Resepi Pavlova

Assalamualaikum warohmatullah.

Alhamdulillah..sempena hari cuti Buruh semalam, dari pagi sampai ke malam masa saya banyak di dapur.

Buat banyak makanan semalam..hehe.. anak menantu semua balik..so agak bizi la mama. Tapi deorang yang banyak tolong itu ini.. alhamdulillah.

Okeh..nak tunjuk resepi dan cara2 buat Pavlova yang jadi kegemaran kami seisi keluarga.. Pavlova ni ternyata sangat mabeles.. Tapi seeloknya kan sebelum decide nak buat Pavlova kena terus pikir telor kuning nanti nak buat apa. Sebab Pavlova hanya pakai telor puteh sahaja. Kalau tak tau nak buat apa dengan telor kuning tu, hah elok goreng je wat lauk makan dengan nasik atau pon boleh taruk dalam megi..he he..sekadar suggestion untuk elakkan pembaziran:-) ;-)

Ini resepi Pavlova yang kami guna tiap kali buat Pavlova:


RESEPI PAVLOVA
(dari Joyofbaking.com)

4 biji puteh telor (size A)

1 cawan gula

1/2 sudu teh vanila

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung

Topping:

1 cawan whipping cream*saya guna brand RICH kotak biru

1 1/2 sudu besar gula *saya tak taruk sebab whipping cream dah manis*

1/2 sudu teh vanilla *saya tak taruk*

Fresh fruit - buah kiwi dan strawberries

Cara buat pavlova:

  1. Panaskan oven beserta loyang yang disapu margerin pada suhu 140C. 
  2. Pukul puteh telor sampai kembang dan jadi kental.
  3. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi.Pukul sehingga adunan rasa licin di jari, tiada lagi kesan butiran gula.
  4. Masukkan tepung dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je.
  5. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata.
  6. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik. Sapu margerin pada bulatan yang ditanda.
  7. Sendukkan adunan puteh telor memenuhi bulatan-bulatan.
  8. Bakar pada suhu 140' C selama sejam. 
  9. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. kemudian baru dikeluarkan. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba... :))


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...