Dapat Hadiah Kasut ASICS


Alhamdulillah....
Dapat rezeki yang tak di sangka2
Kasut sport jenama Asics,
Japan premier quality.
Hadiah dari my dotter..
TQ my dear

Macam tau2 mama memang suka pakai sport shoe pergi mana2.. he he.. Sangat cantik, sweet je kaler..
TQ my dear
Mama n Papa keluar pakai kasut baru:-D 

#FeelGood

Cara Membuat Pavlova

Assalam.
Malam ni kira kerja overtime la ..he he... Selalu tu time macam ni dah lama lena, tapi malam ni kena buat pavlova untuk jamuan ofis anaknda. 

So sesambil tunggu  pavlova dalam oven tu, jom...kita tengok cara nak membuat nya.

Okeh apa yang perlu ada ialah:
Telor puteh 4 biji (saiz besar)
Gula ising satu cawan
1/2 sudu besar tepong jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka makan

*Nota: berhati2 semasa nak asingkan telor kuning dan telor puteh, jangan ada telor kuning tercampur dalam telor puteh. Air pun jangan dibiarkan bertitik dalam telor puteh. Sebaiknya selepas membasuh telor, lap kulit telor dan tangan biar kering.

Topping:
1 cawan whipping cream*saya guna brand RICH kotak biru

1   1/2 sudu besar gula

1/2 sudu teh vanilla

Fresh fruit - buah kiwi dan strawberries

Cara buat pavlova:
  1. Panaskan oven beserta loyang yang disapu margerin pada suhu 140C. 
  2. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.Pukul sehingga adunan rasa licin di jari, tiada lagi kesan butiran gula.
  4. Masukkan tepung dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  5. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  6. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik. Sapu margerin pada bulatan yang ditanda.
  7. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan-bulatan.
  8. Bakar pada suhu 140' C selama sejam. 
  9. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. kemudian baru dikeluarkan. 
  10. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))
Wassalam.

Makaroni Bakar Paling Sedap

Alhamdulillah baru dapat peluang buat balik makaroni bakar. Setelah sekian lama tak dapat merasa makan macaroni ni dek oven buat hal....huuu

Makaroni Bakar ni memang terbaik lah👍👍👍 tergolong dalam menu paling sedap la kiranya, bagi saya. Tiapkali buat harus tak dapat simpan untuk hari esoknya.. harus habis terus..he he

Resepi dah pernah post dulu.
So saya kopipes je la eh...

RESEPI DAN CARA2 NAK BUAT MAKARONI BAKAR 
ALA2 LASAGNA

Bahan dan langkah 1:
Seulas bawang puteh, 5 ulas bawang merah/satu labu bawang merah besar, daging lembu impot rm5, tomato puri Kimbal 1 tin(430g), garam dan gula, sesudu besar margerin.

Ok, mula2 panaskan margerin, lepas tu tumis bawang puteh dan bawang merah yang dicincang,  Kemudian masukkan daging yang dah dimesin kering/dicincang lumat.  Tambahkan air untuk empukkan daging.  Bila daging dah masak bolehlah tuangkan tomato puri atau buah tomato yang dah dimesin.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.  Ketepikan buat sementara.

Bahan dan  langkah 2:
Makaroni  2 cawan
Makaroni direbus jangan terlalu empuk.  Kalau empuk sangat dah jadi tak sedap.
Dah siap rebus gaul dengan sesudu margerin/minyak kemudian toskan.  Ketepikan buat sementara. Masuk margerin untuk taknak bagi makaroni melekat2 sama sendiri.

Mula panaskan oven 160' dengan loyang yang dah disapu margerin.

Bahan dan langkah 3: (cara buat Sos Puteh)
susu cair 1 cawan + air masak 1 cawan, lada hitam yang ditumbuk, sesudu besar tepong gandum + sedikit air, garam dan gula, sesudu besar margerin, sekeping cheesedale
Panaskan margerin, kemudian masukkan susu cair di-ikuti dengan cheese.  Masak hingga cheese mencair sepenuhnya baru masukkan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan bancuhan tepong gandum untuk memekatkan sos.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.

Langkah berikutnya:
Campurkan 1 dan 2 biar serata. Ratakan campuran daging dan makaroni itu dalam loyang, tekan2 kan biar padat.  Kemudian tuangkan sos puteh, biar rata sepenuhnya. Sebelum bersedia untuk membakarnya, susun kepingan cheesedale rapat2 atas sos puteh hingga memenuhi loyang makaroni.  Bakar selama 30 - 35 minit dengan kepanasan oven 160'. 

Sekian, wassalam.


Kek Red Velvet... Kek Baldu Merah

Assalamualaikum warohmatullah.

Ni sambungan kisah hepi baking hari Buruh hari tu..he he

Sambung buat Kek Red Velvet pulak dah untuk jamuan anaknda dan rakan2 di mahallah Halimah malam nanti. Memang mengancam le makan2 kalu ada si Baldu Merah ni. Jadi anaknda tanpa berlengah terus...grr grr..grr... putar adunan untuk realisasikan kemunculan si Baldu Merah..:-D :-D 🌸

The BEST Red Velvet Cake Recipe
..mudah...moist...homemade...

Bahan 1:
2 biji telor saiz A
1  1/2 cawan gula
1 cawan buttermilk(untuk membuat buttermilk secara manual, susu cair 1cawan dicampur bersama satu sudu kecil cuka, biarkan 10 minit)
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar warna merah *food colouring*
1/2 cawan nescafe 0 panas tanpa gula/air panas

Bahan 2:
2 cawan tepung superfine
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil garam

Bahan 3:
1 sudu kecil cuka

Cara membuatnya:

Panaskan oven 180' beserta loyang yang dah disapu minyak/margerin.
Campur kesemua bahan 1, putar.
Dalam mangkuk lain, satukan kesemua bahan 2.
Satukan bahan 1 dan 2. Kacau2kan dengan senduk kayu biar mesra kedua2nya.
Campurkan bahan 3, kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dilapik kertas. Bakarkan selama 30 - 35 minit.
Sementara itu boleh lah diputar cheese cream untuk frosting.
Tunggu sejuk kek baru disapu cream cheese di atasnya.

Bahan untuk cream cheese frosting: 

Cara 1:
250g cream cheese
100g butter
1 cawan gula *blend halus biar jadi macam tepung*
Putar semua bahan biar jadi gebu.

Cara 2:
250 gm Cream Cheese 
100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
100 gm atau 1/2 cawan Gula
Putar bahan biar jadi gebu.

Resepi ambil dari SINI... http://divascancook.com.. 
Tqvm

Jom buat Red Velvet🎂🎂🍰

Resepi Pavlova

Assalamualaikum warohmatullah.

Alhamdulillah..sempena hari cuti Buruh semalam, dari pagi sampai ke malam masa saya banyak di dapur.

Buat banyak makanan semalam..hehe.. anak menantu semua balik..so agak bizi la mama. Tapi deorang yang banyak tolong itu ini.. alhamdulillah.

Okeh..nak tunjuk resepi dan cara2 buat Pavlova yang jadi kegemaran kami seisi keluarga.. Pavlova ni ternyata sangat mabeles.. Tapi seeloknya kan sebelum decide nak buat Pavlova kena terus pikir telor kuning nanti nak buat apa. Sebab Pavlova hanya pakai telor puteh sahaja. Kalau tak tau nak buat apa dengan telor kuning tu, hah elok goreng je wat lauk makan dengan nasik atau pon boleh taruk dalam megi..he he..sekadar suggestion untuk elakkan pembaziran:-) ;-)

Ini resepi Pavlova yang kami guna tiap kali buat Pavlova:


RESEPI PAVLOVA
(dari Joyofbaking.com)

4 biji puteh telor (size A)

1 cawan gula

1/2 sudu teh vanila

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung

Topping:

1 cawan whipping cream*saya guna brand RICH kotak biru

1 1/2 sudu besar gula *saya tak taruk sebab whipping cream dah manis*

1/2 sudu teh vanilla *saya tak taruk*

Fresh fruit - buah kiwi dan strawberries

Cara buat pavlova:

  1. Panaskan oven beserta loyang yang disapu margerin pada suhu 140C. 
  2. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.Pukul sehingga adunan rasa licin di jari, tiada lagi kesan butiran gula.
  4. Masukkan tepung dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  5. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  6. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik. Sapu margerin pada bulatan yang ditanda.
  7. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan-bulatan.
  8. Bakar pada suhu 140' C selama sejam. 
  9. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. kemudian baru dikeluarkan. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...