Buat Kek Pakai Toaster Oven

Alhamdulillah, hari ni buat cupcake mudah tapi bakar pakai toaster oven. Mula tu saya teragak2 juga takut tak jadi cupcake tu nanti. Tapi fikir2, why not cuba kan.. Risau tu sebab oven tu kecik sangat, yang saya tau oven tu just untuk bakar2 roti dan panas2kan burger je.

Tapi miracle, alhamdulillah..buat2, jadi rupanya...he he...
Alhamdulillah..kejadian kek sedap dan gebu๐Ÿ˜
Kek sedang mengembang..

Saya pukul telor dan gula pakai whisk tangan je. Kira gigih la jugak tadi...ha ha.. Resepi pakai resepi yang biasa saya buat dalam entri.. Resepi Cupcake Mudah. Okeh jom kita tengok balik resepinya tapi saya ubah sikit resepi hari ini sebab hari ni banyak pakai cara manual....


RESEPI CUPCAKE MUDAH
Bahan2:
1/2 cawan butter(hari ni sy tukar pakai 1/3 cawan minyak mazola)
3/4 cawan susu pekat atau 1/2 cawan gula(hari ni saya pakai gula)
1 biji telur A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar air (hari ni sy letak 1/2 cawan)
Kacang badam dan choc chip untuk tabur atas cupcake

Cara membuatnya:

Panaskan oven serta loyang muffin 180°C. Pukul gula dan telor. Saya pukul guna whisk tangan tu je.lepas tu masukkan tepung dan air. Di ikuti dengan minyak dan lain2 bahan. Susun cup kertas dalam loyang muffin. Sudukan adunan 1/2 - 3/4 cup kertas. Tabur bahan hiasan. Bakar selama 15 minit.


Kek Pisang Sedap

"Sedap kek pisang....", en suami duk puji lagi. Dah tiga empat kali puji hari ni kata kek pisang tu sedap. Alhamdulillah puji banyak kali tu, sedap sungguh la tu agaknya..he he.. Timakaseh ..rasa sukahati bila orang suka, rasa senyum pun sampai ke telinga๐Ÿ˜€

Hari ni sebenarnya nak ke taknak ke memang kena buat jugak kek pisang. Pisang emas yang sesikat tu dah nak terlajak masak. Jadi sebelum ianya jadi lebu sangat dan hanya dapat dibuat cekodok pisang, maka lebih baik la cepat2 buat kek pisang. Kalu buat kek, boleh ulang2 makan...bukan terus habis dalam satu hari...

Resepi kek pisang ini rasanya memang yang terbaik. Resepi ni lah yang saya sering ulang buat bila ada pisang berlebih kat rumah. Rasanya memang ada kick, secukup rasa...lembap tak rasa kering... Tak jemu ambik makan, lepas habis sekeping, tangan ambik sekeping lagi..he he..

Ini lah resepinya...

RESEPI KEK PISANG SEDAP

185g margerin planta
180g gula
3 biji telor gred A
1  1/2 cawan pisang yang dilecek
3 sudu besar susu cair
1/4 sudu garam
1 sudu kecil esen vanila
180g tepong gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2  sudu kecil soda bicarbonat

 Cara membuatnya:

Pukul margerin dan gula hingga margerin bertukar kaler pucat. Masukkan telor sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla serta garam. Selepas itu, baru masukkan tepung, kacau dengan senduk kayu. Kemudian campurkan pisang yang dilecek serta susu cair. Kacau2 kan biar serata. Bakar dalam kepanasan oven 180'C selama 40 - 45 minit.

Alhamdulillah...sekian wassalam.





Resepi Nasi Dagang Kelantan Asli

Alhamdulillah kawan hari tu datang beraya. Jadi saya siapkan juadah Nasi Dagang Kelantan Asli. Kenapa di-highlight kan sebagai Kelantan Asli? Sebab beras yang digunakan pakai beras nasi dagang ori. Dan gulainya pula buat gulai ikan tongkol ori kelantan iaitu Gulai Kunyit Lengkuas dalam bahasa kelantannya 'Gulai Kunyit Kkuah'...he he

Berbeza dengan nasi dagang versi Terengganu, buatnya pakai beras campuran beras dan pulut yang menghasilkan Nasi Dagang yang berwarna puteh. Gulainya pula mesti nak kena masuk rempah nasi dagang atau boleh juga ganti dengan rempah kari ikan. Itu perbezaannya.

Makanya kali ini buat nasi dagang yang original versi Kelantan....Alhamdulillah....


Resepi Nasi Dagang Kelantan Asli

  • 1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
  • santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
  • santan pekat 1 mangkuk
  • bawang merah 5 - 6 ulas dimayang
  • halia 1 inci dimayang halus
  • sedikit halba
  • garam
  • gula


Caranya:
Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan. Sementara itu mayang halus bawang serta halia. Kukus nasi dagang selama 20 minit. Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak itu. Kukus lagi selama 20 minit. Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.

GULAI KUNYIT LENGKUAS
Bahan-bahannya:

  • 2 Ikan tongkol direbus

** ikan tongkol sebaiknya direbus sehari sebelum dibuat gulai.
Cara buat ikan rebus:
Ikan tongkol dipotong tebal setiap keping
asam keping 4 @ 5
Garam buku segenggam
Nise setengah keping
Lengkuas 3 @ 4 hiris

Rebus ikan dalam air paras2 tenggelam ikan bersama semua bahan di atas.


  • santan RM2
  • cili kering 4/5 tangkai
  • bawang merah 1 labu besar
  • bawang putih 1 ulas
  • lengkuas 2 - 3 hiris
  • sedikit kunyit hidup
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • timun batang dan kacang panjang*jika suka*


Cara membuatnya:
Tumbuk cili kering, lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Nak senang, blend semua dengan sedikit air . Santan yang pekat dicampurkan dengan air masak serta dua sudu besar minyak masak kemudian direnehkan di atas api. Mesti sering dikacau2 supaya tidak pecah minyak santannya. Ambil masa lama sikit baru masukkan bahan yang ditumbuk. Biarkan masak dengan api yang kecil. Bila dah kuah nampak masak cantik, baru di masukkan asam keping dan sayur2 (timun batang dan kacang panjang) yang dah dipotong kecil.Masukkan ikan yang dah siap direbus sebelumnya. Perasakan gula dan garam. Dah siap......

Lauk dan rencah sampingan:
Telur rebus
Sambal nyor(sambal kelapa)

Resepi Sambal kelapa

  • kelapa parut sebiji *digoreng tanpa minyak*
  • Ikan sardin 2 ekor dibakar/rebus kemudian diasingkan dari tulangnya
  • lada hitam 7 - 8 biji
  • bawang merah besar 1 labu kecil
  • 1 - 2 hiris halia
  • Nise 
  • garam


Cara membuatnya:
Kesemua bahan ditumbuk dan gaul rata. Sambalnya perlu rasa manis.


Alhamdulillah.



Nasi Minyak Istimewa

Alhamdulillah.. Segala Puji Bagi Allah. Esok kami dah raya๐Ÿ’—๐Ÿ’—

Tadi dalam wasap group kawan2 sekolah ada timbul cerita pasal Nasi Minyak. Ramai yang sumbangkan idea dan resepi masing2. Saya time tu sebenarnya tengah sibuk nak siapkan tempahan cookies orang yang nak kueh lepas raya, tapi masih sempat kejap menyelit sumbang resepi Nasi Minyak saya..he he

Resepi ini lah yang seringkali saya guna bila tiba masa nak buat nasi minyak. Alhamdulillah, nasi minyak ini boleh kata istimewa lah jugak kiranya bagi selera kami sekeluarga. Bau harum minyak sapi wangi memenuhi ruangan dapur time nasi minyak baru2 nak masak ...fuhhh๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Jom kita tengok resepi...resepi mudah2 je..tapi yang pasti belum pon habis sepinggan nasi, dah rasa nak tambah lagi.๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

RESEPI NASI MINYAK ISTIMEWA
(gandakan sukatan untuk lebih kuantiti beras) 

Bahan2:


  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • sedikit susu cair
  • rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  • bawang puteh 3 ulas - cincang
  • bawang merah 5 ulas -mayang
  • halia 1 inci - mayang nipis /cincang
  • garam 1 sudu kecik
  • asam limau 1 slice je
  • sedikit kunyit debu
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • kismis sebagai hiasan


Caranya:

Tumis rempah 4 sekawan, bahan yang dimayang sampai kegaringan.Masukkan air.Bila mendidih air masukkan beras, bubuh daun pandan, masukkan susu, kunyit debu, garam dan perah asam limau.Tudung periuk, biarkan masak sendiri.Bila nasi dah masak, bolehlah taburkan kismis. Tutup balik periuk biar kismis kembang sikit sebelum hidang nasi.

***jika guna rice cooker, tumiskan bahan atas dapur gas dulu, bila dah selesai perah asam limau, baru alihkan periuk ke rice cooker.

*** saya pakai beras Jasmin(gambar Jalaluddin Hassan pakai kot kelabu). Jadi sesuai sukatan beras dengan kuantiti air. Kalau guna beras siam, kena tambah lagi air.

Istimewanya nasi minyak ni sering digandingkan makan dengan Gulai Ayam...
Tak ketinggalan Acar dan sambal lada

Nasi Minyak ni makan dengan Gulai Kawah pun sedap. Resepi gulai kawah ada di sini.

Sekian, wassalam.

Resepi Puding Cocktail Paling Sedap

Alhamdulillah buat lagi puding yang sama macam hari tu. Tapi tukar buah.  Kalau hari tu buat pakai buah peach, kali ni tukar pakai buah cocktail pula. Alhamdulillah memang terbaik... Ini resepi puding cocktail paling best bagi saya...๐Ÿ‘๐ŸŒธ

Semua suka, tak boleh berhenti makan dia...hahaha..๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Resepi ni dah ada dalam simpanan saya lebih 28 tahun. Masa tu ofis-mate yang kasi. Katanya, resepi ini lah yang sering beliau ulang buat tiapkali teringat nak makan Puding Cocktail. Alhamdulillah, jazakillah hu khoiron sahabat.. Semoga Allah memberi balasan yang baik buatmu..amiinn

Resepi yang sama dengan Puding Peach. Posting pasal puding peach boleh klik di SINI

RESEPI PUDING COCKTAIL
Bahan2nya:
Agar2 bertali 1 plastik
Air 1 botol 1500nl(saiz botol besar air minuman)
Gula 2 cawan
Susu cair FN/Ideal satu tin
Tepung kastard 1 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Telor 2 biji
Esen vanilla satu sudu kecil
Daun pandan 2 helai
Buah cocktail 1 tin

Cara:
Rendam sekejap agar2. Masak agar2 dengan air hingga agar2 larut sepenuhnya. Tapis. Kemudian dimasakkan semula bersama gula, air buah cocktail dan daun pandan yang disimpul. Masak lagi. Sementara itu campurkan kesemua bahan yang lain kecuali buah cocktail. Kepok2 biar mesra kesemuanya kemudian ditapis sebelum dituang masuk ke dalam periuk agar2. Masak lagi hingga mendidih. Tutup api. Tuangkan agar2 ke dalam loyang yang ditabur buah cocktail. Sedia untuk disejukkan.

Kek Marble Orang Dulu-dulu

Alhamdulillah... Selamat berpuasa 6 sunat bulan Syawwal bagi semua yang berpuasa. Semoga amalan kita semua diterima Allah Taala...amiinn

Bila berpuasa ni, tekak mula rasa nak makan itu ini. Walau pun dessert yang lebih tetamu datang semalam ada lagi, tapi saya masih duk teringat nak makan kek yang menjadi faveret iaitu Kek Marble. Kek marble biasa je pun...bukan marble cheese tapi marble yang selalu saya makan sejak dari bangku sekolah..Kek Marble orang dulu2...

Okay, jom kita tengok resepi. Kali ini saya guna resepi lama yang orang dulu2 biasa pakai sebelum timbul zaman internet di hujung jari...he he..


RESEPI KEK MARBLE ORANG DULU-DULU
  • 5 biji telur gred B
  • 280g margerin planta/butter
  • 230g gula (kurangkan sedikit kalau tak suka manis)
  • 250g tepung gandum
  • 1 sudu kecil  baking powder 
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar (umbu) serbuk koko
  • beberapa titik pewarna pink

Semenjak dua menjak ni asal buat kueh je, mesti nak combine kaler pink๐Ÿ’—
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven dan loyang yang dah disapu margerin pada suhu 160'C. 
  2. Pukul marjerin dan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Pukul lagi sehingga kembang.
  5. Masukkan esen vanila dan susu pekat di ikuti dengan tepung dan baking powder.
  6. Bahagikan adunan pada nisbah 2:1:1;   2 bahagian warna ori, satu pink dan satu coklat. 
  7. Keluarkan loyang, alas dengan kertas. 
  8. Sendukkan satu bahagian adunan yang ori. Kemudian lapiskan dengan yang berwarna pink di-ikuti dengan yang berwarna coklat.
    Kemudian tutupkan balik dengan warna ori.
    Lorek2kan dengan lidi mengikut kreativiti masing2.
  9. Bakar selama 45- 50 minit dengan suhu 170 darjah atau sehingga masak.

Alhamdulillah..saya sejak dulu tak jemu makan Kek Marble. Walaupun sekarang ni banyak kek lain yang bertamu namun Kek Marble tetap ada tempat dalam hatiku๐Ÿ’—๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Hari ke 2 dan ke 3, rasa kek lagi sedap
The best marble cake i have ever had!


Puasa Sunat


PUASA SUNAT
(dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Imam tulisan Imam Habib Abdullah Haddad)
  • Di antara puasa sunat yang dituntut ialah puasa enam hari dari bulan Syawwal, sebaik-baik saja selesai puasa Ramadhan, sebagai ucapan selamat jalan kepada bulan itu, ataupun sebagai menampal kecacatan yang mungkin berlaku dalam bulan itu. Bukankah yang sunnat itu selalunya untuk mencukupi yang kurang di dalam yang fardhu? Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, lalu di-ikutkannya dengan puasa enam hari dari Syawwal, maka seolah-olahnya ia telah berpuasa sepanjang abad."
  • Berpuasa pada Hari Arafah; iaitu hari ke-sembilan dari bulan Zulhijjah. Ada suatu riwayat mengatakan, bahawa berpuasa pada hari itu akan menebus dosa dua tahun. Para ulama berkata: Puasa Hari Arafah itu adalah puasa yang paling utama dalam setahun sesudah puasa Ramadhan, akan tetapi orang yang sedang mengerjakan amalan haji tidak dituntut melakukannya, agar ia tidak lemah beramal di waktu wuquf di Arafah untuk mengerjakan amalan haji.
  • Puasa Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram. Ada riwayat mengatakan bahawa berpuasa pada hari itu akan menebus dosa setahun.
  • Di antara puasa sunat yang dituntut ialah berpuasa tiga hari setiap bulan. Terdapat banyak hadis yang mengatakan bahawa puasa ini menyamai pahala berpuasa sepanjang abad. Jika orang yang berpuasa itu memilih malam bulan terang adalah lebih utama dan lebih baik. Sebab terdapat suatu riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan puasa pada malam-malam bulan terang itu, samada ketika di dalam negeri mahupun ketika dalam pelayaran. Hari-harinya ialah pada malam-malam bulan terang iaitu 13, 14 dan 15 dari tiap-tiap bulan. Tetapi jika memilih tiga hari yang lain pun boleh juga, cuma tiga hari yang tersebut tadi yang utama. Jika ia berpuasa tiga hari tidak berturut-turut pun boleh juga.
  • puasa Nabi Daud a.s iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari.  Hadis ada menyebut: Semulia-mulia puasa sunat ialah puasa Nabi Allah Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan puasa ini adalah lebih utama dari berpuasa terus-menerus sepanjang masa, sebagaimana yang disebut oleh beberapa hadis yang sahih. Berkata Imam Ghazali r.m:  Puasa Nabi Daud a.s itu adalah lebih berkesan dalam mendidik diri dan lebih kuat untuk menentang kehendak hawa-nafsu daripada puasa sepanjang masa. 
  • puasa Isnin dan Khamis setiap minggu pun mempunyai kelebihan yang utama, kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya.  Nabi Saw bersabda: "Amalan manusia dibentangkan di hadapan Allah Ta'ala pada dua hari itu (Isnin dan Khamis), maka aku ingin apabila dibentangkan amalanku, ketika aku berpuasa."
  • puasa pada hari Jumaat juga dituntut disebabkan keutamaan dan kemuliaan hari itu, akan tetapi puasanya harus digandingkan dengan puasa Khamis atau Sabtu, kerana Rasulullah SAW pernah melarang orang yang berpuasa pada hari Jumaat semata-mata.

Selamat beramal, luruskan niat kita.

Cara Membuat Tapai Pulut

Alhamdulillah hari ini kami sekeluarga menerima beberapa orang tetamu istimewa.

Juadah Nasi Minyak berlauk Gulai Ayam bersedia menyambut tetamu di meja hidangan. Acar Mentah dan sambal belacan menjadi pengiring gulai ayam. Untuk dessert pula, saya rai'kan tetamu dengan Puding Buah Cocktail (di sini) dan Tapai Pulut beserta Carrot Cake. Alhamdulillah semua nampak suka...syukur lah.

Bersempena merai'kan suasana, saya nak share lah cara2 membuat Tapai ni. Dah pernah kongsi resepi dan cara2 membuatnya dalam blog saya yang dulu(boleh klik di SINI). Maka hari ini nak ulang bercerita pasal tapai ni dalam blog Matahati pula..he he...

Tapi kan...

Tapai saya kali ni agak lebih maju sebab ada taruk kaler sikit...hahaha
Saya kopipes idea ni selepas hadir di majlis rumah terbuka sahabat baik saya semasa balik Kelantan, raya hari tu. Sahabat saya order tapai tu dari katering untuk dessert, saing dengan juadah nasi dan lauk pauk untuk open house nya. Memang tersangat menarik tapai bila diletak kaler macam tu.. Terbaik!!
Memang advance orang kelantan! .. Ahamdulillah๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Makanya...kita kopipes je la ya cara membuat tapai dari blog lama.๐Ÿ˜๐Ÿ˜€

Cuma saya edit lah sikit bahagian nak letak kaler tu...

    RESEPI TAPAI PULUT
    Bahan-bahannya:
    • sekilo beras pulut
    • 1/4 dari sebiji ragi *sebiji ragi dibahagi 4...ambil 1 bahagian sahaja*
    • air 1.5 - 2 cawan

Cara:
  • Bahagikan pulut kepada dua bahagian(1/2kg setiap satu) Rendam pulut selama 2 jam. Satu bahagian rendam dengan air yang dititik pewarna , satu bahagian lagi tanpa ada pewarna. 
  • Kemudian toskan.
  • Kukus pulut yang puteh selama 15 - 20minit.
  • Keluarkan pulut dari kukusan, pindahkan ke dalam satu besen/periuk.
  • Kukus pula pulut yang berwarna.
  • Sementara pulut yang berwarna sedang dikukus, arung pulut puteh dengan secawan air.
  • Arung rata.
  • Setelah alihkan yang bewarna, kukus balik yang puteh sampai periuk keluar wap(+-15minit)
  • Ulang buat yang sama bagi pulut yang berwarna..
  • Keluarkan pulut dari kukusan, biarkan pulut betul2 sejuk.
  • Hancurkan ragi, taburkan ragi ke atas pulut *seeloknya guna penapis, biar rata kena semua bahagian pulut*
  • Boleh mula masukkan pulut kaler sebelah menyebelah dalam bekas seperti dalam gambar. 
  • Masukkan tapai yang dah siap di-pek ke dalam satu tupperware besar.  
  • Tutup tupperware dan letakkan tupperware di tempat gelap, contoh di dalam kabinet. (Kalau kabinet itu sering dibuka-tutup, elok lah cover/balut tupperware tu dengan paper atau kain). 
  • PENTING: Hanya boleh dibuka tupperware tersebut selepas 36 jam(sehari setengah). 

Formula untuk tahu tapai dah masak atau belum:
Malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokkan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petangsikit baru tapai betul2 manis.
~tips~ contoh 36 jam tempoh memeram tapai: Jam 6petang hari Khamis sedia untuk sorok tupperware dalam kabinet dapur, jam 6pagi hari Sabtu keluarkan tupperware, buka dan rasa tapai lalu terus sambung sejukkan tapai dalam peti sejuk.
~~~~~~~~~

Tapai ni nak kena ada bakteria baik. Untuk tumbuhkan 'bakteria baik' ni dia kena tak boleh ada cahaya dan juga angin. Thats why kena letak tupperware yang kedap udara kat tempat agak gelap sikit. Contoh: Dalam kabinet dsb. Kalu tak ada 'bakteria baik' maka tak jadi lah tapai. Wallahu a'lam.

Sekian, wassalam๐Ÿ˜

Resepi Puding Buah Peach Terbaik

Alhamdulillah...sedap sangat puding buah peach ni...

Tak payah mana sebenarnya nak membuat puding ni. Bagi yang sedang mencari2 resepi puding buah pic terbaik, hah rasanya anda dah jumpa apa yang dicari..he he..
Jom cuba resepi ni..memang sedap secukup rasa, manis sederhana, kepejalannya tak lembut sangat tak keras sangat..sedang2 gitu... Alhamdulillah๐Ÿ‘๐Ÿ‘

RESEPI PUDING BUAH PEACH
Bahan2nya:
Agar2 bertali 1 plastik
Air 1 botol 1500nl(saiz botol besar air minuman)
Gula 1   3/4 cawan
Susu cair FN/Ideal satu tin
Tepung kastard 1 sudu besar
Tepung jagung 1 sudu besar
Telor 2 biji
Esen vanilla satu sudu kecil
Daun pandan 2 helai
Buah peach/pic 1 tin

Cara:
Rendam sekejap agar2. Masak agar2 dengan air hingga agar2 larut sepenuhnya. Tapis. Kemudian dimasakkan semula bersama gula, air buah pic dan daun pandan yang disimpul. Masak lagi. Sementara itu campurkan kesemua bahan yang lain kecuali buah pic, kepok2 biar mesra kesemuanya baru dituang masuk ke dalam periuk agar2. Masak lagi hingga mendidih. Tutup api. Tuangkan agar2 ke dalam loyang yang berisi buah pic yang dipotong kiub. Sedia untuk disejukkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...