Amalan Yang Wajib Dilaksanakan Oleh Orang Yang Beriman


Bismillahirrahmanirrahim.

Pengisian ilmu...

Surah at-Taubah ayat 112:
yang bermaksud:
[112] (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Ustaz menghuraikan ada 8 amalan yang wajib dilaksanakan oleh manusia yang beriman. 
Hendaklah kita buktikan dengan berusaha melaksanakannya:

1) Orang yang beriman kepada Allah, mereka sentiasa bertaubat pada Allah. Kalau benar kita seorang beriman sebabnya kita sedar hakikat kita banyak melakukan dosa. Nabi SAW yang maksum beristighfar 70 @ 100 kali sehari, apa lagi kita manusia biasa ini. Padahal Nabi SAW merupakan semulia-mulia makhluk, dah pasti masuk syurga. Tapi Nabi tetap beristighfar 70 - 100 kali sehari. Nabi nak ajar kita supaya kita yang ada alpa ini, yang ada masa dan ketika melakukan dosa, kena lebih banyak lagi beristighfar.

Dari Aghar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali. (HR Muslim)

Ustaz merujuk dalam kitab penawar bagi Hati ada disebut bahawa, taubat kepada Allah itu merupakan sesuatu yang wajib. Kalau orang berdosa tangguh taubat, maka ia menambah satu lagi dosa iaitu menangguhkan taubat.

2) Orang beriman pada Allah Taala, mereka ini ahli ibadah atau abid.
Iaitu orang yang kuat melaksanakan ibadah kepada Allah Taala. Ibadah yang wajib semestinya dipelihara oleh orang beriman. Malah mereka menambahkan lagi dengan ibadah sunat. Nabi SAW banyak melakukan ibadah yang sunat. Nabi SAW bangun bermunajat kepada Allah di tengah malam hingga bengkak2 kaki baginda SAW. Padahal, Nabi SAW dah konfem masuk syurga. Bila ditanya oleh Aisyah ra. maka Nabi SAW menjawab,"Apa salahnya aku menjadi hamba Allah yang bersyukur." Subhanallah.

Ibadah yang wajib kena pelihara sungguh-sungguh. Dalam pada itu kita tambah yang sunat. Yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang sedikit tapi istiqamah.  Kita berterusan dan kekalkan ibadah sunat tersebut.
Dalam laksanakan ibadah, ada satu penyakit. Ia lawan kepada sifat istiqamah. Istiqamah, kita kekal buat. Sebaliknya bila tak istiqamah,
ia jadi ibadah yang tak bertahan lama. Apakah sebab? Ulamak kata, sebab kita ini tergopoh-gapah nak laksanakan banyak ibadah sunat. Akhirnya dek terlalu banyak, bila ia terhenti, dia akan terus terhenti. Ibarat orang yang berlari laju, bila jatuh tak boleh bangun lagi. Maka kekalkanlah yang sedikit tapi istiqamah. Jangan buat amalan yang banyak namun tak konsisten. Buat sekejap dah berhenti.

3) Orang yang beriman pada Allah, mereka sentiasa memuji Allah kerana
mereka ini hambaAllah yang bersyukur kepada Allah. Kerana kenikmatan
yang Allah kurnia merupakan nikmat yang tak pernah putus. Kata Allah,
kalau kita nak kira, memang tak dapat kira. Oleh itu sentiasalah kita bersyukur pada Allah, hendaklah sentiasa memuji Allah. 

Abdullah bin Mas'ud ra dilaporkan pernah berkata; Orang yang bertaqwa mestilah melaksanakan 3 perkara: iaitu: 
1) mesti ingat Allah 
2) mereka sentiasa taat pada Allah 
3) mereka sentiasa bersyukur pada Allah. Bersyukur bukan saja amalan orang beriman tapi juga merupakan sifat orang bertaqwa.

4) Orang yang beriman kepada Allah Taala, mereka mengembara untuk mendapatkan ilmu serta menyebarkan ilmu.

5) Orang beriman patuh dengan perintah Allah. Mereka langsung tak langgar perintah Allah.

6) Orang beriman, mereka sujud pada Allah, mereka tak mensyirikkan Allah. Apa saja bentuk kesyirikan, mereka tinggalkan.

Sentiasalah kita mohon perlindungan Allah dari dosa syirik dengan amalkan
membaca doa:
Ertinya:
Ya Allah, kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui

(ada dalam doa al-mathurat)

7) Orang beriman kepada Allah, mereka laksanakan amal makruf dan nahi
mungkar. 

Ustaz menceritakan antara sebab kejayaan sahabat Nabi SAW, mereka laksanakan janji setia dengan Nabi SAW iaitu ada 5 perkara yang dilaksanakan oleh sahabat ra yang menyebabkan Islam menang:

  • dengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya samada ketika rajin mahupun ketika malas.
  • infakkan harta untuk Islam samada ketika susah atau senang.
  • laksana amal makruf dan nahi mungkar
  • istiqamah berjuang untuk agama Allah walaupun dicela
  • "hendaklah membantu Aku", dan pertahankan aku sepertimana kamu mempertahankan diri kamu, anak dan isteri kamu..", kata Nabi SAW.

"Jika buat 5 perkara ini, InsyaAllah syurgalah kamu." Inilah janji Nabi SAW bersama para sahabat ra ketika di Madinah.

Kata ustaz lagi mengikut satu riwayat, disebut ada 4 akibat jika tinggalkan amal makruf dan nahi mungkar:
a) doa kita tak dikabulkan Allah
b) kita mohon ampun, Allah tak terima
c) akan dilaknat oleh Allah sebagaimana Allah laknat pendita-pendita
d) bala Allah akan diturunkan contoh: kehinaan, penindasan dsb

8) Orang yang beriman pada Allah Taala, mereka memelihara akan hukum2 Allah. Mereka berusaha menegakkan hukum Islam. Bukan hanya laksanakan ibadah tertentu semata-mata, tahu sekadar berzikir semata-mata, bukan hanya nak tegakkan ekonomi dalam negara semata-mata.


Wallahu a'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...