Doa Selepas Makan


Kalau sebelum makan kita istiqamah angkat tangan baca doa sebelum makan, mari kita istiqamah pula berdoa bila dah habis makan. Kita kenyang dengan izin Allah, alhamdulillah. Jadi kita angkat tangan sekali lagi berdoa sebagai mensyukuri nikmat makanan yang Allah kurniakan.. alhamdulillah.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Alhamdulillahilladzi ‘ath’a mana wa saqana waja’alana minal muslimin

Maksudnya :

Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.


1 comment:

Anonymous said...

InsyaAllah boleh ingat doa pendek ini. Jom istiqamah baca doa selepas makan. Hari ini lebih baik dari semalam.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...