Showing posts with label cobaan. Show all posts
Showing posts with label cobaan. Show all posts

Hilang Beg di Airport

Ini kisah setahun yang lalu(balik dari umrah musim sejuk)..kiranya nak throw back la ni..hi hi

Kisahnya bermula masa masing² sedang menunggu beg di tempat bagasi penerbangan dari Madinah. Tunggu punya tunggu satu² beg yang keluar, tertanya² kenapa macam takde nampak la pulak beg kecil saya tu. Beg² lain dah siap susun atas troli, tunggu nak cari yang tu je.


Hah ssudah! Dah dapat rasa, dalam hati duk berkata², "hilang ke...hilang ke.... " Aduhai😢

Masih tak putus asa, tunggu lagi sambil tanya² petugas airport.."Encik, ada lagi tak beg yang tak keluar?" "Dah keluar semua puan..", jawabnya.

Dalam tengah mengenang nasib tu, baru tau rupa²nya ada seorang lagi rakan jemaah yang senasib dengan saya. Dia pun hilang satu beg, beg bagasi besar pulak tu.. yang siap ada logo TA lagi...aduhhh🤔 Wajah masing² dah berubah jadi tak ceria bila sedar beg kami berkemungkinan besar telah tertinggal di Madinah.


Okay lepas bagitau mutawif apa yang berlaku, encik mutawif membawa kami berdua ke tempat membuat laporan beg hilang. Tapi waktu itu sebenarnya saya dah mula redho, dah rasa takpe lah kalau dah bukan rezeki saya. Barang² dalam tu kira niat sedekah saja lah. Tak nak pikir dah pasal beg, pikir nak balik rumah je time tu. 

So lepas tu bila ahli keluarga tanya² pasal beg, saya sambil senyum² kata, "takpe la, mama okay je"

Tetapi, miracle...sungguh rasa satu keajaiban bila esoknya tiba² dapat call dari mutawif kami, kata alhamdulillah beg dah sampai Malaysia.."nanti saya hantar ke rumah petang ni"... Allah Allah..

Terkesima sekejap😲



Tqsm buat encik mutawif kami yang bersusah payah ke airport ambil beg dan sanggup pula datang hantar ke rumah kami yang agak jauh ni...huuu.. 🥺

Syukron Ustad Idham Syuhadam dari Andalusia Travel yang memang sangat baik hati dan begitu komited dengan tugas beliau. Moga Allah memberi balasan yang baik buat beliau dan para petugas Andalusia Travel yang terlibat dalam penemuan beg saya dan beg rakan umrah..Jazakallahu Khoiron🌱

Setiap yang berlaku mengandungi hikmah. Saya belajar sesuatu dari pengalaman ini iaitu bila kita redho menerima apa jua keadaan baik maupun buruk, inshaaAllah Allah akan beri yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Allah tidak akan beri ujian yang tak mampu kita tanggung. Wallahu'alam.

Astaghfirullah hal azim. Ampuni dosa² hamba ya Allah..amin



Hidup Ini Medan Ujian




Astaghfirullah....

Terkedu sekejap tadi....terganggu kejap fikiran mengenangkan perbualan saya dengan seorang  rakan. Kak Jah(bukan nama sebenar) kadang² ada singgah jumpa saya. Tapi tadi bukan datang nak jumpa saya pun. Terserempak masa turun dari kereta, dan time tu pula kak Jah lalu. Terus kak Jah berhenti menyapa.


Kak Jah bagitau, dia datang nak jumpa orang pejabat untuk nak tanya duit zakat. Duit dah habis katanya, sambil tangan cepat² mengambil purse nya untuk ditunjukkan pada saya purse nya yang kosong.  "Tadi lepas beli barang sikit ni( sambil tunjukkan sedikit barang keperluan yang baru dibeli), dah abis duit...sekeping 10inggit pun takde. Anak pun takde gaji sekarang ni dah tak kerja sejak pkp ni kan...", kak Jah bercerita tanpa dipinta.


Aduhh... itu tadi tu yang buat terkedu tu.  Tambah terkedu lagi bilamana masa saya hulurkan sedikit bantuan(sikit je pun) dan beberapa keping facemask pada kak Jah, kak Jah kata... "Lahai timakasih macam datang mintak sedekah pulak akak ni." 

Sambung kak Jah, "mask muka ni ada ni akak selalu basuh..." sambil tunjukkan mask yang sedang dipakainya. Allahu...facemask pakai buang kot kak Jah kata selalu basuh dan pakai balik.  Nak menangis pun ada rasa tadi dengar. Saya pun bila tengok pada suasana macam boleh cakap, terus ambil peluang bagitau..."ermm.. kak Jah.. eloknya kena terus buang kak Jah mask tu lepas dah pakai sehari, rasanya macam takleh basuh rasa..."


Jawab kak Jah..." alaaa....takpe akak sambil mesin baju tu akak masuk sekali. Dah bersih tu, boleh la pakai balik..."


Allahu🥺🥺😭

Sesungguhnya memang betul² kejadian ada orang yang dalam kesulitan. Yang sedang susah memang betul susah. Bukan saja². Bukan dia tak usaha, tapi ada kisahnya sendiri yang kita sebagai orang lain ni tak boleh nak tolong judge orang. Tak boleh nak suka² kata orang ni takde ikhtiar ke nak kerja atau tak usaha meniaga, kata orang tu pemalas, hanya harapkan bantuan je dan sebagainya. Sama² kita muhasabah diri, hidup ini medan ujian. Hari ini kita tengok orang lain susah, tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku di kalangan keluarga kita. Mari kita bantu kawan² yang dalam kesulitan. Yang Allah hantar terus pada kita tu, AllahuAkbar itu sudah memang menjadi rezeki kita untuk kita tolong apa yang patut. Allahuakbar.......

~~~~~~~~~~~~~~~

ALHAMDULILLAH

Banyakkan syukur, biar rezeki yang Allah kurnia itu menjadi penyebab untuk kita lebih kasih dan lebih damping dengan Allah.  Orang yang syukur itu sentiasa mensyukuri nikmat.

Wallahu'alam.




Teringat Cucu Masa PKP





Assalamualaikum. Salam di hari Jumaat yang mulia.  
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
Dah masuk 3 bulan tak jumpa cucunda Aisyah, Fateh, Aryan dan Uwais. PKP merubah rutin mingguan dapat jumpa dan bermesra dengan cucu². PKP atas asbab Pandemic Covid 19 telah merubah banyak perkara. Innalillah. Hanya kepada Allah kita bergantung harap. Moga keadaan yang dah berubah ini dapat kembali pulih macam dulu lagi...aamiin


Throw back masa Aisyah dapat balik sekejap 2 bulan lepas. Alhamdulillah..gembira sangat hati mamatok dan papatok..😍🤗


Namun Fateh tak lepas disebabkan tempat Fateh masih dalam Zon Merah. Kesian la..kena patah balik, tak dapat balik rumah mamatok..."polis tak kasi", kata Fateh....🥺🥺


..................................................

Gambar ni kali terakhir dapat jumpa cucu sebelum pkp kembali bermula..dah tak dapat rentas daerah lepas pada tu..

Aryan

Uwais

...................................................

Mamatok lama tak jumpa... tengok² dah besar...Dah tinggi dah semua..






Selesai Dos Kedua Vaksin

Alhamdulillah hari Selasa 3hbOgos2021 saya dan anak yang bongsu selesai sudah mendapat vaksin dos kedua. Semoga Allah beri kesihatan dan dilindungi dari penyakit yang membawa mudharat itu. Mengambil vaksin hanya lah satu usaha, selebihnya kita bertawakkal hanya pada Allah SWT. 

Keadaan pandemik covid 19 sekarang mencatat kes harian yang tinggi, contoh macam semalam 4hbOgos,2021 kes baharu berjumlah 19,819. Allahu Akbar.. bala apakah ini.. Ya Allah..ampuni kami ya Allah.    
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Setiap hari ada saja berita yang didengar, saudara jauh dan dekat, sahabat yang kita kenal, ramai yang telah dijangkiti.  Ada yang baru dijangkiti 2 hari, ada yang baru dijangkiti 5 hari..berita terakhir yang  didengar ada yang telah kembali ke rahmatullah...Allahu.. .Innalillahi wa inna ilaihirojiunnn...😭 Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah dengan ujian ini. Berterusan kita doa agar Allah Taala angkat wabak penyakit ini ke tempat asalnya...moga cepat berlalu wabak penyakit ini InshaaAllah..aamiinn ya robbal alamin.

Nak kongsi sedutan tazkirah seorang ustad dari Riau..kata beliau; Keadaan yang kita lalui sekarang jika kita pandang dari sudut tauhid, ia merupakan qadak dan qadar Allah SWT. Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di mukabumi ini dan yang menimpa kita melainkan sudah ditetapkan, sudah ditulis di dalam kitab Luh Mahfuz sebelum sesuatu perkara itu berlaku lagi. Wabak itu contohnya bermula pada 2019, 2020 sehingga lah sekarang tetapi ianya telah ditulis sebelum Allah menciptakan alam semesta ini, sebelum penciptaan langit dan bumi, sebelum bumi ini diciptakan. Allahu Akbar. Makanya Allah lah yang akan mengangkat wabak ini. Tidak ada yang lain. Kita ini boleh berusaha.. boleh..., berikhtiar boleh. Tapi usaha kita bukan yang menentukan, yang menentukan pada akhirnya ialah Allah Taala. Jadi banyak2 kita berdoa pada Allah SWT agar segera di angkat wabak penyakit covid 19 yang melanda ini...Inshaaallah..aaminnn


Wallahu 'alam.

PANIC BUY - Covid 19

Innalillah.. Dukacita negara kita dan seluruh dunia dilanda gejala Covid 19 yang menggerunkan. Ianya mudah merebak jika dibiarkan maka dari asbab itu kita telah diminta untuk  lock down di rumah masing2. Katanya setakat ini masih boleh keluar jika ada urusan  penting termasuk lah keluar membeli barangan keperluan tapi kena limitkan pergerakan. Sebaik2nya kena betul2 sukarela kuorantin kan diri  di rumah masing2. Perkara ini sesungguhnya siriyes.

Semalam yakni sehari sebelum berkuatkuasanya hari  Kawalan Pergerakan, saya keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang keperluan. Allahu.. Terkejut bila sampai2 je di pintu masuk pasaraya.. Uish parking penuh. Lama melilau cari parking, akhirnya saya park je kereta di luar kotak parking tapi dah pastikan laluan untuk kereta lain lalu tak terhalang.

Masuk2 je ke dalam pasaraya.. Huuu... Penuh sesak dengan orang ramai walhal waktu tu masih pagi  bebeno.. pasaraya baru setengah jam dibuka. Jadinya, perkara ini dah kira buat semua orang dalam situasi kelam kabut. Membeli barangan dalam suasana Panic Buy!



Moga Allah tarik segera wabak ini dari terus berleluasa di mukabumi .. Aamiinnn ya Allah.
Yakin lah kita dengan firman Allah dalam Surah al-Insyirah ayat 5 & 6.

Surah Al-Insyirah Ayat 5:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, {94:5}

Surah Al-Insyirah Ayat 6:

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. {94:6}
~~~~~~~~~~

Mari perbanyakkan amal soleh kita, moga Allah menerima amal baik kita. Dan banyak2 kita bermohon, berdoa pada Allah mintak dihindarkan segera kita semua dari wabak penyakit yang memberi mudharat ini.. Aamiinn ya Allah..

Sepertimana firman Allah dalam Surah al-Insyirah  ayat 7 dan 8...

Surah Al-Insyirah Ayat 7:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), {94:7}

Surah Al-Insyirah Ayat 8:

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). {94:8}
~~~~~~~~~~

Sama2 kita mematuhi. Stay home.
Wallahu'alam.

#dudukrumah
#jagakesihatandanrehat

Akhiran Kisah Bro Bangla


Masa tengah pilih2 bawang, perasan bro bangla yang selalu jaga gerai macam tak ada. Tak nampak pulak kelibat beliau semenjak dua menjak ni. Terus tanya adik yang ganti jaga.. "Dik, mana brader yang selalu tu? Lama akak tak nampak..."

"Ohh yang bangla tu ek kak? Dah berenti dah..."


"Oh..ngapa?"
, cepat2 usul ingin tahu.

"Dah nak balik bangla dah kak..."

"Ooya ke.. anak dia yang kata sakit hari tu caner dah... ok?"


"Dah meninggal dah kak, tu yang dia sedih je time keje... pikiran cam tak tenang, tu yang buat keputusan nak balik sana..."


Innalillahiwainnailaihirajiunn...

...............
........................
..............................

Kisah beliau pernah saya selitkan tak lama dulu (di sini)
Bagi yang pernah terbaca tentu dah tau cerita perihal anak beliau di Bangla yang waktu itu sedang menderita barah otak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Didoakan beliau tabah menghadapi kehilangan orang tersayang, moga mampu menerima ujian ini dengan hati yang redha... aminn.


Kepergian di bulan Syaaban


Pagi2 lagi anak saya dah sampai balik rumah. Shif malam sepatutnya habis pukul 9 pagi tapi jam 7 dah kedengaran bunyi motor abang long di depan rumah. "Eh ngapa cepat pulak pagi ni?", tertanya-tanya saya dalam hati.

"Ibu Meera meninggal Ma...", jelas bang long tanpa sempat saya tanya.

"Innalillahi wainna ilai hirajiunnn.. Ohh, kesian nya Meera.. ngapa bang long, sakit apa? "

"..jatuh dalam bilik air, Ma...
Meera masa tengah keje semalam dapat kol dari kakak dia, gitau... pastu terus masuk ICU... Petang-nya Meera nangis2 kol ofis kata emaknya dah meninggal... semua kat ofis sedih...
Tu yang bang long ngan abang Man. Izhan dan kawan sorang lagi nak pegi melawat pagi ni dekat Sungkai... kebumi InsyaAllah kul 10... nanti pakat2 top-up duit minyak ngan tol rm10 sorang..."


Terkedu dengar berita kematian pagi-pagi. Timbul rasa belas dekat Meera yang baru dua tiga hari lepas tempah kek dari saya. Meera yang merupakan anak bongsu dalam keluarga saing tinggal dengan kakak dan abangnya yang masing2 bekerja di sekitar sini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah yang meninggal di bulan Syaaban bulan yang penuh keberkatan ini, moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... aminnn.. Moga Meera sekeluarga tabah menghadapi kehilangan ibu tersayang di saat beberapa hari lagi akan menyambut Ramadhan. Bersabarlah....
Al-Fatihah.

Blog Archive

KURSUS HAJI 2023

Minggu 1

Pergi Haji

Minggu ke 9

Minggu ke 12

Panggilan ke Tanah Suci bukan soal cepat atau lambat, tetapi rahsia ALLAH yang hadir tepat pada waktunya... إن شاء الله

Umrah♡