Showing posts with label dari dapur. Show all posts
Showing posts with label dari dapur. Show all posts

Sambal Putik Pauh


Alhamdulillah...

Berselera sangat makan nasi kalau ada Sambal Putik Pauh ni. Jeligho oghe kelate kata.


Selalu buat sambal ni sebab stok buah pauh alhamdulillah sentiasa ada...Alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan. Dapat kongsi² rezeki buah pauh pada pak guard, jiran² dan rakan² masjid. Rezeki tak salah alamat..gitew🤲



Cara buat sambal putik pauh pernah dulu post kat sini, alhamdulillah ianya antara post hit di fzmenu 🪻 (alhamdulillah fzmenu dah capai 3juta pageview)💥 tapi tu lah, gambar sambal putik pauh di sana agak kurang menarik, maklum lah time tu kita pakai fon zaman purba(tahun 2009)🤭😂😂


Bahan yang perlu ada untuk buat 

Sambal Putik Pauh:

▪︎Ikan rebus/bakar (3 ekor ikan kembung)

▪︎Mangga muda (2 biji buah pauh putik) 

▪︎Cili padi(5 biji)

▪︎Garam


Cara membuatnya:

1)rebus ikan, tos. Bila dah suam², buang tulang, ambil isinya.

2)ricih kasar buah pauh, hiris. Sambung ricih lagi kemudian hiris. Ulangi hinga pauh tinggal biji shj.

3)tumbuk cili padi 5biji(kalau nak lagi pedas, tambah lagi bilangan cili)

4)tumbuk ikan rebus


5)tambah garam. Masukkan hirisan buah pauh


Lenyek-lenyekkan hirisan pauh agar bergaul sebati dengan ikan.


Alhamdulillah, DONE.

Ni sambal pauh yang buat beberapa hari lepas♡

**info:

Jika ada mangga/pauh berlebih di rumah, boleh juga beralih buat Kerabu Mangga (resepi di SINI).. pun sedap sangat!

Pulut Durian


MasyaAllah...tiba² jer kawasan perumahan kami baru² ini Allah rezekikan dapat harga durian harga 'durian runtuh'😍🤭 Durian kampung, isi helok helok🫶Satu beg plastik yang muat 7 - 8biji dapat harga rm20. ALHAMDULILLAH🤲

Jadinya pergi duk ulang beli 4 kali kalau tak silap, yang setiap kali pergi tu beli lebih sikit untuk tujuan buat lempok, buat pulut durian, jeput durian, pengat durian dan tak lupa tempoyak untuk bagi selera makan nasi🫶


Semua yang berasaskan durian menjadi faveret kami..hi hi

Yang paling en suami minat tentunya Pulut Durian♡♡




Ini Pengat Durian.. biasanya pengat ni pun saya makan dengan pulut😘 Bila makan dengan pulut..ouhh! terpaling superb!


Ini Lempok Durian♡

Cara buat lempok, ada di SINI dan di SINI



Ini pula tempoyak, dah siap² tumbuk cili..senang anak² nak makan


Kalau nak buat Sambal Petai Tempoyak pon sedapppp sangat! Resepinya ada di SINI


Ini Jeput Durian, ikut cara arwah bonda buat.. resepi di SINI


Gitu lah kisahnya.. Sekian.


Umur Meningkat, Usia Berkurang

Alhamdulillah dua hari lepas keluar sekeluarga merai'kan besday en suami. 

HAPPY BIRTHDAY suamiku..moga usiamu diberkati Allah dan di penghujungnya nanti beroleh husnul khotimah InshaaAllah.. Aamiin Aamin ya Robbal Alamin🤲

Anak² menantu dan cucu² selebret besday papatok di Elmina Lake Mall. Anak yang sulung sekeluarga ada hal tak dapat join, makanya tak cukup corum cucu kami petang tu..hahaha.. Fateh, Uwais dan Yaqzan tak jumpa geng eh🤭 Aisyah, Aryan dan Aariz tak available.. huuuu 


Selepas makan², nampak seronok cucu² berlari² dan menikmati suasana indah dek mall tersebut jenis open air di dalam taman dan bersebelahan tasik yang menenangkan. Thank you all.. Jazakallah.





Semalam pula saya rai'kan en suami dengan buat menu Nasi Kerabu untuk lunch n dinner kami berdua⚘️⚘️⚘️.. dan special request dari besday boy minta buat Ikan Percik wat tambah² lauk Nasi Kerabu🫶 En suami suka, nampak makan dengan berselera dan dua tiga kali sebut kata sedap.. Ouh🫡... Alhamdulillah. Resepi Nasi Kerabu di SINI🪻


..........................

Dan pagi ini semasa mengemas² laci terjumpa cebisan nota (yang saya catat dari kuliah online rasa²nya). Jadi tulis di sini sebagai warkah bermuhasabah diri, moga dapat sedikit sebanyak menjentik hati kita² semua yang kadangkala tidur...🙂‍↔️🙂‍↔️🙂‍↔️


Rajin² kita:

(1)Bersedekah

Kita akan menyesal jika tak rajin bersedekah kerana dikhuatiri ajal menjemput sebelum dapat bersedekah.

Firman Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 10

- Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".


(2)Baca al-Quran

Firman Allah dalam Surah al-A'raf ayat 204

- Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.


(3) Berselawat ke atas Nabi SAW

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56

- Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

.........................


Setiap apa yang kita perbuat di dunia ini akan mendapat balasannya di akhirat nanti. Maka sama² kita cuba koreksi diri, memperbaiki amalan kita agar nanti perbuatan dan perkataan baik kita dapat mengatasi kekurangan yang ada InshaaAllah.

Firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 7 

- Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Selalu lah kita mensyukuri yang sedikit. Dikatakan...siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit nescaya dia tidak akan bersyukur pada yang banyak.

Wallahu a'lam.




Air Sirap Cendol

 


Teringat² nak minum minuman faveret arwah ibuku time bulan puasa. Minuman untuk bukak puasa, mok tiap hari minum air sirap letak cendol. Allahu... terkenang arwah ibuku.. moga roh arwah mok, Hjh Habsah bt Ismail, Allah tempatkan di kalangan orang² yang beriman dan beramal soleh...aamiinn 

Jadi teringat sangat nak minum air sirap + cendol ni..tapi nak cari cendol macam yang jual kat Kelantan tu,  kat mana?🤔

Mungkin boleh cari cendol di Pasaraya GU, tapi tu lah, tak sama rasa. Yang duk teringat nak makannya, cendol oghe klate...huuu

Hari² berlalu hinggalah semalam... Semasa datang ambil biskut Nestum yang di-order, Ana hulurkan sesuatu pada saya masa turun kereta. "Ni cendol untuk kakti"...🥲🥹


Allahu Akbar... Ana! 

Ya Allah... Allah mendengar isihati ku. Allah sampaikan hajat saya melalui Ana. Ana bawa cendol😭 

Cendol pulak tu cendol yang adiknya yang tinggal diJohor, yang buat. Ana orang Kelantan.

Alhamdulillah🤲

Tq Ana... Jazakillahu khoiron.

**Ana tak tau pun pasal hasrat saya tu. Nobody knows, hanya Allah yang tahu. ALHAMDULILLAH..Tq Allah🤲


Air Sirap homemade


Alhamdulillah selepas dari peristiwa tersebut, agak kerap lah saya cuba buat sendiri cendol. En suami dan cucu² pun suka, makanya jadi terlebih rajin lah nak membuatnya...hahaha



Resepi cendol, hasil google je.. alhamdulillah menjadi dan semua suka cendol homemade mamatok♡♡♡


Pulut Sekaya Untuk Iftar di Masjid

Cantik haribulan hari ni 26/2/26♡

Alhamdulillah buat Pulut Sekaya untuk beriftar di masjid. Buat dua bekas, satu untuk tempat muslimat, satu lagi untuk tempat muslimin beratur ambil juadah berbuka.

Sedapppp sangat Pulut Sekaya, siriyes!🫶

Dah lama tak buat dan dah lama tak makan. Tiba² je dapat ilham untuk buat Pulut Sekaya di pagi yang indah. Menu Ori Kelantan ini seringkali diterjah-buat satu ketika dulu. Lepas tu lama² jadi terlupa akan kueh yang terpaling mudah nak buat ni..hi hi

Pulut Sekaya ini sesuai sangat kalau buat kueh ni untuk kasi² jiran, untuk bawak pergi surau atau masjid.

Resepi di bawah kira combo terus untuk dibuat makan ramai² alhamdulillah. Resepi asal di SINI. FZmenu ni blog masak² saya..he he..(tekan link blog)






RESEPI PULUT SEKAYA
Bahan2nya:

Lapisan bawah:

  • 1¼ cawan beras pulut (dicuci dan rendam ½jam)
  • Santan kotak ½KARA kecil dicampur dengan air masak
  • gula 1½ sudu besar
  • garam 1sudu kecil
  • 2 helai daun pandan disimpul
.......,.................

Lapisan atas
  • 5 biji telor saiz C
  • 3 keret manisan siam
  • 3 helai daun pandan di kerat memanjang
  • secubit dua garam


Cara:

  1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan 
  2. Kukus pulut + santan + gula + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut
  3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar. 
  4. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
  5. Kukus balik pulut selama 5 minit.
  6. Kepok telor kemudian masukkan ke dalam mangkuk manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam. Tapis.
  7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
  8. Kukus lah sampai masak +- 20 minit.
  9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....


Sekian, selamat mencuba... :))

Kueh Bengkang Untuk Iftar di Masjid


Alhamdulillah sepertimana rutin tahun² lepas, Allah rezeki-kan masih dapat beriftar di masjid. Syukur ya Allah..masih diberi kesempatan untuk mengecap nikmat beribadah di bulan ramadhan, bulan yang mulia.


Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)



Buat sedikit kueh bengkang untuk tambah² kueh berbuka kami beramai² iftar di dewan masjid. Resepi ada di SINI.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi




Kerabu Mangga


Rezeki Allah, alhamdulillah ramai jiran dan sahabat dapat ikut rasa buah mangga yang lebat berbuah. Selang sehari en suami ambik galah jolok ambil buah mangga.




Buah Mangga yang belum masak tapi yang dah besar, sedap sangat dibuat kerabu. Boleh kata kerap juga lah saya buat Kerabu Mangga. Jadi tambah berselera makan nasi kalau ada menu tambahan kerabu ni. Tak pasal² menambah makan nasi..hi hi🤭


RESEPI KERABU MANGGA YANG SEDAP

Bahan yang perlu ada:

  • Buah mangga disagat kasar/dihiris
  • 1 bunga kantan(dihiris)
  • 1 biji bawang merah sederhana besar @ separuh bawang Holland(dihiris/mayang)
  • 2 cili api(ditumbuk/hiris) 
  • Udang kering(ditumbuk)
  • Ikan bilis segenggam untuk digoreng - optional
  • Kelapa parut disangai kemudian (ditumbuk manja²) atau sedikit kerisik(jika ada) - optional
  • Garam
  • Gula
  • Air perahan limau nipis @ limau kasturi @ lemon


Cara membuatnya:

  1. Goreng ikan bilis, angkat.
  2. Tumbuk udang kering.
  3. Mayang bawang merah atau bawang holland, hiris bunga kantan, hiris cili api
  4. Mangga sagat kasar/hiris.
  5. Gaul semua, perisakan garam gula, air asam limau nipis/limau kasturi. Campurkan kerisik/kelapa parut sangai. Tabur ikan bilis goreng. Dah sedia untuk dihidangkan alhamdulillah.🤗


Kalau tak letak kelapa sangai, macam ni kejadiannya..yang ni isi mangga dah kuning tapi masih keras👇..sedap juga..he he



Tapi pakai mangga yang masih putik(isi belum kuning)...lagi uumpph!🫠



Blog Archive

KURSUS HAJI 2023 ~ bimbingan: Ustad Hj Md Roslan Muhammad Jaafar

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12

Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

Umrah♡