Nasi Beriani Brahim

Alhamdulillah buat lagi Nasi Beriani hari ni. Senang je, pakai perencah segera je.. He he.. 'Perencah Nasi Beriani Brahim' ini memang terbaik. Sangat sedap. Tak payah susah2 pikir nak sediakan bahan2 untuk masak nasi beriani secara manual. Hah pakai Perencah segera ni je.. DONE nasi beriani! Alhamdulillah

Cara2 nak memasaknya, ada tertulis di belakang paket. Kita follow je...he he

Apa2 pon, saya tulis juga ya, senang anak2 nak refer💗

Mula2 kita sediakan bahan2nya:
Untuk Nasi Beriani
Beras Basmathi 2 pot
Air 3   
Ayam 6 keratan
Perencah nasi beriani Brahim
2 sudu besar minyak masak @minyak sapi
1 helai daun pandan
Perahan 1 slice lemon
Kurma/kismis/buah tin serta kacang gajus utk hiasan(utk hari ini gajus tak ada)

Untuk Salsa @ Acar
perahan lemon
1 timun batang
1 biji buah tomato
1 bawang holland(saiz kecil)
Lada merah
2 biji cili padi (jika suka)
Garam
Gula

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, masukkan ayam. Kacau2, masak hingga ayam kecut baru masukkan perencah brahim. Kacaukan lagi, masak hingga agak pekat perencah baru ditutup api.
Basuh beras kemudian susun ayam atas beras. Masuk daun pandan.
Masukkan air sebanyak 3   3/4 pot lalu ON kan rice cooker. Perahkan lemon. Tunggu hingga masak.

Sementara nasi masak, sediakan SALSA atau dalam bahasa kita Acar la..hahaha
Potong dadu timun dan buah tomato. Buang biji kedua2 nya untuk kurangkan ada air dalam Salsa. Potong dadu bawang holland. Cincang lada merah dan cili api. Gaulkan dengan garam, gula dan perahan lemon. Biar secukup rasa tapi lebihkan gula sebab salsa agak sedap jika rasa manis dan masam2.


Bila nasi dah hampir masak, masukkan hirisan kurma dan kacang gajus (gajus sangai dulu ya) 


Alhamdullillah kenyang kami tiga beranak makan nasi beriani tengahari tadi.

**sangat sedap saya gantikan kismis dengan Kurma Ajwa kali ini.. Allahu best sangat rasa nasik💗
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ni nak tunjuk gambar nasi beriani brahim yang mula2 saya cuba buat tempohari..



















Khasiat Jus Timun

Alhamdulillah.. Sekarang ni sangat suka minum jus timun. Timun yang saya maksudkan ialah timun batang yang kita selalu beli untuk buat Nasi Ayam atau Nasi Lemak tu ya..he he

Begitu banyak khasiatnya. Ni saya kopipes dari hasil google ya... 😁Jazakallah buat yang menulis.

~~~~~~~~~~~
Jus timun memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh antaranya
1. Melambatkan penuaan dan melawan radikal bebas
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat melambatkan proses penuaan semula jadi.
2. Mencegah kenaikan tekanan darah
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
3. Membantu menurunkan berat badan
Kadang-kadang kita keliru dengan rasa lapar - apakah badan memerlukan air atau makanan? Kalau anda juga mengalami kekeliruan ini, minumlah dulu sebaik berasa lapar kerana ramai orang tidak sedar badan mengalami kekurangan air. Timun adalah antara sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan.  Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar.
4. Membantu mencegah kanser
Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan, yang membantu merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.

~~~~~~~~

Saya asal2 suka jus timun ni...begini ceritanya... 

Beberapa bulan lepas, saya di ingatkan oleh doktor masa buat first check-up tentang bacaan BP saya yang tahap 'border' . Allahu. Terus kelam kabut cari penawar. Cuba minum jus seleri(batang seleri yang kita buat sup/ tomyam tu) 
Uishh mampu minum takat seminggu je, tu pun sebab kejar date-line nak kena jumpa doktor lagi. Alhamdulillah bila doktor check pagi tu, dengan izin Allah kadar bacaan BP saya okayyyy sangat. Berkat konsisten doa dan usaha tuuu alhamdulillah.. He he

Dan selepas kejadian jumpa doktor hari tu, sori la dah tak mahu dah lagi minum air saleri. Tak berapa nak boleh😂😂Jadi hasil tanya2, ada la yang rekemen Jus Timun. Maka saya pun cuba lah beralih minum jus timun pula. 

Wow!! Best sangat rasa jus timun ni.. Dah la murah harga.. Alhamdulillah syukur Allah bagi solution untuk masalah ini.. Jadi sekarang saya agak rajin la minum Jus Timun yang tersangat lah sedap dan berkhasiat ini. 
Alhamdulillah💗

Nak kongsi cerita, saya blend jus timun pakai 'Personal Blender Smart Touch' sekarang ni..hi hi
Blender jus brand Hanabishi.. Memang best pakai dia. Dapat dua tumbler yang cantik dan sweet sangat kaler.

Cara saya buat jus timun:
(Untuk balang blender biasa)
1 biji timun
2 sudu besar honey/ madu lebah (@ gula)
Air sejuk dalam peti secukupnya.
sedikit ketul ais

**(untuk satu tumbler hanabishi):
  • 1/2 biji timun, 
  • 1 sudu besar honey, 
  • Air satu tumbler


**Kredit to sahabatku Mala yang realisasikan posting saya malam ini. Duk bertangguh sebelum ni nak tulis pasal khasiat jus timun😁



Cara Mudah Masak Sardin


Alhamdulillah makan nasi lauk sardin hari ini..he he.. . Atas permintaan anaknda, nak kongsikan cara saya masak sardin dalam tin ini. Mudah sebenarnya masak sardin kann.. . Semua orang mesti la tau..hi hi.. Tapi nak tulis jugak sebab mungkin cara masing2 berbeza. InshaaAllah boleh dijadikan rujukan buat anak2 yang baru nak cuba2 masak.

CARA MUDAH MASAK SARDIN DALAM TIN

Bahan2:

  • 1 tin sardin saiz kecil
  • 1 labu bawang merah(saiz kecil) 
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 asam keping @asam gelugur
  •  7 biji lada hitam
  • 5@6 hiris Cili merah
  • 3@4 hiris bawang holland

**info: 
~asam keping boleh je diganti dengan  asam jawa/asam limau nipis/asam kasturi/lemon/cuka/sunquik oren

Cara membuatnya:

  1. Asingkan ikan dan sos sardin. Goreng ikan sardin tapi pastikan kuali ditutup semasa menggoreng. Tutup api dapur sebelum nak terbalikkan ikan. Goreng hingga masak tapi jangan sampai ikan jadi keras. Angkat dan ketepikan. 
  2. Gunakan minyak yang sama untuk tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk bersama lada hitam. (bawang kalau hanya nak dicincang saja pun, boleh). 
  3. Setelah itu, masukkan asam keping dan sos sardin. Di-ikuti garam dan gula. Tambahkan sedikit air masak. Masak hingga kaler tumisan sos bertukar jadi gelap sedikit baru dimasukkan hirisan bawang holland dan cili merah.
  4. Alhamdulillah done. Makan dengan nasi panas2 dan telor dadar☺️

Semoga bermanafaat inshaaAllah. 


PANIC BUY - Covid 19

Innalillah.. Dukacita negara kita dan seluruh dunia dilanda gejala Covid 19 yang menggerunkan. Ianya mudah merebak jika dibiarkan maka dari asbab itu kita telah diminta untuk  lock down di rumah masing2. Katanya setakat ini masih boleh keluar jika ada urusan  penting termasuk lah keluar membeli barangan keperluan tapi kena limitkan pergerakan. Sebaik2nya kena betul2 sukarela kuorantin kan diri  di rumah masing2. Perkara ini sesungguhnya siriyes.

Semalam yakni sehari sebelum berkuatkuasanya hari  Kawalan Pergerakan, saya keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang keperluan. Allahu.. Terkejut bila sampai2 je di pintu masuk pasaraya.. Uish parking penuh. Lama melilau cari parking, akhirnya saya park je kereta di luar kotak parking tapi dah pastikan laluan untuk kereta lain lalu tak terhalang.

Masuk2 je ke dalam pasaraya.. Huuu... Penuh sesak dengan orang ramai walhal waktu tu masih pagi  bebeno.. pasaraya baru setengah jam dibuka. Jadinya, perkara ini dah kira buat semua orang dalam situasi kelam kabut. Membeli barangan dalam suasana Panic Buy!



Moga Allah tarik segera wabak ini dari terus berleluasa di mukabumi .. Aamiinnn ya Allah.
Yakin lah kita dengan firman Allah dalam Surah al-Insyirah ayat 5 & 6.

Surah Al-Insyirah Ayat 5:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, {94:5}

Surah Al-Insyirah Ayat 6:

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. {94:6}
~~~~~~~~~~

Mari perbanyakkan amal soleh kita, moga Allah menerima amal baik kita. Dan banyak2 kita bermohon, berdoa pada Allah mintak dihindarkan segera kita semua dari wabak penyakit yang memberi mudharat ini.. Aamiinn ya Allah..

Sepertimana firman Allah dalam Surah al-Insyirah  ayat 7 dan 8...

Surah Al-Insyirah Ayat 7:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), {94:7}

Surah Al-Insyirah Ayat 8:

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). {94:8}
~~~~~~~~~~

Sama2 kita mematuhi. Stay home.
Wallahu'alam.

#dudukrumah
#jagakesihatandanrehat

Kembara Amal ke Kemboja dan Vietnam (part 2)

Alhamdulillah...teringat cerita Kembara Amal belum selesai. Makanya dari SINI, ikuti sambungan kisahnya....


Dalam perjalanan balik dari rumah Ustad Kossim, kami singgah pula di penempatan anak tahfiz perempuan yang di bawah penyeliaan Ustad Zamri(kalau tak silap namanya). Beliau merupakan adik kepada ustad Romly yang menjadi tour guide kami sepanjang hari itu. Di rai'kan  lagi dengan acara makan2 oleh ustad, isteri, mak mertua serta anak-anak tahfiz. Ustad Fadzli, Tok Ketua, Ustad Asmadi serta ahli2 rombongan menyerahkan sedikit sumbangan kepada ustad Zamri sebelum kami  meminta diri pulang. Hari dah lewat, selepas solat maghrib kami mulakan perjalanan jauh balik ke hotel...huuu..penat..kiranya kami cover beratus km dan berjam2 dalam van,  journey di jalanan yang berdebu di bumi Cambodia melawat masyarakat melayu Champa.

Esoknya pagi2 lagi kami semua naik kenderaan tersohor di Kemboja iaitu Tut Tut menuju ke stesen Cruise. Uishh... Teruja sungguh naik Tut Tut, kira termasuk dalam pengalaman indah la.. Hi hi





Kemudian kami menaiki Cruise selama lebihkurang 5jam merentas Sg Mekong menghala ke Vietnam. Tak tau entah berapa kali terlelap atas Cruise sebelum nak sampai boarder Vietnam. Ada sekali dihidangkan dengan kopi vietnam beserta menu roti dan snek ringkas tapi sedap alhamdulillah. Tour guide kami kali ini bernama Razak. Lembut bicara orangnya dan murah dengan senyuman.



Alhamduilillah sampai sudah kami di bumi Vietnam setelah sebelum itu sempat berlabuh sebentar di boarder Vietnam untuk cop pasport sebelum dibenarkan memasuki Vietnam.







Dua van eksklusif dah siap sedia menunggu kami di jeti Chou Doc untuk membawa kami ke destinasi berikutnya. Harus merentas sungai dengan menaiki feri untuk ke kampung melayu. Kami singgah ziarah ke masjid dan madrasah al-azhar.




Ia merupakan penempatan  bagi anak2 tahfiz lelaki. Begitu cantik masjid dan bangunan asramanya serta sangat luas kawasan persekitarannya. Lanskapnya bersekali dengan kawasan tanah perkuburan. Kami langsung solat jamak qasar di sana sebelum menuju ke Surau Mubaraqin di kawasan tempat ibu serta keluarga Razak tinggal. Di surau tersebut kami semua di rai'kan dengan jamuan makan tengahari yang begitu menyelerakan, ada dengan ikan masin sebagai penambat selera.






Misi lawatan diteruskan lagi dengan melawat ke kedai beg tenun serta tempat membuat serta menjual telekong secara borong, tak jauh dari Surau Mubarraqin. Aduhh banyak bebenor semua pakat shopping telekong.. He he... Alhamdulillah bersyukur dapat melalui pengalaman ini sebab baru dapat tahu dan kenal tempat membuat beg dan telekong vietnam yang location nya memang agak tersorok dan terpencil di bumi Vietnam.





Saya menyangka lawatan hari itu sampai di situ saja, rupa2 nya tidak. Razak dalam jadual pakejnya, petang itu telah membawa kami melawat ke suatu kawasan paya/lombong yang sangat istimewa. Tempatnya berwarna-warni dipenuhi dengan pokok2 bunga Kertas @ bourgounvilla.




Kawasan paya dilatari dengan pokok bunga teratai di seluruh permukaan air. Allahu, sedap sungguh mata memandang dan tenang sungguh kawasan paya yang kami rentas dengan menaiki bot itu. Atas bot, kak Mai suami isteri duduk di depan kami.

Bot meluncur laju merempuh bunga2 teratai yang bagaikan karpet di atas air. Dalam hati risau juga mana lah tau tiba2 muncul sesuatu  dari dalam air semasa kami di atas bot itu... Tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.












Selepas itu Razak membawa kami singgah ke satu restoran untuk membasahkan tekak alhamdulillah. Agak gah la suasana restoran tersebut. Saya order air kelapa, en suami order kopi.
Sesudah itu, kami bergegas balik semula ke surau Mubaraqin untuk balik makan malam serta berehat sebentar dan bertukar pakaian. Mesti menepati masa kerana kami dijadualkan menaiki bas (sleeping bus) untuk ke Saigon @ Ho Chi Minh pula malam itu.  Makanya khidmat Razak berhenti di situ usai kami meninggalkan surau dan menaiki bas menuju ke Ho Chi Minh.. Tq Razak and family.


Allahu Akbar pertamakali merasai pengalaman naik sleeping bus ini. Mana ada bas macam ni kat Malaysia..he he. Mula2 tu agak tak tentu arah la nak tido sebab tak biasa naik2 bas terus kena baring macam tu..hahaha

Perjalanan dengan bas memakan masa 6jam.. Sekejap terlelap, sekejap terjaga kemudian terlelap balik hinggalah kami selamat sampai ke bandar Ho Chi Minh. Belum check in hotel lagi sebab dalam itenari kami akan ke satu perjalanan jauh terlebih dulu pagi tu. Maka, sesampai di sana, terus bergegas menaiki bas lain menuju ke satu masjid yang ternama di bandar itu untuk solat Subuh, bersihkan diri serta bersarapan.




Setelah selesai semua, kami menuju ke destinasi yang mengambil masa 3jam perjalanan dengan bas ke masjid di mana sangat ramai qariah dan anak2 di sana sedang menunggu kedatangan kami.. Subhanallah..terharu rasa. Saya menawarkan diri tolong  membahagi2kan jajan dan duit yang telah diperuntukkan team ustad Fadzli serta Tok Ketua untuk anak2 itu.

Kami kemudiannya singgah pula ke rumah Ustad Musa (yang mengambil alih tugas tour guide bersama rakannya) untuk makan tengahari. Allahu, sedap sangat menu makanan di rumah ustad Musa. Saya siap tolong tapau kuih2 yang lebih untuk bekalan kami dalam perjalanan keluar dari kawasan pedalaman itu, balik ke hotel. Sangat sedap kueh bengkang dan cekodok bawang dari rumah ustad Musa.. Tq tq.. Jazakallah

Mai, orang penting yang menguruskan jadual kami terpaksa terbang balik dulu ke KL. Begitu juga dengan beberapa ahli rombongan termasuk Haliza suami isteri dan kak Ani suami isteri. Jadi kami2 yang masih tinggal ini ada yang akan terbang balik pagi2 lagi keesokan hari nya dan ada yang akan terbang balik sebelah petangnya. Saya dan en suami termasuk dalam group yang flight petang sekali dengan Sue, Hj Azmi, Arina, Hana dan En Ali(pak saudara Sue).

Makanya ada lah peluang untuk kami ronda2 cari barang di Ho Chi Minh.
Alhamdulillah sampai hajat untuk ke sini cari barang. Hari tu ada berkira2 dengan encik suami untuk ke sini tapi  tangguh dulu hinggalah tiba2 dapat info tentang Kembara Amal ini. Alhamdulillah syukur dengan nikmat pengembaraan ini.
Surah Ar-Rahman  Ayat 13:

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? {55:13}

Allah dah susun cantik, setiap kejadian pasti ada hikmah. Moga Allah rezekikan lagi daku untuk dapat ikut Kembara Amal ini  di masa hadapan jika panjang usia dan ada kelapangan rezeki dan masa. Semua dengan izin Allah.. Aamiinn

Jazakallah buat semua yang menjadi rakan rombongan  Kembara Amal serta semua individu yang terlibat di Cambodia dan Vietnam. Moga semuanya sentiasa dirahmati Allah.. Aamiinn























Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...