Surah al-Waqiah

Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah SAW telah bersabda: 
"Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam tidak akan ditimpa kepapaan."

Surah Al-Waqi'ah adalah surah ke-56 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 96 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah.Surah yang diturunkan sesudah surah Ta Ha ini dinamai dengan Al Waaqi'ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al Waaqi'ah yang terdapat pada ayat pertama.

 
reciter Muhammad Jibril



Terjemahan bahasa Melayu Surah al-Waqiah ayat 1 - 96
[1]Apabila berlaku hari kiamat itu,

[2]Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

[3]Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.

[5]Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

[6]Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

[7]Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

[8]Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

[9]Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

[10]Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

[11]Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

[12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

[14]Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).

[27]Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

[30]Dan naungan yang tetap terbentang,

[31]Dan air yang sentiasa mengalir,

[32]Serta buah-buahan yang banyak,

[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

[38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

[39]Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

[40]Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

[41]Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

[42]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

[43]Serta naungan dari asap hitam,

[44]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

[45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

[46]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

[47]Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

[48]“Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? “

[49]Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

[50]“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.

[51]“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

[52]Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

[53]“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

[54]“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

[55]“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.

[56]Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

[57]Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

[58](Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

[59]Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

[60]Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

[61](Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

[62]Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

[63]Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

[64]Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

[65]Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

[66](Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

[67]“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) “

[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

[71]Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

[72]Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

[73]Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

[74]Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

[75]Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

[76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

[77]Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

[78]Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

[79]Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

[81]Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

[82]Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

[83]Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

[85]Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

[86]Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

[87]Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

[88]Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,

[89]Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

[90]Dan jika ia dari puak kanan,

[91]Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.

[92]Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

[93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

[94]Serta bakaran api neraka.

[95]Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.


[96]Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Doa Yang Bermula Dengan Rabbana dalam Surah al-Furqan

Bismillahirrahmanirrahim

Berikut ialah doa yang bermula dengan Rabbana dalam; 
Surah al-Furqan di ayat 65 - 66:



yang bermaksud:

[65]Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan

[66]Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat 
tinggal yang amat buruk”;


dan Surah al-Furqan ayat 74:

yang bermaksud:
[74]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Wassalam.

Hafal Juz Amma

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala... bahagianya hati seorang ibu bila mendapat khabar gembira ini... 
"Mama! kak ngah da khatam juz amma! Da siap tasmik dah ngan Hajar... Hajar kata, "Alhamdulillah... teruskan lagi ya..." 

Hajar ni rakan sebilik kak ngah. Sejak jadi room-mate Hajar dari semester lepas, anak saya bagai disuntik semangat untuk ikut bersaing dengan Hajar.  Hajar seorang hafizah yang bukan saja excellent akademik malah seorang puteri yang terjaga personalitinya. Subhanallah.  Syukur alhamdulillah anakku direzekikan Allah dapat duduk dalam suasana yang kondusif terhadap agama. Saya perhatikan kak ngah masa pulang di hari minggu pun makin improve dalam bab berpakaian.  Dah istiqamah pakai stoking dan sarung lengan. Gud kak ngah!

Kak ngah dan Hajar aktif dalam kerja amal, persatuan serta usrah. Kedua-duanya sering ikut serta dalam pelbagai 'Talk' yang berlangsung di dalam/luar kampus. 
..ini masa keluar kutip derma untuk tabung Syria 

Malam tadi dapat mesej kak ngah yang berbunyi... 
"Mama! alhamdulillah mama tau tak kak ngah td dpt rezeki..mkn free.. he he.. n hari ni kak ngah lead usrahhh! huhuhu...=p"

Syukurlah... mama doa agar makin mantap iman InsyaAllah... nanti mama pun pelan2 nak terai lah jugak hafal juz amma. Errr..harapnya masih belum terlewat.. namun tiada daya dan kekuatan diriku untuk dapat hafal melainkan dengan pertolongan Allah.. moga Allah bantu..ameen

Kita mula dengan Surah an-Naba' yang jumlahnya 40 ayat.. "ammayatasa alunn... "


Berjaga-jaga dalam urusan dunia

Bismillahirrahmanirrahim

Ustaz sambung tafsir Surah Yasin ayat 45, 46 dan 47


[45]Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat”, (mereka tidak mengindahkannya).


[46]Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).


[47]Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.


Ustaz tegaskan bahawa yang penting bagi kita ialah kena saling peringat antara satu sama lain.  Di zaman kita ini dah wujud alam ciber maka boleh guna internet contohnya melalui facebook, twitter, blog dan forum juga melalui ceramah dsb untuk tujuan mengajak manusia kepada Allah.     
Hakikatnya, perlu ingat-mengingati sesama Islam atau nak ajak orang masuk Islam.  

Berjaga-jagalah terhadap apa yang ada di hadapan bilamana dalam urusan hidup di dunia ada ketikanya kita tak ikut apa yang Allah suruh. Ingat bahawa, ada neraka yang sedang menunggu. Apa yang ada di belakang pula ialah peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang perlu diambil iktibar.  Ada umat yang dibinasakan dengan goncangan bumi dsb.  Mereka dibinasakan kerana mereka telah mendustakan apa yang dibawa oleh Rasul dan Nabi yang diutus. Walaupun datang keterangan-keterangan yang dibawa oleh Rasul mereka, namun tetap mereka mendustakan Allah Ta'ala.


Ustaz cerita satu kisah:
Pada suatu hari seseorang telah pergi untuk menemui tok gurunya.  Ketika sampai, beliau mendapati tok gurunya itu sedang menangis teresak-esak. Bunyi tangis tok guru walupun perlahan masih dapat didengar oleh beliau yang duduk menunggu di belakang.  Tiba2 tok guru berpaling bila menyedari ada orang di belakangnya.  Tok guru lantas bertanya tentang apa hajat beliau yang datang bertemu dengannya.  
Lalu pemuda tadi terus bertanya balik pada tok guru: "Sebelum saya beritahu urusan saya pada tok guru, kalau boleh saya ingin tahu kenapa tadi kelihatannya tok guru menangis? Tok guru ada banyak kelebihan berbanding sekelian orang, tok guru seorang ahli ibadah dan tok guru ada ramai murid yang begitu menyayangi tok guru..." Maka jawab tok guru, "Saya tadi begitu sedih, rasa risau bila memikirkan.. apa lagi yang ada dalam bidang kuasa saya, yang masih belum saya buat...."
Subhanallah.

Sesungguhnya apa yang dikhuatiri ialah, kita takut 'tak lepas di sana...' sebab ada lagi tanggungjawab kita di dunia yang kita belum buat.  Semua orang tak kira siapa, harus sedar tentang pentingnya kewajpan ini termasuklah ketua keluarga, Perdana Menteri, Menteri Besar, Nazir Masjid, Tok Penghulu, Ketua Bahagian, Ketua Pejabat, ayah, ibu dsb.

Harus ingat bahawa azab yang datang selepas azab kubur, maknanya makin berat... makin berat... Bagi orang yang fikir akan perkara ini, akan jadi risau, akan cari usaha untuk cuba membetulkan keadaan. Dapatkanlah ilmu dari para tok guru yang menyampaikan dan memberi peringatan. Tak kira siapa, jangan peduli siapa tok guru itu, selagi dia membawa ajaran Allah dan Rasul maka kena tetap ikut.  Berusahalah kita untuk jadi orang yang berilmu. Takutlah pada azab Allah yang tidak terperi sakitnya. 
  

Dalam membicarakan ayat seterusnya, ustaz selitkan sekali firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 54 


yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.

Dalam perkara bersedekah, mereka memberi alasan bila diminta mendermakan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka (Surah Yasin ayat 47). Ada saja bantahan mereka.  Haruslah ingat bahawa yang jadikan fakir itu ialah Allah, yang jadikan kaya itu juga Allah.  Tengok alam, tengok diri sendiri... ingat bahawa semua dari Allah. Semua Allah punya. Jangan pula sebab tak nak bagi pada orang fakir, dia berhujah beralasan yang Allah pun tak bagi pada orang fakir itu, kenapa pula dia yang harus memberi.  Itu cara orang yang beralasan. Kata ustaz, adab kita dengan Allah:  Walau apa pun keadaannya, jangan sandarkan salah-silap pada Allah. Terima apa yang datang dari Allah dengan redha.


Memetik kata2 seorang ustaz dalam kuliah online sebentar tadi... Apa jua yang terjadi adalah milik Allah. Semalam kita sihat, hari ini sakit, semalam sakit hari ini sihat, semua itu dari Allah. Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu.  Allah tidak memerlukan bantuan dalam menguruskan alam ini, sebaliknya kita ini yang tidak dapat melakukan segala apa pun jika tanpa bantuan Allah. Hidup kita memerlukan pergantungan pada Allah Ta'ala. Maka sentiasalah kita duduk di dalam zikir. Peruntukkan masa untuk Allah.  Allah bagi kita sama rata setiap orang di mana semua mempunyai masa 24 jam setiap hari.  Maka janganlah kita membiarkan masa itu habis sia-sia.  Peruntukkanlah sekurang-kurangnya satu jam setiap hari untuk berdamping dengan Allah.  


Firman Allah dalam Surah al-'Asr:

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.




Wallahu'alam.


Hari Penamaan Calon di Kuala Kubu Bharu

Bismillahirrahmanirrahim.  
Banyak bendera berkibar di Kuala Kubu Bharu semalam. Alhamdulillah hari penamaan calon untuk PRU13 nampaknya berlangsung dengan baik. Ramai yang jauh dan dekat datang memberi sokongan.  Moga dipermudahkan urusan untuk semua keluar membuang undi pada 5Mei ini...InsyaAllah.







Kisah Tha'labah


Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam forum di masjid dua malam lalu, salah-seorang Imam Muda yang menjadi ahli panel telah menceritakan tentang kisah Tha'labah, seorang pemuda berjiwa luhur yang akhirnya meninggal dunia di atas ribaan Rasulullah SAW.  "Balik ni, google cari kat mama eh kisah Tha'labah...", kata saya pada kak Ngah yang ikut khusyuk mendengar di sebelah.  Kami sekeluarga beramai-ramai hadir di forum yang ketiga2 mereka (ahli panel dan tuan moderator) terdiri dari Imam Muda. Banyak kupasan menarik yang mencerna minda dibentangkan oleh para Imam Muda.  Saya dan kak Ngah sempat bersalam dengan salah seorang isteri Imam Muda ketika kami bertembung di tempat letak kereta sebelum semua beredar dari kawasan masjid.  Alhamdulillah terimakasih sudi ke sini.

Mari kita selusuri kisah Tha'labah yang menyentuh hati.  
..........................................

Tha'labah adalah seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah SAW. Namanya ialah Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja yang berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu keluar mengikuti Rasulullah SAW. Jika Rasulullah berhajatkan akan sesuatu, baginda SAW sering mengkhabarkannya kepada Tha'labah.

Suatu hari Rasulullah SAW menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah SAW hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah tanpa sengaja telah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi. 

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah SAW! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran  yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah SAW. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah SAW menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat. Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. 
Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "Kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah."
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya Syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku wahai Rasulullah."
Lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.
sumber: www.iluvislam.com, TQVM  :)


Wallahu'alam.

Miliki Sifat Terpuji

Alhamdulillah, malam tadi sebelum beredar dari masjid, pak Imam mengajak jemaah yang masih tinggal untuk sama-sama membaca Surah al-Kahfi dari ayat 1 - 50.  Selebihnya InsyaAllah akan disambung bacaannya selepas Solat Subuh di pagi Jumaat. Kiranya kami tak baca al-Mulk lah semalam, ganti dengan al-Kahfi.  Balik rumah, masing2 baca sendirilah al-Mulk.

Hari Jumaat dah berlalu hampir separuh hari.  Dah berapa banyak kita berselawat ke atas Nabi SAW hari ini?  Dah baca quran??  Teringat kata2 ustaz yang mengingatkan agar sentiasa rajin baca quran.  Baca dan fahamilah apa yang terkandung dalam al-quran.  Cuba fahami maksud agar ianya dapat memberi kesan pada hidup, akhlak dan perlakuan kita...InsyaAllah.

Di majlis ilmu, ustaz sambung menjelaskan tentang perkara: 
Benar di dalam niat.  
Niat kita hendakkan ibadah.  Contoh kita nak minum air. Perkaranya ialah air, sumber dan perlaksanaannya melalui jalan yang halal, maka InsyaAllah ianya ibadah. Ada yang mempunyai niat baik tapi perlaksanaan kerja tak baik, maka tidak terjadi ibadah. Contoh: Ada yang nak bantu orang susah tapi perlaksanaan jalannya tak elok, maka tiadalah ibadah. Ada yang perkaranya betul contoh: hadir di majlis ilmu, namun tetap tidak menjadi ibadah jika belajar itu bukan niat kerana Allah sebaliknya hanya kerana makhluk, saja nak tunjuk muka kat kawan, niat nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Belajar, sepertimana yang kita tahu ialah (1)kerana menurut perintah Allah dan (2)kerana mahu keluar dari jahil kepada alim(berilmu).  Jika ada niat  selain dari Allah maka ia bukan ibadah.  Biar di mana saja kita berada, hendaklah.. zahir solat, batin pun solat.  Nak-kan kasih Allah kena lawan kehendak nafsu.  Di sinilah kekuatan kita terbatas.  Jadi kena minta kekuatan dari Allah untuk dapat lawan.  Bila belajar, hasilnya ilmu.  Ilmu dah ada, jalan dah ada, maka ikutlah. Kena lalu ikut jalan itu, InsyaAllah akan dapat sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.  Kalau tak ikut jalan tersebut maka tak sampai lah kita.

Tanya ustaz, "Hari ini dah zikir ke belum?"  Ini jalan kita memburu kasih Allah.  Ini hubungan kita dengan Allah.  Kalau hari ini taubat belum selesai, quran belum selesai, macamana kita nak dapat kasih Allah? Jalan dah ada, maka ikutlah.  Biar ada hubungan kita dengan Allah.  Elok jadikan susunan Zikir Imam Ghazali sebagai amalan setiap hari; bermula dengan:

hari Jumaat:  
Ya Allah

hari Sabtu:    
Laila ha illallah

hari Ahad:    
Ya hayyul ya Qayyum

hari Isnin:      
La khaula wala quata illa billah hil aliy yil 'adzim

hari Selasa:   
Allahummasolli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad
(Selawat ke atas Nabi SAW)

hari Rabu:    
Astaghfirullah hal 'adzim

hari Khamis: 
Subhanallah hiwabihamdih
Subhanallah hil 'adzim

.......................................

Banyakkanlah taubat pada Allah.  Seseorang yang tidak bertaubat kepada Allah, bererti seolah-olah dia tidak mempunyai dosa, macam tak bersalah apa-apa.  Seseorang itu mohon maaf sebab dia rasa dia bersalah.  Jadi kita sebagai hamba yang lemah dan tak lepas dari dosa, bertaubatlah.  Bertaubat ada macam-macam cara termasuk dengan ulang mengucapkan istighfar samada astaghfirullah, astaghfirullahal'adzim, membaca doa penghulu istighfar dan sebagainya.  Latih diri lakukanlah Solat Sunat Taubat sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat.  Moga Allah ampunkan dosa kita.  Kita ini hamba yang banyak dosa, banyak jahatnya dan banyak lalainya.  Solat dua rakaat saja pun, jadilah.  Baca qulya selepas fatihah di rakaat pertama dan baca qulhuwallah selepas fatihah di rakaat kedua. Selepas bagi salam, istighfar 70 - 100 kali mohon ampun pada Allah.  Biar ada rasa bersalah pada Allah.


Dari Aghar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali. (HR Muslim)

Ustaz ulang fakta tentang Rukun Seorang Hamba:
  1. sentiasa berterimakasih pada Allah.  Basahkan lidah banyakkan terimakasih pada Allah.  Kita dapat bersihkan diri, dapat buang air, batuk, ada rasa..semua itu nikmat.  Cuba kalau Allah tahan sekejap 'nikmat rasa' bagi kita, bagaimana agaknya... contoh: bila demam kita jadi tak selera nak makan.. makan sup pun tak rasa sup, makan nasik pun takde rasa apa...
  2. sentiasa bertaubat.
  3. sentiasa berdoa. Mintak, selalu minta pada Allah.  Baik apa pun perbuatan kita, urusan kita dengan Allah harus 90%.  Moga2 beroleh perubahan bila kuat hubungan dengan Allah.  Bila harap pada Allah, kita tak akan kecewa.
  4. sentiasa redha hati.  Hati sentiasa terima apa yang datang dari Allah.  Terima baik buruk dari Allah. Ingat bahawa dalam kebenaran tidak ada erti kalah.  Terima ujian, bebanan, demam, jatuh, kalah, susah dengan redha.
Benar pada segala pekerjaan
Benar yang dimaksudkan ialah di luar hati dan di dalam hati adalah sama.  Kalau tak sama, maka tak benar. Contoh: Dalam hati Lillahi Ta'ala dan perbuatan zahir ikut menunjukkan apa yang ada di dalam hati.  Istiqamah dia, benar zahir dan batin.  Sebaliknya ada yang rasa Lillahi Ta'ala tapi sayangnya riak ada.  Nampak pada zahir OK dah tapi dalam hati kurang OK.  Kena usaha soleh zahir dan batin. Jangan pula, anggota badan dah khusyuk dah tapi dalam hati ingin dipuji oleh orang yang melihat khusyuknya dia.  Sedekah dah elok dah tapi dalam hati ingin dipuji makhluk..."Waa hebat tuan haji ni, Waa banyak duit tuan haji ni..." Diri ingin disanjung orang bahawasanya dia ini seorang yang hebat dan sebagainya.

Berbuatlah hanya semata-mata kerana ingin redha Allah. Orang yang harap redha Allah, tidak akan separuh jalan beramal, tidak kecewa, tiada dukacita kerana dia mengharap pada Allah.  Kalau mengharap pada makhluk, pengakhirannya pasti dukacita.

Miliki sifat yang benar pada batin.  Sifat-sifat yang terpuji duduk dalam hati yang bersih.  Selagi hati tak bersih selagi itulah tidak dapat simpan sifat-sifat terpuji. Orang yang terdiri dari ahli syurga ialah orang yang taqwa yang takut pada Allah.  Hatinya gentar pada Allah.  Bila ada taqwa, secara tak langsung akan lahirlah seorang yang patuh pada Allah.  Bila hati dah dapat sifat tersebut, segala tindak-tanduk, tingkah-laku, perbuatan akan mukmin keseluruhannya. Syariatnya jelas Islam. 100%, di dalam Islam zahirpun Islam.  Kita tengok pokok pisang umpamanya, mana ada berubah? Duduk dalam kampung pun pisang, duduk kat bandar pun pisang.  Kena begitulah kita.  Malulah pada pokok pisang... jangan ambil Islam separuh-separuh. Bila ke masjid, sempurna pakaian tapi bila jumpa kat pasar.. pakaian dah lain ..dah tak berapa elok.   

Biar sama lah kita dalam apa jua keadaan... bila sakit beriman, sihat pun beriman; miskin beriman, kaya pun beriman.  Jangan masa miskin wirid tak tinggal tapi bila dah kaya, tak sempat nak wirid.

Islam dah lama, mukmin dah lama, belajar dah lama, ilmu pun dah bertambah, maka suluh lah mana yang baik...  Allah bagi akal buat kita.  Maka perjelaskan lah ia.  InsyaAllah semoga beroleh berkat.

Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang diberi kebaikan oleh Allah SWT ke atas seorang hambaNya maka akan diberi faham dalam agama dan mengilhamkan didalam hatinya perkara-perkara yang benar. 
(HR Bazzar, Tabrani)



Wallahu a'alam.


Telekong Vietnam bunga hijau

Semalam, Ahad kami hadir di majlis kawin anak kawan sepejabat en suami. Majlis buat kat taman jadi rasa santai suasana dengan angin sepoi2 bahasa yang nyaman di  Taman Keramat. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dilimpahi iman dan mendapat barokah dari Allah Ta'ala..ameen.

Sebelum hantar anak2 balik hostel, melencong sekejap ke Jalan TAR. Anak dan ibu sama naik beli tudung..he he..

Semangat dengan kaler ijau semenjak dua menjak ni. Masa membelek2 telekong solat Vietnam, terus jatuh hati bila terpandang kuntum2 bunga berwarna hijau. Saya sangat selesa guna telekong vietnam, jadi bila ada hajat cari telekong tambahan, hanya fokus cari yang vietnam. Alhamdulillah..sangat cantik...


Menjelang Pilihanraya

Bismillahirrahmanirrahim

Menjelang pilihanraya yang InsyaAllah akan berlangsung tak lama lagi, macam-macam kisah yang timbul antara kami dan kawan-kawan.  Saya semalam sempat ber'whatsapp' dengan beberapa orang rakan.  Semua tengah semangat cerita-cerita pasal politik.  

Ada antaranya yang semangat bukan setakat jadi penyokong setia saja tapi dibuktikan lagi dengan status nama yang dah siap disemak... InsyaAllah konfem tersenarai sebagai salah seorang pengundi berdaftar yang sah..  untung la...

Namun ada juga yang semangatnya bukan main lagi, tapi sayangnya tak dapat lah pulak pergi mengundi.  Sebab apa tu tak dapat?  Sebabnya tak lain, sebab tak mendaftar.... Adoiii...kenapa la tak daftar.  Nak marah ada nak tergelak pun ada dekat kawan saya tu.  Heran betul... diaorang ni punya la lama ada masa dan peluang untuk mendaftar, tapi tak pegi-pegi jugak mendaftar.  Saya hanya mampu kata... "Oya ke.. laa.. takpelah kalu gitu tolong doa je la ya, nak daftar sekarang pun ase cam tak sempat da....huuu

Boleh pulak ada yang kata..."Nak tau, bukan kita sorang je tau yang tak pernah ngundi, kawan2 kat ofis pun ramai yang tak ngundi.. diaorang pun tak daftar..." 

"Ohhh... macam tu ke... La rugi la kalau macam tu", balas saya.  

Tapi beliau cuba cover..."takpe, nanti nak daftar untuk ngundi yang lima tahun lagi..."

Sebagai penutup saya balas lah..."ya lah, tu pun kalau kita ada lagi time tu kan..."

Sebenarnya kan, kalau kita bersemangat cakap2 politik, lepas tu kita sempurnakan lagi semangat kita dengan pergi pangkah undi, maka akan terbit suatu kepuasan dalam diri sebab kita bukan orang yang setakat cakap2 kosong... bukan setakat ikut orang ramai2 berhujah sebaliknya kita buktikan yang kita betul2 jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam warganegara Malaysia, dengan pergi pangkah undi pada hari berlangsungnya pilihanraya... Itu yang sepatutnya...

En suami tadi cerita dalam talipon, masa balik dari solat Jumaat ramai2 satu kereta, ada yang ajak singgah 'bilik gerakan' konon nak ambik bendera.  Tapi dalam semangat2 nak bawak balik gantung bendera tu, bila ditanya pasal mengundi nanti kat mana, jawapannya.. nama ada kat kampung jadi tak sure lagi dapat balik ke tak mengundi... Aduhh macam tu pulak... apasal la tak siap2 tukar tempat mengundi awal-awal dulu bang.. ish ish

Kawan saya yang sorang ni pulak memang maintain bersemangat sejak dulu. Ditambah pulak besan beliau merupakan salah seorang calon yang akan bertanding di sebelah utara InsyaAllah.  Nak kongsi kata2 semangat yang di 'whatsapp' kan pada saya semalam... "Memenangkan Islam adalah tanggungjawab.  Mentadbir ikut syariat Islam juga adalah tanggungjawab... maka umat Islam wajib mengundi... kalah tak mengapa tapi jika Islam kalah kerana disebabkan orang Islam tak mengundi, dah tentu pasti dia akan di tanya di akhirat nanti..."

Saya pun jawab la... "Alhamdulillah... sama2 kita bantu serapkan cahaya Allah... masih ramai yang 'atas pagar' kat luar sana..."

................................................

Alhamdulillah, saya dah jadi ahli.  Dah dapat pun kad keahlian.  Tapi en suami punya belum sampai lagi... sangkut pulak padahal hari tu kami mendaftar sekali.  Ada kad ahli ni senang.  Ada dulu kawan masjid saya cerita, satu hari tu dia tertinggal IC semasa sedang berurusan.  Cari2 dalam dompet, nasib baik ada kad ahli.  Kawan saya tu pun terus keluarkan kad ahli beliau sambil kata..."pakai kad ni je, agak2 boleh...?" Alhamdulillah, kad ahli beliau rupanya dapat membantu bilamana kerani kat kaunter tu dengan senang hati kasi green light sambil tersenyum.

Ramai yang kata, tarikh pilihanraya akan di-umumkan dalam waktu terdekat ini.  Maka, Selamat keluar mengundi ya semua.  Jangan biarkan rugi satu undi hanya disebabkan kita... Wassalam.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...