Berlatih Untuk Takut


Bismillahirrahmanirrahim.
...berkongsi sedutan pengisian ilmu dari masjid:


Semoga kita semua beroleh kejayaan dalam hal mentaati Allah dan mengasihi Rasululllah SAW.

Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah yang memberi nikmat. Bersyukur dengan nikmat mata yang dapat melihat, telinga yang dapat mendengar, akal yang dapat berfikir, hati yang dapat membezakan yang mana baik yang mana beri mudharat.

Bersyukur dengan nikmat Islam, Iman, Ilmu dan Amal, sihat tubuh badan, rezeki dan nikmat umur yang masih bertahan. Moga2 nikmat yang dikecap beroleh redha Allah, beroleh kasih Allah. Harap dalam hati moga-moga Allah terima ibadah kita. Biar takut dalam hati kalau-kalau Allah tak terima. Pelihara perkara yang boleh buat takut Allah murka. Mesti pelihara sungguh-sungguh.

Takut akan Allah. Ada taqwa bererti pelihara diri dari derhaka pada Allah. Nak kena tarbiah hati biar ada takut akan Allah. Belajar tauhid biar hati sentiasa nampak Allah. Hasil dari takwa ialah bersih hati. Siapa-siapa ada pada jiwanya taubat, lahirlah amal zahir dan amal batin. Maka beramal dia, menyebabkan Allah redha dan menyebabkan Allah kasih.

Jelas, orang yang bertakwa pada Allah InsyaAllah baginya beroleh rahmat Allah. Orang yang bertakwa bila beramal perkara yang diketahui InsyaAllah Allah akan tambah pengetahuan baginya tentang perkara yang tidak diketahui. Sentiasalah amalkan zikir, "ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.." Disarankan baca sebelum buka kitab sebanyak 11x, sebaik-baiknya baca tiap-tiap malam 100x.

Bila tidur, sertakanlah dengan ibadah. Tidur yang tak disertakan dengan ibadah ialah tidur yang tak baca Bismillah. Ia hanyalah tidur yang lara. Amalkanlah mengambil keberkatan dari kalimah Bismillahirrahmanirrahim.

Disebut bahawa, yang takut pada Allah di kalangan orang yang tinggi takwanya adalah orang-orang yang alim. Maka menjadi syarat mengenal Allah itu adalah 'ALIM' iaitu 'berilmu'. Maka siapkanlah diri kita dengan ilmu. Guru yang mengajar itu adalah ulamak iaitu orang yang beramal dengan ilmunya. Para ulamak walau ada tentangan, makin kuat beramal, makin kuat mentauhidkan Allah. Biarpun dunia tak suka tapi mereka mulia di sisi Allah.

Orang yang banyak tahu maka akan banyak kenal seterusnya banyak timbul takut. Contoh dalam dunia hari ini, ramai orang takut hantu. Hinggakan orang buat cerita pun semua cerita hantu. Nak tunjuk takutnya orang pada hantu bila dah tahu dan kenal apa itu hantu.

Berlatihlah kita untuk takut pada Allah. Jangan bila orang nak kutip hutang, hati kita jadi berdebar dup dap dup dap... takut. Tapi dengan Allah, hati tak berdebar dan tak bimbang bila tak dapat mengaji, hati tak rasa dup dap dup dap bila tak sempat luangkan masa baca quran.

Mengaji adalah perintah Allah, tutup aurat adalah perintah Allah. Jaga keluarga kita, jangan sampai ada di kalangan keluarga yang masih belum selesai bab tutup aurat. Jangan serik, jangan putus asa bila kita tegur, ada yang nanti akan menjawab... "..Mak dah makan garam dulu dari engkau.." atau "Abang nak tegur saya, kenapa? ..Yang masuk neraka-nya saya bukan abang.."

Kesimpulannya, banyak kenal maka banyaklah takut-nya.... sedikit kenal maka sedikitlah takut-nya. Oleh itu, belajarlah... kenal diri 'hamba bodoh' sedangkan Allah Maha Tahu... "hamba lemah' sedangkan Allah kuat. Kenal 'alam' InsyaAllah akan kenal sifat yang 'empunya alam'.

Berlatihlah takut pada Allah. Jauhi perkara-perkara yang boleh sebabkan hati mati pada Allah, hati tak hidup... sebaliknya terhadap dunia, hati hidup.


Tanda hati mati:
  1. Banyak tidur - suka sangat tidur sampaikan masa mengaji pun nak tidur, masa solat pun asyik menguap mengantuk. **Sebut pasal tidur ini teringat saya cerita seorang kawan di jalanan.."budak2 sekarang ni suka tido kan, cam anak saya tu time tido dah bertukar... malam tido lambat, duk berinternet sampai kul brape pastu tido sampai ke petang esoknya, dah dekat Asar baru nak bangun...tu pun lepas puas kejut.. "
  2. Banyak dosa - macam-macam dosa... dosa anggota(pancaindera), dosa hati jangan cakaplah contoh riak, hati ujub, sam'ah dsb. Dosa perkataan dan perbuatan terus berlangsung. Dosa tak mengaji pun ikut tak tertanggung.. contoh walau rumah kat sebelah masjid tapi tak rasa nak datang mengaji... sayangnya.. Sepatutnya biar timbul kasih pada ibadah.. biar hati sedih bila contoh tak dapat buat Dhuha semalam... timbul kesal dengan mengeluh.."ya Allah, ruginya aku..."
  3. Makan Syubahah - makanan tak jelas halal, tak jelas haram. Contoh, dek nak kan ayam murah, beli yang siap bungkus cantik di pasaraya sebab harga jauh lebih murah dari yang kat pasar. Hasilnya, hajat nak bangun untuk solat malam tak kesampaian. Tak tersedar, tak terjaga untuk solat malam. Itu contoh hikmahnya bila makan makanan yang tak jelas halal haram.
  4. Makan makanan haram - yang dah tentu haram... nauzubillah
  5. Bercerai dengan ulamak- maksudnya jangan jauh dari ulamak.. Sayugia diingatkan, selagi masih ada ulamak, InsyaAllah berkat... Bila dah tak ada ulamak nanti, wallahu'alam.
Bagi hati yang hidup, bila dengar azan contohnya.. hati akan resah lalu segera bangun pergi solat. Jangan biarkan kita sampai tahap, hati tak risau bila dengar azan.. tak rasa apa-apa... tak takut akan Allah...

Takut itu adalah sifat yang terpuji, sifat kemuliaan. Bila ada sifat ini InsyaAllah hebat macamana sekalipun tetap hati tu merendah diri, tidak tinggi diri... akui sifat sebagai seorang hamba. Orang yang takut akan Allah (takwa), InsyaAllah akan dipimpin oleh Allah. Bila takwa, Allah beri keselamatan, Allah pelihara.


Wallahu'alam.

6 comments:

Cikli said...

takutnya hati mati. moga sentiasa hidup

Che Mid said...

Salam, Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak ya Nur..entri2 Nur terasa dekat dihati CM seolah2 kita sahabat rapat. CM tau Nur berhati baik dan ikhlas tika berblogging. Semoga Ramadhan ini mendekatkan jiwa-jiwa kita padaNya. Amin

Anonymous said...

TQ Nur kerana entry ini. Ya betul takut pada Allah perlu latihan intensif dan berpanjangan. Semoga latih tubi di bulan Rejab & Syaaban menjadikan kita lebih bersedia untuk memberi prestasi terbaik di Ramadan kali ini. Ushalah meningkatkan ibadah puasa kita dari tahap ORANG AWAM yg sekadar menahan diri dari lapar & dahaga, kepada tahap KHUSUS iaitu mengajak segala pacaindera untuk turut berpuasa dari segala maksiat & kemungkaran.

nur said...

cikli..
Satu tekad, agar hati sentiasa hidup.
Selamat Menyambut Ramadhan, cikli.

nur said...

Che Mid..
Alhamdulillah.. terharu dengan komen CM, InysaAllah moga ukhwah antara kita berpanjangan..aminn
Entri khusus mengingatkan diri sendiri CM, alhamdulillah syukur jika ada manafaatnya buat kawan2 ciber yang ikut membaca. Tulisan disampaikan dari matahati, tu sebab tika menulis ada kala saya tersenyum ada kala tergenang air dalam mata.

Selamat Menyambut Ramadhan, CM..

nur said...

Anon,
Selamat Menyambut Ramadhan.. moga sama2 kita mencari peluang untuk merebut pahala di bulan Ramadhan.. jangan kita sia-sia-kan peluang yang Allah kirimkan ini. Ahlan Ramadhan. Kita rai-kan Ramadhan, InsyaAllah Allah akan rai-kan kita. Buat yang terbaik..InsyaAllah
thx

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...