Resepi Kek Marble Asli

Assalamualaikum.
Alhamdulillah semangat membaking semakin menjadi-jadi...ha ha

Hari ini rasa nak makan kek Marble. Tapi kek marble yang asli punya..yang macam orang tua2 buat dulu..yang di zaman mereka takde ovalette, takde shortening, takde bahan2 segera yang dapat menambah-lembut kejadian kek.

Tekak ni rasa nak makan kek yang macam dolu2..yang asli.

Alhamdulillah ini resepi turun temurun dari isteri saudara sepupu en suami...resepi warisan ibu beliau...yang hanya menggunakan bahan2 asas sahaja. Air pon tak campur sebab kalau masuk air, kek jadi tak tahan lama. Masuk hari ke 3, kek nya nanti mudah nak naik kulat kalau ada air dalam adunan kek.

Jadi bagi yang nak kek yang kekal wangi tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk, maka mungkin ini resepi yang dicari2 inshaaAllah.

Okeh...ini resepi nya...

Resepi Kek Marble Asli.

5 biji telur gredA(saya guna gredC, maka 6biji)
6oz margerin/mentega(180g)
6oz gula(180g)
6oz tepung naik sendiri(180g)
Sedikit esen vanila (optional)
Serbuk coklat secukupnya (utk selang colour)
*saya guna pewarna makanan utk warna hijau dan pink, dan emulco utk warna coklat

Cara:
  1. Panaskan loyang(yang dah disapu mentega) dan oven pada suhu 170C. 
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan adunan jadi putih 
  3. Putar telor sebiji demi sebiji dalam mangkuk berasingan. 
  4. Masukkan vanilla. 
  5. Campurkan ke dalam adunan mentega. Putar lagi.
  6. Masukkan tepong, kaup balikkan biar sebati. 
  7. Potong kertas untuk alas loyang. 
  8. Tuangkan adunan selang seli kaler..lapisan paling bawah dan paling atas hendaklah kaler adunan ori yang tak campur kaler. 
  9. Bakar lah selama 45minit. Alhamdulillah done.
Selamat membaking ya. Boleh la selalu2 buat kek marble ni. Opah2 rasanya kalau diberi pilihan, lebih suka kek yang macam gini berbanding kek yang up up masakini.. he he


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...