Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Pulut Sekaya Untuk Iftar di Masjid

Cantik haribulan hari ni 26/2/26♡

Alhamdulillah buat Pulut Sekaya untuk beriftar di masjid. Buat dua bekas, satu untuk tempat muslimat, satu lagi untuk tempat muslimin beratur ambil juadah berbuka.

Sedapppp sangat Pulut Sekaya, siriyes!🫶

Dah lama tak buat dan dah lama tak makan. Tiba² je dapat ilham untuk buat Pulut Sekaya di pagi yang indah. Menu Ori Kelantan ini seringkali diterjah-buat satu ketika dulu. Lepas tu lama² jadi terlupa akan kueh yang terpaling mudah nak buat ni..hi hi

Pulut Sekaya ini sesuai sangat kalau buat kueh ni untuk kasi² jiran, untuk bawak pergi surau atau masjid.

Resepi di bawah kira combo terus untuk dibuat makan ramai² alhamdulillah. Resepi asal di SINI. FZmenu ni blog masak² saya..he he..(tekan link blog)






RESEPI PULUT SEKAYA
Bahan2nya:

Lapisan bawah:

  • 1¼ cawan beras pulut (dicuci dan rendam ½jam)
  • Santan kotak ½KARA kecil dicampur dengan air masak
  • gula 1½ sudu besar
  • garam 1sudu kecil
  • 2 helai daun pandan disimpul
.......,.................

Lapisan atas
  • 5 biji telor saiz C
  • 3 keret manisan siam
  • 3 helai daun pandan di kerat memanjang
  • secubit dua garam


Cara:

  1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan 
  2. Kukus pulut + santan + gula + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut
  3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar. 
  4. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
  5. Kukus balik pulut selama 5 minit.
  6. Kepok telor kemudian masukkan ke dalam mangkuk manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam. Tapis.
  7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
  8. Kukus lah sampai masak +- 20 minit.
  9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....


Sekian, selamat mencuba... :))

Kueh Bengkang Untuk Iftar di Masjid


Alhamdulillah sepertimana rutin tahun² lepas, Allah rezeki-kan masih dapat beriftar di masjid. Syukur ya Allah..masih diberi kesempatan untuk mengecap nikmat beribadah di bulan ramadhan, bulan yang mulia.


Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)



Buat sedikit kueh bengkang untuk tambah² kueh berbuka kami beramai² iftar di dewan masjid. Resepi ada di SINI.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi




Gerodok Ubi Untuk Iftar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 17 Ramadhan hari ini. (Posting tentang tazkirah Nuzul Quran ada di SINI). Moga² Allah kekalkan apa² yang kita istiqamah buat di bulan yang mulia ini. Antaranya; banyak² kita bersedekah tiap hari tanpa gagal. 

ALLAH SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH SWT mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."                  

(Surah Ali 'Imran, ayat 133-134)


Usah resah meskipun ketika kesempitan kerana bersedekah sewaktu sempit itu adalah sebaik-baik perbuatan.

Biarpun jumlahnya sedikit, namun yang penting kita ikhlas dan reda. Berserah kepada ALLAH dan mudah-mudahan kita akan memperoleh ganjaran selayaknya..InshaaAllah..Aamiinn

..........................

Alhamdulillah dalam 17 hari berpuasa ni, dah beberapa kali saya buat kueh Gerodok Ubi untuk iftar. Kueh yang satu ini antara kueh yang menjadi kegemaran en suami..ehe..he...


Saya selalu ulang buat Gerodok Ubi bilamana kami berpuasa lebih² lagi puasa di bulan Ramadhan. Ingat lagi, ianya juga antara kueh wajib arwah bonda; sering di ulang buat untuk menu minum petang. Dari zaman saya di alam persekolahan, memang suka sangat kalau emak buat gerodok ubi atau pun bubur jagung..ouh my faveret...🤍


Mari kita tengok resepi gerodok ubi yang meletops..hi hi

GERODOK UBI STELO.. resepinya ada di blog masak² saya ya, di SINI

Mari kita tengok.... menarik bukan😋...


Sekian Wassalam.

Tazkirah 9 Ramadhan 1446H

 

Buat lepat pisang untuk iftar dan moreh; resepi di SINI


Bismillahirrahmanirrahim

Ustad intro tazkirah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa Nabi SAW menaiki mimbar, ketika Baginda melangkah anak tangga yang pertama, Baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila melangkah anak tangga yang kedua, Baginda menyebut: “Amin”, kemudian apabila melangkah anak tangga ketiga, Baginda menyebut: “Amin”. Para sahabat bertanya: “Ya Rasullullah, kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali”. Baginda menjawab: “Ketika aku melangkah anak tangga yang pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: “Celakalah seseorang hamba yang bertemu dengan Ramadan, tetapi keluar daripadanya tanpa di-ampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut: “Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya). Aku pun menyebut: “Amin.” Kemudian Jibril berkata: “Celakalah seseorang hamba yang nama engkau (iaitu nama Rasullullah SAW ) disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut: “Amin.”

Riwayat al-Bukhari 

..............................

Tazkirah ringkas ustad, memberi peringatan  supaya....

Istighfar lebihkan lagi..perbanyakkan.

Kita tak tau orang yang kita tengok di jalanan mungkin lebih mulia di sisi Allah .. semua dalam rahsia  Allah.. Maka, sebagai hamba, sentiasa kita perbanyakkan kan istighfar, ulang dan ulang ucap istighfar. 

Kita mengharapkan rahmat Allah, sangat mengharapkan keampunan Allah.

Kalau boss di ofis marah, kita dah jadi tak selesa, dah rasa malu nak jumpa. Apalagi kalau kemurkaan Allah. Kalau Allah marah, maka tiada lah lagi kebahagiaan dalam diri kita..Allahu

Maka kita buatlah perkara yg Allah redho.

Tidak ada nilai kedudukan kita di sisi Allah melainkan mendapat keampunam-Nya. Setinggi² pangkat, seorang raja sekali pon, di sepanjang Ramadhan lebih² lagi ketikamana bertemu dengan malam lailatur qadar, minta lah pada Allah. Mohon keampunan Allah Taala...🤲


Wallahu'alam.

Bihun Siam


Alhamdulillah jom kita buat Bihun Siam. Bihun Siam ini rasanya lain sikit dari bihun yang biasa kita buat sebab masuk bahan² pun lain. Jadi bagi saya, rasa dia lagi kick la..hi hi🤭🤗

Semalam tu saya buat sikit je pun Bihun Siam, hanya untuk moreh kami je; untuk saya dan en suami makan time iftar dan selepas Teraweh. Jadi hanya pakai 1 lapis bihun sahaja.(dalam satu kampit bihun biasanya ada 3lapis, jadi pakai 1 lapis je). Dan saya buat tu pun bihun siam versi sempoi je sebab takde masuk taugeh dan tauhu pun. Pakai apa yang ada kat dapur je...😁

Alhamdulillah sedap di tekak daku, sampai time Sahur pun makan lagi yang lebih moreh.


RESEPI BIHUN SIAM 

Bahan² nya:

Bihun ⅓ kampit(direndam seketika)

Bawang merah besar 1 labu

Bawang puteh 2 ulas

Cili kering mesin(cili boh) 1 sudu besar(kurangkan kalu taknak pedas/ada anak² kecil)

Udang kering 1 sudu kecil(direndam seketika)

Taucu 1 sudu besar

Garam(sedikit je sebab taucu dah masin)

Gula

1 keping asam keping

...............

Udang segar 5 ekor

Isi ayam dihiris nipis.


Cara memasaknya:

Tumbuk bawang merah, bawang puteh, udang kering serta taucu, lalu ditumis. Kemudian masukkan cili mesin. Biar masak elok baru masukkan isi ayam di-ikuti dengan udang.

Setelah itu, boleh masukkan bihun. Tambahkan ½ cawan air panas. Tambah masuk asam keping. Balik²kan sampai bihun dah masak, baru perisakan dengan garam dan gula. Balik²kan lagi biar masak serata. OK done🍜

Alhamdulillah.. Best sangat Bihun Siam. Saya makan dengan Sambal Ikan Bilis Kacang my faveret🤗😍


Resepi Sambal Ikan Bilis Kacang boleh tengok di SINI. Sambal kacang ini sering saya buat sejak anak² kecil lagi. Sering bekalkan untuk mereka balik asrama zaman sekolah dan universiti..ouh kenangan mengusik jiwa🥰 

Sambal Kacang Ikan Bilis yang sering daku buat ini ikut resepi arwah ibuku Habsah bt Ismail. Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh ibuku di tempat yang baik...aamin ya robbal alamin.


Tazkirah 2 Ramadhan 1446H

Gambar Solok Lada yang buat semalam untuk iftar, hanya hiasan. Ada saya tulis resepi Solok Lada di SINI


Bismillahirrahmanirrahim

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru: “Wahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang mengharapkan keburukan, berhentilah (daripada melakukan keburukan). Allah SWT akan membebaskan hambahamba-Nya daripada api neraka dan perkara tersebut berlaku pada setiap malam(di bulan Ramadan).”

Riwayat Ibnu Majah


Kata ustad... ada yang tak sempat masuk Ramadhan tahun ini. Allah dah jemput dia. Moga² Allah tempatkan di tempat yang baik. Muhasabah diri, jika Allah jemput bagaimanakah amal kita. Kalau banyak amal baik, maka selamat lah kita namun jika amal tak banyak mana ditambah dengan banyaknya dosa, habis bagaimana hendak mengadap Allah. Kita yang masih ada di dunia ini, kita masih berkesempatan berbuat apa yang baik untuk kita.

Kita ada pilihan untuk buat yang baik atau yang tak baik. Kita nak jadi hamba yang mana? Dosa yang kita buat banyak. Kita yang berpeluang masuk ke bulan Ramadhan ini, sebaiknya kita gunakanlah dengan bersungguh² keberadaan kita di bulan yang mulia ini, mudah-mudahan Allah terima amal kita dan bila kita keluar dari Ramadhan ini kita bersih dari dosa, suci seperti kain putih.


Sebelum solat subuh, pastikan kita buat kobliyah subuh. Kalau kita istiqamah inshaaAllah akan jadi tabiat kita dan berterusan lah sampai bila². Latih diri kita buat amalan soleh sepanjang bulan ini contoh, baca quran dan bangun solat malam. Setiap amalan yang kita buat di bulan  Ramadhan inshaaAllah Allah akan campakkan rasa manis di saat mengerjakannya. Dengan izin Allah dapat terus istiqamah mengerjakannya selepas keluar dari bulan Ramadhan. 

Wallahu'alam.


Resepi Pulut Pisang Kelantan

Assalamualaikum

Nak tulis dalam blog untuk anak² tengok in future kalau teringin nak buat.  Kueh ni faveret en suami. Itu yang kalau jumpa kat atas pasar Siti Khadijah atau kat gerai kueh memana kami tak lupa beli. Sedap sangat lebih² kalau dapat pisang raja. Ohh lupa intro pasal kueh pulut pisang ni. Ianya sejenis kueh pulut yang ada pisang di tengahnya, yang disalut dengan kelapa parut manis.

Hah..gitew

Okeh, meh kita tengok resepinya~

.......................................

Beras pulut 1cawan

Santan fresh/Santan Kara 1kotak paling kecil @ 99sen. Campur air untuk paras tenggelam pulut.

Garam ¾ sudu kecil

Pewarna hijau

.....................................

Pisang Raja 5 biji

Kelapa parut untuk kueh

Gula ½ cawan

Air ½ cawan

Secubit dua garam

......................................

Daun pisang

Tali rafia untuk mengikat

......................................


Cara membuat kueh pulut pisang:

Basuh beras pulut lalu rendamkan seketika dalam air yang dititikkan pewarna hijau.

Sambil² tu boleh lah ambik daun pisang, layur²kan dan lap bersih. 

Okay, pulut yang direndam tadi toskan. Masukkan pulut ke dalam satu loyang bulat. Tambahkan santan + garam ke dalam loyang, kuantiti santan takat paras tenggelam pulut sahaja. Kukus selama 15minit. 

Sudukan pulut yang dah dimasak(kalau separuh masak pun okay) ke atas daun pisang. Letakkan pisang Raja di tengah²nya lalu balutkan dengan pulut.




Gulung daun pisang, kemudian ikat di kedua² hujung dan 2 ikatan ditengah gulungan. 



Rebus dalam air mendidih selama 20 minit. Dah selesai, angkat dan toskan. Ketepikan biar sejuk dan pejal.

Sementara itu sediakan air gula dengan memasak gula + air kemudian campurkan kelapa parut + secubit dua garam. Masak hingga likat, tutup api.

Buka ikatan dan gulungan pulut, hiris ketebalan ikut citarasa masing². Ada yang suka hiris nipis, ada yang suka tebal. 






Salutkan dengan kelapa manis😍🌴


Alhamdulillah...sangat sedap rasa kueh yang satu ini. Boleh cuba buat ya....👍


Tepung Pelita Asli Kelantan


Hamboih tajuk kemain.

Hahahaha...😄😂


Kisahnya macam ni.. Tadi dalam pukul 11pagi gitu, belek² menu masakan dalam blog masak² saya FZ Menu. (sila klik) Tiba² mata tertumpu kat posting Tepung Pelita (di SINI). "Allah..nak buat laaa hari ni, " getus hati kecilku🤭

Bestnya...teringat sangat nak makan. Bulan² posa pulak tu, hah lagi la teringin nak makan tepung pelita sejuk² keluar peti ais.


Maka beberapa arahan pun bermula lah buat suamiku, mintak tolong ambik daun pisang, lidi pokok kelapa dan daun pandan..he he

TQ.. TQ...moga Allah balas dengan kebaikan buat mu, en suami..aamiin



Duk buat temelong(bekas/bot tepung pelita) tu la ambik masa sikit, sebab tiba² kejadian je kannn...semua dan dan tu baru nak buat. Kalau tak, temelong ni boleh siap² buat awal.



Alhamdulillah..kira..kira..dapat 17 bijik semuanya.

Kemudian, kita pun panaskan lah periuk pengukus, air isi dalam ¾ penuh periuk. 

Sambil² tu sediakan bahan untuk lapisan bawah dan lapisan atas. Lapisan bawah bancuh², ketepikan. Lapisan atas masak sekejap sampai naik wap atau sampai nampak sedikit tepung keras di hujung sudu/senduk. Okeh tutup api dan ketepikan(jauh dari stove yang panas).


Bila air dalam periuk pengukus dah mendidih, susun temelong dalam kukusan berlubang lalu masukkan satu sudu kecil umbu gula ke dalam temelong. Kacau² balik lapisan bawah(hijau) biar serata lalu tuangkan ke dalam temalong ½  penuh. Kukus selama 10 minit. Bila dah masak, kukus lapisan bawah untuk temelong selebihnya.


Okay, tiba masanya untuk kukus lapisan atas pula. Kacau² balik adunan lapisan atas(santan) sebelum di tuang ke dalam temelong biar tinggal ¼ ruang selebihnya temelong. Kukus selama 10 minit. Selesaikan kesemua lapisan atas untuk temelong selebihnya.

Alhamdulillah selesai...


Maka....terhasil lah kueh Tepung Pelita untuk berbuka petang nanti, inshaaAllah. Syukur Alhamdulillah💌




Lepat Pisang Untuk Iftar

 Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah hari ini 2Ramadhan 1445H, kita sambut dengan rasa syukur dan sifat tawadhuk seorang hamba Allah. Moga² amalan sepanjang hari kita berpuasa ini diterima Allah Taala...aamiinn


Hari ini nak kongsi resepi  Lepat Pisang  pakai pisang Lemak Manis. Alhamdulillah ada setandan pisang lemak manis baru ambil dari laman. Saya biarkan dalam 2 hari, dah masak dan boleh dibuat lepat. 


Kali ini resepi lepat pisang untuk buat banyak² terus ya sis😂 

Saya selalu buat lepat pakai pisang samada Pisang Lemak Manis atau Pisang Awak. Kedua²nya hasil tanaman di laman alhamdulillah.

Kita boleh buat untuk bawak pergi berbuka puasa ramai² di masjid atau surau InshaaAllah. Moga menjadi asbab kebaikan..aamiinn


RESEPI LEPAT PISANG

(buat untuk 6 adunan, dapat kira² 110 biji lepat pisang inshaaAllah)

Daun pisang dilayur dan dipotong 4 segi tepat(6½" × 4½")


Bahan² untuk adunan lepat pisang:

  • 8biji pisang x 6 (#48biji) pisang lemak manis
  • 1 cawan  x 6 (#6 cawan) tepung gandum
  • ½cawan gula perang × 6 (#3 cawan gula perang/brown sugar); 

  • ½ sudu kecil garam × 6  (2½ sudu kecil)  
  • Kelapa parut putih + garam sebagai inti (optional) kali ni saya tak letak, takde stok kelapa parut dalam peti


Cara membuatnya:

Campur semua bahan dalam satu periuk/ mangkuk adunan besar. Lecek²kan pisang guna gelas plastik. Jangan hancur sangat pisang.


Sudukan satu sudu besar atas daun pisang. 


Satukan daun pisang hujung ke hujung, kemudian lipat 2x seterusnya lipat di atas dan bawahnya pula.. done.

Susun dalam periuk kukusan.


Kukus selama 15 - 20 minit.

Sekian, Wassalam 

Kueh Bengkang Untuk Iftar

Assalamualaikum.


Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.     

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan terhadap orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183) 

Ramadhan kita sambut dengan hati yang gembira kerana Allah telah limpahkan kehalusan hati nurani dalam diri kita. Kita jadi teruja lalu bersungguh-sungguh berbuat amal berbeza dari bulan-bulan lain. Hikmah Ramadhan boleh menjana ketakwaan atau dalam bahasa mudahnya dapat melahirkan hamba Allah yang bertakwa, sebagaimana yang Allah sebut dalam ayat 183 itu, di mana hasil dari konsisten beramal di bulan Ramadhan InsyaAllah mudah-mudahan mampu menjadikan kita sebagai orang yang bertakwa....aminn

Alhamdulillah Kueh Bengkang mewarnai dapur hari ini untuk dibawa ke majlis iftar Masjid Assalam. Pembetulan ya, semalam tu bukan kueh bengkang..itu kueh bombai...he he (saya terdengar semalam tu ada yang menyebut2 itu kueh bengkang. Yang hari ni baru betul kueh bengkang ya tuan..)😁
**Posting Kueh Bombai di SINI      





RESEPI KUEH BENGKANG FZMENU

Bahan-bahannya:
4 biji telor (besar)kalau gred B, 5biji
3 cawan gandum
1½ cawan gula 
4 cawan santan pekat(kalau guna santan KARA, 1kotak kecil 200ml + air, jadikan 3¾cawan)
1 cawan air daun pandan(mesin 7 helai daun pandan)
¾sudu kecil garam
sedikit vanilla
sedikit pewarna hijau(optional)

Caranya senang je....
Adun kesemua bahan dalam satu mangkuk besar.
Dalam pada itu panaskan loyang yang telah disapu minyak/margerin.
Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang, bakar dalam kepanasan oven 180°C selama sejam.
Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk hidangan.

Resepi dari SINI🍀🌿 
Sekian.. jazakallah.


Kueh Bombai Untuk Iftar

Alhamdulillah...



...meriah kueh bombai atas meja dapur petang semalam. Satu dapur bau wangi masa bakar kueh bombai @akok kemboja ini dalam oven. Alhamdulillah dapat 7 biji kueh sebelum dipotong 8 dan 12 hiris setiap satu. Juadah sampingan untuk iftar di masjid Assalam, alhamdulillah.

**Resepi Kueh Bombai di SINI

Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12

Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

Umrah♡