Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis

Setiapkali selesai majlis ilmu kami tak lupa diperingatkan untuk sama-sama membaca Tasbih Kafarah serta Surah al-Asr.

Doa Kaffarah (pembersih) majlis -
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.

Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.
(Setiap kali Rasulullah SAW duduk di suatu tempat, apabila selesai membaca Al-Quran dan selesai melakukan solat, Baginda mengakhirinya dengan membaca kalimah (Doa') ini.)
Ref:Abu Dawud, Ibn Majah, At-Tirmizi and An-Nasa'i, Ahmad 6/77


Sesudah itu kita sambung dengan bacaan Surah al-Asr.



**update info:
Alhamdulillah, mendapat pencerahan dari seorang ustaz dalam group telegram yang ahli2 group terdiri dari ramai ilmuwan; Ungkapan Tasbih Kifarah yang sering di-ulang sebut oleh mc atau pengerusi majlis di akhir majlis2 ilmu ialah sepatutnya Tasbih Kaffarah. Kifarah memberi maksud denda, kata ustaz. Syukran ustaz.
Terimakasih buat pembaca blog cik azrina yang menggerakkan saya untuk bertanya pada ustaz.
جَزَاكَ اللَّهُ خَيْراً~

Wallahu'alam.


6 comments:

Hamba Allah said...

Terima kasih atas pencerahan. Jazakallahukhoiran.

nur said...

Sama2 tuan

Unknown said...

Tq.. Sy jg berpeluang mendapat ilmu

Shah said...

Nak tanya boleh, ada sesetengah mc yg akn sebut, kita akhiri majlais kita dgn surah al asr dn tasbih kafarah, jadi sy tgk ramailh yg akn baca surah al asr dahulu brulh tasbih kafarah, sepatutnya baca yg mna dulu ye?

Ummunusair said...

Baca surah alasr dan tasbih kaffarah dgn mengangkat tangan seperti berdoa. Adakah releven?

Anonymous said...

Berapakah bilangan ulangan yang perlu kita baca surah kaffarah ini apabila selepas tamat sesuatu majlis? Adakah sekali sahaja ulangan atau dua mahupun tiga kali ulangan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...