Balik dari hantar anak2 ke asrama masing2, saya dan suami singgah solat Maghrib di masjid uia yang terletak di tengah2 universiti. Selalu merasa teruja saat berada di rumah Allah yang satu ini. Berbunga hati bila sering bertembung dengan student dari berbilang bangsa berbeza warna kulit samada semasa kami sama2 bergegas menuruni anak tangga menuju ke bilik wudhuk di tingkat bawah, beramai2 pakat duk ambik wudhuk dan semua berjemaah dalam satu saf yang sama.
Sesetengahnya dengan wajah manis menyapa saya memberi salam. Saya di ruang solat banyak memerhati... tersentuh hati bila melihat ramai anak2 remaja dari rata-rata ceruk dan rantau ini mengambil inisiatif mencari sudut tertentu selepas solat, membuka lembaran al-quran(saiz poket), membaca sejenak sebelum bangun meneruskan hala masing2.
Teringat semasa hantar anak perempuan saya naik ke mahallahnya, terserempak dengan ramai siswi yang begitu sempurna penampilan di mata saya. Ada yang sedang berjalan pantas menuju ke cafe, bert-shirt lengan panjang dan berseluar trek namun yang menarik perhatian saya, mereka itu tutup sempurna bila tak lupa memakai stoking walaupun hanya sekadar nak pergi beli makanan kat cafe.
Teringat pula cerita anak saya yang ditegur seorang pemuda tak sure dari negara Arab/Egypt. Tegur sebab apa? Sebab terbersin tapi hanya sempat menyebut "Hacchhh!"
"Sister, say Alhamdulillah..." Anak saya pun dengan rasa wak segannya terus mengucap Alhamdulillah lantas terus disambut oleh anak muda tadi dengan ucapan "yarhamkullah...."
Sekali lagi kakngah melalui pengalaman yang sama cuma penegurnya je yang berbeza. Kali kedua tu dalam lif yang dipenuhi puak2 Arab dan Afrika yang semua berbadan sasa dan tinggi-tinggi belaka... Anak saya secara tak sengaja terbersin lagi... tiba2 terdengar suara pemuda pak itam menegur, "pls say Alhamdulillah, sister..."
Selepas keluar dari lif, kawan anak saya yang sama2 saing nak ke kelas mengusik..."hah caner, tak malu kena tegor?.. hah lain kali sendiri mau ingat wey time bersin tuh.. mamat2 tu sume praktis sunnah, ko..."
Subhanallah..
Bersyukur bila melihat anak2 muda ramai yang berilmu dan faham agama. Maknanya mereka menuntut ilmu bukan sekadar hendak pas pereksa. Ilmu di-apply kan dalam kehidupan seharian, ikut sunnah bermula dari sekecil-kecil perkara... Alhamdulillah syukur pada-mu ya Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
13 comments:
Suka tengok anak2 muda yg islamik spt itu...ingat mengingat...wlu sesibuk mana sekalipun tapi sentiasa mengingatiNya...alhamdulillah..
universiti kehidupan adalah nasihat-menasihati.
sal..
betul tu, rasa seronok melihat sahsiah anak2 muda yang baik hati... terpancar wajah yang bersih, hati yang bersih.. alhamdulillah
Thanks sal
cikli..
universiti kehidupan mampu melembutkan hati-hati yang keras.. alhamdulillah.. moga semua anak2 menjadi anak2 soleh dan solehah..aminn
tq cikli
Teringat kata2 anak saya tentang apa yang ustaznya pernah citer dulu time sekolah..
~ sebenanye time kita bersin tu nyawa kita terhenti sekejap...
Makanya kita kena la sebut alhamdulillah sebab Allah sambung balik nyawa kita time tuh.... ~
Wallahu a'alam
nur..terasa sejuk mata memandang penampilan mereka yg islamik tu kan !!..tapi mama tetap risau dgn sesetengah remaja kita sekarang ni..hu2x..semakin jauh dr islam..thanks nor..
MaMa Aini...
Betul tu, moga makin ramai anak-anak muda yang berjiwa besar... bila kuat jati diri InsyaAllah mampu terhindar dari ancaman berbagai pengaruh yang tidak sihat. Maklum saja, di zaman sekarang yang serta canggih ni, input baik dan buruk ada di hujung jari..tinggal pilih je..
Tq MaMa..
assalamualaikum nur,
sy suka bila anak2 muda sentiasa ingat akan solat 5 waktu dan tak lupa mengerjakannya.
tapi yg susahnya bila dah tua2 ni payah nak ditegur...masuk telinga kanan kluar telinga kiri...jwbnya.
Salam kak,begitulah sunnah kalau diamalkan ade kejayaan ade keberkatan,Nabi bersabda barangsiapa yg mengamalkan satu sunnahku dizaman fasad dan mungkar secara istiqamah,akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,moga Allah SWT beri kefahaman pada kita semua untuk amalkan sunnah secara tertib dan penuh adab2nya,agar ade ROH dan kesan terhadap sunnah yg diamalkan dalam kehidupan kita sehari2.InsyaAllah.Cayang akak :)
Wsalam zue..
Setuju dengan apa yang zue kata.. rasanya anak2 muda lebih lembut hati untuk mudah dengar dan terima teguran. Saya pernah terbaca yang kata.. ada individu yang amat payah terima nasihat.. dia hanya rasa dia je yang betul, pendapat orang lain tak boleh pakai... tu sebab kita boleh tengok ada yang dah umur lebih separuh abad tapi masih sanggup tak pakai tudung...contohnya... kira dah sampai peringkat hardcore tak mau terima nasihat... kita doakan agar hati2 yang keras berubah jadi lembut..aminn
Wsalam ina...
Seorang ustaz dalam kuliahnya pernah kata, orang yang betul-betul faham agama akan istiqamah Solat Dhuha walau sesibuk mana pun dia.. tetap lari kejap pegi ambik wudhuk dan solat at-least dua rakaat. Orang yang faham agama akan konsisten bangun malam bertahajjud dan bermunajat pada Allah kerana dia dapat merasa manisnya ibadah.. dia tetap bangun di saat orang lain tengah sedap tido atas tilam empuk, bilik ber air-cond dan selimut tebal sebab bagi dia hubungannya dengan Allah lebih penting, mengatasi segala-galanya.
Moga Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk cuba istiqamah, ina... sebab, tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan pertolongan Allah SWT..aminn
Tenkiu ina, sayang ina juga :)
dela suka tgok anak2 muda tak meniggalkan solat... walaupun ke supermarket mahu pun dating sekali pun... solat tak dilupakan ....
dela..
Alhamdulillah moga mereka sentiasa kuat jati diri, sering tahu untuk membezakan mana yang baik mana yang tak baik..
thx dela..
Post a Comment