Pulut Lepa Orang Kelantan

Assalamualaikum.

Okay kali ni kita tengok pulut lepa pulak. Pulut lepa ni sebenarnya paberet nombor satu kita..he he
Sangat sedap...memang tak dapat dinafikan....pulut nya memang dah sedap, combine pulak dengan sambal daging pastu dipanggang pulak pulut tu...aduhai😘

Pulut Lepa Kelantan lain dia punya rasa dengan Pulut Panggang. Pulut Panggang ni kalau tak silap inti nya inti sambal kelapa. Sedangkan Pulut Lepa versi Kelantan biasanya berinti samada sambal daging atau sambal ikan, setahu saya la...

Meh kita tengok resepi dan cara membuatnya:

Resepi Pulut Lepa Kelantan

Bahan2nya:
1/2 kilo beras pulut
1   1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam

Inti: sambal daging atau sambal ikan

Cara membuatnya:
Rendam beras pulut semalaman(4 - 5 jam pon dah ok)
Kukus pulut selama 1/2 jam. Sementara itu masakkan santan yang dicampur garam. Bila mendidih, tutup api.

Bila pulut dah masak, keluarkan dan alihkan ke dalam besen. Taburkan gula di atas pulut yang panas, lalu dituangkan santan yang baru mendidih. Arung biar serata.

Daun pisang dilayur dan dipotong empat segi tepat.
Leper2kan pulut di atas daun pisang...
.....kemudian letakkan inti sambal daging/ikan di tengahnya. Pulut kena balut inti tu...
....dan dipadat2kan sebelum digulung dengan daun pisang tersebut.
Kemaskan kedua2 hujung gulungan dengan lidi/stepler.

Bakar atas bara api /dapur gas hingga garing pulut lepa. Lenserkan sedikit minyak masak.
Masa membakar pulut lepa, satu dapur berbau harum👍👍





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...