Menu Kelantan

Alhamdulillah dua hari berturut² masak menu Kelantan. Nasi Dagang dan esoknya  pula Nasi Kerabu. Orang Kelantan kannn jadi tekak pun makanan klate laa..

Hi hi


Mula² tu buat Nasi Dagang. Ada lebihan beras nasi dagang yang lebih buat semasa raya aidilfitri tempohari. Jengok dalam peti tinggal dalam secawan je pun, jadi la. Dah banyak dah tu  bila dah jadi nasi dagang, makan berdua suami isteri je.. alhamdulillah.  Baru² ini jiran sebelah ada bagi ikan tongkol seekor dan ketam 7 ekor. Ketam dah selamat buat masak lemak dua tiga hari lepas. 


Alhamdulillah dapat jiran yang suka berbudi. Beras nasi dagang tu pun deorang yang kasi dulu tu. Jakallahu khoiron..moga Allah beri balasan yang baik..amin.


En suami nanpaknya sukahati dapat makan nasi dagang.  Maklum lah selalu tu  dapat rasa nasi dagang time raya je la...ha ha ha.. Resepi nasi dagang boleh tengok kat SINI.


Selesai bab nasi dagang, semalam beralih ke menu Nasi Kerabu pula. Alohhh, nak kata terlebih rajin tu tak jugak...hi hi... Buat tu sebab pikir dalam freezer dah ada belen sambal kelapa dan tumis nasi kerabu yang buat masa kesemua anaknda, menantu dan cucunda balik masa mula² keluar pengumunan dapat rentas daerah dua minggu lalu. 


Jadi okay la tu, bahan² utama nasi kerabu dah ada, tinggal hiris² ulam je alhamdulillah.  Lauknya, Ikan Kerisi Goreng dan telor masin... alhamdulillah🍀


Resepi Nasi Kerabu ada di SINI.

Allahu...Menu Kelantan dan diriku berpisah tiada...🤗🤗😅

Oh ya❗️Saya sebenarnya ada blog masak², fzMenu diberi nama. Jemput lah ya singgah, boleh tekan link INI💞

🍀🍀🍀


Btw....Sempena dah boleh rentas daerah ni, sama² la kita kekalkan patuh SOP..sentiasa pakai facemask, jaga jarak, tidak berkumpul ramai² dalam ruang yang sempit dan elakkan diri pergi ke tempat yang sesak.  Pandemik  covid19 dah merubah gaya hidup kita dari yang selama ini bebas ke sana sini, sebelum ini asal jumpa kawan je  kita muslimah ni bukan setakat bersalam-salaman tapi bertemu pipi dengan pipi tanda mesra alam persahabatan. Makanya sekarang amalan sedemikian tidak lagi boleh diteruskan sebab masing² jaga SOP.  Namun ikatan ukhwah mesti terus terjalin, ada alternatifnya antara lain melalui medsos inshaaAllah. 


Teringat kata² ustad, selama hidup ni, buat baik je. Sambung silaturrahim . Jika terlintas di fikiran kita nak buat yang tak baik cepat² ingat akan kehidupan kita selepas mati yang akan ditempuh. Neraca mizan, titian sirat...semua itu tidak akan jadi mudah bagi kita jika berterusan kita mengumpul dosa. Ayuh...buat baik untuk rebut pahala dan mendapat redho Allah. Buat hanya yang  baik untuk akhirat kita....inshaaAllah..aamiinn💌



Keladi Cat Tumpah


Alhamdulillah cantik sangat keladi yang nama Cat Tumpah ni. Merah pekat sebelah, hijau pekat sebelah..itu lah identiti Keladi Cat Tumpah ini. Ada daya tarikannya yang tersendiri, itu yang memang tak jemu dipandang.



Alhamdulillah, asal² nya dapat baka keladi Cat Tumpah ini dari kawan en suami. Tak sangka keladi yang di offer suruh datang ambil di rumahnya itu rupa²nya keladi Cat Tumpah yang sangat viral di pasaran. Tiga daun kecil je ada orang jual sampai harga rm200. Dan lagi khabarnya pokok yang hanya ada sehelai daun kecil je pun dah rm60. Allahu...alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka dapat Cat Tumpah free di saat² id keladi ini tengah hit di pasaran. ALHAMDULILLAH. Jazakallahu khoiron Cikgu🍀


Kerabu Bayam Brazil


Alhamdulillah semalam cuba buat kerabu simple pakai bayam brazil. Ya Allah sedap sangat rasa dia. Resepi kerabu versi sempoi ni inshaaAllah boleh selalu di-ulang buat sebab mudah dan cepat nak menyediakannya. Pakai bahan² yang mudah² yang ada kat dapur je alhamdulillah. 
Ulam Bayam Brazil

Jom cuba buat Kerabu Bayam Brazil ni... Tqsm buat sahabatku Ana, isteri en Brahim. Idea nak buat kerabu simple ni dapat dari Ana..Jazakillahu Khoiron💌



Kerabu Bayam Brazil

Bahan yang perlu ada:

  • Bayam Brazil
  • 1 bunga kantan
  • 1 biji bawang merah sederhana besar @ separuh bawang Holland
  • 1 @ 2 Cili api
  • Ikan bilis segenggam
  • Garam
  • Gula
  • Air perahan limau nipis @ limau kasturi @ lemon


Cara membuatnya:

  1. Goreng ikan bilis, angkat.
  2. Mayang bawang merah atau bawang holland, hiris bunga kantan, hiris cili api
  3. Basuh bersih bayam brazil kemudian tos, hiris 2 atau 3 hiris bayam brazil jika suka.
  4. Gaul semua, perisakan garam gula, air asam limau nipis/limau kasturi. Dah sedia untuk dihidangkan alhamdulillah.🤗

***
Boleh je kalu nak tukar pakai ulam lain contoh pegaga kampung. Atau campur ulam-ulaman lain. Semua pasti sedap  dan menambah selera inshaaAllah🌸👍

Cara Guna Mesin Rumput Okazawa


Alhamdulillah..dah 17 tahun pakai khidmat mesin rumput. Tapi yang ini mesin kedua. Yang mula² dulu sempat guna banyak tahun juga la sebelum ianya expired. Senang ada mesin sendiri, bila nampak macam dah mula semak tu, bila tengok rumput dah mula panjang, kemuncup pun makin gigih naik, hah en suami pun... vroom vroom vroom....mesin rumput. Kiranya dah jadi tugas rutin en suami tiga minggu sekali.


Tapi kan...hanya en suami je yang ambil tugas tersebut dan yang tau pasal² mesin rumput itu. Anak yang sulung ada la sekali sekala tolong time ada kat rumah. Mesin lama dulu tu, kalu ada rosak apa², en suami lah angkut bawak naik kereta dan hantar repair. Banyak kali juga la dulu tu pergi hantar repair sampai lah akhirnya dah tak dapat di repair lagi. Itu yang beli baru ni. Dah banyak RM dapat dijimatkan bila mesin sendiri rumput. Kalau tak, kena upah orang mesin memang harus melayang paling kurang rm100 la sekali upah mesin...huuuu


Jadi saya pun minta en suami tunjukkan step by step cara bagaimana nak gunakan mesin Okazawa ini. Senang, kot abang(anak sulung) pun boleh tolong mesin rumput lepas ni bila²  time papa tak larat. He he...


Cantik mesin rumput kami, ada iras² kereta Ferrari gitew...haha


Cara guna mesin rumput Okazawa:

Mula² pastikan mesin tu dah ada minyak ke belum. Kalau belum, isi minyak dulu.


Lepas dah selesai guna, kena tutup macam ni. Lepas tu rumput² yang dah dimesin tu boleh lah tuang buang kat pokok² pisang atau pokok rambutan buat baja. Sebelum nak simpan balik mesin tu, kena la basuh biar bersih ya...tapi elok² jangan sampai air masuk ke dalam mesin. 




Alhamdulillah clear laman...🌱☘🌿🍀

Jangan Berdusta

 


Allah Ta'ala berfirman:

yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau turut apa yang tidak engkau mengerti."   (al-Isra': 36)


Allah Ta'ala juga berfirman:
"Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib - pencatat kebaikan - dan 'Atid - pencatat keburukan."       (Qaf: 18)


Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya kata benar itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan kepada syurga dan sesungguhnya seseorang itu niscayalah berkata benar, sehingga dicatatlah ia di sisi Allah sebagai seorang yang ahli berkata benar.
Dan sesungguhnya kata dusta itu menunjukkan kepada kecurangan dan sesungguhnya seseorang itu niscayalah berkata dusta sehingga dicatatlah ia di sisi Allah sebagai seorang yang ahli berkata dusta."       (Muttafaq 'alaih)


Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi SAW bersabda:
"Empat macam perkara, barangsiapa dalam dirinya terdapat semua perkara itu, maka ia adalah seorang munafik murni dan barangsiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu daripada empat perkara tadi, maka ia telah memiliki satu macam sifat dari kemunafikan, sehingga ia meninggalkan sifat itu, yaitu: apabila ia dipercaya -berkhianat, apabila berkata -berdusta, apabila berjanji -menyalahi janjinya dan apabila bertengkar -jahat kelakuannya."        (Muttafaq 'alaih)


Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Nabi SAW bersabda: "Sesangat-sangatnya dusta yang diperbuat ialah apabila seseorang itu mengaku bahawa kedua matanya melihat sesuatu - dalam impian - yang sebenarnya tidak dilihat - atau diimpikan."       (Riwayat Bukhari)

Sarapan Nasi Lemak Homemade


Nak kisahkan cerita semalam. Pagi² teringat nak makan nasi lemak. Hah okay lah...pikir² bahan pun mudah² je cumanya timun batang yang tak ada. Jadi kita jangan pikir apa yang takde, kita guna je apa yang ada..he he..


Mula ² sekali tengok dalam peti ..aduss! Telor tinggal dua biji..macam tau² rezef untuk buat nasi lemak pagi ni..alhamdulillah.

Okay, ambil telor, basuh lalu rebus. Sukat beras 2pot, basuh dan masak nasi. Sukat air paras hampir dengan sukatan 2 pot..selebihnya tambah santan kotak dalam setengah kotak kecil santan  brand SAJI. masukkan daun pandan sehelai yang disimpul, seketul kecil halia yang dipotong dua dan satu sudu kecil paras garam. Tekan ON rice cooker.


Basuh kacang tanah, goreng. Menggunakan minyak yang sama, goreng pula ikan bilis. Gantikan minyak lain, goreng pula terung(hiris memanjang) di-celop tepong.


Kemudian tumbuk 2 biji bawang merah, tumis. Dan masukkan dua sudu besar cili giling ADABI. Tumis sampai masak sambil masukkan sekeping kecil asam keping, sedikit belacan, garam dan gula. Masukkan sedikit ikan bilis yang dah digoreng tadi. Bila tumis dah bertukar warna agak gelap tambahkan air panas dan masak hingga tumisan kembali likat sedikit, tutup api.


Alhamdulillah...DONE nasik lemak untuk sarapan yang enak pagi kelmarin. Happy my en suami..alhamdulillah.


Ni cucu pon tegur nasi lemak mamatok...cucu support member😅🤗



Alhamdulillah..life is about choices. Semua terletak pada kita nak memilih apa² sekalipun dengan izin Allah. Contoh untuk bersarapan...kita boleh pilih untuk hanya makan roti gardenia sapu jem/butter, boleh kalau nak hanya minum nescafe cicah biskut atau pun boleh je kalau nak keluar beli sarapan di luar.... tapi kalau lah di saat sedang berkira² nak makan apa tu, renungkan sebentar kalau kita masak apa² buat pasta goreng ke bihun goreng ke, nasi goreng ke(kalau ada nasi lebihan semalam) atau buat nasi lemak ke....lahai akceli sekejap sangat ambik masa. Dan kita dan en suami kita inshaaAllah akan really enjoy the food...sebab homemade kannnn.... pasti terjamin kebersihannya...sedap tu inshaaAllah Allah akan bagi rasa sedap sebab masak dengan kasih sayang bukan dengan stress atau sebab terpaksa...he he🤗👍👍

Sekadar tip hargai nikmat kehidupan...alhamdulillah💌💌💌


Selamat sambut hari Merdeka ke 64... 31 0gos 2021.

Moga bertambah taqwa inshaaAllah🤍...... kita hargai nikmat hidup ini🌼 



🍀🌱🌿☘🍀🌱☘🌿



Jangan Mengadu Domba

 


Allah Ta'ala berfirman:

"Jangan pula engkau mematuhi - orang yang suka mencela, berjalan membuat adu domba."   (al-Qalam: 11)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Tiada seseorang itu mengucapkan sesuatu perkataan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib - pencatat kebaikan - dan 'Atid pencatat keburukan."   (Qaf: 18)

Dari Hudzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak dapat masuk syurga seseorang yang gemar mengadu domba."   (Muttafaq'alaih)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w berjalan melalui dua kubur, lalu bersabda:  "Sesungguhnya dua orang mati ini disiksa, tetapi tidaklah mereka disiksa kerana kesalahan besar. Ya, tetapi sebenarnya besar juga.  Adapun yang seorang di antara keduanya itu dahulunya - ketika di dunia - suka berjalan dengan melakukan adu domba, sedang yang lainnya maka ia tidak suka menghabiskan samasekali dari kencingnya - yakni di waktu kencing kurang memperdulikan kebersihan serta kesucian dari najis."   (Muttafaq 'alaih)  Ini adalah lafaz dari salah satu riwayat Imam Bukhari.

Dari Ibnu Mas'ud r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:  "Tahukah engkau semua, apakah kedustaan besar itu?  Yaitu Namimah atau banyak bicara adu domba antara para manusia."   (Riwayat Muslim)

Suara Cucunda Aisyah dan Fateh



Alhamdulillah dapat dengar suara cucunda di musim PKP ini, walau pun tak dapat jumpa. Kalau bukan melalui videokol, kami berbalas kata melalui wasap voice. Ada beberapa part yang mamatok save-kan... boleh lah dengar² balik bila teringat cucu...


Aisyah and Aryan💌💌💌


Ni pulak suara Fateh... 


Ni  kiriman video Uwais...dah besar Uwais🥺


Ni time fateh nak gi school...mamatok n papatok bye




Hidup Ini Medan Ujian




Astaghfirullah....

Terkedu sekejap tadi....terganggu kejap fikiran mengenangkan perbualan saya dengan seorang  rakan. Kak Jah(bukan nama sebenar) kadang² ada singgah jumpa saya. Tapi tadi bukan datang nak jumpa saya pun. Terserempak masa turun dari kereta, dan time tu pula kak Jah lalu. Terus kak Jah berhenti menyapa.


Kak Jah bagitau, dia datang nak jumpa orang pejabat untuk nak tanya duit zakat. Duit dah habis katanya, sambil tangan cepat² mengambil purse nya untuk ditunjukkan pada saya purse nya yang kosong.  "Tadi lepas beli barang sikit ni( sambil tunjukkan sedikit barang keperluan yang baru dibeli), dah abis duit...sekeping 10inggit pun takde. Anak pun takde gaji sekarang ni dah tak kerja sejak pkp ni kan...", kak Jah bercerita tanpa dipinta.


Aduhh... itu tadi tu yang buat terkedu tu.  Tambah terkedu lagi bilamana masa saya hulurkan sedikit bantuan(sikit je pun) dan beberapa keping facemask pada kak Jah, kak Jah kata... "Lahai timakasih macam datang mintak sedekah pulak akak ni." 

Sambung kak Jah, "mask muka ni ada ni akak selalu basuh..." sambil tunjukkan mask yang sedang dipakainya. Allahu...facemask pakai buang kot kak Jah kata selalu basuh dan pakai balik.  Nak menangis pun ada rasa tadi dengar. Saya pun bila tengok pada suasana macam boleh cakap, terus ambil peluang bagitau..."ermm.. kak Jah.. eloknya kena terus buang kak Jah mask tu lepas dah pakai sehari, rasanya macam takleh basuh rasa..."


Jawab kak Jah..." alaaa....takpe akak sambil mesin baju tu akak masuk sekali. Dah bersih tu, boleh la pakai balik..."


Allahu🥺🥺😭


Sesungguhnya memang betul² kejadian ada orang yang dalam kesulitan. Yang sedang susah memang betul susah. Bukan saja². Bukan dia tak usaha, tapi ada kisahnya sendiri yang kita sebagai orang lain ni tak boleh nak tolong judge orang. Tak boleh nak suka² kata orang ni takde ikhtiar ke nak kerja atau tak usaha meniaga, kata orang tu pemalas, hanya harapkan bantuan je dan sebagainya. Sama² kita muhasabah diri, hidup ini medan ujian. Hari ini kita tengok orang lain susah, tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku di kalangan keluarga kita. Mari kita bantu kawan² yang dalam kesulitan. Yang Allah hantar terus pada kita tu, AllahuAkbar itu sudah memang menjadi rezeki kita untuk kita tolong apa yang patut. Allahuakbar.......


~~~~~~~~~~~~~~~


ALHAMDULILLAH

Banyakkan syukur, biar rezeki yang Allah kurnia itu menjadi penyebab untuk kita lebih kasih dan lebih damping dengan Allah.  Orang yang syukur itu sentiasa mensyukuri nikmat.

Wallahu'alam.



Rajin Bersedekah


Bismillah


Allahu...terkesan dengan cerita seorang insan kaya yang rajin menginfakkan hartanya ke sana sini. Beliau ini yang diperhati suka bersedekah secara peribadi pada orang yang mohon bantuan,  rajin masukkan duit ke dalam tabung masjid, suka infak untuk pembinaan surau/masjid/sekolah tahfiz, selalu bantu anak² yatim dan beliau juga suka bantu masukkan duit secara online bagi orang yang di dalam kesulitan.


Bila ditanya... "Tuan tak rasa sayang ke duit banyak habis macam tu je..."

Jawab beliau, "erm.. sebab sayangkan harta saya-lah saya simpan sana sikit, simpan sini sikit.. Harta itu lah mudah-mudahan menjadi simpanan saya di sana nanti inshaaAllah. Kalau yang di dalam bank tu bukan simpanan saya, itu barang yang nak ditinggal, bukan yang dapat dibawa.."


Allah Allah Allah...terus jadi bersemangat untuk nak rajin² bersedekah bila dengar kata² hamba Allah ini. 

Ya Allah bantu hamba jadi hambaMu yang rajin bersedekah...amin ya robbal alamin

~~~~~~~~~~~~~~~~~


Firman Allah dalam surah al-Munafiquun ayat 10,

yang bermaksud;

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. {63:10}



Jadi Insan Yang Baik


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah hari ini hari Jumaat 4Muharram 1443H, baru beberapa hari kita berada di tahun baru Hijrah. Sama² kita usaha untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa di sisi Allah inshaaAllah...amin.

Sempena bermulanya tahun baru, teringat suatu peringatan yang didengar rasanya elok dikongsi bersama. 

Dikatakan, individu yang baik akan kekal baik walau ditempatkan di mana sekali pun. Orang yang begini, dia istiqamah...tak jemu² dia berbuat baik.

Kejayaan di dunia akan tercapai jika amalan ikut akal yang mengikut syariat Allah Taala. 

Ingat bahawasanya:

#Setiap perbuatan akan dihitung

#Maka fikir dulu sebelum bertindak

#Kekang hawanafsu


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Firman Allah dalam Surah An-Najm  Ayat 40 dan 41:

Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maka carilah bekal kerana sebaik-baik bekal adalah taqwa.  

Setiap masalah yg datang adalah ujian bagi orang² beriman. 

Banyakkan sedekah. 

Jauhi permusuhan antara kita.

Umat Islam mesti bersatu.

Selawat yang banyak, mudah-mudahan Allah tempatkan kita bersama kekasih kita junjungan Nabi SAW.. Aamiinn



Doa Istikharah


Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah. 
Dalam hidup ini kita berhajat hanya pada Allah. Maka hanya Allah tempat kita memohon dan meminta pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan izin Allah Taala. Maka mari kita sering2 solat Istikharah 2 rakaat lalu kemudiannya kita berdoa ke hadrat-Nya memohon petunjuk Allah dalam membuat keputusan.. Moga dilorongkan Allah sinar bahagia InshaaAllah.




Ya Allah.. aku beristikharah dengan ilmu-Mu

Mohon kekuatan dengan kekuatan-Mu 
Aku mohon keagungan kurniaan-Mu

Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku 
Kau mengetahui juga tidak aku 
Maha mengetahui yang ghaib

Ya Allah jika ini baik bagiku
Agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini
Maka tetapkanlah 

Kau mudahkanlah

Dan berkatilah aku padanya

Ya Allah jika ini buruk bagiku
Agamaku dan kehidupanku
Juga natijahku selepas ini
Maka jauhkannya dariku
Juga jauhkan aku darinya

Tetapkan aku dengan kebaikan
Sebagaimana yang sepatutnya

Kau jadikanku meredhainya   


 Amin ya Allah   

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Menurut hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari Al-Quran. 

Baginda SAW bersabda:
yang bermaksud: Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa.

Baginda SAW bersabda: yang maksudnya; Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. 
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.



Jangan Mendengar Umpatan

 


Allah Ta'ala berfirman:

"Jikalau mereka - yakni orang-orang mu'min - mendengar kata-kata yang tidak berguna, maka mereka berpaling daripadanya..."   (al-Qasas: 55)


Allah Ta'ala juga berfirman:
"Orang-orang mu'min ialah orang-orang yang berpaling dari kata-kata yang tidak berguna."   (al-Mu'minun: 3)


Allah Ta'ala berfirman pula:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu semua akan diberi pertanyaan - tentang apa-apa yang dilakukan masing-masing.        
(al-Isra': 36)


Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperolok-olokkan keterangan-keterangan Kami, hendaklah engkau menghindarkan diri dari mereka itu, sehingga mereka membicarakan perkara yang lain.  Dan jikalau engkau terlupa kerana godaan syaitan, janganlah engkau terus duduk sesudah teringat itu bersama-sama dengan orang-orang yang menganiaya.  (al-An'am:68)


Dari Abuddarda' r.a. dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Barangsiapa yang menolak dari keperwiraan saudaranya - seperti mencegah orang yang hendak mengumpat saudaranya itu di hadapannya. maka Allah menolak diri orang itu dari neraka pada hari kiamat." - Saudara yang dimaksudkan ialah orang yang sesama Muslim atau mu'min.
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Jangan Mengumpat

 


Allah Ta'ala berfirman:

"Janganlah sebahagian di antara engkau semua itu mengumpat sebahagian yang lainnya.  Sukakah seseorang di antara engkau semua makan daging saudaranya dalam keaadaan ia sudah mati, maka tentu engkau semua membenci.  Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Menerima taubat lagi Penyayang."   (al-Hujurat:12)

Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Dan janganlah engkau turut apa yang engkau tidak mengetahui, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu semua akan diberi pertanyaan - apa saja yang telah dilakukan olehnya."   (al-Isra': 36)

Allah Ta'ala juga berfirman:
"Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib - pencatat kebaikan - dan 'Atid - pencatat keburukan."     (Qaf: 18)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik atau - kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja."   (Muttafaq'alaih)

Dari Abu Musa r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, manakah kaum Muslimin itu yang lebih utama?"  Beliau s.a.w menjawab: "Yaitu yang orang-orang Islam lain merasa selamat daripada gangguan lisannya - yakni perbicaraannya - serta dari tangannya."   (Muttafaq'alaih)

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:  "Rasulullah s.a.w bersabda:  Janganlah engkau semua memperbanyak kata, selain untuk berzikir kepada Allah Ta'ala sebab sesungguhnya banyaknya perbicaraan, kerasnya hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras." - yakni enggan menerima petunjuk baik.    
(Riwayat Termidzi)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:  Rasulullah s.a.w bersabda:  "Barangsiapa yang dijaga oleh Allah akan keburukannya yang ada di antara kedua rahangnya - yakni mulut - dan keburukannya apa yang ada di antara kedua kakinya - yakni kemaluan, maka dapatlah ia masuk syurga."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Adakah engkau semua mengetahui, apakah mengumpat itu?" Para sahabat menjawab:  "Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui."  Beliau s.a.w bersabda:  "Yaitu engkau menyebutkan sesuatu yang ada dalam diri saudaramu dengan apa-apa yang tidak disukai olehnya."  Beliau s.a.w. ditanya: "Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau dalam diri saudara saya itu memang benar-benar ada apa yang dikatakan itu?" Beliau s.a.w menjawab: "Jikalau benar - sungguh-sungguh engkau telah mengumpatnya dan jikalau tidak ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah membuat-buat kedustaan pada dirinya."   (Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a., katanya:  "Rasulullah s.a.w. bersabda:  :Ketika saya dimi'rajkan, saya berjalan melalui suatu kaum yang mempunyai kuku-kuku dari tembaga yang dengan kuku-kuku tadi mereka menggaru-garukan muka serta dada-dada mereka sendiri.  Saya bertanya: "Siapakah mereka itu, hai Jibril?"  Jibril menjawab: "Itulah orang-orang yang makan daging sesama manusia - yakni mengumpat - dan menjatuhkan kehormatan mereka."   (Riwayat Abu Dawud)


Teringat Cucu Masa PKP





Assalamualaikum. Salam di hari Jumaat yang mulia.  
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
Dah masuk 3 bulan tak jumpa cucunda Aisyah, Fateh, Aryan dan Uwais. PKP merubah rutin mingguan dapat jumpa dan bermesra dengan cucu². PKP atas asbab Pandemic Covid 19 telah merubah banyak perkara. Innalillah. Hanya kepada Allah kita bergantung harap. Moga keadaan yang dah berubah ini dapat kembali pulih macam dulu lagi...aamiin


Throw back masa Aisyah dapat balik sekejap 2 bulan lepas. Alhamdulillah..gembira sangat hati mamatok dan papatok..😍🤗


Namun Fateh tak lepas disebabkan tempat Fateh masih dalam Zon Merah. Kesian la..kena patah balik, tak dapat balik rumah mamatok..."polis tak kasi", kata Fateh....🥺🥺


..................................................

Gambar ni kali terakhir dapat jumpa cucu sebelum pkp kembali bermula..dah tak dapat rentas daerah lepas pada tu..

Aryan

Uwais

...................................................

Mamatok lama tak jumpa... tengok² dah besar...Dah tinggi dah semua..






Selesai Dos Kedua Vaksin

Alhamdulillah hari Selasa 3hbOgos2021 saya dan anak yang bongsu selesai sudah mendapat vaksin dos kedua. Semoga Allah beri kesihatan dan dilindungi dari penyakit yang membawa mudharat itu. Mengambil vaksin hanya lah satu usaha, selebihnya kita bertawakkal hanya pada Allah SWT. 

Keadaan pandemik covid 19 sekarang mencatat kes harian yang tinggi, contoh macam semalam 4hbOgos,2021 kes baharu berjumlah 19,819. Allahu Akbar.. bala apakah ini.. Ya Allah..ampuni kami ya Allah.    
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Setiap hari ada saja berita yang didengar, saudara jauh dan dekat, sahabat yang kita kenal, ramai yang telah dijangkiti.  Ada yang baru dijangkiti 2 hari, ada yang baru dijangkiti 5 hari..berita terakhir yang  didengar ada yang telah kembali ke rahmatullah...Allahu.. .Innalillahi wa inna ilaihirojiunnn...😭 Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah dengan ujian ini. Berterusan kita doa agar Allah Taala angkat wabak penyakit ini ke tempat asalnya...moga cepat berlalu wabak penyakit ini InshaaAllah..aamiinn ya robbal alamin.

Nak kongsi sedutan tazkirah seorang ustad dari Riau..kata beliau; Keadaan yang kita lalui sekarang jika kita pandang dari sudut tauhid, ia merupakan qadak dan qadar Allah SWT. Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di mukabumi ini dan yang menimpa kita melainkan sudah ditetapkan, sudah ditulis di dalam kitab Luh Mahfuz sebelum sesuatu perkara itu berlaku lagi. Wabak itu contohnya bermula pada 2019, 2020 sehingga lah sekarang tetapi ianya telah ditulis sebelum Allah menciptakan alam semesta ini, sebelum penciptaan langit dan bumi, sebelum bumi ini diciptakan. Allahu Akbar. Makanya Allah lah yang akan mengangkat wabak ini. Tidak ada yang lain. Kita ini boleh berusaha.. boleh..., berikhtiar boleh. Tapi usaha kita bukan yang menentukan, yang menentukan pada akhirnya ialah Allah Taala. Jadi banyak2 kita berdoa pada Allah SWT agar segera di angkat wabak penyakit covid 19 yang melanda ini...Inshaaallah..aaminnn


Wallahu 'alam.

Cekodok Durian/Jeput Durian


Alhamdulillah, bila ada durian ni mesti lah teringat nak buat cekodok @ jeput durian. Tersangat sedap sebab buat versi yang ada inti gitu bukan campur terus durian ke dalam tepung. Ikut cara arwah bondaku yang selalu buat jeput durian untuk sarapan/minum petang...

Dulu pernah post pasal jeput durian ni dalam blog masak² saya fzmenu (sila klik). Di ulang posting sekali lagi dalam blog matahati buat yang mencari² resepi cekodok durian yang extra sedap ini🤗

Mudah saja cara membuatnya:

  • Isi durian digaulkan dengan gula (sebagai inti)
  • Tepung digaulkan dengan air dan sedikit garam, tahap kepekatan macam nak buat cekodok pisang 
  • Inti kemudiannya diambil sebesar ibu jari kemudian disalutkan dengan adunan tepong, terus digoreng dalam minyak yang penuh. Ulangi proses sehingga habis kedua2 inti dan tepong.

Dalam 15 minit dah siap dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas tapi hati-hati... intinya yang panas boleh buat melecur lidah.... :))

 

*** nota: untuk memudahkan kerja2 menyalut, bulatkan siap2 inti dan biarkan di bawah saji sejam dua sebelum nak mula menggoreng. Jika dibiarkan beberapa ketika, inti durian akan mengering dan senang untuk disalut tepong.

 





PC Baru Jenama DELL


Alhamdulillah tiba² je hari ni dapat tengok blog kat pc. Dah lama sebenarnya tak guna pc..sejak² pc yang lama dulu tu rosak terus tak diganti. Ada beli netbook Asus (ada dikisahkan di SINI dan di SINI) tak berapa lama lepas tu dan ada juga pakai Tab A Samsung untuk sambung² blogging. Selebihnya guna henfon je lah bila sesekali datang teringat nak update blog... hi hi

Jadi hari ini 29Julai2021 dalam kita masih di dalam PKP atas asbab pandemik Covid19(moga Allah hilangkan wabak penyakit ini.. aaminn...), makanya kami suami isteri decide untuk ada pc baru. Banyak masa saya keseorangan di rumah sehari², jadi dengan adanya pc ini boleh lah isi masa sesekali dengan blogging InshaaAllah. Teringat kata² suami satu masa dulu, saya ni full time blogger, katanya..ha ha ha

Dan tadi menantu ada mengusik kata..road to 5 million la mama ada pc baru ni...ha ha ha.. InshaaAllah  aminn amin amin

Namun sesungguhnya niat menulis blog hanya lah untuk berkongsi sesuatu yang bermanafaat InshaaAllah. Moga menjadi asbab kebaikan, moga ada nilainya di sisi Allah...aaminnn

Pc yang kami beli hari ini berjenama DELL. Mulanya masa diskas dengan en suami, nak cari pc hp, sebab teruja tengok pc baru anak saya yang boss nya hantar via Lalamove untuk kerja ofisnya(anak wfh). Tapi bila pergi ke kedai komputer berhampiran, yang dipamerkan hanya tinggal pc DELL. Okay la tu, kiranya dah rezeki kami pc DELL. 

Rasa teruja sangat dapat pc baru. Tqsm en suami bersetuju dengan permintaan saya untuk dapatkan pc baru. Jazakallahu Khoiron.... Alhamdulillah Allah TQ Allah TQ...




Tanah Perkuburan Bukit Beruntung



Allahu... terkesan bila tengok video ini. Alhamdulillah terimakasih buat Imam Firdaus yang berkongsi gambar dan video tanah kubur Bukit Beruntung. Jazakallahu khoiron ustaz....🥺

Rasa hiba hati mendengarkan muzik latar video bilamana wajah cucunda yang telah disemadikan di sini hampir tiga tahun lalu terbayang di mata. Sedih hati mamatok. Ibraheem Fattah bin Naim Adham, Allah mengambilmu kembali setelah dipinjamkan kepada kami selama 8 bulan. Anak Syurga cucuku Ibraheem Fattah. Innalillahiwa inna ilaihirojiunn. 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون




PEMILIK HATI

Di hadapmu berdiri berserah aku

Jasadku setia namun akalku jauh

Melayang enggan terpisah dengan

Indahnya dunia


Wahai Yang Menerima taubat

Sedarkanku dari terlewat

Dari dosa yang telah kubuat

Dalam fana keasyikan nikmatMu


Wahai Yang Membalikkan hati

Jangan Kau palingkanku dari

Sisi yang takkan dilihat olehMu

Di sana nanti


Ya muqallibal qulubana

Tsabbit qulubana 'ala diinik


Wahai Yang Membalikkan hati

Tetapkannya dalam agamaMu


..........................

Lirik Lagu Pemilik Hati- Idris Samsudin

Lirik di copy n paste dari blog Pelangi Petang.. jazakallah.

....................................


Kembar arwah Ibraheem Fattah ~ Ibraheem Fateh



Dalam kenangan💌






Lempok Durian Zaman Berzaman

Alhamdulillah, hari ini buat lagi Lempok. Baru je minggu lepas buat tapi kacau lempok dalam small portion, jadi sekejap je siap. Minggu lepas tu buat lempok dari 3 biji durian. Agak besar duriannya, berbaloi harga rm50 untuk 3 biji. 

Ini lempok yang buat minggu lepas:


Okeh, berbalik pada kisah buat lempok hari ini, dapat beli durian Batu Kurau yang jiran jual, alhamdulillah dapat harga borong rm70. Banyakkkk...dapat hadiah 2bijik lagi free..ehe..he..

Alhamdulillah..


Jenuh la nak mengupas. Sebab itu mengupas durian nya semalam, hari ni baru kacau lempok.




Jom tengok cara buat lempok. 


Bahan²nya:

  • Ulas² durian (dikupas ¾ dari keseluruhan, ¼ dibiarkan bersekali dengan biji² durian. Perlu ada ulas² durian yang tak dikupas untuk menyedapkan lagi rasa lempok dari aroma biji² durian)

  • Gula dalam semangkuk (kurangkan/lebihkan ikut sesuai rasa dan tengok pada berapa banyak isi durian)

  • Garam dalam satu sudu kecil paras.


Cara memasaknya:

Kacau hingga seghing/hampir kering...sampai biji² durian licin berkilat dan boleh di ambik keluar tanpa terlekat².

💌💌💌💌💌

60% siap

90% hampir siap

Sangat sedap lempok ni. Memang berperisa dan tak jemu dimakan zaman berzaman. Harga lempok pun berganda mahal dari harga dodol dek bahan yang digunakan hanya durian semata, tiada campuran  tepung. Ada juga kabarnya yang tambah masuk tepung sikit, tapi selama yang saya tahu lempok yang bermutu hanya 'kacau" durian sahaja bersama sedikit gula dan garam. 

*boleh tengok pautan link posting LEMPOK DURIAN terdahulu yang dah capai hampir 13k pageview...sila klik


Jom cuba buat sendiri Lempok Durian👌


Sekian wassalam.




Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...