Rebut Pahala


Diperingatkan.... biar sering teruja untuk merebut pahala sekaligus cuba semampunya mengurangi dosa. Harus kita rebut cari pahala dalam usaha nak memberatkan timbangan amal kita, biar beratnya mengatasi timbangan yang terkumpul dosa. Bagaimana nak rebut? Antara caranya kata ustaz ialah dengan....
  • rajin baca quran... tanam lah azam agar kita sentiasa dapat khatam al-Quran. Jika tak dapat khatam dalam beberapa hari, cubalah khatam dalam masa 10 hari. Jika tak dapat juga cubalah khatam dalam masa sebulan. Kalau tak mampu, cuba khatam dalam masa 3 bulan. Tak boleh juga, khatamkan secara beramai2 (bertadarrus) di bulan Ramadhan.. kesimpulannya, mesti ada usaha untuk dapat khatam.
  • jika tak mampu khatam sebuah al-Quran itu, kita bolehlah cuba untuk istiqamah baca surah-surah pilihan seperti Surah Al-Mulk yang disebut dapat memberi syafaat kepada pembacanya; Surah Al-Waqiah yang menyuburkan rezeki; Surah Al-Fatihah seagung-agung surah dalam al-Quran; Surah Qul huwallahu ahad (surah al-Ikhlas) yang pahala membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran; Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas yang mohon perlindungan kepada Allah dari gangguan jin dan mata manusia; dan beberapa surah pilihan yang lain.
  • amalkan baca ayat-ayat pilihan contoh Ayat Kursi dari Surah Al-Baqarah yang mana jika diamalkan membacanya Insya-Allah akan selalu didampingi oleh malaikat dan terpelihara dari gangguan syaitan; 10 ayat dari permulaan surah al-Kahfi maka akan terjaga dari gangguan Dajjal; beberapa ayat penghabisan surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi.
  • rajin amalkan zikir setiap pagi dan petang untuk pendinding diri sepanjang hari contoh: zikir al-mathurat, Manzil, Ratib al-Haddad dan sebagainya. Zikir2 ini dapat mendinding diri kita dari gangguan syaitan yang direjam serta Insya-Allah dapat mengukuhkan kekebalan diri kita dari terdorong melakukan kemungkaran dan maksiat.
  • tidak lepaskan peluang untuk istiqamah buat solat2 sunat yang sangat dituntut seperti Solat Dhuha, Solat Tahajjud, Solat Sunat Fajar sebelum Subuh dan solat2 sunat yang lain. Solat sunat Rawatib yang kita kerjakan sejurus sebelum dan selepas solat fardhu Insya-Allah dapat menampung kekurangan yang tentu saja ada dalam solat fardhu kita.

Jom sama2 kuatkan semangat merebut pahala... lazimkan, kerapkan, biar jadi rutin.. Insya-Allah
.

8 comments:

mari mengundi said...

kita cari pahala dgn menggunakan saham akhirat

insyaAllah

Che Mid said...

kadang2 tertanya juga nak baca Quran sehingga khatam atau membaca surah-surah pilihan kerana fadhilatnya..

Marina Ali said...

Salam kak,terharunya dengan entry akak,dulu ina baca quran pun merangkak2,la nie siap main lumba dengan suami siapa yang habis n khatam dulu sebelum puasa yang akan datang,tapi ina selalu kalah je...huhuhu..paling sedih kalau baca Al-Mulk...takut,tapi penuh pegharapan n cuba istiqamah sekarang nie...doakan untuk ina ye kak!,penuh dgn kelemahan...

Cikli said...

pahala matawang akhirat. kena cari banyak-banyak.

nur said...

mari mengundi,
Selamat beramal.. amal yang bertambah, Insya-Allah hikmahnya akan ketemu.. tkasih singgah :)

nur said...

Che Mid,
Ada masa luang kita slot je ngaji.. kita try maintain baca at-least 2 m/s setiapkali lepas solat fardhu.. pelan2 dapat khatam Insya-Allah.
Surah2 pendek yang dah ingat boleh baca anytime tak kira time kita masak, drive, nak tido dsb..
Al-Mulk dan Waqiah disarankan baca tiap malam.. Al-Mulk Insya-Allah dapat jauhkan kita dari siksa kubur..

Selamat beramal..

nur said...

Wsalam ina..
Wahh siap lumba-lumba lagi ngaji ya ina.. Alhamdulillah, tentunya sentiasa bercahaya kasih dalam r/tangga bila disantuni suami yang soleh dan isteri yang solehah.. akak doakan ina bahagia sentiasa..:)
Memang sayu rasa bila baca Surah Al-Mulk kan ina, apalagi kalau kita perati terjemahannya.. Mohon rahmat dan keampunan Allah buat kita semua...aminn

nur said...

Cikli,
Maka berbekal-lah kita.. bersusah-susah sekarang untuk matlamat bersenang-senang kemudian.. Insya-Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...