Resepi Kek Marble Cheese yang Lazat

Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ni nak tunjuk kek Marble Cheese yang lazat....so yummyyy...

Resepi ni alhamdulillah dah diguna pakai sejak lama dulu. Syukron jazilan buat yang asal2 kongsi resepi. Dah pernah menerima tempahan untuk kek marble cheese ni di samping order cookies di musim raya...

Jom try buat bagi yang belum pernah try buat..he he
Memang berbaloi2 puas hati sebab sangat sedap...

RESEPI KEK MARBLE CHEESE

Bahan A (Lapisan Coklat)
120 gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
180gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
1/4 sudu kecil garam

Bahan B (Lapisan cheese)
250 gm krim cheese 
50gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur

Cara membuatnya:

    1. Mula2 panaskan loyang dan oven 180C.
    2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
    3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
    4. Kemudian diikuti dengan tepung, baking powder dan serbuk koko dan garam.
    5. Kaup balikkan adunan hingga sekata.
    6. Pukul bahan B sehingga kembang.
    7. Tuangkan satu bahagian A dan ratakan.
    8. Lapiskan dengan lapisan cheese dan ratakan. Selang selikan sehingga habis.
    9. Bakar selama sejam.

Selamat kembali berbaking semua...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...