Salam Maulidur Rasul. Banyak² kita berselawat ke atas junjungan Nabi kita Rasulullah SAW. InshaaAllah moga² kita semua beroleh syafaat Nabi SAW di akhirat nanti...Aamiinn Aamiinn ya Robbal Alamin.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.........................
Alhamdulillah kembali ke Rancangan Kuali, acara masak²⚘️⚘️⚘️
Saya ni suka sangat agar-agar. Tak kira la agar-agar merah ke..agar-agar santan ke...memang suka.
Kali ni nak letak cara buat agar-agar Pandan. Dulu dah pernah post dalam blog masak² saya iaitu fzmenu. Kali ni post lagi sekali dalam blog Matahati, senang nak semak resepi kalau terlupa sukatan..hi hi🫠
............................
Resepi mudah Agar-Agar Pandan
Agar-agar tali sepeket 28g
Air 5 cawan
Daun pandan 5 helai(mesin, dapatkan 1 cawan air pandan)
Sedikit pewarna hijau(jika suka)
Pati santan 1 cawan
Gula 1 cawan
Secubit dua garam
Telor 1 biji (gred A) kalau pakai gred C, 2 biji.
*nota: kalau telor terlebih, ruang hijau jadi penuh, agar² tak berapa nak jadi 2 lapisan.
Cara mudah membuatnya:
Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga agar² larut.
Masukkan gula. Bila dah masak sebati, tutup api dapur.
Tapis agar² ke dalam periuk lain.
Kepok² telor bersama santan, garam dan air daun pandan.
Tapis kemudian tuangkan dalam periuk agar².
Masakkan balik sambil dikacau² hingga mendidih dan bersinar, kemudian tutup api dapur.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bila dah sejuk sikit dan permukaan agar² dah tak melekat di jari, sambung sejukkan dalam peti ais.
Sekian Wassalam.