Jom Terawih


Ahlan Ramadhan....

Alhamdulillah, esok bermula 1 Ramadhan, kita semua akan kembali menunaikan ibadah puasa sepanjang 30 hari bulan Ramadhan. Dek teruja untuk raikan 'suasana ibadah' di bulan Ramadhan, en suami telah membelikan saya sehelai jubah baru. Terimakasih.... :) Alhamdulillah boleh la buat pakai untuk Solat Terawih nanti... :)

Jom kita ramai2 ke surau atau ke masjid malam ini. Kita imarahkan rumah Allah dengan solat terawih di samping mendengar tazkirah di majlis ilmu. Moga dengan kedatangan bulan Ramadhan kali ini mampu melembutkan mana-mana bahagian hati kita yang masih keras, mana-mana bahagian jiwa kita yang masih kacau dan mana-mana bahagian hati nurani yang masih beku. Sama-sama mohon pada Allah agar segala yang tak elok dapat di-elokkan, apa-apa yang tak berapa baik dapat diperbaiki... Tampil berbeza kita dari tahun-tahun sudah InsyaAllah.
.. Harap amal diterima Allah... Mengharap rahmat dan keampunan Allah serta beroleh pembebasan dari azab api neraka ... aminn

Jom terawih kita malam ni!
Dinner awal ya....

***********

Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkan untuk beribadah pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]


Takrif Solat Terawih:

Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.


6 comments:

sal said...

maka brmulalah solat terawih kita mlm ini...

syukran bertemu bulan ramadhn..moga Allah memberi kita kekuatan untuk melakukan ibadah ini dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan semata-mata mencari keredhaan Allah..

Anonymous said...

Alhamdulillah berjaya menunaikan ibadah solat terawih tadi. Semoga istiqamah beramal soleh di bulan mulia ini.

Cikli said...

semoga saya terdaya merebutnya.

nur said...

sal..
Alhamdulillah, istiqamah kita tiap malam sal..
.kita memberi dan apa yang diberi akan kembali pada kita, bukan pada orang lain.. ya Allah terimalah amal ibadah kami..aminn

nur said...

anon...
Istiqamah sepanjang Ramadhan InsyaAllah.. Rebut peluang yang tersedia.. bukan selalu datang peluang tu, hanya datang setahun sekali.. itu pun tahun depan belum tentu jumpa..wallahu'alam

nur said...

Cikli...
Katakan 'boleh' InsyaAllah akan jadi 'boleh'...
Akak selalu rasa kerdil diri bila kerapkali bertembung dengan warga asing(bangla) duk kayuh beskal pegi balik masjid... Pakaian kemas baju melayu/berjubah cantik pegi masjid... istiqamah diaorang tiap hari. Nilai taqwa setiap insan hanya Allah yang tahu..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...