Baik Hati


Secebis kisah yang berlaku pagi tadi...

Semasa kereta menyusur keluar dari tempat parking di pasar selepas kami dah selesai membeli, tiba2 en suami berkata...


"Mama, tengok tu..."


Saya cepat2 berpaling ke arah yang dimaksudkan... terpaku mata melihat satu pemandangan.
Kelihatan seorang gadis rasa2nya mungkin dalam usia 15 - 17 tahun, sedang mencangkung di satu sudut berhampiran lot gerai yang kosong. Tangannya memegang kemas satu plastik yang berisi ikan2 kecil... dan yang menarik perhatian kami, di sekeliling beliau kelihatan berbelas-belas ekor kucing sedang berkerumun mengelilingi. Gadis itu nampak sedang sibuk sekali membahagi-bahagikan ikan kepada kucing-kucing tu semua. Saya boleh nampak dengan jelas yang ikan2 itu ternyata ikan yang segar... bukan ikan-ikan yang tak elok...

"Moga suatu hari nanti dia dapat hidayah... Insya-Allah harap2 terbuka hati dia pada Islam one day..."
, kata en suami. Saya hanya mengangguk2 tanda setuju... dapat rasakan baiknya hati gadis non-muslim itu..

6 comments:

Anonymous said...

Non Muslim membuat sesuatu yg Islam nak. Tapi si Muslim pulak tak buat yg Islam nak. Macamana tu? Kita doakan si non Muslim tadi mendapat hidayah Allah suatu masa nanti. Dan si Muslim juga faham & praktik apa yg Islam mau bukan sekadar mengaku Islam pada nama saja.

Cikli said...

fitrah manusia ke arah kebaikan. untung kita yang sedari kecil mendapat hidayah.

Che Mid said...

Dan kucing-kucing itu pun mendoakan yang sama, amin

nur said...

Anon..
Diperingatkan agar kita lebihkan usaha untuk baca al-quran, faham al-quran dan amalkan al-quran.. ikut apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.. Insya-Allah beroleh hidayah Allah dalam apa jua perkara..

nur said...

Cikli..
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana lahir2 dah dalam Islam..namun jadi t/jawab kita untuk terus manambah ilmu agar hidup lebih bermakna.. kata ustaz, cerminkan nilai Islam yang baik terutama pada non-muslim melalui akhlak, percakapan dan tingkah-laku yang baik.. Insya-Allah dapat membuat mereka tertarik pada Islam.. aminn

nur said...

Che Mid..
Betul tu, bila buat baik pada haiwan Insya-Allah mereka pun akan doakan kebaikan buat kita.. alhamdulillah..

Teringat pada pesan orang tua2, nasik2 lebih tu jangan kita buang sekali ngan sisa-sisa makanan yang lain tapi eloknya taburlah dekat tepi2 pokok di laman.. Insya-Allah akan jadi rezeki buat burung2 yang berterbangan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...