Jadi Hamba Yang Banyak Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim

Peringatan dari majlis ilmu:

Syukur itu satu sifat yang terpuji.  Banyak-banyak kita berterimakasih pada Allah. Begitu banyak nikmat Allah. Tanya diri kita, apakah kita dah termasuk di kalangan orang yang berterimakasih kepada Allah?  Suluh diri melalui mengaji.  Ilmu InsyaAllah dapat menyuluh diri.

Segala amalan dikira ibadah, diterima Allah, dikira pahala, dikira amal soleh di sisi Allah apabila sah niatnya. Sah niat dapat terhasil dari kelebihan ilmu dan orang yang diberi ilmu.  Pastikan sah niat belajar walau belajar di mana saja.  Niat, "Aku belajar kerana Allah Taala".  Hijrahlah, berpindahlah, berubahlah daripada jauh kepada dekat, dari malas menjadi rajin, dari jahil menjadi pandai.

Sah niat dengan ilmu itu bilamana seseorang itu:
  1. mengaji kerana Allah - bukan kerana orang, bukan kerana perkara lain.  Contoh:  Seorang penceramah itu tetap datang mengajar di surau terpencil walaupun sedar tak ramai yang akan hadir. Jangan: "Orang tak ramai, saya tak nak mengajar, kalu ramai orang baru saya nak mengajar." Sahkan niat bahawa kita nak cari redha Allah bukan untuk cari redha makhluk.  Hati-hati... jangan sampai hati kita rosak dek tergelincir niat.
  2. buang sifat jahil dalam diri - kuatkan azam tidak mahu tertipu lagi.  Buang sifat bodoh ganti dengan sifat rajin.  Bila kita belajar, akan nampak diri sebagai hamba yang lemah, jahil.  Maka akan timbul rasa banyaknya lagi perkara yang tak tahu, masih jauhnya diri dari Allah.
  3. beramal dengan ilmu - di mana  dengan berbekalkan ilmu kita yakin dalam beribadah, berdakwah dan berjihad.  Ibadah senjata(kekuatan) untuk berdakwah.  Kena ada senjata .  InsyaAllah dari situ akan lahir kekuatan untuk berjihad di jalan Allah dengan berkorban masa, harta hatta nyawa sekalipun. 

Sifat hamba ialah sentiasa berterimakasih pada Allah terhadap apa jua nikmat, anugerah dan kurnia Allah termasuk umur, sihat tubuh-badan, rezeki, masa yang lapang, harta, pendengaran, penglihatan, kaki, tangan dan segala yang memberi nikmat. Maka pastikan dapat pelihara mata dari pandang apa yang dilarang pandang, pelihara telinga dari dengar apa yang dilarang dengar.  

Sepandai-pandai kita, ada bodohnya.  Maka apabila ditegur, terimalah.  Jangan sentiasa merasa diri kita betul. Rasa marah bila orang tegur kita ialah sebab hati tak berapa nak bersih.  Itu sebab kita tak berapa nak boleh terima teguran atau peringatan.  Apalagi jika dihina, lagi melenting.  Sepatutnya, bersyukur bila orang tegur kesalahan kita, berlapang dada dengan mengucapkan "Alhamdulillah... ada orang yang nak tegur silap aku, terimakasih ya Allah..."

Jangan ada takabbur, sombong dan angkuh, merasa diri begitu hebat sehingga tidak boleh ditegur.  Ingat hakikat hidup kita sesekali di hadapan, sesekali berada di belakang.  Sepatutnya bila mulut senyum, hati manis.  Jangan mulut senyum, hati masam. Biar sama di dalam dan di luar. Untuk mencapainya, kena banyak beri perhatian didik hati.  Sentiasa berzikir untuk tarbiyah nafsu.  Perbaiki hatimu dengan zikrullah. 

Dalam pada hati dah bersih tu, ternyata akan masih ada lagi penyakit hati yang tinggal.  Sebabnya semakin hampir kita pada Allah, semakin dicuba-Nya.  Makin banyak cabaran sebagai ujian buat orang yang beriman.  Contoh: Bila mengaji, baru nak pandai sikit dah rasa diri hebat.. maka jatuhlah kita.  Sifat ujub, riak, takabbur sentiasa mencuri ruang menyelit dalam hati kita.  Jadi jangan putus asa, ingat bahawa Allah nak uji kita. Lazimkan zikir, perbanyakkan sebut: "Laa hau la wala quata illa billah hil 'aliy yil adzim."

Bersyukur dengan nikmat penglihatan yang dipinjam.  Mata jangan melihat barang yang dilarang lihat supaya kekal nikmat mata.  Pelihara mata, jangan liar mata.  Mata jangan jahat.  Muhasabah, dah berapa banyak mata buat baik?  Muhasabah mesti setiap hari. Tanya diri kita, "hari ini mata kita banyak lihat apa?"  Ini langsung tak tengok quran ni, apa cerita!  Jangan suratkhabar kita tengok, sedangkan quran langsung tak tengok, masjid lagi lah dah lama tak nampak.

Begitu juga dengan nikmat pendengaran yang dipinjam.  Jangan bila dengar azan, buat-buat tak dengar.  Bila dengar orang mengaji, cepat2 kuatkan radio dengar muzik.  Jika sampai tahap itu, maka jaga-jagalah... harus sedar sebelum terlambat. 

Tak mustahil hari ini kita nampak, esok dah jadi tak nampak.  Semua barang pinjam, maka tak mustahil.  Dulu mata dua sekarang dah empat, lebih dari orang lain.  Terpaksa pakai kaca-mata sebab nikmat mata dah hampir expired. Sikit-sikit Allah tarik.  Dulu muda, sekarang dah tua, dah tak kuat, sakit sana-sini, sakit pinggang, mata dah nak mati, telinga dah nak mati, kulit pun dah nak mati.  Datang kita dulu 'kosong', maka balik pun nanti 'kosong'... kecuali tinggal 3 benda itupun kalau ada iaitu amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh. Hanya itu yang dapat dijadikan bekal untuk perjalanan panjang di akhirat.

Telah berfirman Allah Taala:
Maksudnya:
Dan barang yang ada pada kamu daripada segala nikmat, maka ia datang daripada Allah Taala....   
(Surah An-Nahl:53)

Justru, berhijrah lah kita. Berubahlah, kuatkan azam untuk berubah. Jangan sering beralasan tiada masa nak baca quran. Dengar quran dapat pahala, tengok quran pun dapat pahala.  Belum lagi baca, dengar dan tengok saja pun sudah mendapat pahala. Hatta pegang quran pun dah dapat pahala. Begitu besar rahmat Allah. 

Melangkah lah kita ke masjid... segeralah melangkah ke sana, jangan malas.   Pakai nikmat Allah dengan sebaik-baiknya tanda kita bersyukur dengan kurniaan itu.  Syukur itu tiada putusnya sehingga ke Syurga.  Ia tidak putus dan ia berkekalan di dalam Syurga.

Berfirman AllahTaala:

Maksudnya:
....dan kesudahan doa bagi ahli syurga itu bahawasanya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan sekalian alam.  
(Surah Yunus:10)

2 comments:

win3 said...

harapan kita semua semoga menjadi hamba yang bersyukur

nur said...

Tkasih win3, banyak2 kita mengucap Alhamdulillah. Salam ukhwah dari sahabat negara tetangga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...