Cerita Keldai dan Lembu
Alhamdulillah, sukanya hati bila tiba2 anak unjuk hadiah majalah Solusi sempena Hari Ibu. Bukak2 nampak tajuk besar Solusi Isu No. 31 itu ~ Sabar Itu Indah. Tenkiu, tenkiu anakku atas ingatan buat mama... (senyum)
Belek2, termuat di antaranya satu judul 'Bodoh Umpama Keldai'... Dek tertarik hati dengan tajuk-nya, terus saya baca hingga habis atikel tu sebelum sempat semak helaian lain. Memang agak menarik.. diperingatkan agar ibaratnya kita tidak terikut sebagaimana keldai yang membawa banyak kitab di atas belakangnya, tapi ditakdirkan dia sendiri tidak dapat mengambil sebarang manafaat dari apa yang terkandung dalam kitab2 tersebut.
Langsung teringat perumpamaan yang lebih kurang sama bunyinya yang didengar semasa kuliah maghrib beberapa hari lepas. Ustaz bagi contoh perihal seekor lembu. Lembu ni sifat dia memang makan je kerja, sampaikan time tidur pun adakalanya masih lagi kelihatan macam sedang mengunyah makanan. Sepertimana yang kita sedia maklum, makanan lembu biasanya rumput. Jadi kita letak le emas ke, intan ke, mutiara ke depan lembu tu.. yang pasti lembu tu hanya akan buat dek je... dia tak akan tertarik malah tak tahu pun yang kesemua benda tu bernilai.. yang dia mahu hanyalah makanannya saja.. iaitu rumput.
Jadi mari sama2 kita renungkan cerita keldai dan lembu itu, relate-kan dengan sesuatu yang amat bernilai buat kita semua iaitu Al-Quran Kitabullah. Al-Quran adalah mutiara yang tidak ternilai harganya buat kita sebagai penunjuk jalan. Malangnya ramai antara kita yang lupa akan hakikat itu, tak nak jugak ikut apa kata al-Quran.. nak jugak pergi ambik yang lain sebagai panduan gaya-hidup...nauzubillah.
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
Popular Posts
- Baca Al-Mathurat Tiap Hari
- Doa Selepas Wirid Al-Mathurat
- Tasbih Kaffarah - Doa Pembersih Majlis
- Amalkan Penghulu Istighfar pagi dan petang
- Puding Jagung Santan
- Memahami Maksud Ayat Al-Mathurat
- Perjalanan Dari Jeddah ke Mekah
- Berpeluang Solat di Masjid Quba
- Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah
- Dengar bacaan Al-Mathurat
4 comments:
Begitu berharganya intan berlian, tapi bila di letak depan lembu tak ada maknanya. Lembu masih memilih rumput dan daun2 segar untuk di santapnya...yam yam yammi.
Begitulah juga Al Qur'an kalam Allah buat panduan hidup dunia dan akhirat. Manusia buat dak je. Tak dapat manafaat apa. Maka jadilah manusia macam lembu. Di cucuk hidung ke sana kemari maenjadi hamba dunia...ish ish.
Anon,
Selalu time saya drive, lembu main melintas je jalan takde bagi sign pun.. anak2 kadang bising, "lembu ni nak mati ke aper!"
Moga kita makhluk Allah yang dikurniakan akal yang sihat dapat congak2 dulu sebelum decide nak buat apa2.. fikir dulu sebelum buang :)
binatang apa yang makan rasuah? tak ada kan..
jadi kita manusia janganlah makan rasuah
Cikli,
Betul, makanya manfaatkanlah kelebihan berfikir yang menjadi kurnia pada kita..Alhamdulillah.. :)
Post a Comment