"Hati boleh di-didik", kata ustaz dalam Kuliah Subuh semalam.
Contoh: Bila kita nak bagi makan ayam. Kalau nak panggil ayam kurr, kurr, kurr.. macam tu je gerenti ayam takde nak datang dekat kita. Kenalah panggil sekali dengan tabur beras atau nasik... baru ayam nak datang. Sekali panggil, sekali tabur... sekali panggil, sekali tabur. Cukup sebulan kita bagi makan ayam, dengan sendirinya ayam pun dah kenal dengan kelibat kita... dengar kita bukak pintu atau dengar tapak kaki kita je pun, ayam dah berkerumun datang... dah tak payah panggil panggil, dia datang sendiri...
Begitulah ibaratnya hati... hati boleh dididik agar suci dari segala kekeruhan. Pokoknya, kena ada usaha. Lapangkanlah masa kita untuk berluang-masa dengan Allah. Hati yang mengantuk, hati yang lalai termasuk sebagai halangan dalam usaha kita mendidik hati. Allah dah kirim al-quran buat kita, hantar Nabi SAW, kirim ulamak pewaris nabi untuk bagi peringatan. Cari, gali dan timba ilmu. Biar kita jadi hamba Allah yang bersyukur bila sering diperingatkan. Jangan melawan, jangan melantun untuk tidak ikut... biar makin lembut hati untuk ikut. Kita jadikan dunia untuk tuntut kemuliaan. Tegaskan dalam hati bahawa kemuliaan di akhirat jauh lebih mulia dari kemuliaan yang dapat semasa di dunia.
Bersyukurlah kita kerana masih lagi terus dihidupkan, masih lagi boleh membuka mata sehingga ke hari ini. Untuk esok hari belum tahu lagi, tiada siapa yang dapat menjamin samada kita masih hidup atau sebaliknya esok hari. Selagi masih hidup, harus ingat kehidupan merupakan modal untuk kita menuju akhirat. Hidup di dunia adalah jalan untuk kita mempertingkatkan serta perbanyakkan amal, iman dan taqwa. Jadi biar dengan bertambahnya umur, bertambah kasih pula kita pada Allah Taala.
Kenalpasti segala suruhan Allah. Bila kenal Allah, akan dapat kenal akan sifat diri sendiri. Bila kenal Allah Maha Mulia, maka akan kenal diri kita yang hina... jadi tak akan timbul perasaan diri sendiri begitu hebat. Contoh orang yang rasa dirinya hebat tak hendaknya pergi ke majlis ilmu yang penyampainya ustaz yang biasa-biasa saja... rasa takde kelas. Nak pergi hanya bilamana ustaz yang datang mengajar itu ada kelulusan contoh dari Jordan, Mesir dsb... itu rasa baru ada kelas..
Jadilah kita orang yang luarbiasa. Jangan asyik jadi orang yang sentiasa lewat datang berjemaah. Usahakan agar sesekali biar dapat sampai dulu di masjid sebelum siak sampai. Kita tolong bentangkan sejadah sebelum makmum lain sampai. Lazimkan diri mencari pahala kerana kita tak tahu di bahagian mana dalam ibadah kita, tertulisnya pahala. Mungkin saja Allah kurangkan pahala dalam solat kita bila kita takde tumpuan dalam solat, tak kusyuk. Mungkin saja kurang pahala kita dalam mengaji quran disebabkan tidak betul bacaannya dari segi hukum tajwid. Mungkin saja kurang pahala kita semasa berdoa disebabkan tidak hadir rasa ikhlas kita dalam berdoa. Maka, berusahalah kita memburu pahala bukan saja khusus dalam ibadah malah dalam apa jua amal perbuatan. Jadi mungkin saja pahala kita semasa ke masjid semalam hanya melalui usaha kita bentangkan sejadah buat persediaan solat berjemaah.. syukur dapat markah penuh kita kerana usaha itu... alhamdulillah
Salah-satu ciri-ciri tanda amal kita diterima, kata ustaz ialah:
- ...biilamana kita merasa manisnya amal di saat kita sedang mengerjakannya. Tandanya hati kita hadir, makin lama makin manis. Contoh masa solat berjemaah... bila Imam baca surah panjang, takde rasa berat malah suka dan seronok pula. Bila bersedekah rasa manis. Dapat tolong orang rasa manis takde rasa sulit dan berat hati. Masa Solat kusyuk, hati tak merayau. Kosongkan hati, takde ingat perkara lain. Yang jadi tak kusyuk tu bila hati duk asyik ingat benda lain contoh: Masa baca fatihah, fikiran duk teringat pesan isteri suruh singgah beli nasik lemak balik dari masjid nanti. Terngiang-ngiang di telinga, "Ingat bang, jangan beli tempat lain tau, beli yang "Nasik Lemak Daun Pisang" punya... :))
Maka... mari kenal diri, sama2 suluh diri, usaha didik hati agar ada rezeki kita untuk dapat jadi seorang mukmin yang baik di sisi Allah SWT... Insya-Allah
8 comments:
Ya kita kena didik hati supaya hati jadi cinta pada yg baik dan benci pada yg mungkar. Zikrullah untuk didik dan lembutkan hati itu. Ya Fatah Ya Alim Ya Hakim...dan beribu satu zikrullah yg lain. Semoga kita menjadi manusia alim yg faham agama. Amiin.
cikgu yang baik
Anon,
Tkasih berkongsi info.. Insya-Allah akan ikut amalkan berzikir dengan nama2 Allah.. Latih, didik dan tarbiah diri kita dengan amalan zikir..
Cikli,
Pandang > lihat > fikir... Insya-Allah hasilnya ilmu..
Jom cinta ilmu..
alhamdulillah..
singgah ke sini..
membaca tazkirah pagi..
Timakasih sal...
Diperingatkan.. agar hati kita mesti selalu dihidupkan dengan pengisian ilmu.. Jangan kita biarkan kosong tanpa pengisian melebihi 3 hari.. takut hati sakit/mati..wallahu'alam.
Thx sal
Mohon share di FB yer...bleh?
Sila lah.. Alhamdulillah
Tq
Post a Comment