Trip ke Kuching Sarawak




Alhamdulillah tak sangka sampai juga ke Sarawak. Tak pernah terfikir pun sebelum ini nak datang Sarawak. Tapi dengan izin Allah alhamdulillah, tiba² je hari tu lepas bincang² dengan en suami selepas balik dari KK Sabah, terus decide nak ke Kuching Sarawak pula.


Kiranya book tiket flight terlebih dahulu kemudian selepas tu godek² booking.com cari tempat nak duduk mana..ehe he.. 

Dua bulan setelah dah settle book semua, maka bertandang lah kami ke bumi Kenyalang ini Alhamdulillah.

Berbeza dengan kembara ke KK(sila klik di SINI) tempohari, bermusafir ke Kuching ini agak luarbiasa meriahnya. Hahaha... Nak tau kisahnya? Jom saya cerita😁🤗


Kami tiba di Kuching kira² jam 9 pagi. Duduk minum kopi sebentar di Sarawak Kopitiam di airport sebelum panggil Grab untuk ke hotel Impiana by Roxy. Ke hotel pagi² hanya untuk letak beg. Waktu check-in nya jam 2 petang, jadi nya dari hotel kami ambil Grab ke India Street dan jalan² sekitar Waterfront. Singgah masuk melawat Masjid Terapung.. Allahu! Sangat indah view masjid di tepi sungai.  Bila waktu dah masuk tengahari, kami pun ke Plaza Merdeka berhampiran Waterfront untuk jalan cari² makan pula..🤗



Kembali ke hotel untuk check-in, lantas solat dan rehat seketika sebelum petang hari pertama itu kak Kiah dan Kak Jijah datang pick up kami di hotel. Kak Kiah dan kak Jijah rakan sebilik saya semasa tunaikan umrah Januari23. Subhanallah gembira sangat dapat berjumpa semula lepas terpisah balik umrah hari tu. 




Kak Kiah dan kak Jijah datang bawa kami keluar makan² di Moms Laksa.  Agak best bila diperkenalkan dengan menu popular di sini iaitu Laksa Sarawak. WOW! Amazing..sedap..kena dengan tekakku dan en suami🤭😍 Tqsm kak Kiah belanja makan dan tqsm kak Jijah yang tukang bawak kami ke sana ke mari..hi hi.. Lepas makan dan cerita², kak jijah bawak pusing² bandar Kuching. Last sekali, drop kami kat Aeon Mall. Okay bye my frenzs, moga ada rezeki dapat jumpa lagi kita suburkan ukhwah.. InshaaAllah..Aaminn



Masa sedang duduk² di Aeon hilangkan penat berjalan, tiba² Mai pulak wasap ajak keluar. Mai juga sama seperti kak kiah dan kak jijah, merupakan rakan sebilik saya tika di Mekah. Suaminya en Man pula rakan sebilik en suami saya ketika menjadi Tetamu Allah time itu.


Makanya keluar lagi lah kami bila Mai dan en Man bawak ronda² Kuching nite session..hi hi.. Round kedua pusing bandar Kuching malam itu🤭 Singgah ambik snapshot di area Waterfront. Kemudian redah masuk kampung² Melayu sehingga sampai ke Kg Boyan di mana terletaknya lokasi kedai² origin kek Lapis. Alhamdulillah kedai Mira Kek Lapis masih dibuka time tu, walhal dah agak lewat malam waktu kami sampai. Alhamdulillah tqsm Mai & en Man, moga Allah balas kalian dengan kebaikan..aamiinn



**info:

Kampung Boyan terletak di seberang sungai. Ia adalah kampung tradisional yang menarik para pengunjung untuk dapatkan kek lapis Sarawak dan juga ikan Terubok Masin dengan harga berpatutan. Boleh menyeberang ke sana dengan perahu/bot atau boleh je terus ke sana dengan kereta/grab.


Hari kedua di Kuching

Pagi² kami turun makan buffet sarapan di level 3 hotel. Alhamdulillah boleh tahan sedap. Menu pelbagai juga lah, ada nasi goreng, kentang, sosej, roti bakar, crossaint, buah-buahan dll. 



Selepas breakfast, ada janji nak jumpa kak May pula, my dearest akak ipar yang dah kira² 20 tahun tak jumpa. Kak May datang bersama anaknya Zaiwin kira² jam 10.30pagi. Gembira sangat dapat jumpa kak May. Bak kata en suami saya, pertemuan kali ini umpama jejak kasih yang sungguh syahdu dan bermakna🥹🥹

Alhamdulillah kak May kelihatannya masih sehat dan ceria sebagaimana yang saya jumpa terakhir kali tika arwah abang sulong saya(suami kak May) masih ada😔 


Zaiwin bawa kami pergi makan di King Laksa. Allah! Makan lagi, baru je breakfast🤗.

...hahahaa

Makan Laksa sarawak untuk kali kedua.  Agak best♡. KakMay dan Zaiwin pon makan laksa. En suami pula nak cuba Mee Kolok🤭, sementara Yani(anak kak May) yang datang kemudian makan nasi goreng. 





Selepas makan, Zaiwin bawa pergi kenal rumah kakMay/arwah abg Kassim di Samariang. Sebelum itu, lajak sikit dari rumah tunjuk kawasan tanah perkuburan arwah abg Kassim😭 Sangat luas dan lapang tanah perkuburan Samariang. Sejuk mata memandang tengok kawasan tanah kubur tempat arwah abangku disemadikan.. al-Fatihah.


Spent time sebentar dengan kakMay tengok² tanaman. Solat jamak qasar dulu di rumah kakMay. Yani hadiahkan Pes Laksa Sarawak untuk dibawa pulang. Tqsm yani💜

Pastu dah nak kena bye kakMay🥹. Moga ada rezeki berjumpa kakMay lagi InshaaAllah. Dari rumah kakMay, Zaiwin drop kami ke kedai souvenier berhadapan Waterfront. OK bye Win.


Jalan² tengok barang² souvenier di sepanjang jalan utama kemudian  ambil grab pergi ke Muzium Borneo. Besar  dan gah muziumnya, nak masuk tu kena tiket rm20 setiap seorang. Khabarnya ia muzium terbaru di Kuching.






Sambung pula pergi ke Viva Mall yang kabarnya mall terbaru di sana. Jalan² cari makan santai² di situ baru balik hotel.



Hari ketiga di Kuching

Makan sarapan di level 3 hotel. Kali ini menu bertukar. Ada tambah omlet dan bubur nasi. Alhamdulillah boleh tahan best👍👍


Lepas breakfast, kami ambil grab pergi ke Muzium Islam kemudian ke satu lagi muzium iaitu Muzium Semulajadi Sarawak. Ohh..memang suka melawat muzium eh🤭😂😂





Kemudian ke Kubah Ria pula mencari ikan terubuk masin. Dapat beli 5 ekor ikan masin yang saiz besar untuk dibawa pulang alhamdulillah.


Setelah itu kami balik hotel, check-out lantas tumpang tinggalkan beg kat lobby hotel sebelum call grab, sambung berjalan lagi untuk hari terakhir kami di Kuching🤗

Mula² sekali singgah di Mom Laksa, pekena buat kali ke 3 Laksa Sarawak. Aduhhh tak boleh move on, masih teringat keenakan menu popular Sarawak ini.


Dari Moms Laksa,  kami ambil grab  ke kedai Kek Lapis Warisan untuk tambah beli sedikit lagi kek lapis. Agak happening berada di sana ketika itu kerana time tu ramai ahli rombongan lain turut berada di situ datang nak beli kek lapis.



Grab yang sama menunggu kami di kedai kek lapis kemudiannya membawa kami ke Masjid Bandaraya Sarawak yang tersergam indah. Allahu, sangat membuat hati berdebar² menyaksikan suasana persekitaran masjid yang dilatari kawasan tanah perkuburan..."Assalamualaikum ya ahli kubur.."



Selesai solat jamak Zohor Asar, kami berjalan kaki menyusur laluan tepi masjid menuju area Waterfront. Duduk² rehat di hadapan Masjid Terapung(Masjid India) sambil makan kueh apam balik sebelum ke Aeon Mall untuk kesekian kalinya.


Sampailah masanya nak tinggalkan Kuching, alhamdulillah rakan en suami tuan Busrah yang bertemujanji dengan en suami di Aeon kemudiannya offer menghantar kami ke airport malam itu. Singgah ambil beg dulu kat hotel lantas terus ke airportTerimakasih, Jazakallah.


Sungguh, percutian 3hari 2malam kami di Kuching terasa begitu bermakna, buat hati begitu teruja dan menyuntik rasa terharu. Schedule agak pack dan hari terisi sepenuhnya. Terasa diri sangat  dirai'kan semasa berada di sana alhamdulillah. Jazakallahu khoiron💌


🌺🌺🌺

Guna servis Grab semasa di Kuching: total rm112#

rm11 - airport to hotel

rm6 - hotel to india street

Jalan kaki ke plaza merdeka dari water front

rm6 - Dari plaza merdeka balik hotel

.........................

rm5 - kedai souvenier to borneo culture

rm14 - borneo culture to vivamall

rm8 - vivamall to hotel

..........................

rm6 - hotel to muzium islam

rm6 - muzium islam to muzium semulajadi

rm6 - ke Kubah Ria - pasar satok bloc C cari ikan masin

rm10 - to hotel for check out

..........................

rm8 - hotel ke Moms Laksa

rm9 - ke kg kek warisan

rm6 - ke masjid bandaraya sarawak

Jalan kaki ke waterfront; masjid india(masjid terapung)

rm11 - masjid india ke Aeon Mall

🌺🌺🌺

Terubuk masin wajib beli😆

Kek Lapis Sarawak super sedap


ALHAMDULILLAH.









Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...