Perpustakaan Raja Tun Muda, Shah Alam

Alhamdulillah hari ini berkunjung lagi ke Perpustakaan Awam Raja Tun Muda, Shah Alam.  Banyak yang menarik di sini, itu yang buat hati jadi tertarik untuk datang lagi. Bangunan 6 tingkat yang di setiap tingkatnya luas mata memandang. Banyak disediakan kerusi dan sofa yang lebih dari cukup untuk menampung para pengunjung. Kerusi sofa yang pelbagai, yang sangat selesa untuk duduk² sambil membaca atau tengok laptop. 

Alhamdulillah ini merupakan kali ketiga kami mengunjungi library awam ini. Rasa tenang, relax dan healing habis...itu la yang boleh cakap..ehe he


Kita sekarang berada di pertengahan bulan Syaaban. Dah tak lama lagi dah nak sambut Ramadhan InshaaAllah. Sepertimana tahun2 lepas, tiapkali hampir tibanya Ramadhan, macam² azam dan tekad timbul dalam diri. Semuanya tidak lain hanyalah dengan harapan agar amalan dan ibadah akan jadi lebih baik, agar nanti dapat markah penuh sepanjang 30hari Ramadhan..Allahu, niat baik tu, moga2 Allah dah tanda ( ✔️)... Aaminn

..................................

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda mengenai apa yang dicatat oleh Malaikat:

"...Barangsiapa yang berhasrat (berniat) melakukan satu kebaikan tetapi tidak melakukannya, nescaya Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna..."

— (Riwayat al-Bukhari, No. 6491)



Jom ~
  • Selalu memperbaharui wudhuk..biar kita sentiasa dalam wudhuk
  • banyak² kita baca quran dan baca terjemaham maknanya.
  • Selalu kita buat solat sunat
  • Istiqamah solat malam kerana solat malam salah satu ubat untuk hati kita. InshaaAllah beroleh hati yang bersih..aamiin
  • Banyak² kita berselawat ke atas Nabi SAW
  • Sentiasa kita beristighfar kerana begitu banyaknya kebaikan yang akan terhasil dari asbab istighfar kita InshaaAllah.
  • Rajin² kita bersedekah kerana sedekah itu akan kembali pada kita😭
  • Buat baik, selagi mana masih ada kesempatan

Ya Allah..bantu hamba menjadi hamba-Mu yang taat dan bertaqwa di sisimu ya Allah..Aamiin ya Robbal Alamin.



Blog Archive