Rukun Umrah

...sambungan dari SINI

Bismillahirrahmanirrahim

SYARAT UMRAH MABRUR
  • Umrah sempurna(menjadi)
  • Hati suci
  • Bekalan suci(halal)Kenderaan, makanan pakaian, peralatan dan sebagainya
  • Tidak memutuskan silaturrahim
  • Jelaskan hutang
  • Bertaubat -pohon maaf kesalahan, tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa

ATURCARA BERIHRAM
  1. potong kuku (SUNAT) 
  2. dandan rambut, misai dan janggut (SUNAT) 
  3. cabut bulu ketiak dan ari-ari (SUNAT) 
  4. mandi sunat ihram (SUNAT) 
  5. pakai bau-bauan (SUNAT) dipakai  pada anggota badan bukan pada pakaian ihram, dipakai sebelum memakai pakaian ihram.
  6. pakai pakaian ihram (WAJIB) 
  7. sembahyang sunat ihram (SUNAT) 
  8. berada di miqat sebelum berniat (WAJIB) 
  9. berniat ihram (RUKUN) 
  10. menjaga pantang larang ihram (WAJIB) 
  11. bertalbiah (SUNAT)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.
Selepas Niat Ihram, RUKUN UMRAH seterusnya ialah Tawaf.


TAWAF

Tawaf -pengertian:
mengelilingi kaabah mengikut syarat-syaratnya

Tawaf 
*mengelilingi*
berjalan ke hadapan dalam bentuk bulatan dengan menjadikan kaabah sentiasa di sebelah kiri

Tawaf Umrah termasuk dalam perkara Rukun
Tawaf Sunat adalah sunat

SYARAT-SYARAT TAWAF
  1. suci dari hadas kecil dan besar
  2. suci badan, pakaian dan tempat tawaf dari najis
  3. menutup aurat
  4. bermula dan berakhir di penjuru Hajar Aswad
  5. sentiasa mengiri kan Kaabah
  6. pada setiap saat mengelilingi kaabah bertujuan Tawaf
  7. cukup 7 keliling dengan yakin
  8. dilakukan di dalam masjid dan di luar kaabah

SUNAT-SUNAT TAWAF
  1. berjalan kaki
  2. berittiba' (bahu kanan tidak ditutup) bagi lelaki yang mengerjakan tawaf umrah yang di-ikuti selepasnya saie
  3. berlari-lari anak bagi lelaki pada keliling pertama, kedua dan ketiga yang ada saie selepasnya
  4. melakukan istilam(bagi lelaki) iaitu menjabat Hajar Aswad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya. Jika tidak dapat memadai di isyarat dengan melambai dan mengucup tapak tangan.
  5. melakukan istilam(bagi lelaki)iaitu menjabat Rukun Yamani dengan tapak tangan. Jika tidak dapat memadai di isyarat dengan melambai 
  6. membaca zikir dan doa 
  7. berturut-turut tujuh keliling
  8. tawadhuk dan khusyuk
  9. solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat di belakang Makam Ibrahim
Zikir sepanjang tawaf 7 pusingan(cadangan)
1) Istighfar - astaghfirullah
2) Subhanallah
3) Alhamdulillah
4) Allahu Akbar
5) La ilaha illallah
6) Selawat ke atas Nabi SAW
7) La khaula wala quwata illabillah

**boleh berzikir dengan lain-lain zikir atau doa

Pakaian ketika tawaf 
tawaf umrah - berpakaian ihram
tawaf qudum - berpakaian ihram jika dalam ihram umrah
tawaf sunat - berpakaian ihram jika dalam ihram umrah 
tawaf wida' - berpakaian biasa

Masuk waktu tawaf bagi:
Tawaf Umrah - selepas niat ihram
Tawaf Sunat - pada bila-bila masa
Tawaf Wida' - di saat-saat akhir hendak meninggalkan Mekah

Hukum berniat tawaf sebelum tawaf 
tawaf Umrah - sunat
tawaf Sunat - syarat SAH
tawaf Wida' - syarat SAH


SAIE

Saie -pengertian:
berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mengikut syarat-syaratnya

Saie
*berjalan ulang alik*
berjalan bermula dari Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah dikira sekali dan kembali semula ke Bukit Safa dikira sekali

Saie
*Bukit Safa dan Bukit Marwah - antara kedua bukit tersebut adalah tempat yang termaklum(batnul wadi) untuk mengerjakan Saie

Zikir sepanjang saie 7 kali berulang-alik (cadangan)
1) Istighfar - astaghfirullah
2) Subhanallah
3) Alhamdulillah
4) Allahu Akbar
5) La ilaha illallah
6) Selawat ke atas Nabi SAW
7) La khaula wala quwata illabillah

**boleh berzikir dengan lain-lain zikir atau doa


SYARAT SAIE
  1. dilakukan selepas tawaf yang ada saie selepasnya 
  2. bermula dari bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
  3. cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari bukit Safa ke bukit Marwah dan sekali dari bukit Marwah ke bukit Safa
  4. hendaklah sampai ke penghujung bukit Safa dan bukit Marwah
  5. hendaklah saie di batnul wadi yakni tempat yang termaklum
  6. berjalan tidak bertujuan lain melainkan tujuan saie

Saie Umrah adalah termasuk dalam perkara Rukun

*PERHATIAN:
Tiada saie: qudum, sunat, nazar, wida'

Saie yang dilakukan sebelum tawaf - tidak sah


MASA SAIE UMRAH:  Selepas tawaf umrah


SUNAT-SUNAT SAIE
di antaranya:
  1. ke tempat saie melalui pintu Safa
  2. suci hadas kecil dan besar
  3. menaiki bukit Safa dan bukit Marwah hingga sampai batu-batu bukit
  4. berjalan kaki
  5. berturut-turut tujuh kali 
  6. berdoa
  7. berlari-lari anak antara dua lampu hijau (bagi lelaki)
  8. ketika di bukit Safa, menghadap kaabah dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir tiga kali dan di akhiri dengan mengucup kedua tapak tangan
  9. ketika di bukit Marwah, menghadap kaabah dan mengangkat kedua tangan serta bertakbir tiga kali 

BERCUKUR ATAU BERGUNTING

Bercukur atau bergunting - pengertian:
menanggalkan rambut di kepala sekurang-kurangnya tiga helai

Cara menanggalkan rambut -
boleh dengan apa cara pun samada gunting, cabut,
kerat atau sebagainya

Jika tiada rambut di kepala sama sekali -
disyaratkan melalukan mata pisau di kepala sebanyak tiga kali

Bercukur atau bergunting 
  • kurang dari tiga helai, tidak sah
  • tiga helai, sah
  • lebih dari tiga helai, sangat baik
  • bercukur bagi lelaki, sangat baik (afdhal)

Bercukur atau bergunting 
SYARAT SAH
  • masuk waktu
  • menanggalkan hanya rambut di kepala
  • sekurang-kurangnya 3 helai 

Masa bercukur atau bergunting bagi umrah -setelah sempurna saie

Tempat bercukur atau bergunting - di mana-mana sahaja

*PERHATIAN:
Bercukur atau bergunting boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan orang lain asalkan telah masuk waktu bercukur atau bergunting

Bagi lelaki, bercukur lebih afdhal. 
jika didahulukan bergunting kemudian diikuti dengan bercukur di satu masa lain, hanya dapat fadhilat bergunting


TERTIB

Tertib - pengertian:
yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan

Tertib adalah peraturan atau undang-undang yang menentukan mana di antara kerja rukun itu yang patut didahulukan atau dikemudiankan.

*RUKUN UMRAH*
Niat ihram
Tawaf
Saie
Bercukur atau bergunting
Tertib


Risiko dan tindakan
jika rukun tidak dilakukan atau tidak sempurna dilakukan:
  • umrah tidak sah
  • niat ihram tidak terbatal
  • masih dalam ihram 
  • wajib menjaga pantang larang ihram
  • wajib menyempurnakan rukun-rukun yang belum dilakukan/tidak sempurna dilakukan
  • jika ada pantang larang ihram dilanggar dalam tempoh sebelum rukun-rukun disempurnakan, wajib laksanakan DAM mengikut syarat-syaratnya


Wallahu 'alam.
....bersambung Perkara Wajib Umrah di SINI(rujukan nota kursus haji dan umrah)

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...