Bersih


Balik dari masjid dua malam lalu, saya melayan perasaan sendiri sepanjang perjalanan. Hati terasa berdebar-debar bila ingatkan kata-kata penutup ustaz yang berbunyi...
'Taatlah kita pada Allah kalau kita yakin kita akan kembali kepada-Nya.'

Lama bermuhasabah diri. Mencongak-congak di mana keberadaan diri di kala ini. Bila sesekali diperingat begini, terasa banyaknya perkara yang tak di-taati. Fitrah sebagai manusia biasa yang lemah, rasanya sering tewas takkala di-uji.


Kata ustaz, cuba elakkan dari mengganggu orang termasuk melalui membuat bunyi-bunyian, memperlihatkan pemandangan yang tak baik dan pamerkan akhlak yang tak elok. Apalagi mengganggu ketenteraman orang lain melalui perbuatan maksiat..nauzubillah.


Ingat.. jangan riak jangan sombong kerana nikmat kesenangan, nikmat makanan yang di makan, nikmat pakaian yang di pakai, nikmat harta benda, isteri/suami dan anak-anak semua datang dari Allah.

Sesungguhnya zaman tak pernah berubah, nikmat Allah tetap tak berubah. Air tetap untuk diminum, udara disedut untuk bernafas, cahaya tersedia untuk dilihat. Hasil bumi datang dari Allah. Dari mana sumber kekayaan? Dari tanah, dari air yang disediakan Allah. Bila lihat pesawat yang terbang di udara, ingat udara datang dari Allah.
Zaman tak berubah sebaliknya orangnya yang berubah.

Patutkah manusia jadi orang yang tak tahu bersyukur? Patutkah manusia menjadi orang yang samseng bila tidak mengingati Allah setelah mendapat kesemua nikmat itu? Kita tak mungkin hidup jika Allah tutup bekalan udara. Jadi jadilah kita hamba Allah yang bersyukur dan sering memohon ampun terhadap dosa-dosa yang dilakukan.

Solat kita tak akan Allah terima jika dalam keadaan yang tak bersih dan sedekah kita tak akan diterima Allah jika kita bersedekah dengan duit yang haram.
Kita bersih bukan takat mesti bersih pakaian, bersih makanan, bersih akhlak namun aqidah kita mesti ikut bersih. Berpegang pada tali Allah... LailahaillallahMuhammadarrasullallah, InsyaAllah berbuat semua perkara lahir dan batin menjurus kepada semata2 kerana Allah.

Jauhi perasaan riak, egois, angkuh dan sombong. Jangan memandang sinis pada sesiapapun. Orang yang paling mulia antara kita ialah orang yang menghormati dan memuliakan orang lain. Orang yang kita pandang rendah, yang kita bentak-bentak mungkin saja dia telah ditetapkan Syurga oleh Allah. Siapa tahu? Semua dalam pengetahuan Allah. Mungkin saja dia yang kita pandang rendah sesungguhnya lebih bertakwa di sisi Allah berbanding kita.


Pupuk sikap menghargai antara satu sama lain. Makanya InsyaAllah, Allah akan limpahkan rahmat dan kasih-sayang buat kita, malaikat akan memayungi kita dan sahabat di dunia akan menyayangi.


Orang yang merasa dirinya hebat tidak akan segan2 duduk sambil melunjurkan kaki dalam suatu majlis ilmu. Sebab dia merasakan tidak apa dan tidak jadi salah berlunjur di kalangan pendengar2 yang biasa-biasa dalam majlis ilmu. Fikirkan jika dia berada di kalangan orang-orang ternama, VVIP dan sebagainya, adakah sanggup dia duduk dalam keadaan yang sedemikian dalam majlis tersebut. Sudah tentu tidak, bukan?


Bila azan berkumandang, jangan kita guriskan hati orang di sekitar rumah kita dengan bunyi muzik yang kuat datang dari rumah kita apalagi jika kita sama naik berkaraoke bersaing dengan suara azan. Bila kita ke surau/masjid pula, jangan kita biarkan bunyi handfon mengganggu di saat2 semua orang sedang kusyuk berjamaah.


Rebut cari pahala contohnya dengan mandi sunat di hari Jumaat bilamana hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Mandi di pagi jumaat sebelum berangkat ke ofis tidak di kira mandi sunat Jumaat kerana itu mandi yang kita hendak ke ofis. Jadi jika mampu, elok ikhtiarkan untuk dapat mandi sunat Jumaat sejurus sebelum ke masjid untuk tunaikan solat Jumaat.


Dosa jangan dipandang ringan bila kita cuba2 bertindak menolak mentah-mentah hukum Allah. Jangan kita perlekehkan sunnah Rasulullah SAW. Terang lagi bersuluh, semua itu boleh menggugat akidah kita...nauzubillah. Contoh, jika kita tak mahu bersugi jangan kita banding2kan kegunaan kayu ara sebagai sugi dengan lebih efektifnya ubat gigi di zaman ini. Jangan kata penggunaan kayu sugi dah tak relevan dengan zaman ini atau sebagainya.

Begitu juga dengan isu memakai Sarban. Jangan kita perlekehkan sunnah Rasululullah SAW. Lebih baik diam
dari berkata2 atau mengulas perkara yang kita bukan ilmuan tentangnya... jika buat pandai2 hanya mengundang mudarat yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam.

Taatlah kita pada Allah kalau kita yakin kita akan kembali kepada Allah.
Jangan tolak hukum Allah. Ikut perintah Allah semampunya. Kalau tak boleh buat semuanya, kita buat apa adanya. Umpamanya, ambil contoh dalam hal-ehwal solat... jika tak boleh solat berdiri, kita solat duduk, tak boleh duduk kita baring dan seterusnya...

Berazamlah kita untuk perbaiki amalan. Di sana nanti hanya ada dua pilihan iaitu samada kita akan ke Syurga atau ke Neraka. Usaha perbaiki selagi masih diberi peluang. Contohi jadual ulamak terdahulu yang memperuntukkan 24 jam setiap hari kepada 3 bahagian iaitu sepertiga untuk ibadah, sepertiga rehat dan sepertiga lagi untuk menuntut ilmu... Wallahu'alam.

10 comments:

che mid said...

Salam Nur, Lailahaillallah Muhammadurrasululllah

Cikli said...

ingatan yang segar.

Anonymous said...

Banyak poin yg terkandung pada pengajian ini. Terutamanya santun kita di hadapan Allah yg selalu kita ambil mudah.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Nur,

Satu peringatan yang patut kita ambik berat.

Pada yang riak pun dah dikira mensyirikkan Allah, apa lagi larangan Allah yang lain. Mudah2 Allah bersihkan hati kita semua untuk melaku apa yang disuruhNYA dan meninggalkan apa yang dilarangNYA.

nur said...

Wsalam chemid..
Alhamdulillah :)

nur said...

Cikli...
Sesegar embun di pagi hari..alhamdulillah :)

nur said...

Anon,
Alhamdulillah..ilmu sampai InsyaAllah.

nur said...

Wsalam kak hanim..
Betul.. bila sesekali diperingatkan baru teringat perkara yang dah hampir terlupa atau yang sering dibuat-buat lupa.. astaghfirullah..

aimie amalina said...

=]
nikmat, ujian, penghidupan, jodoh, rezeki, ajal maut..sumenaye la dari Dia.. kepada Dia juga kita harus kembali...

nur said...

aimie amalina...
Redha dengan ketentuan-Nya..
Tq aimi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...