Pinjam gambar spagetti yang anakku IMAN masak, mantop! |
Ini yang daku masak🫢 |
🌧🌧🌧
Dua tiga hari ni cuaca mendung dan kadang kala hujan. Cuaca macam ni selalu mengundang rasa lapar walaupun dah makan nasi masa tengahari. Jadi jom tengok² apa yang ada kat dapur yang boleh kita main masak²🫢😂
Okay, kita buat Spagetti Buttermilk. Cucu² ku terutama Aisyah dan Fateh suka ni kalau ada spagetti ni. Terkenang cucu²ku yang dikasihi, moga kesemua mereka sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Taala...aamiinn
Alhamdulillah kena dengan tekakku menu yang agak² western ini🫢😁
Letak la kat blog mudah nak tengok². Kadang masakan simple je pon tapi sebab bukan selalu buat, jadi ada masanya terlupa nak buboh apa dan nak buat macamana next...
So meh la kita letak resepi sini....
SPAGETTI BUTTERMILK
Bahan²:
Spagetti setengah plastik (direbus hingga empok)
Bawang holland/ bawang India sebiji(potong dadu)
Bawang putih 2 ulas(cincang kasar)
Sedikit butter/minyak zaitun untuk menumis
7 ekor udang
Susu cair dalam tin @ boleh je pakai susu fresh milk 1½ cawan
Sedikit air rebusan ayam(rebus sedikit kropeh ayam untuk dapatkan air rebusan ayam)
Daun kari 3 tangkai
Cili api 3 biji(dihiris kasar)
Garam, gula, serbuk lada hitam
Untuk dijadikan lauk berasingan:
1. Isi ayam (dipotong dadu kemudian diperap seketika dengan garam dan sedikit serbuk kari ayam)
Tepung beras + air + garam + kunyit + secubit kapur, bancuh mesra untuk buat salut ayam jadi ayam celup tepung.
2. Tauhu dihiris, digaram kunyit lalu digoreng
3. Brocolli (direbus sekejap)
...........................................
Cara membuatnya:
Ketepikan spagetti yang dah siap direbus.
Tumis bawang holland dan bawang puteh. Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam. Masukkan udang. Dah masak udang, masukkan pula susu cair/freshmilk diikuti dengan air rebusan ayam, garam dan gula. Bancuh sedikit tepung beras dengan air, tambahkan ke dalam kuah buttermilk tersebut. Masak hingga kuah agak pekat, kemudian tutup api.
Salut ayam yang diperap dengan bancuhan tepung beras. Goreng dengan api yang sederhana sampai ayam masak dan kelihatan rangup.
Hiaskan ayam celup tepung, tauhu goreng dan brocolli bersama Spagetti Buttermilk semasa menghidang. Alhamdulillah boleh tahan best menu ini. Kalau order di kedai menu ini, harga bukan main giler² pastu pulak macam sikit je terhidang dalam pinggan. Ini kita buat sendiri, hah boleh buboh lauk lebih½ sikit😁😁
Sekian wassalam.