tanya lah pada orang-orang yang kenal Allah. Orang-orang yang kenal Allah, dia akan didik kita hinggalah kita dapat sampai pada Allah Taala. Contoh dalam perkara: Kita minta dengan Allah banyak benda, tapi adakah apa yang kita minta itu semua Allah bagi pada kita? Yang Allah tak bagi pada kita itu sebenarnya, itulah yang Allah beri pada kita. Kena faham hakikat dan redho bahawa semua yang berlaku ada hikmah.  Allah tentukan apa yang terbaik untuk kita.  Yang tidak diberi itu adalah terbaik untuk kita. Ia mengandungi hikmah.

Perlu kita hadir ke majlis ilmu supaya dapat menguatkan semangat kita untuk menuju kepada Allah Taala. Dampingi orang-orang soleh yang dapat membantu kita sampai pada Allah Taala. Perbanyakkan zikir dalam mensucikan hati, sekurang-kurangnya zikir 100 kali pagi 100 kali petang (1)Astaghfirullah hal azim, (2)La ila ha illallah (3)Subhanallahiwabihamdih (4)berselawat ke atas Nabi SAW.


Wallahu a'lam.

Karipap Minyak Panas

Alhamdulillah..minggu ni buat lagi karipap. Sekali buat dapat satu tupperware, tahan la untuk stok seminggu. Sedap makan karipap petang2 ni. Buat breakfast pon best.

Jom buat karipap pakai minyak panas. Agak lebih rangup la dari pakai cara yang biasa saya buat dulu-dulu. Buat banyak2,, senang time sesak2 takde benda makan, orang datang ke kita sendiri nak makan ke..senang tinggal goreng je..:-)

KARIPAP MINYAK PANAS

Sediakan inti karipap ikut citarasa. Kalau saya suka inti kentang + ayam/daging.

Kulit karipap:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar margerin
Setengah cawan minyak masak
3/4 cawan air
Garam satu sudu kecil

Cara:
Panaskan minyak serta margerin dalam periuk. Bila minyak dah betul2 panas, dengan berhati2 tuangkan minyak ke dalam mangkuk  tepung. Kacau2 dengan sudu sebelum dimasukkan air garam. Setelah sebati boleh la di-ambil sebesar guli lalu dicanai, dibubuh inti seterusnya dikelimkan di tepinya membentuk karipap. 

Tadaaaa....:-)

Aiskrim Nenas homemade

Assalamualaikum wrt

Malam ni anak2 ulang buat aiskrim nenas. Aiskrim homemade ni special sikit tau sebab bukan buat dalam plastik aiskrim yang panjang tu tapi kali ini buat pakai bekas aiskrim yang ada tempat pegang. Cantik bekasnya. Bekas ni boleh cari kat mana2 kedai Daiso. Macam kami hari tu beli kat Daiso di Aeon Rawang.

Kalau sebelum ni buat aiskrim tu pakai nenas cocktail dalam tin je tapi malam ni diaorang pakat2 buat air nenas rebus sendiri. Terbaik! Saya suka sangat air nenas yang kita rebus sendiri nih. Teringat zaman sekolah dulu selalu singgah beli air nenas kat pakcik yang jual depan sekolah kebangsaan. Ya lah time tengahari kan, haus sangat dengan matahari terik atas kepala ditambah dengan penat mengayuh basikal..huhu

Okeh mari kita pakat beli nenas dan rebus buat air ataupun wat aiskrim..srupp..srupp :-):-)

Cara buat Air Nenas

Bahan-bahan
sebiji nenas
secawan gula atau lebih
air untuk rebus nenas
ais ketul untuk hidang.

Cara-cara
Kupas nenas, basuh bersih kemudian potong dadu nenas tersebut. Rebus nenas bersama air dan gula sehingga naik bau wangi nenas.  padamkan api, sejukkan, hidangkan dengan ais ketul. Untuk aiskrim kena extra kan sikit manisnya.

Lompat Tikam Kelantan

Assalamualaikum wrt.

Pernah tak makan Lompat Tikam? Bagi saya... I love Lompat Tikam. Sangat suka...:-) Kueh tempatan yang satu ni memang agak tersohor la di Kelantan. Sume kenal kot dengan Lompat Tikam..he he..

Esok sempena anaknda balik weekend, InsyaAllah akan dibuat lagi sekali Lompat Tikam. Dah buat dah sebenarnya minggu lepas. Tapi InsyaAllah kena buat lagi esok, lagipun en suami dan anak-anak masih duk sibuk sebut-sebut. 

Kombinasi 4 bahan utama Lompat Tikam sangat berpalut rasa bila kita satukan serba sikit ke-empat2 karektor dalam satu mangkuk. Rasa Lompat Tikam bergantung kepada citarasa dan tekak masing2,, maksudnya kalau rasa kurang masin tambah lagi kepala santan, kalau kurang manis tambah lagi air nise dan kalau terlebih rasa maka boleh la ditambah tepung hijau serta pulut merah yang enak. Keempat2nya ada peranan tersendiri. Sangat terer orang dulu2 yang mula2 mengilhamkan Lompat Tikam. :-):-)


RESEPI LOMPAT TIKAM
Pulut merah:
pulut 2 cawan
pewarna merah
Sedikit air 
minyak masak 1 sudu besar
garam 1/2 sudu kecil
daun pandan
Cara: pulut direndam dalam air yang dititik pewarna merah. Toskan pulut. Kukus selama 15minit kemudian di-arungkan dengan air, minyak masak dan sedikit garam. Kukus balik selama 10minit.

Tepung hijau:
tepung beras 1. 1/2 cawan
air daun pandan 4 cawan 
sedikit pewarna hijau
sedikit kapur makan
Cara: Campurkan kesemua bahan. Masak hingga pekat sebelum di-tuang ke dalam loyang untuk dikukus selama 10minit.

Kepala santan:
tepung beras 2 sudu besar 
santan 2. 1/2 cawan
garam 1 sudu kecil
daun pandan
Cara: campur kesemua bahan, masak hingga likat.

Air nise:
nise kampung 2 karet/seketul gula melaka
1 sudu besar gula
daun pandan
air
Cara: masak kesemuanya hingga menjadi cair-cair likat gitu.

Assalamualaikum wrt.

Tepung Pelita Yang Asli

Alhamdulillah, hari ini tanpa dirancang, dah selamat buat kueh tempatan faveret iaitu Tepung Pelita. Tiba2 je terbuat tepung pelita tu ada sebab. Pagi tadi time tarik langsir, ternampak kat luar ada pokok pisang tumbang.

Eh eh ngapa ek? Tertanya-tanya dalam hati. Angin kuat kot. Jadi bila tengok banyaknya daun pisang dari pokok yang dah tumbang tu, terus jadi teringat nak buat tepung pelita yang duk tangguh2 nak buat sejak puasa hari tu lagi.

Tunggu apa lagi, terus keluar ke laman ambik daun pisang yang dah siap terbaring tu, he he..

Jom tengok Tepung Pelita yang buat tadi.

-
Semua dah siap masuk peti-ais dah pun. Tunggu makan je la karang, akan dimakan sejuk2 InsyaAllah.

RESEPI TEPUNG PELITA 
Bahagian bawah, lapisan hijau:

  • tepung beras setengah cawan
  • secubit kapur makan
  • air daun pandan 2 cawan

Cara: Panaskan air dalam kukusan. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Susun sampan daun pisang dalam kukusan berlubang. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam sampan kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. Kukus selama 15minit. Setelah masak, tuangkan pula campuran bahan untuk bahagian atasnya. 

Bahagian atas, lapisan santan:

  • tepung beras 1/2 cawan
  • santan 2  1/2 cawan
  • garam secubit dua

Yang bahagian atas ini boleh kalau hendak dituangkan terus campuran ke atas lapisan hijau tapi untuk dapatkan lapisan santan yang sedikit pejal, elok jika dimasakkan sekejap biar jadi cair2 likat gitu sebelum ianya dituang ke atas lapisan hijau. Kukus balik selama lebihkurang 10minit.

Sangat mudah membuat tepung pelita. Rasa tepung pelita ini asli, rasa tepung beras tanpa ada rasa lain2 campuran tepung, digandingkan pula dengan aroma daun pandan dan daun pisang. Tepung Pelita kueh tempatan orang2 lama yang tak luput dek zaman. Meh kita pakat2 buat Tepung Pelita asli. Assalamualaikum wrt.


Orang Yang Muflis di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Allah Taala beri peluang pada kita semua berada di rumah Allah. Syukur kerana kita tak berada di tempat yang menghabiskan usia kita dengan perkara yang tak baik. Dalam kita menggunakan teknologi masa kini contoh whatsapp, penuhi whatsapp kita dengan perancangan untuk peningkatan kualiti di bulan Ramadhan. Elakkan berchatting benda sia-sia.

Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan2 yang lain. Beratnya timbangan pahala di bulan Ramadhan. Apakah yang menjadi kesalahan2 di bulan Ramadhan? Siapa orang yang muflis di bulan Ramadhan? Sepatutnya di bulan Ramadhan, Allah nak kita jadi millionaire, jutawan.  Sebaliknya kita dikhuatiri telah menjadikan diri kita muflis di bulan Ramadhan. Kalau kita tak hidupkan rohani kita, itu bermakna kita sedang mematikan diri kita sendiri. Jadi mesti berusaha bersihkan hati, hidupkan rohani. Di bulan Ramadhan, Allah Taala menguji kita untuk kita tambah buat amalan sunat. Namun walau ramai yang bersungguh2 buat amalan sunat, mari kita semak siapa dia orang yang telah menjadi muflis di bulan Ramadhan.

Orang yang muflis di bulan Ramadhan ialah:
1) Orang yang melazimi perkara sunat tapi mengabaikan perkara fardhu. Dia kejar saham yang kecil sedangkan yang besar2 dia tinggal. Maka yang kecil tak mampu menanggung kerugian saham yang besar. Orang yang rugi ialah dia buat ibadat tapi dia rugi. Contoh: Dia terkejar2 solat terawih tetapi dia tertinggal solat Isyak. Itu satu kerugian yang besar. Jangan kita jadi orang yang gagal. Perlu di-ingat bahawa jika ingin berjaya di penghujung Ramadhan, hendaklah kita berjaya dari awal-awal Ramadhan lagi.

2) Orang yang sibuk dengan berbuka puasa. Dia bukak puasa macam menganggap itu berbuka puasa yang terakhir baginya. Makan sungguh2. Berbuka secara berlebihan. Membeli hingga jatuh membazir pula di bazar Ramadhan. Maka dia telah merugikan perniagaannya yang tekun berpuasa di sepanjang hari.  Jadi, jangan kita ambil masa lama sangat berbuka puasa sampaikan pukul 8 suku baru teringat nak bangun solat Maghrib. 

3) Orang yang tak hidupkan solat jemaah. Di bulan Ramadhan, Allah nak latih kita agar seronok solat berjemaah bagi membiasakan kita dengan ibadah yang kita tak biasa tu. Solat jemaah ini sepatutnya bukan dihidupkan hanya di bulan Ramadhan sahaja, tapi kena latih diri untuk solat berjemaah pada bulan2 yang lain. 

4) Mereka yang meninggalkan sahur. Bangun makan sahur adalah ibadah. Kalau tak bangun sahur, macam puasa orang yahudi. Dikatakan bahawa para malaikat mendoakan pengampunan pada orang yang bangun sahur.

5) Mereka yang di dalam Ramadhan, mereka ini hanya menganggap Ramadan bulan puasa. Ramadhan itu ialah bulan yang difardhukan untuk kita berpuasa. Jadi bulan Ramadhan tidak boleh diganti-namakan dengan bulan puasa. Yang Bazar Ramadhan-nya tak pulak mereka ganti panggil Bazar Puasa. Ramadhan ialah bulan untuk kita memperbaiki hubungan dengan Allah, yang kita mengaku kita ini hambaNya. 

Maka jangan kiranya kita puasa tapi bercakap bohong, puasa tapi mengumpat, puasa tapi memfitnah orang, puasa tapi tak tutup aurat. Hendaklah menahan segala anggota badan kita daripada sesuatu yang didatangi oleh syahwat, yang haram dan yang dimurkai Allah. Imam Ghazali rm telah membahagikan tahap puasa kepada tiga bahagian iaitu puasa orang awam, puasa khusus, puasa khusus dalam khusus. Contoh bagi perut, latih perut dengan menahannya dari masuk ke dalamnya makanan dari sumber yang syubhah dan haram. Kalau tak jaga, itu yang Nabi SAW sebut, tentang betapa ramai yang puasa namun sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Allah nak tuntut sesuatu yang bersih. Allah hanya terima amalan dari orang yang bertakwa. Maka jangan beli makanan dari orang yang fasik yakni orang yang tak solat, orang yang tak tutup aurat. Makanan biar ada nilai takwa.

Lisan juga dituntut untuk berpuasa dari menuturkan sesuatu yang lalai dan yang boleh merosakkan amal kita. Jauhi dari perkara lara. Macamana kita nak tau perkara itu perkara lara? Perkara itu sesuatu yang tak ada beri kebaikan pada diri kita, tak ada kebaikan pada agama Islam, tak ada kebaikan pada orang yang mendengar serta mendatangkan murka Allah.

Jadi jaga lisan kita. Bercakap yang perlu sahaja. Banyakkan zikir. Kata2 kita biar ada nilai takwa. Ingat bahawa apa saja yang dilafazkan oleh kita, semua akan dicatat oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Semua malaikat tulis, tiada yang terkecuali. Dan semua akan ditimbang. Siapa yang tak tinggalkan berkata dusta, perbuatan itu akan makan perlahan2 kebaikan yang dah dibuat.

Lebihkan masa beriktikaf di masjid daripada duduk di rumah. Lebihkan beriktikaf di masjid dari banyak masa berlegar2 di Mydin atau Giant atau Jalan TAR. Ramadhan makin lama makin tinggi kehebatannya. Cantik Allah susun.. Rejab, awal terbaik; Sya'ban, pertengahan; dan Ramadhan, 10 akhir Ramadhan.

Kita masuk Ramadhan bukan nak kejar pahala, tapi kita nak redha Allah. Kalau kita dapat kecintaan Allah, kita dijamin dapat naungan di Masyhar nanti dan di dalam Syurga...aminnn. Orang yang berada di dalam jaminan Allah, Allah ada ehsan terhadapnya dan dia dikasih oleh makhluk yang lain. Bila Allah dah bagi ehsan padanya, maka diberi hidayah padanya untuk ke Syurga Allah. Kalau tersasar nak buat dosa pun, Allah akan ingatkan balik maka kita akan berpatah balik. Moga-moga kita beroleh kecintaan Allah..aminnn

Jaga mata dari pandang sesuatu yang boleh merosakkan amal kita. Nak jaga pandangan ni bukan sesuatu yang mudah. Petua nak jaga mata kita, hendaklah banyakkan tengok kalam Allah. Tapi kalau Ramadhan pun tak baca quran, bulan2 lain apatah lagi. Berubahlah kita. Ouran jangan tinggal. Selain tengok Quran, mata ini hendaklah sering menangisi atas dosa2 yang pernah dilakukan.

6) Mereka yang banyak melakukan/mencetuskan kejahatan atau keburukan. Maka disebabkan kejahatan kita, telah menyebabkan orang2 yang berpuasa di sekeliling kita akan berkurangan pahala disebabkan kita. 

7) Orang yang tinggalkan fardhu Subuh. Dek dah penat berterawih dan bangun Qiam di tengah malam, Subuh pulak terlepas. 

Di akhir tazkirah, ustaz berpesan agar bersedekahlah kita. Belanjalah bukan mengikut keperluan kita tapi belanjalah mengikut keinginan Allah. Maka sedekah lah. Jangan kiranya kita di bulan Ramadhan, kita jadi tambah kedekut lagi. Belanjalah untuk urusan akhirat. Jangan jadi dermawan di bulan Syawal tapi tak jadi dermawan di bulan Ramadhan. Bagi duit raya di bulan Syawal itu hanyalah adat. Sedangkan sebaik-baik sedekah adalah yang kita sedekahkan di bulan Ramadhan. Maka rebutlah peluang.

Wallahu a'lam.

Jom dengar Tazkirah Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.


Allah Ta'ala berfirman: "Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku." (Thaha: 114)

Allah Ta'ala juga berfirman: "Katakanlah: "Apakah sama antara orang-orang yang mengetahui -yakni berilmu- dan orang-orang yang tidak mengetahui -yakni tidak berilmu-." (az-Zumar: 9)

Allah Ta'ala berfirman lagi: "Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa derajat." (al-Mujadalah: 11)

Allah Ta'ala berfirman pula: "Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya itu ialah para alim-ulama."

1373. Dari Mu'awiyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." (Muttafaq 'alaih)

1374. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada kehasudan -iri- yang dibolehkan melainkan dalam dua macam perkara, yaitu: seorang yang dikaruniai oleh Allah akan harta, kemudian ia mempergunakan untuk menafkahkannya itu guna apa-apa yang hak -kebenaran- dan seorang yang dikaruniai ilmu pengetahuan oleh Allah, kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu -antara dua orang atau dua golongan yang berselisih- serta mengajarkan ilmunya itu pula." (Muttafaq 'alaih) Artinya ialah bahwa seorang itu tidak patut dihasudi atau diiri kecuali dalam salah satu dari kedua perkara di atas itu untuk ditiru dan diamalkan seperti orang tersebut. Yang dimaksudkan dengan Alhasad ialah ghibthah yaitu mengharapkan seperti yang ada pada orang lain.

1375. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: "Perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai bumi. Di antara bumi itu ada bagian yang baik, yaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang -rumput- yang banyak sekali, menahan masuknya air dan selanjutnya dengan air yang bertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, karena mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan bercocok tanam. Ada pula hujan itu mengenai bagian bumi yang lain, yang ini hanyalah merupakan tanah rata lagi licin. Bagian bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contohnya orang pandai dalam agama Allah dan petunjuk serta ilmu yang dengannya itu saya diutus, dapat pula memberikan kemanfaatan kepada orang tadi, maka orang itupun mengetahuinya -mempelajarinya-, kemudian mengajarkannya -yang ini diumpamakan bumi yang dapat menerima air atau dapat menahan air-, dan itu pulalah contohnya orang yang tidak suka mengangkat kepala untuk menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia enggan menerima petunjuk Allah yang dengannya itu saya diutuskan -ini contohnya untuk bumi yang rata serta licin-." (Muttafaq 'alaih)

1376. Dari Sahl bin Sa'ad r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda kepada Ali r.a.: "Demi Allah, sesungguhnya andaikata Allah memberikan petunjuk kepada seorang lelaki dengan perantaraan usahamu, maka hal itu adalah lebih baik daripada unta-unta yang merah-merah," sebagai kiasan harta benda yang paling dicintai oleh bangsa Arab saat itu. (Muttafaq 'alaih)

1377. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba: "Sampaikanlah -kepada orang lain- ajaran yang berasal daripadaku, sekalipun hanya seayat belaka. Percakapkanlah tentang kaum Bani Israil -yakni kaum Yahudi- dan tidak ada halangan apapun. Dan barangsiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka baiklah ia menempati tempat duduknya dari neraka." (Riwayat Bukhari)

1378. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan disitu, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

1379. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk -yakni kebenaran-, maka baginya adalah pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka itu." (Riwayat Muslim)

1380. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila anak Adam -yakni manusia- meninggal dunia, maka putuslah amalannya -yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi-, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih yang suka mendoakan untuknya." (Riwayat Muslim)

1381. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan yang berdzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim -berilmu- serta orang yang menuntut ilmu." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah hadits hasan. Sabda Nabi s.a.w.: "Wa maa walah" artinya: Dan apa-apa yang menyamainya, ialah taat atau melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala.

1382. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fisabilillah sehingga ia kembali." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

1383. Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: "Tiada sekali-kali akan kenyanglah seorang mu'min itu dari kebaikan, sehingga penghabisannya nanti adalah syurga." Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

1384. Dari Abu Umamah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keutamaan orang alim atas orang yang beribadah -ahli ibadah namun tidak berilmu- ialah seperti keutamaanku atas orang yang terendah diantara engkau semua." "Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampaipun semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampaipun ikan yu, sesungguhnya semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia." Adapun yang selain Allah ialah memohonkan -berdo'a- agar orang-orang yang mengajar kebaikan itu diberi kerahmatan oleh Allah. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

1385. Dari Abuddarda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu sesungguhnya meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu. Sesungguhnya orang alim itu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampaipun ikan-ikan yu yang ada di dalam air. Keutamaan orang alim atas orang yang beribadah itu adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi itu tidak mewariskan dinar ataupun dirham, sesungguhnya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

1386. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah memberikan kenikmatan kepada seorang yang mendengarkan sesuatu ucapan dari kami -yakni dari Nabi s.a.w.- lalu ia menyampaikannya sebagaimana yang didengar olehnya. Maka banyak sekali orang yang diberi berita itu lebih dapat mengingat-ingat -yakni lebih memperhatikan- daripada orang yang mendengarnya sendiri?" Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih. Maksudnya, seringkali orang ketiga lebih faham maksud dan makna ilmu tersebut daripada orang kedua, padahal orang ketiga mendapat ilmu tersebut melalui perantaraan orang kedua yang didapatkannya dari orang pertama (yakni Rasulullah s.a.w).

1387. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya -yakni tidak suka menerangkan yang benar-, maka ia akan diberi kendali -di mulutnya- besok pada hari kiamat dengan kendali dari neraka." Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan.

1388. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dari golongan ilmu yang semestinya untuk digunakan mencari keridhaan Allah 'Azzawajalla, tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain maksudnya, kecuali hendak memperoleh sesuatu tujuan dari keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari kiamat." Yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya. Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

1389. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu pengetahuan dengan sekaligus pencabutan yang dicabutnya dari para manusia, tetapi Allah mencabut ruhnya -wafatnya- para alim ulama, sehingga apabila tidak ditinggalkannya lagi seorang alimpun -di dunia ini-, maka orang-orang banyak akan mengangkat para pemimpin -atau kepala-kepala pemerintahan- yang bodoh-bodoh. Mereka -para pemimpin dan kepala pemerintahan- itu ditanya, lalu memberikan keterangan fatwa tanpa menggunakan dasar ilmu pengetahuan. Maka akhirnya mereka itu semuanya sesat dan menyesatkan -orang lain-." (Muttafaq 'alaih)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...