Sebut Dengan Betul Bila Bagi Salam.

"Sama2. Selamat mlm. Salamualaikum wbt."

Itu akhir whatsapp dari seorang teman malam tadi. Saya yang menerima terus terkesima bila membaca ucapan salam yang diberi.

Dari apa yang saya dengar dari tazkirah ustad, perkataan salam ini perlu disebut betul2 iaitu Assalamu'alaikum. Kita tak boleh ucap salam ikut selesa mulut contoh begini: Semekom, Sekom, salamualaikum dsb. Ucapan salam mesti jelas dan terang sebutannya bermula dari sukukata "as". Sebutan yang betul InshaaAllah meraih pahala.
Wallahu a'lam.

Jom bagi salam dan rebut pahala inshaaAllah sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Dari Imran bin al-Hushain radhiallahu'anhuma. katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu ia mengucapkan : Assalamu'alaikum. Kemudian beliau s.a.w membalas salam orang tadi lalu duduk terus bersabda: "Sepuluh", maksudnya pahalanya dilipatkan sepuluh kalinya.

Selanjutnya datang pula orang lain lalu ia mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullah. Beliau s.a.w lalu membalas salamnya orang itu, lalu duduk lagi: "Duapuluh."maksudnya pahalanya dilipatkan duapuluh kali.

Seterusnya ada pula orang lain yang datang, lalu mengucapkan: Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kemudian beliau s.a.w membalas salam orang tersebut, lalu duduk terus bersabda: "Tigapuluh," maksudnya pahalanya dil
ipatkan tigapuluh kali.


(Diriwayatkan oleh imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan).


Moga Allah memberi taufiq dan hidayah Nya buat kita semua..amiinn


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...