Alhamdulillah..
Petang semalam saya buat laksam. Laksam ni kami orang Kelantan panggil Lakse(tak tau nak eja macamana untuk nak bagitau sebutannya yang betul). Ada lah sekali sekala tu kami beli lakse kat pasar malam tapi harga fuhh kemain rm5, dan kuantiti pulak macam agak sikit laa..tak kenyang i ...hahaha
Faham! Harga barang semua mahal kan, itu la pasal. Faham..faham..
.....................................
So takpe...kali ni kita buat jer...supaya hati tak berkata² time makan laksam tu dan kami pun dengan senang hati boleh ngulang² makan sampai malam...hi hi
.......................................
Dulu selalu pakai resepi dalam posting saya yang ini tapi buat yang kali ini, tukar tak masuk halia, ganti masuk lengkuas.
Jom tengok resepi
🥒🥬🧅🫚
RESEPI LAKSAM (resepi untuk 5 - 6 orang makan)
- 2 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- 4½ cawan air (2½ air panas + 2 air biasa)
- 1 sudu besar minyak masak
1. Panaskan periuk pengukus.
2. Satukan kesemua 4 bahan di dalam mangkuk, kacau hingga tiada tepung yang berketul.
2. Sapukan minyak pada tudung periuk dan letakkan tudung periuk dalam periuk pengukus. Sendukkan adunan hingga hampir penuh tudung periuk. Saya sendukkan dalam 3½ - 4½ senduk bergantung pada saiz tudung periuk. Kukus dengan api yang besar selama 3 - 4 minit @ hingga adunan nampak ada gelembung².
3. Bila dah masak, angkat dan kukus adunan laksam yang berikutnya. Laksam yang dah masak tu bila dah tak berapa panas, baru digulung.
4. Bila dah dekat nak hidang baru dihiris laksam.
Bahan kuah :
- 5 ekor ikan sardin (direbus) Nak pakai ikan pelaling/ikan kembong pon boleh
- ¾ cawan pati santan
- 2 ulas bawang merah
- 1 inci lengkuas (diketuk sekali)
- Gula
- Garam
- 1 keping asam keping
- 9 biji lada hitam(ditumbuk)
- Air rebusan ikan dan tambahan air panas
Cara membuatnya:
1. Simpan air rebusan. Asingkan isi ikan dari tulang.
2. Blend isi ikan bersama air rebusan serta bawang merah. Tuang ke dalam periuk. Masukkan santan.
2. Kemudian masukkan bahan2 lain iaitu lada hitam, garam, gula, lengkuas dan asam keping. Tambahkan air panas jika kelihatan kuah agak pekat. Masak sampai mendidih..tapi mesti sentiasa dikacau², tak boleh tinggal nanti kuah akan berketul/santannya pecah.
(Laksam ni dia terletak pada kuah nya.. Kalau sedap kuah maka sedap lah laksam tu.. Tu sebab dalam bab masak kuah ni, kena jaga betul², kalau dah terpecah santan, ermm... dah kira fail).
3. Perasakan dengan garam(sedikit) dan gula.
Ulam laksam :
- Bunga kantan
- Daun Serai Kayu
- Timun Jepun
- Kacang panjang
- Kobis
- Taugeh
*yang buat kali ini, ulam saya hanya ada 3 jenis je: timun jepun, serai kayu dan bunga kantan. Timun je yang beli, ulam serai kayu dan bunga kantan petik di laman alhamdulillah.
Sambal cili:
- Cili kisar
- Garam
- Gula
- Belacan
- Perahan limau nipis/ljmau kasturi
Cara buat: masak sebentar atas api hingga sambal bertukar sikit warna.