Menu Kelantan

Alhamdulillah dua hari berturut² masak menu Kelantan. Nasi Dagang dan esoknya  pula Nasi Kerabu. Orang Kelantan kannn jadi tekak pun makanan klate laa..

Hi hi


Mula² tu buat Nasi Dagang. Ada lebihan beras nasi dagang yang lebih buat semasa raya aidilfitri tempohari. Jengok dalam peti tinggal dalam secawan je pun, jadi la. Dah banyak dah tu  bila dah jadi nasi dagang, makan berdua suami isteri je.. alhamdulillah.  Baru² ini jiran sebelah ada bagi ikan tongkol seekor dan ketam 7 ekor. Ketam dah selamat buat masak lemak dua tiga hari lepas. 


Alhamdulillah dapat jiran yang suka berbudi. Beras nasi dagang tu pun deorang yang kasi dulu tu. Jakallahu khoiron..moga Allah beri balasan yang baik..amin.


En suami nanpaknya sukahati dapat makan nasi dagang.  Maklum lah selalu tu  dapat rasa nasi dagang time raya je la...ha ha ha.. Resepi nasi dagang boleh tengok kat SINI.


Selesai bab nasi dagang, semalam beralih ke menu Nasi Kerabu pula. Alohhh, nak kata terlebih rajin tu tak jugak...hi hi... Buat tu sebab pikir dalam freezer dah ada belen sambal kelapa dan tumis nasi kerabu yang buat masa kesemua anaknda, menantu dan cucunda balik masa mula² keluar pengumunan dapat rentas daerah dua minggu lalu. 


Jadi okay la tu, bahan² utama nasi kerabu dah ada, tinggal hiris² ulam je alhamdulillah.  Lauknya, Ikan Kerisi Goreng dan telor masin... alhamdulillah🍀


Resepi Nasi Kerabu ada di SINI.

Allahu...Menu Kelantan dan diriku berpisah tiada...🤗🤗😅

Oh ya❗️Saya sebenarnya ada blog masak², fzMenu diberi nama. Jemput lah ya singgah, boleh tekan link INI💞

🍀🍀🍀


Btw....Sempena dah boleh rentas daerah ni, sama² la kita kekalkan patuh SOP..sentiasa pakai facemask, jaga jarak, tidak berkumpul ramai² dalam ruang yang sempit dan elakkan diri pergi ke tempat yang sesak.  Pandemik  covid19 dah merubah gaya hidup kita dari yang selama ini bebas ke sana sini, sebelum ini asal jumpa kawan je  kita muslimah ni bukan setakat bersalam-salaman tapi bertemu pipi dengan pipi tanda mesra alam persahabatan. Makanya sekarang amalan sedemikian tidak lagi boleh diteruskan sebab masing² jaga SOP.  Namun ikatan ukhwah mesti terus terjalin, ada alternatifnya antara lain melalui medsos inshaaAllah. 


Teringat kata² ustad, selama hidup ni, buat baik je. Sambung silaturrahim . Jika terlintas di fikiran kita nak buat yang tak baik cepat² ingat akan kehidupan kita selepas mati yang akan ditempuh. Neraca mizan, titian sirat...semua itu tidak akan jadi mudah bagi kita jika berterusan kita mengumpul dosa. Ayuh...buat baik untuk rebut pahala dan mendapat redho Allah. Buat hanya yang  baik untuk akhirat kita....inshaaAllah..aamiinn💌



Keladi Cat Tumpah


Alhamdulillah cantik sangat keladi yang nama Cat Tumpah ni. Merah pekat sebelah, hijau pekat sebelah..itu lah identiti Keladi Cat Tumpah ini. Ada daya tarikannya yang tersendiri, itu yang memang tak jemu dipandang.



Alhamdulillah, asal² nya dapat baka keladi Cat Tumpah ini dari kawan en suami. Tak sangka keladi yang di offer suruh datang ambil di rumahnya itu rupa²nya keladi Cat Tumpah yang sangat viral di pasaran. Tiga daun kecil je ada orang jual sampai harga rm200. Dan lagi khabarnya pokok yang hanya ada sehelai daun kecil je pun dah rm60. Allahu...alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka dapat Cat Tumpah free di saat² id keladi ini tengah hit di pasaran. ALHAMDULILLAH. Jazakallahu khoiron Cikgu🍀


Kerabu Bayam Brazil


Alhamdulillah semalam cuba buat kerabu simple pakai bayam brazil. Ya Allah sedap sangat rasa dia. Resepi kerabu versi sempoi ni inshaaAllah boleh selalu di-ulang buat sebab mudah dan cepat nak menyediakannya. Pakai bahan² yang mudah² yang ada kat dapur je alhamdulillah. 
Ulam Bayam Brazil

Jom cuba buat Kerabu Bayam Brazil ni... Tqsm buat sahabatku Ana, isteri en Brahim. Idea nak buat kerabu simple ni dapat dari Ana..Jazakillahu Khoiron💌



Kerabu Bayam Brazil

Bahan yang perlu ada:

  • Bayam Brazil
  • 1 bunga kantan
  • 1 biji bawang merah sederhana besar @ separuh bawang Holland
  • 1 @ 2 Cili api
  • Ikan bilis segenggam
  • Garam
  • Gula
  • Air perahan limau nipis @ limau kasturi @ lemon


Cara membuatnya:

  1. Goreng ikan bilis, angkat.
  2. Mayang bawang merah atau bawang holland, hiris bunga kantan, hiris cili api
  3. Basuh bersih bayam brazil kemudian tos, hiris 2 atau 3 hiris bayam brazil jika suka.
  4. Gaul semua, perisakan garam gula, air asam limau nipis/limau kasturi. Dah sedia untuk dihidangkan alhamdulillah.🤗

***
Boleh je kalu nak tukar pakai ulam lain contoh pegaga kampung. Atau campur ulam-ulaman lain. Semua pasti sedap  dan menambah selera inshaaAllah🌸👍

Cara Guna Mesin Rumput Okazawa


Alhamdulillah..dah 17 tahun pakai khidmat mesin rumput. Tapi yang ini mesin kedua. Yang mula² dulu sempat guna banyak tahun juga la sebelum ianya expired. Senang ada mesin sendiri, bila nampak macam dah mula semak tu, bila tengok rumput dah mula panjang, kemuncup pun makin gigih naik, hah en suami pun... vroom vroom vroom....mesin rumput. Kiranya dah jadi tugas rutin en suami tiga minggu sekali.


Tapi kan...hanya en suami je yang ambil tugas tersebut dan yang tau pasal² mesin rumput itu. Anak yang sulung ada la sekali sekala tolong time ada kat rumah. Mesin lama dulu tu, kalu ada rosak apa², en suami lah angkut bawak naik kereta dan hantar repair. Banyak kali juga la dulu tu pergi hantar repair sampai lah akhirnya dah tak dapat di repair lagi. Itu yang beli baru ni. Dah banyak RM dapat dijimatkan bila mesin sendiri rumput. Kalau tak, kena upah orang mesin memang harus melayang paling kurang rm100 la sekali upah mesin...huuuu


Jadi saya pun minta en suami tunjukkan step by step cara bagaimana nak gunakan mesin Okazawa ini. Senang, kot abang(anak sulung) pun boleh tolong mesin rumput lepas ni bila²  time papa tak larat. He he...


Cantik mesin rumput kami, ada iras² kereta Ferrari gitew...haha


Cara guna mesin rumput Okazawa:

Mula² pastikan mesin tu dah ada minyak ke belum. Kalau belum, isi minyak dulu.


Lepas dah selesai guna, kena tutup macam ni. Lepas tu rumput² yang dah dimesin tu boleh lah tuang buang kat pokok² pisang atau pokok rambutan buat baja. Sebelum nak simpan balik mesin tu, kena la basuh biar bersih ya...tapi elok² jangan sampai air masuk ke dalam mesin. 




Alhamdulillah clear laman...🌱☘🌿🍀

Jangan Berdusta

 


Allah Ta'ala berfirman:

yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau turut apa yang tidak engkau mengerti."   (al-Isra': 36)


Allah Ta'ala juga berfirman:
"Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib - pencatat kebaikan - dan 'Atid - pencatat keburukan."       (Qaf: 18)


Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya kata benar itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan kepada syurga dan sesungguhnya seseorang itu niscayalah berkata benar, sehingga dicatatlah ia di sisi Allah sebagai seorang yang ahli berkata benar.
Dan sesungguhnya kata dusta itu menunjukkan kepada kecurangan dan sesungguhnya seseorang itu niscayalah berkata dusta sehingga dicatatlah ia di sisi Allah sebagai seorang yang ahli berkata dusta."       (Muttafaq 'alaih)


Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi SAW bersabda:
"Empat macam perkara, barangsiapa dalam dirinya terdapat semua perkara itu, maka ia adalah seorang munafik murni dan barangsiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu daripada empat perkara tadi, maka ia telah memiliki satu macam sifat dari kemunafikan, sehingga ia meninggalkan sifat itu, yaitu: apabila ia dipercaya -berkhianat, apabila berkata -berdusta, apabila berjanji -menyalahi janjinya dan apabila bertengkar -jahat kelakuannya."        (Muttafaq 'alaih)


Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Nabi SAW bersabda: "Sesangat-sangatnya dusta yang diperbuat ialah apabila seseorang itu mengaku bahawa kedua matanya melihat sesuatu - dalam impian - yang sebenarnya tidak dilihat - atau diimpikan."       (Riwayat Bukhari)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...