Sebelum dan Selepas Berniat Ihram Umrah

Sambungan dari SINI

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum berniat ihram, sunat:
  • potong kuku; .
  • dandan rambut, misai, janggut;
  • cabut bulu hidung, ari-ari, ketiak;                                                            
sebaik-baiknya dilakukan beberapa hari sebelum berniat ihram. Kuku, rambut, misai, janggut dan bulu yang panjang dan tidak terurus akan menyebabkan rasa  tidak selesa, gatal dan sebagainya ketika dalam ihram yang mana pada ketika itu sudah haram dipotong atau dicabut

  • mandi sunat ihram;                                                                            
dilakukan sebelum memakai pakaian ihram.
Niat - "sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala."
Cara: seperti mandi wajib (ratakan air pada seluruh tubuh badan)

  • pakai bau-bauan;                                                                                   
dipakai  pada anggota badan bukan pada pakaian ihram, dipakai sebelum memakai pakaian ihram.

  • sembahyang sunat ihram;                                                                  
dilakukan setelah memakai pakaian ihram dan sebelum berniat ihram     
Niat - "sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala"


SEBELUM BERNIAT IHRAM

  1. wajib memakai pakaian ihram sebelum berniat
  2. wajib berniat ihram di miqat


SETELAH BERNIAT IHRAM
wajib tidak melakukan perkara yang dilarang dalam masa ihram


PAKAIAN IHRAM
  • Pakaian ihram bagi lelaki: 2 helai kain lepas; cara pakai: 1 helai untuk dipakai di bahagian bawah sebagai kain dan 1 helai untuk dipakai menutup bahagian atas. Peringatan: tidak ada lain pakaian yang boleh dipakai selain dua helai kain  tersebut. kain ihram tidak boleh dicantum antara dua hujungnya samada cara pin, ikat, simpul, zip, gam dan sebagainya
  • Pakaian ihram bagi wanita; menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. tidak dikhususkan jenis pakaian. hendaklah tidak nipis hingga boleh menampakkan bentuk badan. yang sebaik-baiknya berjubah.

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT
  • setiap masa
  • bukan hanya ketika dalam solat
  • bukan hanya ketika dalam ihram

Setelah berniat Ihram wajib tidak melakukan perkara yang dilarang dalam masa ihram.
Pantang larang ihram adalah yang haram dilakukan ketika dalam ihram haji atau ihram umrah.
Masa bermula dan berakhir pantang larang ihram bagi umrah:
>>>Mulai berniat ihram umrah hingga semua rukun umrah dikerjakan dengan sempurna


13 PANTANG LARANG IHRAM
  1. memakai pakaian bersarung (L)
  2. menutup kepala atau sebahagian daripadanya (L)
  3. menutup muka atau sebahagian daripadanya (W)
  4. menyarung tangan (W)
  5. memakai/memakan/menghisap/menghidu bau-bauan (L dan W)
  6. memakai minyak di kepala/janggut/misai/semua bulu kecuali bulu di pipi dan dahi (L dan W)
  7. menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan (L dan W)
  8. mengerat atau membinasakan kuku (L dan W)
  9. menebang/mengerat/mencabut/membinasakan pokok/tumbuhan di Tanah Haram (L dan W)
  10. memburu/membinasakan binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau di Tanah Halal (L dan W)
  11. melakukan sesuatu yang mendatangkan syahwat (L dan W)
  12. bersetubuh/berjimak ((L dan W)
  13. berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin (L dan W)

Peringatan: Perkara yang sememangnya tidak baik perlu dihindari samada dalam ihram atau tidak; seperti bergaduh, bertengkar, mengambil hak orang, marah, mengumpat, membuka aurat dan sebagainya. Walaupun tidak dikenakan dam tetapi berdosa dan dosa mencacatkan umrah dan menyebabkan tidak mabrur.


SETELAH BERNIAT IHRAM, sunat:
  • bertalbiah
  • berzikir
  • membaca al-quran
  • lain-lain ibadah

TALBIAH
Bacaan Talbiyah Haji dan Umrah

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ والنِّعْمَةَ، لَكَ والْمُلْكُ، لَا شَرِيكَ لَكَ

LabbaikAllaahumma labbaik, labbaikalaa shareekala ka labbaik, 'innal-hamda, wanni'mata, laka walmulk, laa shareeka laka.

Ku sambut seruanMu ya Ilahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, ku sambut seruanMu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu.
                        (Al-Bukhari, Muslim 2/841)


......bersambung di SINI

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...