Kacau LEMPOK





Hari ini rasa berganda sakit di bahu dek kacau lempok. Sakit yang peringkat awal bermula sejak malam tadi lagi, dek duk bertungkus lumus 'cekoh' durian... he he

Lempok Durian sememangnya best, memang tersangatlah sedap dan bermutu.... dengan syarat ia di-kacau sampai 'seghing' orang Kelantan kata. Seghing bagi lempok maksudnya lempok jadi agak kering hingga dah tak melekat pada kuali dan takde lagi rasa melekit2 di jari.

Bila masak seghing, InsyaAllah lempok akan tahan lama walau pun tak disimpan dalam petiais. Manisnya kena cukup dan mesti dibubuh sedikit garam sebagai 'ambik syarat' orang kata. Bila dah masak elok tu, biarkan betul-betul sejuk baru mula di-pek samada masuk dalam plastik atau tupperware.

Awas ya... kalau tak betul2 sejuk, dikhuatiri tak lama mana lempok nanti akan jadi berkulat... wat rugi je... dah le nak membuatnya menagih kekuatan mental dan fiikal yang bukan sikit... ha ha..

Sekian cerita dari dapur... :)


6 comments:

sal said...

sedapnya lempok tu..kak memang suka..tapi kurang pandai membuatnya..kadangkala jadi..kadangkala terkeras..

Cikli said...

durian berehi, lepok tidak

Anonymous said...

Cikli rasa silap lepok tu. Jgn putus asa. Cuba lepok yg sedap. InsyaAllah berehi.

nur said...

sal..
Terkeras? Sal ada campur tepung ke? Cam saya, saya tak masuk tepung.. hanya terdiri dari ulas2 durian, gula dan sedikit garam... tu je.. Jadi possibility nak jadi terlebih keras InsyaAllah takde.

nur said...

Cikli...
Setuju apa kata anonimos.. mungkin asal-asalnya cikli tersilap makan lempok yang kurang sedap. Kak pernah jumpa yang kurang umph contoh terhangit, hitam sangat sampai rasa pahit, terlebih nise dsb.. jadi why not cikli terai cari yang sedap. Sekali dapat yang tak sedap dont assume semua yang lain pun sama, tak sedap.. (maaf ini hanya cadangan ya, kalau tetap tak suka, sila cikli abaikan je cadangan kak tu..he he..)

nur said...

Anon,
Duk raso doh.. cikli keno cari lepok hok sedak baru berehi, InsyaAllah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...