Buat Ayam Percik Pakai Periuk Ajaib

Alhamdulillah, senang sungguh nak buat ayam percik pakai periuk ajaib.
Periuk ajaib yang ada ni hadiah dari anaknda. Alhamdulillah tenkiu kak. Mama selalu guna. So tiapkali mama guna periuk ajaib ni inshaaAllah pahala mengalir buat kakak😍

Buat percik pakai periuk ajaib ni memang cepat dan mudah. Tempoh memasaknya singkat, kejap je siap. Hasil nya ermmm... alhamdulillah... superbbbbb👍👍👍👍
Cara buat percik ayam ni ikut resepi asal di sini cumanya ayam mestilah di bakar masak terlebih dulu
I
....sebelum dicurahkan kuah percik di atasnya. Salut dua tiga kali kuah percik pada ayam untuk lebih rasa umph! He he...

Ini resepi ayam percik saya sejak dulu...

Resepi Ayam Percik Kelantan

  • Setengah ekor ayam (dijadikan 2 keping besar /dipotong kecil) di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering
  • *sedikit santan untuk direnehkan sekejap dengan ayam
  • 1 cawan santan pekat untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • satu sudu besar tepung beras bancuh dengan 2sudu besar air untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping

Caranya:

  1. Ayam yang diperap, direnehkan sekejap dalam sedikit santan. Bila santan nampak menggelegak, balikkan ayam. Selepas beberapa saat tutup api.
  2. Mula lah bakar ayam sehingga masak.
  3. Sementara ayam masak, masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + bancuhan tepung beras Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  4. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  5. Bila ayam sudah dibakar sempurna, salutkan ayam dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ayam yang satu lagi. 
  6. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ayam bakar dua tiga kali.
  7. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ayam percik dengan nasi nanti.
Jom percik hari ni. Sangat berselera makan nasi lauk ayam percik... Sekian😄😄


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...