Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang

Dalam tazkirah Ramadhan malam tadi, ustad memperingatkan untuk kita sering2 mengamalkan baca Penghulu Istighfar, pagi dan petang setiap hari.



Maksudnya:

Ya Allah... Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Aminn ya Allah

~~~~~~~~~~~~
Dari hadis riwayat al-Bukhari;

Daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian pula bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu maka jadilah dia daripada kalangan ahli syurga.



Daun Mengkudu Lapik Batu Tungku


Masa dalam pantang, para ibu seharusnya bertungku untuk pulihkan balik semangat lepas bersalin.
Ikhtiar cari masa dan rajin2 bertungku kerana banyak kebaikannya terutama kesan di kemudian hari. Kalau ikutkan memang rasa malas nak konsisten bertungku. Tapi kena ingat ianya baik untuk kita. Bertungku baik untuk memulihkan pengaliran darah dalam tubuh inshaaAllah. Hasil bertungku, akan dapat membetulkan balik kedudukan peranakan di samping pengeluaran susu badan akan superb lancar inshaaAllah.👍👍👍

Cara-cara menyediakan Batu Tungku:*batu yang digunakan yang terbaiknya batu sungai. Batu yang terendam dalam air sungai.

  • Bakar batu tungku selama 10minit.
  • Sementara tungku di atas dapur, petik daun mengkudu dalam 10 - 13 helai.

  • Susun berlapis2 daun mengkudu atas kain untuk balut batu tungku. Kain tu seeloknya dua lapis.
  • Tutup api dapur. Telangkupkan kain yang dilapik daun mengkudu tadi di atas batu tungku. Extra hati2 sebab batu tungku time tu tengah maksimum panas. 
  • Cetungkan batu tungku dengan kain tadi dan cepat2 ikat dengan perca kain.
  • Bila dah siap ikat, time ni kain batu tungku berasap2 panas. No worries, lapikkan dengan kertas surat  khabar semasa mula2 guna batu tungku untuk mengawal kepanasan.
Selamat bertungku. Hasil bertungku memang dapat disedari bila usia menginjak 40tahun ke atas. Kita di zaman ini memang tak mampu nak duduk atas pangkin yang dibawahnya ada bara api(berdiam) sebagaimana yang dipraktis orang di zaman mak2 kita dulu. Namun sekurang-kurangnya kita bertungku sebagai ikhtiar merawat diri.💪💪💪

Cara Buat Jeruk Kedondong

Assalamualaikum warohmatullah.

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan buat seluruh muslimin muslimat. Moga puasa kita diterima Allah. Berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dahaga malah puasa seluruh anggota badan; kaki, tangan, mulut mesti ikut berpuasa yakni tidak berkata yang tidak baik. Contoh: perlu menjaga mulut dan lidah agar tidak mengata orang, mengumpat dan memfitnah. Elakkan diri dari bertengkar dengan orang. 

Kata ustad dalam tazkirah Ramadhan, cuba lakukan ibadah sekuat mungkin dalam bulan Ramadhan ini. Manifesto yang Allah tawarkan di bulan Ramadhan tidak ada di bulan2 lain. Di bulan ini ibadah fardhu dan ibadah sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda tidak seperti di bulan2 lain.. Niat melakukan ibadah kerana Allah Taala, maka inshaaAllah berjaya lah kita merebut apa yang Allah tawarkan..aamiinn.

Nak selitkan cara membuat jeruk kedondong yang tersangat sedap untuk dimakan selepas berbuka puasa.  Jeruk kedondong ini sering saya ulang buat sebab ada pokok kedondong kat laman. Jadi bila dah buah kedondong cukup masa untuk dipetik, hah dah boleh dibuat jeruk.

Alhamdulillah cara membuat jeruk ini asalnya dari arwah ibu. Ilmu bermanafaat ibuku yang pahalanya akan sentiasa mengalir inshaaAllah...aamiinn


CARA BUAT JERUK KEDONDONG

Bahan:
  • Buah kedondong 30 biji
  • Segenggam garam buku/kasar
  • Secawan - secawan setengah gula
  • Hirisan cili merah

Cara nak buatnya:
Kedondong dikupas kulit, basuh untuk hilangkan getahnya lalu diricih kecil. Rendam dalam air, tabur garam buku. Gaulkan, biarkan selama 2 jam(lagi lama lagi bagus). Selepas 2 jam, buangkan air garam lalu toskan kedondong hingga kering airnya. Elok ditoskan biar betul betul kering. Biasa saya toskan selama 2 jam. Okeh sesudah itu bolehlah dimasukkan kedondong dalam satu bekas bersih, ditaburkan gula rata2. Jangan ditambah masuk air sebab nanti kedondong akan keluar airnya sendiri. Biarkan sehingga hampir hilang butiran gula, baru ditaburkan hirisan cili merah. Alhamdulillah terlajak sedap kedondong ni, sila lah buat ya. Nak tukar buat jadi jeruk mangga pon  boleh guna cara menjeruk ni.😀👍

#NOTA:
Air lebihan jeruk kedondong jangan dibuang, campurkan dengan ketul2 ais, boleh dijadikan minuman jus jeruk istimewa👍👍


Hafal Nama-nama Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Jom kita hafal nama2 Allah.

Ya Allah
Ya Rahman - Yang Maha Pemurah
Ya Rahim - Yang Maha Penyayang
Ya Malik - Yang Merajai
Ya Quddus - Yang Maha Suci
Ya Salam - Yang Maha Sejahtera
Ya Mukmin - Yang Maha Memberi Keamanan
Ya Muhaimin - Yang Maha Memelihara
Ya ‘Aziz - Yang Maha Perkasa
Ya Jabbar - Maha Memaksa
Ya Mutakabbir - Yang Memiliki Segala Kesombongan
Ya Khaliq - Yang Maha Mencipta
Ya Bari’ - Yang Maha Mengadakan
Ya Musawwir - Yang Maha Membentuk Rupa
Ya Ghaffar - Yang Maha Pengampun
Ya Qahhar - Yang Maha Mengalahkan
Ya Wahhab - Yang Maha Memberi
Ya Razzaq - Yang Maha Pemberi Rezeki
Ya Fattah - Yang Maha Pembuka Pintu Rahmat
Ya ‘Alim - Yang Maha Mengetahui
Ya Qaabidh - Yang Maha Penyempit Hidup
Ya Baasit - Yang Maha Melapangkan
Ya Khaafidh - Yang Maha Menurunkan Darjat
Ya Raafik - Yang Maha Mengangkat Darjat
Ya Mu’izz - Yang Maha Memuliakan
Ya Mudzill - Yang Maha Menghinakan
Ya Samiik - Yang Maha Mendengar
Ya Basiir - Yang Maha Melihat
Ya Hakam - Yang Maha Menetapkan Hukum
Ya Adl - Yang Maha Adil
Ya Latif - Yang Maha Lemah Lembut
Ya Khabir - Yang Maha Mengetahui(Berwaspada)
Ya Halim - Yang Maha Penyantun
Ya ‘Azim - Yang Maha Agung
Ya Ghofur - Yang Maha Pengampun
Ya Syakur - Yang Maha Berterima Kasih
Ya ‘Aliy - Yang Maha Tinggi Martabat-Nya
Ya Kabir - Yang Maha Besar
Ya Hafiz - Yang Maha Memelihara
Ya Muqit - Yang Memberi Makan
Ya Hasib -Yang Maha Menghitung
Ya Jalil - Yang Mempunyai Kebesaran
Ya Kariim - Yang Maha Pemurah
Ya Raqiib - Yang Maha Mengawasi
Ya Mujiib - Yang Maha Mengabulkan
Ya Waasik - Yang Maha Luas Pemberiannya
Ya Hakiim - Yang Maha Bijaksana
Ya Waduud - Yang Maha Pencinta
Ya Majiid - Yang Maha Mulia
Ya Baa’iht - Yang Maha Membangkitkan
Ya Syahiid - Yang Maha Menyaksikan
Ya Haqq - Yang Maha Benar
Ya Wakiil - Yang Maha Mengurusi
Ya Qawi - Yang Maha Kuat
Ya Matiin - Yang Maha Sempurna Kekuatan-Nya
Ya Wali - Yang Maha Melindungi
Ya Hamiid - Yang Maha Terpuji
Ya Muhsi - Yang Maha Menghitung
Ya Mubdik - Yang Maha Memulai/Pemula
Ya Mu’iid - Yang Maha Mengembalikan
Ya Muhyi - Yang Maha Menghidupkan
Ya Mumiit - Yang Maha Mematikan
Ya Hayy - Yang Maha Hidup
Ya Qayyuum - Yang Berdiri Sendiri
Ya Waajid - Yang Maha Menemukan
Ya Maajid - Yang Maha Memuliakan
Ya Waahid - Yang Maha Esa
Ya Ahad - Yang Tunggal
Ya Samad - Yang Maha Kekal, Yang Ditujui
Ya Qadir - Yang Maha Kuasa
Ya Muqtadir - Yang Mencipta Segala Kekuasaan
Ya Muqaddim - Yang Maha Mendahulukan
Ya Muakhkhir - Yang Mengakhirkan
Ya Awwal - Yang Maha Permulaan
Ya Akhir - Yang Maha Penghabisan
Ya Zohir - Yang Maha Menyatakan (Bukti)/Yang Zahir
Ya Batin - Yang Maha Tersembunyi
Ya Wali - Yang Maha Menguasai Urusan
Ya Muta’aali - Yang Maha Luhur
Ya Barr - Yang Berbuat Baik
Ya Tawwab - Yang Maha Penerima Taubat
Ya Muntaqim - Yang Maha Menuntut Bela
Ya Afuw - Yang Maha Pemaaf
Ya Ra'uf - Yang Maha Belas Kasihan
Ya Malik-ul-Mulk - Yang Menguasai Kerajaan
Yal Jalali-Wal-Ikram- Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
Ya Muqsit -Yang Maha Adil
Ya Jamik - Yang Maha Mengumpulkan
Ya Ghoni - Yang Maha kaya-raya
Ya Mughni - Yang Maha Pemberi Kekayaan
Ya Manik - Yang Mencegah
Ya Dhar - Yang Membahayakan
Ya Nafi’ - Yang Memberi Manfaat
Ya Nur - Yang Mencipta Cahaya
Ya Hadi - Yang memberi Petunjuk
Ya Badi - Yang Tiada Tolok Bandingnya
Ya Baqi - Yang Maha Kekal
Ya Warith - Yang Maha Mewarisi
Ya Rasyid - Yang Maha Pandai
Ya Sabur - Yang Maha Sabar

Alhamdulillah
InshaaAllah boleh hafal... aaminn

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...