Roti Manis Sweet Bun Cicah Gulai

Assalamualaikum.

Pagi ni meroti lagi... Agak kerap la buat roti lepas dah ada Bread Maker ni. Hari ni buat roti manis aka Sweet Bun yang tak jemu2 makan. Memang sedap, lembut dan wangi bau roti. Makan cicah gulai ayam rempah dari Kelantan. Ermm..memang makan tak hengat...he he...

Jom kita buat roti sendiri kat rumah. Lebih selamat InshaaAllah. Selamat dari segi apa tu... Maksudnya selamat dari bahan2 chemical yang berlebihan...contoh kalau buat roti sendiri ni kita boleh avoid dari letak bahan improver dan softener untuk melagi-lembutkan roti. Pastu kita boleh elak dari bahan pengawet yang memang boleh memberi mudharat dalam jangka panjang..nauzubillah... Roti tanpa bread improver dan bread softener pon dah tersangat lembut dah so kalau tak tambah pun dah okay rasanya..alhamdulillah.

Okay bagi yang nak uli roti sendiri, sebenarnya takde masalah pun. Buat sikit dulu, hanya guna 250g tepung, inshaaAllah tak penat pun uli. 250g tu suku kilo. Kira tak pakai banyak tenaga pun. Dari suku kilo tu kita inshaaAllah akan dapat 15biji roti jika ditimbang 30g setiap satu masa bentukkan doh roti. Ni saya sertakan resepi cara uli sendiri roti.

Resepi Roti Manis ~ Sweet Bun

Bahan2 yang perlu ada, ada 7 benda semuanya:

1 sudu kecil yis kering(mauripan)
100ml susu(fresh milk)suam

1 biji telor
1 sudu besar minyak mazola

250g tepung high protein
50g gula halus
1sudu kecil garam

Cara:
Satukan yis dan susu suam, biar sampai berbuih. Bila dah berbuih, baru campurkan lain-lain bahan. Uli selama 10 minit. Lepas dah selesai uli biarkan sekejap sambil2 kita nak sapu margerin pada loyang/bekas nak bakar roti.
Okay, dah boleh timbang doh roti seberat 30g setiap satu.
Timbang dulu semua. Dah selesai baru bentukkan roti biar bulat. Susun dalam loyang, jangan rapat sangat..biar ada ruang roti tu nak kembang.
Sesudah itu, biarkan je roti tu kembang sendiri sampai naik dua kali ganda.
Bila roti dah kembang, mula panaskan oven 180'C. Sapu atas roti dengan fresh milk kemudian parut cheddar cheese di atasnya.
Bakar selama 13 - 15minit..bergantung pada oven masing2. Mungkin ada yang kena bakar sampai 20minit.
Bila roti dah masak, keluarkan dari oven dan sapukan atasnya dengan margerin.
Alhamdulillah done
Sangat sedap dimakan begitu saja. Nak sedap lagi makan cicah dengan gulai ayam..yum yum yum😀👍👍

Alhamdulillah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...