Kursus Umrah Tiram


Alhamdulillah, hari Sabtu lalu saya dan en suami berpeluang untuk ikut serta dalam pengisian Kursus Umrah yang dibawa oleh Ustad Fadzrien dari agensi umrah Tiram Travel Rawang


Alhamdulillah sepertimana sebelumnya, perkongsian ustad sangat padat dan begitu bermanafaat buat kami sebagai peserta kursus. Jazakallah ustad, moga ilmu yang dikongsi mendapat rahmat serta keberkatan dari Allah SWT ..aamiinn


Syukur alhamdulillah dapat hadir ke majlis ilmu. Syukur Allah rezekikan untuk dapat mengulang-kaji ilmu berkaitan umrah. Ustad pesan agar kita sentiasa doa moga² Allah beri kelapangan waktu untuk ke Masjidil Haram. Untuk nak ke sana, mesti nak kena dapat jemputan dari Allah. Jadi kena mohon Allah beri waktu, kena mohon Allah beri kesihatan.  Bulan 1 dan 2 adalah musim sejuk di Mekah dan Madinah.  Moga² dapat buat umrah dengan sempurna. Semua memerlukan persediaan fizikal yang banyak. Jadi kena konsisten melakukan senaman dan berlatih berjalan kaki supaya lebih mudah untuk kita melaksanakan ibadah umrah dalam keadaan bersedia.


Perbanyakkan  ucap Talbiyah. Mohon Allah pilih kita jadi tetamu-Nya..aamiinn



UMRAH adalah mengunjungi Baitullah al-Haram dengan mengerjakan ibadah tawaf, saie dan bergunting/bercukur menurut syarat² sah-nya serta wajib-nya.


Syarat² wajib umrah:

  • Islam
  • Baligh
  • Merdeka
  • Berakal
  • Berkuasa/mampu


Persediaan fizikal

✔️Tubuh badan yang sihat dan cergas

✔️Ubat-ubatan /supplement/alat bantuan yang sesuai dan cukup.

✔️Pakaian yang sesuai

✔️Wang belanja yang cukup dan halal.


Persediaan Rohani

✔️Perbetulkan niat. Biar niat kita nak buat umrah semata² kerana Allah Taala.

✔️Perbanyakkan istighfar

✔️Perbanyakkan taubat

✔️Tingkatkan ilmu berkaitan perjalanan dan perlaksanaan ibadah umrah. Contoh: tengok dalam youtube (tapi kena pandai pilih takut berlainan mazhab).


Makanya:

  • Kena bersenam untuk bersedia.
  • Kena banyak berjalan kaki.
  • Bawak ubat paracetamol, ubat batuk dsb. Kalau pergi farmasi biasanya deorang akan tahu dan beri kit ubat-ubatan yang mana perlu dibawa oleh jemaah umrah atau haji. 
  • Bawak baju yang tebal supaya dapat tahan sejuk. Sebabnya musim sejuk Januari dan Februari memang sejuk buat mereka yang tak tahan sejuk. Mudah untuk nak rasa demam. Jadi kena bersedia.
  • Kena pergi dengan ilmu, baru kita dapat buat ibadah dengan yakin. Kena ada ilmu sebelum kita jadi tetamu Allah.


Persiapan Sebelum Berlepas

  1. Telefon pintar
  2. alamat e-mail
  3. Applikasi NUSUK 

Apps ini wajib untuk setiap orang yang mengambil visa pelancong kerana ia perlu untuk permit masuk Raudhah. Setiap orang dia akan check apps ini. Untuk daftar apps Nusuk perlu ada e-mail. Satu e-mail untuk seorang individu, tak boleh kongsi e-mail untuk apps orang lain. Apps Nusuk tetap perlu bagi yang ambil visa umrah untuk permit masuk Raudhah kali ke2 dan ke3. 

Kena check dah dapat visa ke belum. Kena check, pastikan muka, nama dan butiran di visa sama dengan di paspot.

Kalau dah ada visa, dah boleh daftar NUSUK. Nak daftar kena pakai alamat e-mail. Mesti daftar semasa di Malaysia jangan semasa kat sana baru nak daftar NUSUK.

Check blacklist, dikhuatiri ada sekatan.

Kalau pergi dengan MAS, kena check-in secara individu. Dia nak tengok seorang demi seorang.

Jangan terlepas waktu dalam apps NUSUK nak masuk Raudhah. Nak masuk Raudhah elok pergi satu jam sebelum waktu yang ditetapkan sebab kena beratur. 


Jemaah yang ambil visa umrah kena ada e-visa biometrik - >>  jadi kena scan jari. Bagi yang ambil visa pelancong, tak perlu.


RUKUN UMRAH

(1)Niat

(2)Tawaf

(3)Saie

(4)Bercukur/bergunting

(5)Tertib


Rukun umrah datang dalam satu set 5 perkara itu. Walau berulang kali buat umrah sekalipun mesti melalui set ini. Rukun umrah kena buat. Kalu tak buat, tak sah umrah/BATAL.


WAJIB UMRAH

(1)Niat ihram di Miqat

(2)Meninggalkan perkara² larangan dalam ihram.


Kena buat, kalau tak buat tetap sah umrah tapi ada lompong². 

Jadi nak ganti lompong tu maka kena bayar DAM. Contoh1: niat umrah selepas melepasi miqat. Sah umrahnya tapi kena  DAM. Analoginya kata ustad, orang yang solat tapi tertinggal buat tahiyyat awal. Sah solat nya tapi kena ganti dengan buat sujud Sahwi.

Boleh berniat di Malaysia dan tak kena dam sebab belum melepasi miqat. Tapi tu lah, jadi lama lah tempoh duduk dalam ihram. 


NIAT

Niat itu lintasan hati. Boleh buat di mana², bila² masa. Tapi yang menyempurnakan niat umrah kita, kita berniat di Miqat.


CARTA PERLAKSANAAN UMRAH

✔️Niat ihram


✔️Niat di miqat


~miqat: sempadan untuk berniat.

Cth; (Bir Ali - dari Madinah), (Qarnil manazil - niat atas kapalterbang dari Malaysia). Boleh niat ihram di madinah, tak kena dam sebab belum melepasi miqat. Boleh niat ihram di hotel mekah tapi kena dam sebab dah melepasi miqat.



Tak boleh batal niat ihram sesuka hati. 


~ Lafaz niat ihram dan di galakkan niat bersyarat.

Lafaz Niat: Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. 

Jika aku terhalang dengan apa² halangan, maka halal lah aku.


DAM

Dam ada yang boleh dipilih dan ada yang tak boleh dipilih.

Contoh: yang boleh pilih seperti memberi makan 10 fakir miskin, boleh menyembelih kambing dll

*tak semua kesalahan kena dam, jadi rujuk mutawif


✔️Menjaga larangan ihram


Larangan ihram:

(1) Taraffuh

Perkara yang boleh patah balik. Jika sengaja melakukannya kena dam. Namun jika tak sengaja, maka tak kena dam.

Contoh: 

~dalam bab pakaian - cth pakai baju biasa bagi lelaki

~pakai bau-bauan

~hubungan jantina


(2) Itlaf

Contoh:

~bab kecantikan

~alam sekitar.


Yang melibatkan kemusnahan. Tak boleh patah balik. 

Jika sengaja, berdosa dan kena dam. Jika tak sengaja, tak berdosa tapi tetap kena dam.

Cth: cabut bulu kening, tak dapat nak letak balik. cabut pokok, tak dapat sambung balik.  Bunuh belalang, tak dapat hidup balik belalang tu.

Makanya,  jika sikat rambut dan atas perbuatan itu rambut luruh ~》 kena dam. Jadi sebaiknya elakkan menyikat rambut semasa dalam ihram.



✔️Tawaf 


Nak buat tawaf mesti ada wudhu. Mesti suci dari najis. Kena tutup aurat. Kedudukan tempat kita mula bertawaf (dalam linkungan 90° Hajarul Aswad bertentangan isyarat lampu hijau), itu lah tempat selesai kita bertawaf. Jangan terkurang 4 atau 5 langkah kita dah berhenti atau berjalan keluar dari garisan tawaf contoh: bilamana kita nampak mutawif dah selesai dan sedang berjalan keluar dari dataran kaabah kita pun nak ikut keluar sedangkan kita belum sampai di tempat kita bermula. Jadi kena selesaikan dulu, baru keluar dari garisan kita tawaf.







▪️Beridtiba'(lelaki buka bahu kanan)


▪️Sampai di Rukun Yamani..baca lah..' Rabbana atina fiddunnia hasanah wafil akhirotihasanah waqina azabannar..'


▪️Pandang hajarul aswad baca lah, 'Bismillahi Allahu Akbar 3x disertai dengan Walillah hilham'


▪️Tiada satu pun bacaan yang wajib sepanjang tawaf dan saie sebenarnya. Tak baca apa pun tak apa namun seeloknya kita  bacalah atau ucap kan apa² zikir yang inshaaAllah moga² ibadah kita lebih mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT..aamiinn


**๐Ÿ’ŒAlhamdulillah saya mengira pusingan tawaf dan saie sebanyak 7 pusingan dengan yakin melalui zikir

Astaghfirullah hal adzim ~ Pusingan 1 

Subhanallah ~ Pusingan 2

Alhamdulillah ~ Pusingan 3

Allahu Akbar ~ Pusingan 4

Lailaha illallah ~ Pusingan 5

Allahummasolli ala muhammad wa ala ali muhammad ~ Pusingan 6

La khaulawala quwata illa billah ~ Pusingan 7


Terserah pada kehendak atau keyakinan masing² untuk mengira 7 pusingan ini.. Ada yang mengira dengan jari, tasbih, helaian buku kecil dan sebagainya.


Boleh tawaf beralih² garisan asalkan bahu kiri tetap mengirikan kaabah. Jangan berpusing badan.


.....................................

Saya ada bertanya pada ustad tentang bolehkah pakai kasut (yang bersih dan suci dari najis) untuk ganti pakai stokin tawaf yang pernah saya guna sebelum ini.  Kata ustad boleh. Alhamdulillah. 



Dan saya juga bertanya untuk mendapat kepastian, bolehkah pakai sunskrin dan sunblock selepas berwudhu sebelum mula melakukan tawaf. Ustad kata boleh. Alhamdulillah.

.......................................


Setelah selesai tawaf, bergerak keluar dari garisan mencari ruang untuk Solat Sunat Tawaf. Selepas solat, pergi ke tempat minum air zam zam. Niat lah apa² yang kita hajatkan semasa minum air zam zam.


Masa pakai ihram jangan pergi kucup kaabah sebab di kelambu kaabah ada bau wangi-wangian. Selesaikan dulu umrah. Selepas selesai bergunting boleh pergi balik ke kaabah.


Mesti muhasabah selepas buat tawaf, tanya diri adakah sempurna tawaf ku tadi, adakah cukup bilangan pusingan tawaf, adakah masih kekal dalam wudhu semasa tawaf tadi... Bila yakin sempurna baru boleh buat Saei. Tidak sah Saei jika tawaf tidak sah.


✔️Saie


Berjalan berulang-alik sebanyak 7x iaitu dari Bukit Safa ke Marwah(angka ganjil pusingan 1, 3, 5, 7), Marwah ke Safa(angka genap pusingan 2,4, 6). Jadi laluan terakhir ialah Safa ke Marwah. Saie kita akan berakhir di Marwah.


Satu²nya lorong untuk ke tempat Saie ialah bertentangan dengan Rukun Iraqi. Jadi kalau terpisah dari ahli kumpulan, apa² pun inshaaAllah akan jumpa juga di lorong tersebut.


Berbeza dengan tawaf, saei tidak wajib ada wudhu. 






Tawaf ~ jarak lebih kurang 1.5 km (7pusingan)

Saie - jarak lebih kurang 3.4km(7x berulang-alik)


✔️Bergunting/bercukur


Selesai Saie, boleh terus bergunting di kawasan Marwah(jaga² aurat) atau boleh balik bergunting di hotel. Lelaki boleh terus bergunting di Marwah atau boleh bercukur di mana² kedai gunting. (Di bawah hotel Safwa underground banyak terdapat kedai gunting)


✔️Tertib


Sunat Sebelum Ihram

  • Memotong kuku
  • Menanggalkan bulu ketiak, ari²
  • Mengandam misai, rambut
  • Mandi sunat ihram
  • Memakai minyak wangi/bau-bauan(tapi di badan sahaja bukan di pakaian)
  • Memakai pakaian ihram

Lelaki: dua helai kain yang tidak bersarung/berjahit yang bercantum. Tak boleh pakai kopiah. Tak boleh pakai sarung tangan.

Perempuan: tak boleh tutup muka dan pakai sarung tangan.


  • Solat sunat ihram.


................................................


Selagi keberadaan kita di Masjidil Haram, perbanyakkan mengerjakan Tawaf Sunat. Sangat afdal kerana kita berada di Masjidil Haram yang terletaknya Kaabah. Tawaf tidak ada di tempat lain melainkan di Kaabah sahaja. Banyakkan memandang Kaabah. Pandang Kaabah saja pun dah dapat pahala InshaaAllah. Cuba untuk sentiasa solat fardhu dan solat sunat di masjid. Rugi lah kalau dah datang ke Mekah, tapi hanya solat di bilik hotel atau di surau hotel. 


Kena ada ilmu untuk solat jenazah.. kena belajar, biar lebih sempurna. Kerana di sana sentiasa ada kematian. Jadi biasanya kita akan ikut bangun untuk solat jenazah usai solat fardhu.


Nak buat apa² semasa tawaf dan saie, kena berhenti dulu dari berjalan. Nak cari suami/anak/kawan kena berhenti dulu baru pusing belakang atau kiri kanan mencari. Selepas itu, undur 3 hingga 4 langkah, sambung balik tawaf atau Saie. Sebab kita buat Tawaf  hanya untuk tujuan tawaf semata² kerana Allah, bukan tujuan perkara lain.


Sebelum meninggalkan Mekah, kena buat Tawaf Wada'. Iaitu tawaf selamat tinggal.




Ustad ingatkan sekali lagi, ubat yang dibawa jangan cukup², tapi kena cukup.


DI masjid Nabawi, tempoh dapat berada dalam Raudhah biasanya hanya dibolehkan 15minit sahaja. Atas rezeki masing² jika dapat duduk lebih lama, wallahu 'alam.


Selamat mengerjakan umrah buat semua Tetamu Allah. Moga beroleh Umrah yang Maqbullah..InshaaAllah.. Aamiinn


๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ


Blog Matahati Capai 5juta Pengunjung

 




Alhamdulillah hari ini pageview blog Matahati dah capai  angka 5juta.  Allahu..๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ  Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Terimakasih ya semua.  Diharapkan agar isi tulisan dalam blog ini ada manafaatnya buat semua viewer.
Jazakallahu Khoiron sudi berkunjung.

Usaha menulis kiranya dah makin menurun semenjak dua menjak ni, namun saya sesekali masuk melihat² di samping  ulang membaca al-mathurat dan baca tazkirah ustad di majlis ilmu(boleh tengok di SINI

Rasa terharu bila tengok masih tetap ada pengunjung yang konsisten buka dan baca input di dalamnya walaupun blog dah lama tak di-update... Alhamdulillah angka menunjukkan kira² 2.4k datang berkunjung ke blog setiap hari.  Alhamdulillah. 

Moga² usaha kecil penulisan ini ada nilaiannya di sisi Allah. Aamin amin ya Robbal 'Alamin.

Nasi Dagang di Aidil Adha 1443H

 Assalamualaikum




Alhamdulillah kupanjatkan syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat kurniaan Nya. Moga dengan nikmat pinjaman ini dapat terus memberi kesan buat diriku untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat-Mu ya Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~





Selamat Hari Raya Aidil Adha.  Semoga Allah merahmati kita semua dan menerima ibadah sunat kurban kita semua...aamiinn

Semoga jemaah yang sedang mengerjakan ibadah haji mendapat haji yang mabrur..inshaaAllah aamiinn๐Ÿ’•


Labbaikallah hum ma labbaik

Labbaikala syari kala kalabbaik

Innal hamda

Wan nikmata

Lakawal mulk

La syarikalak


Pagi Aidil Adha kali ini diserikan dengan juadah Nasi Dagang. Beras nasi dagang oder 3kg kat Shoppe. Tapi buat 2kg je, simpan 1kg untuk buat lain kali bila² teringat nak makan lepas ni๐Ÿ˜˜


Anak menantu dan cucunda pulang berhariraya rumah mamatok dan papatok. Alhamdulillah syukur lah masih ada kudrat lagi mamatok untuk masak² juadah hari raya. Moga Allah beri kesihatan yang berpanjangan dan dilindungi dari penyakit yang bawa mudharat..aamiin


~~~~~~~~~~~~~~~

Nasi Dagang ni faveret menu en suami dan anaknda๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’Œ


RESEPI NASI DAGANG ada di sini

....dan di sini


Cara Buat Shell-Out



Assalamualaikum.

Nak kongsi cara mudah buat Shell Out...gituuu


Gambar shell out yang disiarkan ialah gambar yang time ramai² berkumpul tempohari. Masak bersama anak² menantu² dan cucu²๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜ 



So ini resepi untuk makan berdua..kau dan aku๐Ÿค—

Bahan dikecikkan portion untuk 2 orang  makan. 


Bahan seafood untuk Shell Out:

Ketam seekor (dipotong 2)

Udang besar 7 ekor

Sotong 3 ekor(sedap jika dapat cari yang bertelor)

Sedikit LaLa(jika ada)


Sayur-sayuran:

Carrot

Brocoli

Jagung


Bahan² kisar/tumbuk***:

1 biji bawang merah besar

1 ulas bawang putih

½ inci halia

1 sudu besar cili giling adabi/ cili kisar

Sedikit belacan


Bahan untuk buat pes/sambal shell out:

Minyak untuk menumis

Bahan yang dikisar/tumbuk***

1 sudu kecil serbuk kari

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

2tangkai daun kari(dileraikan)

1 batang serai (diketuk)

1 asam keping


Cara membuatnya:

Masak air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan jagung, brocoli dan carrot. Bila hampir empuk carrot dan brocoli, angkat. Biarkan jagung empuk dulu baru di-angkat. Seterusnya masukkan barang² seafood mengikut turutan bermula dengan ketam. Bila ketam dah masak, angkat di ikuti dengan udang, sotong dan lala. Toskan semuanya. Air rebusan nak guna untuk sambal shell out.


Cara masak sambal shell out:

Tumis bahan yang ditumbuk/kisar. Bila dah masak masukkan rempah kari. Campurkan sedikit air rebusan. Masak hingga tumisan bertukar warna baru masukkan daun kari yang ditumbuk manja beserta serai. Masak hingga likat dan bersinar baru ditambah sedikit air rebusan, sos tiram, sos cili dan asam keping. Perisakan dengan garam dan sedikit gula. Masak sampai cair² likat baru dicampurkan kesemua barang² seafood serta sayur-sayuran yang telah direbus. Selamat berShell-Out๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ALHAMDULILLAH.


Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...